Sound_Garden This user has been deleted
|
tu laaa
box office betul laaa |
|
|
|
|
|
|
|
lepas nih bintang hati pulak..
aku harap buli boleh reach 4 millions...
biar terbukak biji mata produser2 kat msia nih |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by haiqAL at 2004-3-24 08:44 PM:
lepas nih bintang hati pulak..
aku harap buli boleh reach 4 millions...
biar terbukak biji mata produser2 kat msia nih
:setuju::setuju:terutama produser metrowealth tu....nanti die plak nak amk afdlin nie jadi pengarah plak.....:ah::ah: |
|
|
|
|
|
|
|
tak senang duduk gaklaa proefsor razak mohaideen ngan david teo tuh...yg kononnya menerbitkan 11 filem setahun...tapi kualiti ntah ke mana... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by senahsirap at 23-3-2004 11:39 PM:
memang best...tak rugi anda menontonnya...
mmg tak rugi menonton
aku sampai 3kali kena belanja mmbr aku tgk citer ni
terasa rugi duit aku hohoho |
|
|
|
|
|
|
alisha_manja This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by senahsirap at 24-3-2004 11:59 PM:
tak senang duduk gaklaa proefsor razak mohaideen ngan david teo tuh...yg kononnya menerbitkan 11 filem setahun...tapi kualiti ntah ke mana...
kualiti dia campak dlm tong sampah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by QueenLove at 2004-3-25 03:46 PM:
kualiti dia campak dlm tong sampah.....
:setuju::setuju::ah::ah: |
|
|
|
|
|
|
|
tong sampah mana satu? DBKL ke, MPSA ke, MPPJ??? |
|
|
|
|
|
|
dgcroach This user has been deleted
|
Originally posted by senahsirap at 25-3-2004 10:32 PM:
tong sampah mana satu? DBKL ke, MPSA ke, MPPJ???
BULI telah memartabatkan semula pilem MALAYSIA.
DG terbaca salah saeorang forumner tadi berharapkan ada pilem
black...hehe...kalo ada pilem malaysia yang ikut stylo ala ala Black tue...
mesti best kan? :cak: |
|
|
|
|
|
|
|
AC dalam film pak selam wataknya tak cukup menarik...tapi sekali muncul dalam film Afdlin, terus wataknya disukai ramai.... |
|
|
|
|
|
|
|
kekekek....kau kunci cintaku....di dalam atimu....sampai termimpi-mimpi aku sore si ac nih... |
|
|
|
|
|
|
BuDAk^_^CuTE This user has been deleted
|
Originally posted by senahsirap at 28-3-2004 12:33 AM:
kekekek....kau kunci cintaku....di dalam atimu....sampai termimpi-mimpi aku sore si ac nih...
lawak giler!!!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
afdlin pon tercalon kan utk AIM menerusi album FUYOO dia tuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Buli catat kutipan selesa
Oleh Hartati Hassan Basri
BULI...filem pertama arahan Afdlin mencatat kutipan kasar RM1.5 juta dalam tempoh 18 hari.
FILEM Buli arahan sulung Afdlin Shauki mencatat kutipan selesa apabila meraih angka kasar RM1.5 juta sehingga kelmarin (Ahad), manakala Bintang Hati arahan Aziz M Osman yang ditayangkan sejak 25 Mac mencatat kutipan RM150,000 bagi dua hari tayangan (Khamis dan Jumaat).
Minat yang ditunjukkan produser tempatan menghasilkan filem baru kebelakangan ini, turut memberi perkembangan baru dalam industri filem tanah air apabila tiga filem ditayangkan sepanjang bulan ini.
Buli, filem Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) memulakan tayangan pada 11 Mac diikuti Bintang Hati (Tayangan Unggul Sdn Bhd) dalam durasi dua minggu manakala Ah Lok Kafe terbitan NFinity Production Sdn Bhd pada 26 Mac.
Eksekutif Produser Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai, berkata pihaknya tidak dapat mengumumkan kutipan terakhir sehingga Ahad kerana belum mendapat angka rasmi daripada pengedar.
Katanya, angka RM150,000 untuk dua hari tayangan adalah sesuatu yang memuaskan kerana pihaknya yakin kutipannya lebih baik bagi tayangan hujung minggu diikuti sepanjang minggu ini berdasarkan sambutan hebat sepanjang promosi.
揔utipan bagi Khamis dan Jumaat tidak seharusnya menjadi ukuran bagi kejayaan Bintang Hati. Apapun saya puas hati dengan sentuhan Aziz dan promosinya dihebatkan lagi dengan membawa barisan pelakonnya turun ke pawagam bertemu peminat, |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam green gi tenguks kat KLCC...
Fuhh...walopon dah nak masok 3 minggu tayangan
owang maseh penoh satu panggung...
Pehh!! Mmg lawaks laa citer nih, sampai
kuaw air mater dok gelaks...(lol:lol)
Raser cam tak puas jer lawak 2 jam tuhh...
Kalu buleh nak jer lagiks...
I think Razak Mohaideen tuh, patoot shame on himself laa,
dah laa buat pilem ntah haper-haper...
Dunno camner gelaran prof. bleh dapat kat dier...
Citer yg dier arahkan sumernyer taste yg dah ketiggalan zaman,
takat nak cedok idea owang pon cam pilem "CINTA KOLESTROL"
ngan "KULIAH CINTA" tuh baik toksah laa...
Wat malu jer...huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Jom Tengok Wayang: Buli terpaksa mengalah kepada Scooby-Doo2
HARAPAN untuk melihat Buli bertahan untuk minggu ketiga di senarai carta box-office, musnah apabila kedudukan filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) itu terpaksa memberi laluan pada filem adaptasi dari siri animasi TV, Scooby-Doo 2.
Buli hanya mampu bertahan selama dua minggu saja dan minggu lalu kedudukannya jatuh merudum daripada tangga pertama, ke tangga keenam. Malahan lima filem yang tersenarai dalam senarai carta lima teratas minggu lalu terpaksa dikosongkan dan diganti dengan filem baru.
Bintang Hati terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd yang menampilkan Amy Mastura membawakan dwi watak sebagai penyanyi dan pengurus artis serta Anuar Zain sebagai wartawan, mengambilalih tempat Hidalgo - Ocean Of Fire yang berada di tangga kedua minggu sebelumnya.
Filem berdasarkan kisah benar lakonan Viggo Mortensen, Omar Shariff dan Zuleikha Robinson yang diarahkan Joe Johnston kini berada di tempat kelima.
Paling memeranjatkan apabila filem sekuel seram Hong Kong, The Eye mendapat sambutan hangat meskipun baru ditayangkan minggu ini. Filem ini dijangka memberi saingan hebat pada filem Scooby-Doo 2.
Berdasarkan tayangan awalnya, The Eye 2 terbitan bersama MediaCorp Raintree Pictures dan Applause Picture, yang diarahkan oleh adik-beradik Pang (juga pengarah filem The Eye) mendapat sambutan di luar jangkaan.
Sambutan terhadap tayangan awal filem ini yang diadakan pada hujung minggu (26 - 28 Mac) mengalahkan tayangan awal filem seram lain kecuali The Sixth Sense.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan United International Pictures Malaysia (UIP), filem arahan adik beradik Pang ini berjaya mengalahkan kutipan filem seram Hollywood seperti Signs, The Ring, White Room, Thirteen Ghost selain filem seram Asia seperti Ju-On, Ju-On 2, A Tale Of Two Sisters, Wishing Stairs, Dark Water dan Three.
Malah sekuel keduanya ini juga mengalahkan The Eye, pemegang rekod bagi tayangan awal ini.
Dengan kejayaan The Eye 2, Ketua Pengarah Eksekutif MediaCorp Raintree Pictures, Daniel Yun sedang mencari rakan kongsi untuk menerbitkan filem seterusnya.
Bekerjasama dengan Applause Picture, syarikat itu berjaya menonjolkan The Eye 2 sebagai satu jenama filem seram Asia yang turut mendapat sambutan hebat di Barat sebagaimana filem The Eye.
Yun yakin kehadiran The Eye 2 yang dibintangi Shu Qi mendapat sambutan hebat berdasarkan pengolahan dan peningkatan mutu filem sekuel ini. Ia mengisahkan seorang gadis hamil cuba membunuh diri apabila hubungan dengan teman lelakinya terputus. Dia berjaya diselamatkan tetapi roh orang mati mula mengganggunya.
Naik tiga anak tangga, di tempat keempat minggu ini adalah filem komedi romantik yang dibintangi Jennifer Aniston dan Ben Stiller dalam Along Came Polly.
Filem Hong Kong, Papa Loves You pula berada di tempat ketujuh, diikuti Itchy Heart yang merudum lima anak tangga. Filem seram Korea, Acacia pula berada di tempat kesembilan dan senarai filem box-office ditutup dengan filem yang berjaya mencatat kutipan AS$43 juta pada hari pembukaan tayangannya.
Filem baru yang mula ditayangkan minggu ini adalah filem komedi romantik, lakonan Drew Barrymore dan Adam Sandler dalam 50 First Dates ditayangkan serentak dengan filem seram Thai, 999-9999 dan The Eye 2.
Filem seram Thai arahan Peter Manus ini mengisahkan sekumpulan pelajar bercerita mengenai talian telefon misteri 999-9999 yang dapat memenuhi hajat tetapi berakhir dengan tragedi. Lima anak muda ini menubuhkan kelab untuk menyiasat tanpa mengira akibatnya.
Bagi peminat filem Melayu, nantikan Di Ambang Misteri yang bakal menguji lakonan Elaine Daly, Raja Azrey, Tony Eusof dan Zamarul Hisham yang bakal ditayangkan minggu depan.
Senarai filem box-office minggu lalu:
1. Scooby-Doo 2
2. Bintang Hati
3. The Eye 2
4. Along Came Polly
5. Hidalgo - Ocean Of Fire
6. Buli
7. Papa Loves You
8. Itchy Heart
9. Acacia
10. 50 First Dates
sumber: Berita Harian Online |
|
|
|
|
|
|
|
the eye 2 memang patut dok ranking 1st...aku nak gi cari vcd citer nihla... |
|
|
|
|
|
|
|
buli
dipendekkan cerita .. aku memang tak sabar-2 nak tengok buli .. puas dok cari dekat pasar malam .. tapi tak ada pirate cd heeheh .. tapi oleh kerana dah tak sabar nak tengok sebab kata orang cerita best .. aku dengan sukahati pegi beli vcd buli yang original berharga RM19.90 ..
tapii .. ntah apa yang tak kena .. selepas tengok sampai hati .. aku rasa mcam tak berbalo jer aku beli vcd original .. atau dengan kata lain ceritanya tidak seperti yang aku harapkan .. nak kata kelakar .. sepanjang crita tu 2 kali jer aku gelak . part ayam patuk muka afdlin dan part bapak kepada bapak kepada bapak jalil hamid .
yang lain-2 aku tak nampak apa keistimewaan cerita nie ..
pada saudara/i yang dah tengok cerita nie .. bagi komen sket ..
p/s aku bagi 2 1/2 bintang jer
[ Last edited by tempua on 12-5-2004 at 04:00 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|