CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: schha

Exclusive! Based on true events

[Copy link]
 Author| Post time 9-1-2016 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak dijadikan cerita, ada 1 hari tu kami ada kelas malam (eja dengan zati ni sama course dan 1 kelas). So dari petang kami dah keluar merayau. Sebelum kul 8 shoot terus ke kelas. Kelas malam selalunya 3 jam dari kul 8 ke 11 malam. Tapi selalunya lecturer lepas awal, kul 10.30 tu dah boleh balik. So waktu tu,aku ada whatsapp zati, nak ajak terus g makan. Aku ni kalau betul-betul focus,aku jadi cepat lapar. Plus, makan petang tu je. Perut aku dah kemain rancak berdisko sakan. Tapi si zati ni tak reply-reply whatsapp aku. Ahh takpe la. Balik rumah dulu,kang baru ajak dorang keluar balik. So balik la aku ke rumah. Sampai-sampai rumah, aku nampak kete zati dah ada. Elok aku dah depan pintu masuk utama, aku nampak beg si eja dengan zati ada depan rumah. Aii memang nak kena budak 2 ekor ni. Aku pantang sikit rumah sepah-sepah ni. Bukan ada orang gaji nak tolong angkat beg dorang. Aku dah pasang niat siap-siap,satg aku jumpa dorang ni memang aku hambur kaw-kaw. Aku masuk rumah. Hall gelap. Aku jengah ke master bedroom,gelap. Aku menuju ke dapur. Aku nampak cahaya dari bilik mekti. Dorang ada dalam bilik mekti ni, aku agak. Elok aku depan pintu bilik mekti.. 'Eh apsal korang.............' aku kehilangan kata-kata.

Memang betul dorang semua ada dalam bilik mekti. Baik si zati,eja,mekti dan jee. Semua ada dalam bilik yang kecik tu. Ayat Quran di pasang dalam bilik. Guna mp3 mekti. Tapi keadaan sangat janggal bagi aku. Aku nampak mekti dah nangis. Jee pulak merenung tajam sudut bilik tapi mata tak berkelip langsung. Zati bagi isyarat mata suruh aku duduk. Aku dah pelik. Aku tanya..

aku: Apa dah jadi ni?
Mekti: aku tak tahu la sha. Tiba-tiba jadi gini. Aku pun tak tahu apa punca.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2016 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Eja dengan zati diam seribu bahasa. Mungkin panic tak tau nak buat apa. Hanya menunggu tindakan dari aku. Aku terus pandang jee. Aku cuba berinteraksi dengan dia.. 'Jee..sha ni, jee kenapa?jee okay tak?' Takde jawapan dari jee.. aku cuba sekali lagi panggil nama dia. Tetap takde respon. Cuma dia ketawa sikit-sikit tapi air mata mengalir. Aku agak, ni bukan jee. Ni 'benda' lain ni. Aku dah bagi isyarat untuk eja baca yassin untuk 'redakan' keadaan. Zati tarik aku keluar rumah. Waktu ni kami di depan pintu masuk utama. Aku soal siasat di zati.

aku: macam mana leh jadi camni wei??
Zati: aku taktau sha. Tadi masa aku balik,mekti dah tunggu aku depan gate. Aku pun terperanjat. Dia ada cerita kat aku sikit. Dia kata maghrib tadi dia balik sekejap waktu rehat nak hantar makan untuk jee. Sebab rupa-rupanya masa kita keluar petang tadi,kita lock rumah. Jee mana ada kunci. Tapi waktu mekti balik,dia nampak si jee ni duduk di luar gate (bahagian luar gate) sambil menyangkung.
Aku: aikkk..camna dia leh keluar??
zati: mekti kata dia bukak pintu belakang (pintu belakang tu memang selak je - mekti perasan sebab bila masuk rumah,pintu belakang tu renggang). Then dia panjat gate depan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2016 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 10-1-2016 02:05 AM

Tengah elok soal siasat tu,tetiba kami dengar suara eja tempik nama kami berdua. Kami berlari masuk rumah. Waktu ni aku nampak si mekti dah pegang si jee.  Eja dah takut sebab si jee ni mengajuk bacaan si eja. Aku paksa eja teruskan bacaan,jangan peduli 'jee'. Korang pernah tengok cerita karak tak? Suara 'jee' sebijik macam suara 'benda' dalam cerita tu. Keadaan time tu pun lebih kurang sama waktu syera ayob baca ayat kursi (kalau tak silap aku) bilamana dia sebenarnya tak faham maksud ayat kursi tu. Then 'benda' tu mengajuk bacaan dia. Sama wehh dengan kejadian yang jadi kat eja dan 'jee'. Sebijik cara dia mengajuk. Eja baca, dia ikot. Pastu 'benda' tu ketawa mengekek-ngekek. Aku nampak dan aku dengar. Sekarang ni dalam bentuk 'live'. Depan mata. Tak mustahil benda macam tu boleh terjadi. Yang buat cerita karak ni mesti ada buat research atau pernah alami keadaan camni. Tak boleh jadi ni. Aku kena buat something. Aku dah tak mampu nak hadap situasi tu.

Aku tarik zati keluar semula. Waktu tu dah 12 lebih. Nak minta tolong sape pun aku tak tau. Then aku kerah zati tolong aku cari sape-sape je di kejiranan tu untuk bantu kami. Kami cuba tengok sekeliling. Pintu semua bertutup. Gelap. Kami jalan depan sikit. Then aku nampak ada 1 cahaya. Alhamdulillah. Pintu terbukak. Tv pun masih terpasang. Tanpa teragak-agak aku bagi salam. Seorang brader keluar. Aku minta maaf sebab ganggu dia malam-malam. Aku pun cerita kat dia apa yang jadi. Aku minta tolong ke dia.

Abang tu: ohhh patut lah tadi sebelum maghrib abg nampak kawan awak panjat pagar. Berjalan dekat kawasan belakang taman area pokok getah tu. Gaya macam amik angin. Tapi tetiba dia balik rumah,duduk menyangkung depan gate. Abg ingat dia tunggu member dia.
aku: ada tak kena ni bang..minta tolong abg cari mana-mana orang masjid yang boleh bantu. Kami takut ni bang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kembang kempis idung baca ni..saspennya sha oi.. Dahla duk imejin u tmpat aku blajar dulu. Hutan rimba sangat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2016 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Abang tu bagitahu ke aku yang dia takde contact number orang-orang masjid situ. Sebab dia pun student yang menyewa situ juga. Tapi U lain. Cuma dia tau rumah salah seorang orang masjid kat situ. Dia start motor, terus pergi. Sementara tunggu orang masjid,aku masuk dalam sebab nak pesan mekti dan eja untuk pakaikan jee pakaian sopan. Sebab aku nampak dia pakai short tadi. Zati tunggu di luar. Waktu aku masuk tu,si 'jee' dah tak ajuk eja. Tapi 'dia' cuma sengih-sengih tapi air mata masih menitik. Dalam hati aku..'macam tau je orang masjid nak datang'. Sebab aku pernah tengok 1 rancangan dokumentari pasal makhluk halus ni kat astro prima,'benda' ni pandai berlakon.

Aku keluar teman zati kat luar. Tak lama tu,orang masjid datang. Ada la dalam 4-5 orang. Yang masuk dalam hanya 2 orang. Aku agak dia ustaz. Waktu ni aku dengar ustaz baca-baca ayat quran dan kemudian nak start komunikasi. Aku keluar semula. Sebab aku takut. Plus keadaan dalam bilik tu sempit takut ustaz tak selesa. Mekti dan eja masih dalam bilik.

Waktu aku keluar semula ni,salah seorang yang mengikut ustaz ni terjengah-jengah dalam rumah aku. Duk pandang bilik. Aku tanya dia kenapa. Dia cakap,kat luar tu kete emy kan. Ohhh faham lah aku. Dia nak cakap si emy ni ada dalam rumah aku la tu. Eh gila ke apa. Ni rumah anak dara kot. Then si zati cakap..'haah..dia tumpang parking situ,kereta dia problem apatah. Esok nak panggil pomen depan tu datang cek'. Aku pun tak perasaan kete emy tu ada kat situ waktu balik kelas tadi. Lagipun dia parking jauh sikit,dekat bawah tiang lampu. Terhalang pulak dengan 1 pokok renek milik jiran. Mayb sebab tu aku tak perasan. Zati kata dari tengah hari lagi ada situ da,sebelum kami keluar. Emy cuma minta izin kat zati nak parking situ. Sebab kalau balik rumah dia (rumah dia ke dalam kampung lagi), takut kete rosak tengah jalan lagi payah nak panggil towing pulak. Aiii pakcik ni, orang duk kalut kawan kena rasuk, dia sempat pulak pikir bukan-bukan pasal kami. Geram pulak aku dengan pakcik tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2016 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila aku masuk rumah semula untuk tinjau keadaan, aku dengar ustaz tu suruh jee sebut nama betul dia. Suruh sebut nama mak ayah dia. Then suruh dia baca fatihah dan surah 3 kul. Bila dah settle,ustaz tu jumpa aku. Dia bagitahu,kawan aku ni 'benda' menyinggah. Ustaz tak cakap lebih. Cuma cakap dah selesai. Mayb malas nak panjang-panjang. Lagipun dah tengah malam,aku agak dalam kul 2 lebih ada kot. Ustaz ada pesan juga ke kami untuk rajin baca quran dalam rumah. 'Benda' ni takut kalau ayat quran selalu diperdengarkan dalam rumah. Aku akui kata-kata ustaz.

Takut kami waktu ni. Malam tu pun kami tido ramai-ramai dekat hall. Sikit punya takut dengan kejadian yang jadi. Tapi jee memang dah betul-betul normal waktu tu. Kami cuba soal siasat si Jee. Dia macam tak ingat apa yang jadi. Dia cuma teringat dia sorang kat rumah. Then tetiba dia rasa panas. Dia tau si mekti nak balik hantar makanan. So dia nak tunggu mekti kat luar tapi pintu depan berkunci. Dia teringat pintu belakang tu hanya diselak dari dalam. Dia keluar ikot pintu belakang. Then dia dah tak ingat apa yang jadi.

Kami ingat betul-betul dah takde. Tapi rupa-rupanya masih ada lagi kejadian-kejadian pelik kat rumah tu. Nanti aku story.
Bersambung..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2016 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok..parking tepi bawah lampu jap tunggu sambungan tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2016 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 10-1-2016 02:09 AM

...SAMBUNGAN 'ADA APA DENGAN RUMAH SEWA??'...

Lepas kejadian si jee. Dah takde dah kejadian-kejadian pelik. Agaknya betul kata ustaz. Dia dah halau. Tapi jangan ingat benda ni tak boleh datang balik. Seingat aku,kejadian ni jadi waktu study week. Aku final exam. Ada 1 hari tu,aku bergaduh dengan tunang aku. Lagi 2 hari nak exam tak silap aku. Siang tu aku keluar pergi settle problem dengan tunang aku. Keadaan aku memang stress waktu tu. Dah la nak final exam,time-time ni pulak nak bergaduh. Dugaan aku waktu ni. Waktu aku keluar,si zati dengan eja pun keluar. Zati tak sihat masa tu. Demam,muntah-muntah. Aku balik pun dah malam. Dalam kul 11 camtu. Masa aku balik,dekat hall eja tengah study sambil pakai headfon. Mengadap laptop. Zati aku tengok dia dah tido,kat hall juga atas toto. Mekti ada kt dalam bilik dengan jee. Dah tido aku rasa depa tu sebab bilik depa gelap dan senyap. Nampak eja study,aku jadi semangat nak study. Balik-balik aku mandi, terus join eja study. Tengah ralit study tetiba.. GEDEGAAAAAAAAAAANGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!

Aku pandang eja,eja pandang aku. Aku terus rapat ke eja. Bunyi tu datang macam dari dapur/belakang. Aku tak pasti. Tapi memang kuat. Macam bunyi kuali jatuh. Aku ajak eja pergi check. Kot-kot ada pencuri ke,mana tau kan. Habis semua lampu kami bukak. Sampai ke belakang, tepi-tepi rumah semua kami bukak. Tengah bising-bising,zati bangun. Dia pun ikot sama kami ke dapur. Aku cek kuali kami. Elok tergantung. Tak jatuh pun. Aku cakap ke eja..'jom tengok belakang'. Eja nampak ragu-ragu tapi terpaksa ikot sebab dia je yang aku boleh harapkan waktu ni. Kami tengok belakang takde apa. Sampai ke tepi rumah,tanah kosong tu kami round. Masih takde apa. Keadaan kembali sunyi. Kami masuk rumah. Sungguh,keadaan macam takde apa yang berlaku. Tapi bunyi tu datang dari mana?? Sebab memang aku dengar. Eja yang pakai headfon pun boleh dengar. Bunyi macam dalam rumah. Pagi tu aku try tanya ke mekti,ada dengar bunyi tak macam kuali jatuh. Mekti kata takde. Ahhh sudahhhhhhhh..takkan nak kacau lagi kot. Kami nak exam ni woiiiiii..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2016 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu la perkara terakhir yang aku alami waktu kat rumah sewa tu. Alhamdulillah everything smooth. Exam pun aku boleh perform. Dapat dekan lagi aku final exam tu. Syukur alhamdulillah. Tapi sayangnya,si eja dengan zati sangkut paper. So dorang stay lagi kat rumah tu..

Time ni si zati ada cerita lagi kat aku apa yang jadi kat rumah tu. Zati kata lepas aku pergi, bilik aku tu eja yang duduk. Cerita pasal rumah sewa selepas ni basically diceritakan semula oleh zati ke aku. Zati cerita,ada sekali tu mekti sakit. Katanya sakit gigi. Tapi tah kenapa,muka si mekti ni berubah. Sakit si mekti ni sampai tak pergi kerja beberapa hari. Betul-betul sakit,kata zati. Jumpa doctor,doctor just bagi ubat tahan sakit. Then zati kata,kadang-kadang dia masuk bilik mekti,macam ada 1 bau kurang menyenangkan. Aku bersangka baik, aku cakap ke zati, bau badan mekti kot. Takpun bau baju tak basuh. Padahal kalau nak ikotkan mekti ni pembersih juga orangnya. Dia basuh baju 2 hari sekali. Kalau pakai perfume tu,macam dia siram badan dia guna perfume tu. Zati kata tak mungkin bau tu datangnya dari mekti atau baju tak basuh. Bau tu sangat pelik tapi sangat busuk, kata zati. Keadaan mekti lepas tu makin teruk. Ada la seminggu camtu. Mekti cakap dengan zati.. 'Zati,cuba kau tengok muka aku betol-betol..muka aku bengkak macam muka babi kan weh?' Terdiam zati waktu. Zati kata memang betul muka mekti bengkak sangat-sangat. Dah takde rupa mekti dah. Takut si zati waktu tu. Mekti kata,dia tak tahan sangat dia pergi berubat untuk pulihkan balik keadaan dan semangat mekti. Berubat kampung. Kata si Mekti ke zati,tempat yang dia berubat tu kata,pemilik rumah memang ada bela 'penjaga' rumah tu. Dia 'tanam' di tanah kosong belakang rumah. And benda tu memang suka 'menyakat'. Boring barangkali duk jadi 'jaga' (guard) kat rumah tu. Tapi menurutnya lagi, ada juga 'benda-benda' dari luar yang jadi sokongan kepada si 'jaga' ni.

Pada pendapat aku, kebarangkalian tu memang ada atas apa yang terjadi kat aku and kawan-kawan. Contoh, bilamana pemilik rumah tak bagi kami potong rumput,dia kata dia sendiri nak buat. Kat situ sebenarnya aku dah pelik. Owner mana la nak kesah da kalau dia dah bagi kita menyewa. Kebersihan, kerosakan ke semua tanggungjawab penyewa unless kerosakan major. Memang in between cerita aku tu,si pemilik rumah ada datang rumah sewa kami untuk potong rumput. Siap bawa mesin rumput. Waktu kejadian aku ada dirumah. Tapi zati yang bukak gate bagi owner masuk dan dia hanya berlegar di bahagian garaj dan tepi rumah je. Tak masuk rumah pun. Mungkin dia takut kami terlangkah atau apa,jadi better dia sendiri yang buat. Yela,dia seorang yang sangat jaga harta benda, mayb sebab tu dia ada 'guard' dekat rumah sewa tu. Kedua, bilamana 'benda' tu beberapa kali 'menyakat' aku dan kawan-kawan contohnya kejadian,nampak sesuatu di sinki,nampak mata di tingkap,loceng kaki,hp dan baldi. Dan yang ketiga,'benda-benda luar yang menyokong' contohnya apa yang terjadi kat jee dan mekti. Kesahihan cerita yang zati sampai ke aku, aku sendiri tak pasti sebab tak terjadi di depan mata aku. Cuma bila jumpa balik ramai-ramai,mekti dan eja iya kan apa yang zati cerita ke aku. Wallahualam. Apa yang boleh aku cakap, 90% kisah ni memang aku sendiri alami,dengan mata kepala sendiri. 10% sahaja kisah ni ceritakan semula oleh zati, eja dan mekti.
TAMAT.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 07:27 AM | Show all posts
alaaa...dah tamat ke...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2016 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
rosasen replied at 10-1-2016 07:27 AM
alaaa...dah tamat ke...

Cerita rumah sewa je dah tamat. Ada lagi cerita pelik dan angker yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 10:52 AM | Show all posts
schha replied at 10-1-2016 09:07 AM
Cerita rumah sewa je dah tamat. Ada lagi cerita pelik dan angker yang lain.

hehehe..biasa la...kita suka citer2 seram ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak lagi wak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2016 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
barfi replied at 10-1-2016 11:11 AM
Nak lagi wak..

Ok.. will update cerita angker yang baru soon.. ;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2016 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
rosasen replied at 10-1-2016 10:52 AM
hehehe..biasa la...kita suka citer2 seram ni...

Ok..nanti ada masa saya cerita kisah lain pulak ye..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 12:46 PM | Show all posts
lagi lagi n lagi......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2016 05:01 PM | Show all posts
schha replied at 10-1-2016 02:00 AM
Itu la perkara terakhir yang aku alami waktu kat rumah sewa tu. Alhamdulillah everything smooth. Exa ...

schaa,mcm mana korang leh stay rumah tu lama ek?beraninya...kalo aku,mau aku cabut lepas kejadian pertama hahahah...tabah sungguh uollss...anyway, love the story! please continue ok!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2016 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
andaman replied at 10-1-2016 05:01 PM
schaa,mcm mana korang leh stay rumah tu lama ek?beraninya...kalo aku,mau aku cabut lepas kejadian  ...

Nak cari rumah baru pun perlu kos dear. Nak pikir deposit rumah lagi. Kami student je waktu tu. Masa nak masuk rumah sewa tu pun puas ikat perut kawan-kawan saya tu. Tambahan pulak, perumahan yang saya duduk tu pekan kecik je. Memang susah nak cari rumah sewa. Dan lagi, sebab kami berbaki setahun je lagi study kat situ. Tak worth it to move out. Nak taknak ke kena stay. Takde pilihan. Hehehe.

Ok dear..stay tune untuk next story ye. Tq
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila sambung lagi tt..seronok + seram dgr.pengalaman orang.sendir xde pengalaman mcm tt. Mintak jauh laa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2016 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
BONDAFAD replied at 10-1-2016 06:31 PM
Sila sambung lagi tt..seronok + seram dgr.pengalaman orang.sendir xde pengalaman mcm tt. Mintak jauh ...

Saya pun taknak. Tapi dah takdir saya kena lalui situasi macam tu.. Alhamdulillah,hijab saya tertutup. Saya pun taknak tengok 'dia'. Mintak jauh jugak. Tapi saya boleh rasa kehadiran 'dia'. Kalau nampak pun,melalui ekor mata je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.054757 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list