|
Awie vs Rozana, #251 Awie Harap Dapat Hak Jaga Anak Sulung
[Copy link]
|
|
Aku reply artikel yg syd post tu ... dlm artikel yg syd post ... ada ditulis
"Sebagai seorang bapa yang prihatin saya ada memujuknya untuk tinggal bersama Rozana kerana hubungannya dengan adik-adiknya sangat rapat.
"Tetapi dia sendiri yang enggan untuk berbuat demikian walaupun telah dipujuk," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Awie Upah Pengawal Halang Rozana Ambil Anak[size=12.144px]Details Published on Friday, 12 June 2015 07:03[size=12.144px]
.
Penyanyi Rock Awie memberitahu sebagai langkah keselamatan Putra Ahmad Merah, 8, yang kini masih berada di bawah jagaannya, Awie menyediakan pengawal untuk menjaga anaknya itu ketika di sekolah.
Tindakan tersebut bagi memastikan isterinya, Rozana Misbun membawa lari Merah seperti yang terjadi pada dua lagi anaknya.
"Saya menyediakan pengawal untuk menjaga Merah ketika beliau di sekolah dan sebagainya. Saya tak mahu kejadian sama berulang lagi.
"Dua orang anak saya iaitu Putra Ahmad Rezzki, 7 dan Putri Qaseh Antashah, 5, kini di bawah penjagaan Rozana, namun saya difahamkan mereka tidak bersekolah buat masa ini," ujar Awie seperti yang dilaporkan Berita Harian.
Kemelut rumah tangga Awie atau pemilik nama sebenar, Ahmad Azhar Othman dan Rozana tercetus sejak tahun lalu. Keadaan bertambah sulit apabila Rozana dikatakan 'merompak' dua daripada anak mereka di sekolah.
Dalam pada itu Awie menegaskan bahwa dia tidak akan menceraikan Rozana selagi wanita itu tidak memulangkan harta dan duit yang dicuri daripada anaknya.
"Saya boleh menceraikan beliau hari ini juga, namun saya tidak akan berbuat demikian selagi Rozana tidak memulangkan harta benda yang diambil milik anak-anak.
"Berhentilah mengaburi mata masyarakat dengan pelbagai tipu helah. Siapa yang dia cuba tipu sebenarnya?
Selain itu, Awie turut mendedahkan penemuan barang khurafat terbaharu beberapa hari lalu di dalam bantal tidur miliknya.
"Patutlah saya sering kali sakit jika berada di rumah. Rupanya masih ada lagi barang khurafat yang bersisa di rumah itu.
"Saya memang tidak akan memaafkan beliau kerana menggunakan perkara syirik terhadap saya dan membuatkan tempiasnya terkena orang lain," katanya.
sumber : Berita Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by beatgirlX at 18-5-2016 12:11 PM
aku ada sedikit ketidak kepercayaan kat awie ni lepas dedulu dia jaja keburukan arni... |
|
|
|
|
|
|
|
samalah ....
Inikah “tragedi Oktober’’ Awie?
Agaknya Oktober memangnya bulan tragedi kepada artis yang satu ini. Khabarnya kira-kira sepuluh tahun lalu sesuatu berlaku kepada Awie dan kekasihnya (Watie atau Erra Fazira, kalau tak silap saya).
Itulah yang membawa kepada terhasilnya lagu Tragedi Oktober. Dan 16 Oktober lalu, Awie dan isteri pertamanya, Arni Nazira telah bercerai. Perkahwinan pasangan ini tidak dapat diselamatkan lagi setelah Awie memilih untuk berpoligami.
Setahun lalu dalam ruangan yang sama ini, saya pernah bertanya kepada Awie apakah dia berminat untuk berkahwin dua? Jawab Awie, ‘no komen’ sambil tersenyum simpul.
Tetapi melihat jauh ke dalam anak matanya ketika kami bertemu bual Awie pada saya ada potensi untuk mengamalkan poligami itu.
Dan telahan itu benar apabila awal tahun 2006, tersebar gambar perkahwinan barunya dengan adik kepada pelakon Haliza Misbun, Rozana Misbun di Thailand. Awie masa itu sukar dijejaki media. Bertemu di mana-mana majlis dia lebih senang mendiamkan diri atau menjawab dengan ayat yang nakal “I love you” kepada semua wartawan yang bertanya.
Itulah Awie. Ada kalanya dia serius dalam ketawa, tak kurang juga ketawa dalam serius. Maka apabila dalam sidang akhbar khasnya baru-baru ini Awie tiba-tiba menangis hiba di depan rakan media, saya tidak tahu untuk reaksi bagaimana?
Saya tidak tahu mahu turut ikut sama bertakung air mata, atau tidak memberikan sebarang reaksi?
Kawan di sebelah membuat ulasan selari “Mat bunga juga Awie ni ya,’’ dan saya mengakui ada benarnya.
Tolong Jawab minggu ini saya petik beberapa soalan yang boleh tahan juga ‘laser’nya kami tujukan kepada Awie dalam sidang akhbar itu.
Apa yang buat Awie adakan sidang akhbar ini?
Saya kesal dengan kenyatan demi kenyataan yang menghentam saya. Mentang-mentanglah saya diamkan saja, makin menjadi-jadi pula.
Siapa yang Awie maksudkan?
Kenapa sampai tergamak ibu mentua saya (emak Arni) sampai kata macam ini? (sambil menunjukkan keratan akhbar KOSMO!). Apakah saya seorang yang terlalu kejam? (Awie mula menangis). Dua tiga hari saya begini. Bukan saya minta belas kasihan. Tetapi hari ini saya sudah mencemar duli saya, walaupun tidak berdaulat. Ini satu tohmahan yang dahsyat yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang bergelar ibu yang saya hormati, saya sayangi. Saya membela cucunya dan anaknya sebelum ini selama lapan tahun. Bila saya ditohmah, ada sesetengah limit yang saya pertahan. Dulu saya pernah putus tunang, tetapi sepatah pun tidak pernah keluar dari mulut saya sebab saya tak suka tayang kepada masyarakat. Tetapi saya terus ditohmah, dihina dan dicerca. Saya manusia biasa (menangis lagi). Saya mahukan masyarakat, mahu kehidupan. Mahu besarkan anak-anak saya. Anak saya sudah boleh membaca dan faham. Sampai bila cerita-cerita tak baik ini akan terus dihadapkan kepada saya? Cerita-cerita ini hanya menyebelahi sesuatu pihak. Yang buruk semuanya datang dari saya, yang baik hanya orang lain.
Benarkah perceraian ini kerana pernikahan kedua Awie?
Saya bernikah baru bukan untuk bercerai. Saya mahu bina satu penghidupan dan mencari keredaan kasih sayang dunia akhirat. Karangan hidup saya sudah tertulis sampai ke 16 Oktober 2006 di situ titik terakhir saya bersama dengan Arni Nazira. Saya tiada niat pada hari itu untuk datang melafazkan cerai, tetapi datang untuk sesi hakam sahaja.
Jadi, apa sebab utama perceraian?
Kalau saya hendak ceritakan sebab, bukan saja Arni yang akan menuntutnya tetapi mungkin saya juga yang akan menuntut cerai. Adakah dengan satu perkara yang timbul maka dia sudah boleh menuntut cerai. Dengan lapan tahun perkahwinan, adakah cerai jalannya? Kalau dia fikirkan soal tuntutan dia, tuntutan saya bagaimana? Mana dia letak? Kesilapan dia saya reda saja. Saya terima, saya baiki diri saya dengan membina kehidupan saya yang lebih mulia. Tetapi di mana mereka letakkan kebaikan saya selama ini. Adakah selama lapan tahun itu semuanya buruk?
Adakah Awie mengelak untuk bercerai pada awalnya?
Saya elak sedaya upaya. Cerai dihalalkan oleh agama, tetapi dilaknat oleh Allah. Kalau saya diangkat sebagai kaki perempuan, jahat dan sebagainya saya sudah tentu tak akan segan silu untuk kahwin cerai, kahwin cerai. Saya hendak anak saya dibesarkan oleh ibunya besarkan mereka sama-sama. Sebab itu saya ambil langkah sedemikian rupa (berkahwin lagi satu). Dalam perjalanan selama lapan tahun macam-macam hal berlaku. Baik puncanya saya atau dia, tetapi saya bertahan terus. Kalau bukan dia terlalu mendesak ia akan terus bertahan. Cerai bukan sebab pihak ketiga pun, tetapi dia yang hendak.
Kenapa baru sekarang Awie mengaku fasal kahwin dua ni?
Saya tidak pernah menafikan kepada sesiapapun. Tidak. Saya berdiam diri dan semua orang tahu. Perkahwinan yang suci, yang mulia yang dijalankan dengan cara yang betul. Hal tu tak payah tanya banyaklah. Saya akan buat satu majlis.
Maknanya sebelum perkahwinan baru ini pun Awie sudah ada masalah dengan Arni?
Ini semua saya ambil iktibar dari bapa mentua saya Pak Misbun. Kata dia, tak ada manusia boleh melawan takdir. Takdir, pertemuan semuanya sudah ditentukan. Maka terjadi perkara suci itu, perkahwinan saya yang baru. Cuma perkara ini tidak diberitahu (kepada isteri tua). Saya ambil langkah ini (berkahwin lagi satu) sebab saya mahu mengelak dari bercerai (dengan Arni). Keduanya kerana saya mahu atasi perkara lain seperti maksiat dan sosial. Insya-Allah. Bila berlakunya benda elok jadi saya tidak rasa lagi segan silu dan saya bawa dia ke mana-mana saja. Tapi bila sebut nama Awie saja macam-macam orang akan kata. Tak cukup dua, tiga bininya. Apa tak cakap sepuluh saja?
Awie mahu berkahwin semula untuk mengelakkan cerai, tetapi sebaliknya berlaku. Bagaimana tu?
Sebab sekarang hal ini berlaku (perceraian) adalah kerana ada manusia yang tidak bertanggungjawab. Yang mengeluarkan macam-macam kenyataan. Lagi satu yang pergi ke rumah dan hantar berita tu kepada dia (Arni). Kalau itu dikatakan kawan, ia bukan kawan, itu syaitan namanya. Kita kena percaya kepada qadak dan qadar. Benda ini semua urusan Dia. Tapi bukan bermakna saya boleh kahwin sesuka hati, tiga ke, empat ke. Saya memang tidak berniat untuk melafazkan, tetapi apabila dia dengan sesuka hati memintanya. Saya kena lafaz supaya tidak dapat gelaran dayus. Dia sudah hentikan keinginan saya (untuk mempertahankan perkahwinan) kerana dia terlalu mendesak. Dia mendesak saya supaya jatuh talak. Saya rasa macam saya seolah-olah saya tidak berguna, saya hampas, saya lelaki yang tidak pernah ada tanggungjawab, tak ada kasih sayang. Dengan bergetar dan longlainya saya, saya terpaksa akui inilah kehendak-Nya (perceraian).
Adakah Awie menggunakan anak sebagai ‘senjata’ untuk halang perceraian?
Siapa yang tidak sayang anak? Lapan tahun yang saya bina tak ada sedikitpun kami membina kasih sayang ke? Baik kepada isteri, kepada suami atau anak? Perkara yang saya buat bukanlah satu jenayah. Kalau saya keluar murtad ke, buat jenayah besar ke lain cerita. Adakah benda yang saya buat ini tidak boleh dimaafkan? Adakah saya meninggalkan tanggungjawab saya sebagai seorang bapa, seorang suami? Saya tak pernah abai tanggungjawab. Apa yang dia (Arni) hendak semua saya bagi. Wang ringgit saya bagi, rumah saya sediakan. Makanan, baju-baju semua ada. Apa lagi yang dia hendak? Hendak pencuci muka beribu saya belikan, tak juga cantik-cantik. Macam itu juga muka dia. Saya hanya menjalankan tugas sebagai lelaki. Apa hak saya sebagai lelaki dan suami saya jalankan dengan sebaik mungkin. Kalau Allah kata sesuatu tu dia izinkan, berlakulah. Kita hanya merancang. Macam dulu lima tahun bertunang (dengan Erra Fazira), bercinta bagai nak rak pun tak jadi juga. Akhirnya dia kahwin bercerai, saya kahwin pun bercerai.
Bagaimana penerimaan anak-anak?
Anak saya cukup memahami. Anak saya tidak ada membezakan kasih sayang antara yang nombor satu atau nombor dua. Dia bijak sangat. Tak pernah cerita buruk mana-mana pihak.
Bagaimana hak penjagaan anak?
Itu yang saya pelik. Anak adalah tanggungjawab ibu tapi dia bagi kat saya. Saya pelik apakah mengejar satu cita-cita lain selepas bercerai? Atau telah menanam cita-cita semasa dalam perkahwinan? Wallahualam. Itu yang membuatkan saya dengan linangan air mata membuatkan saya lafaz benda itu sebab saya tidak mahu membuat dosa. Saya kesal. Saya kesal sebab selama ini menaruh harapan yang sangat baik kepada pihak dia. Saya menaruh hanya yang baik. Maklumlah dia datang dari keluarga belah pantai timur yang lebih kepada keagamaan. Tetapi apabila perkataan ‘syukur Arni dah bebas’, itu saya kesal sangat. Apa selama ini dia duduk dalam penjara ke? Seolah-olah saya tidak bertanggungjawab, itu yang saya kesal sangat.
Sebagai ibu Arni ada hak untuk dapatkan semula hak penjagaan anak. Bagaimana kalau itu berlaku?
Saya mahukan bukti. Bukti tanggungjawab, bukti kewajipan seorang ibu. Kalau selama ini dia bagus, kenapa hak penjagaan anak dia berikan kepada saya? Awak hendak tinggalkan anak awak?
Bagaimana keadaan Arni sekarang? Awie tahu tak ?
Dia sihat. Masa di mahkamah pun ceria. Tak ada apa-apa masalah. Dan si ‘mamat’ ni pula yang sedih (dia sendiri). Sebab itu saya sangat kasihan dengan mamat ni. Dalam mahkamah pun dia ketawa-ketawa dengan peguam dia. Saya rasa kasihan. Saya dalam keadaan yang genting, sedih dan kecewa dia gelak saja. Ya Allah! Itu yang saya rasa begitu keliru. Dalam perceraian janganlah dok asyik salahkan sang lelaki saja. Sang lelaki saja harimau. Sang betina juga kadang-kadang lebih dari harimau, sekali dia mengaum huh, takut (ketawa).
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Gambar kesan Aleeya, Aleefa digigit nyamuk bahan bukti
KUANTAN: Penyanyi dan pelakon, Ahmad Azhar Othman atau Awie memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam, pelajaran kedua-dua anaknya merosot dan kesihatan mereka terjejas sejak bekas isterinya, Arni Nazira Anuar dibenar bersama mereka pada setiap hujung minggu bermula 7 Mac lalu.
Ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus, Awie berkata, dua anaknya, Puteri Aleeya Antasha, 7, dan Puteri Aleefa Antasha, 4, sering sakit ketika dikembalikan Arni kepadanya pada malam Ahad, selepas bersama-sama ibunya sejak pagi Sabtu.
Beliau berkata, antara lain, badan anaknya kelihatan susut, wajah berbintat digigit nyamuk, selain cedera di lutut dan kaki tersepit.
Selain itu, katanya, Aleeya juga gagal menumpukan kepada pelajaran kerana sering dibawa keluar oleh ibunya, malah dia sukar bangun pagi untuk ke sekolah pada Isnin kerana dikembalikan kepadanya pada lewat malam oleh Arni.
“Anak saya sering sakit dan cedera ketika dijaga bekas isteri sedangkan ketika diserahkan kepadanya, dua anak saya sihat dan ceria.
“Pada 15 Mac iaitu dua hari selepas dipulangkan Arni, Aleefa dimasukkan ke Hospital Ampang kerana wajah dan badannya berbintat digigit nyamuk serta luka di lutut dan dibenarkan keluar lima hari selepas itu.
“Pada 26 April pula, Aleeya dimasukkan ke hospital sama kerana disyaki demam denggi dan diberi cuti sakit lima hari, selepas Arni memulangkan mereka pada 22 April bersama ubat dari Pusat Perubatan Universiti Malaya.
“Saya diberitahu, Arni membawa dua anak ke lokasi penggambaran kerana dia berlakon dan bagi saya, itu bukan tempat untuk anak. Bagaimana ibu nak jaga anak jika dia (Arni) sedang berlakon,” katanya.
Awie berkata demikian ketika menjawab soalan peguam belanya, Mastuni Muhammad pada sesi perbicaraan bagi mendapatkan hak jagaan kekal terhadap Aleeya dan Aleefa, di sini, semalam.
Selain Mastuni, Awie turut diwakili peguam bela, Mohd Sazali Abdul Aziz, manakala Arni yang hadir berbaju kurung merah bertudung coklat, diwakili peguam bela, Mohd Zuki Che Mat Ghani dan Aminuddin Abdullah.
Sebanyak 18 keping gambar menunjukkan Aleeya dan Aleefa digigit nyamuk, luka di lutut dan ketika dirawat di hospital, diserahkan kepada mahkamah untuk dijadikan bahan bukti.
Awie berkata, dia terpaksa meninggalkan lokasi penggambaran filemnya di Bangkok pada 26 April, selepas dimaklumkan keadaan anaknya yang lemah dan dimasukkan ke hospital oleh isteri, Rozana Misbun dan kakaknya, Hawa Othman.
Beliau berkata, Arni mengetahui anaknya sakit, tetapi dia mungkin tidak mengetahui kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital.
“Saya tak hubungi dia sebab sebagai ibu, dia patut telefon bertanya kerana dia tahu anak yang diserahkan kepada saya itu sakit.
“Dia tak pernah bercakap dengan saya dan hanya menghantar SMS ‘hari ni saya ambil anak’ atau ‘esok saya hantar anak’ kepada Rozana.
“Sebab tu, masa dia datang hendak ambil anak pada minggu berikutnya, saya tak benarkan kerana anak masih belum sihat,” katanya.
Awie berkata, dia juga terpaksa menggandakan masa anaknya belajar kerana pencapaiannya semakin merosot dan keadaan itu menyebabkan anaknya memberontak.
Katanya, ketika dibenar tinggal bersama Arni selama seminggu ketika cuti sekolah bulan lalu, anaknya gagal menyiapkan latihan kerja sekolah diberikan.
“Saya bagi peluang anak buat latihan sekolah bersama ibunya, tetapi anak hanya buat sehelai setengah saja dan Arni beritahu yang anak enggan belajar,” katanya.
Perbicaraan kes itu disambung pada 23 Julai ini. [BH]
|
|
|
|
|
|
|
|
kaannn..dr dulu dia yg bersuara...
arni time tu tak de pun balas...diam je
dan skg alhamdulillah nampak bahagia je |
|
|
|
|
|
|
|
mandi bunga rupanya
patut la d mata awie rozana tu lawa sgt...smpai ceraikan arni... |
|
|
|
|
|
|
|
kontang replied at 18-5-2016 10:34 AM
Aku reply artikel yg syd post tu ... dlm artikel yg syd post ... ada ditulis
"Sebagai seorang ...
Owh begitu rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
settle ajelah awie secara baik
biar ajelah mak anak2 ko tu yg jaga |
|
|
|
|
|
|
|
'Saya Yang Banyak Tanggung Malu' - Awie
Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 6:00 AM
Mohd Al Qayum Azizi Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
[email protected]
Awie tidak terkesan dengan tindakan bekas isterinya, Rozana Misbun yang ingin mengemukakan saman malu terhadapnya. Foto LOW LAY PHON
KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Wings, Awie tidak terkesan dengan kenyataan bekas isterinya, Rozana Misbun yang ingin mengemukakan saman malu atas dakwaan fitnah yang dibuatnya terhadap wanita berkenaan.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, Rozana boleh melakukan apa sahaja mengikut kemahuannya kerana dia tiada hak untuk menghalangnya hasrat bekas isterinya itu.
"Sebenarnya saya yang banyak menanggung malu tetapi biarlah dia hendak buat apa pun," katanya ringkas.
Awie berkata demikian ketika ditemui pada majlis Bikers Unite For Charity yang diadakan di Saloma Bistro di sini, Ahad.
Awie.
Terdahulu, Rozana, 38, berkata, dia ingin mengambil langkah tersebut kerana segala fitnah dilemparkan Awie boleh meninggalkan kesan terhadap dirinya dan anak-anak kerana tuduhan yang dilaporkan media itu akan kekal sebagai bahan bacaan di Internet.
Keputusan itu dibuat selepas Awie mengaku bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadapnya daam satu kejadian di kaunter Permodalan Nasional Berhad (PNB), Jalan Tun Razak di sini pada 2 Jun 2014.
Penyanyi itu diarahkan membayar denda sebanyak RM2,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 10 Mei lalu.
Terdahulu pada 7 Mac lalu, Mahkamah Majistret Ampang pula melepas dan membebaskan Awie daripada pertuduhan mencederakan Rozana di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Ampang, selepas mereka bersetuju kes itu diselesaikan dengan cara Awie membayar kompaun RM10,000 dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Rozana.
Sementara itu, mengulas mengenai majlis Bikers Unite For Charity, Awie berkata, dia bersyukur apabila usaha semua ahli-ahli persatuan menunggang motosikal berkuasa tinggi di seluruh Malaysia tampil menghulurkan sumbangan dan tenaga bagi memastikan objektif terlaksana.
Malah kata Awie, sebagai seorang selebriti dia juga turut memainkan peranan dengan membuat promosi dan hebahan kepada peminat-peminatnya untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada golongan tidak bernasib baik.
Anak-anak yatim dari tiga buah kebajikan bergambar kenangan pada majlis Bikers Unite For Charity.
"Alhamdulillah hari ini kami barisan bikers dapat berkumpul demi satu tujuan iaitu untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik dan saya sendiri tidak menyangka sokongan daripada semua ahli kelab termasuk orang ramai cukup meriah.
"Ia menaikkan lagi semangat kami untuk meneruskan projek ini demi mengumpul lebih banyak dana untuk disumbangkan kepada yang berhak," katanya.
Selain Awie, acara itu turut diserikan dengan kehadiran pelakon Erra Fazira dan Jehan Miskin.
Dalam perkembangan sama, Pengerusi Bikers Club United (BUC), Jaafar Mohamad berkata, setakat ini pihaknya berjaya mengumpul dan sebanyak RM120,000 dan 70 peratus daripadanya telah diserahkan kepada lima buah rumah kebajikan pelbagai latar belakang.
Kata Jaafar, sumbangan yang diterima masih berterusan daripada pihak perseorangan atau pun syarikat dan ia bukti masyarakat Malaysia prihatin terhadap golongan memerlukan.
Erra dan Awie antara selebriti yang aktif dalam dunia permotoran berkuasa tinggi.
"Hari ini sahaja hampir 2,000 yang hadir bagi memeriahkan acara dan Alhamdulillah selepas lebih 47 hari kempen ini diadakan kami berjaya mengutip dana sebanyak RM120,000.
"Lebih menggembirakan dana yang masuk masih berterusan dan kami menjangkakan ia akan mencapai RM200,000 dalam sedikit masa lagi.
"Ini membolehkan kami mengagihkan kepada lebih banyak rumah kebajikan termasuk di luar Lembah Klang," katanya.
Pada majlis sama, Jaafar turut menyampaikan sumbangan kepada wakil-wakil lima rumah kebajikan termasuk tiga rumah anak yatim pada acara tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Awie dakwa rumah Rozana ‘berpuaka’
Oleh MOHD. AZRIN MUHAMMAD
KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi rock popular, Awie tidak menjenguk dua anaknya yang di bawah jagaan bekas isteri, Rozana Misbun, 38, selepas menganggap rumah bekas isterinya itu di Ukay Perdana, Hulu Klang sebagai ‘berpuaka’.
Keterangan tersebut diberikan oleh Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 48, di hadapan Hakim Syarie Che Saupi Che Husin dalam perbicaraan kes nafkah anaknya, Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6, di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Ketika ditanya peguam yang mewakili Rozana, Mohd. Nor Apandi Dahari dalam sesi soal balas telah mempersoalkan mengapa Awie tidak cuba menjenguk anak-nya dan Awie yang kelihatan tenang menjawab sambil diperhatikan peguamnya, Mohd. Syafiq Norizan.
Menurutnya, beliau tidak dapat menjenguk anaknya kerana tidak pasti lokasi mereka dan percaya Rozana telah membawa kedua-dua anaknya itu tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinci.
Ujarnya lagi, rumah yang dihuni oleh Rozana sebelum ini juga tidak dikunjungi kerana beranggapan rumah tersebut ‘berpuaka’ ekoran tidak seorang ahli keluarga bekas isterinya itu menyukai beliau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Makanan, baju-baju semua ada. Apa lagi yang dia hendak? Hendak pencuci muka beribu saya belikan, tak juga cantik-cantik. Macam itu juga muka dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
kau ye lah betul Awie, org lain semua salah
ego tinggi melangit, tak kan takde lgsg salah kau?
you re such a manipulative, oppressor & narcissistic
harap awie tak baca ni |
|
|
|
|
|
|
|
Good luck berbakul2 pada tunang terbaru awie
Patut la erra never consider nak balik ke awie ni
Mulut dia |
|
|
|
|
|
|
|
Hendak pencuci muka beribu saya belikan, tak juga cantik-cantik. Macam itu juga muka dia.
Makan dalam ayat ni.. Semoga Arni ampunkan sahaja mulut Awie masa tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Syd at 15-6-2016 11:50 AM
berita sebelum ini.
Awie diperintah bayar nafkah anak RM1,600
Ahmad Azhar Othman
KUALA LUMPUR 24 Mei – Mah-ka-mah Tinggi Syariah di sini hari ini memerintahkan vokalis kumpulan rock Wings, Awie membayar nafkah sementara untuk dua anaknya yang kini di bawah jagaan bekas isteri-nya, Rozana Misbun berjumlah RM1,600 mulai bulan ini.
Hakim Syarie Ibrahim Deris membuat keputusan tersebut tanpa kehadiran pasangan itu mengikut peruntukan Seksyen 202 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1998.
Keputusan tersebut juga dibuat selepas mengambil kira afidavit Rozana, 38, selaku pemohon dan juga afidavit jawapan serta tawaran balas oleh pelakon utama filem Zombi Kampung Pisang itu atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 48, yang dinamakan sebagai responden.
“Untuk kepentingan anak-anak, mahkamah mempunyai kuasa untuk membuat perintah sementara nafkah anak dengan mengambil kira tawaran balas oleh responden dan turut merujuk kepada afidavit jawapan.
“Mahkamah dengan ini memerintahkan responden membayar nafkah bagi Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6, sebanyak RM800 setiap seorang berkuat kuasa bulan ini. Tuntutan-tuntutan lain ditolak,” kata beliau.
Wang nafkah tersebut akan didepositkan ke dalam akaun peguam syarie yang mewakili Rozana sebagaimana yang ditawarkan oleh Awie mengikut afidavit jawapan yang difailkan pada 17 Mei lalu.
Rozana yang juga adik kepada pelakon Haliza Misbun diwakili peguam syarie, Mohd. Nor Apandi Dahari manakala Awie diwakili peguam syarie, Mohd. Syafiq Norizan.
Pasangan tersebut tidak hadir berikutan berlakunya kesilapan tarikh apabila mereka menjangkakan bahawa tarikh sebutan hari ini hanyalah untuk responden memfailkan afidavit jawapan mereka.
Rozana yang memfailkan permohonan nafkah sementara terhadap dua anak mereka pada 21 Oktober tahun lalu menuntut Awie membayar wang nafkah bulanan, perayaan, tempat tinggal, persekolahan dan kos pembantu rumah.
Awie dalam tawaran balasnya menyatakan kesanggupan untuk membayar nafkah bulanan sementara sebanyak RM1,500 bagi kedua-dua anak itu manakala kos perayaan, persekolahan dan pembelian pakaian akan ditanggung sepenuhnya oleh Awie dengan cara membawa mereka keluar untuk membeli kelengkapan tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh tahan jugak mulut awie? arni tak da jawab balik ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Awie akui tidak pernah beri duit belanja anak
WARTAWAN SINAR HARIAN
15 JUN 2016
PENYANYI dan pelakon Awie mengaku tidak pernah memberi wang untuk perbelanjaan dua anaknya yang kini di bawah jagaan bekas isteri, Rozana Misbun.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, dia tidak memberikan wang kerana tidak melihat sendiri anaknya sejak dilarikan Rozana dua tahun lalu.
Menjawab soalan peguam Nor Afandi Dahari yang mewakili Rozana, 38, dalam perbicaraan tuntutan nafkah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan semalam, Awie menjelaskan, dia menanggung penuh perbelanjaan keluarganya sepanjang tempoh perkahwinan dengan pendapatan lebih kurang RM40,000 sebulan.
Ditanya Afandi adakah Awie mempunyai usaha untuk menjenguk anaknya yang berada di bawah jagaan Rozana, Awie berkata, dia tidak pernah pergi ke rumah tempat tinggal Rozana dan anak-anaknya.
Menjelaskan lebih lanjut, Awie mendakwa rumah yang dihuni mereka berpuaka dan ada banyak ‘setan’ maka dia tidak pergi ke sana menjenguk anak-anak.
Selain itu, Awie menambah, dia tidak cuba pergi ke kediaman keluarga Rozana kerana keluarga Rozana tidak menyukainya dan pernah dimaki hamun seolah-olah tiada langsung kebaikan dalam dirinya.
"Saya tunggu hari demi hari, bicara demi bicara. Saya harap dapat jumpa anak-anak saya kembali,” katanya.
Sementara itu, ketika disoal semula peguamnya Mohd Syafiq Norizan, Awie berkata, dia sentiasa bersedia membelikan barangan keperluan anaknya dengan membawa dua kanak-kanak tersebut keluar membeli-belah bersama.
Melalui tuntutan nafkah anak yang difailkan Rozana pada 5 November tahun lalu, Rozana menuntut perbelanjaan makan dan minum serta kelengkapan diri berjumlah RM3,000, kos tempat tinggal (RM1,500) dan bayaran pembantu rumah untuk Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6.
Rozana juga menuntut RM2,000 setiap tiga bulan untuk pembelian pakaian, RM1,500 bagi perbelanjaan persiapan persekolahan dan RM3,000 untuk persiapan pakaian sempena perayaan.
Tuntutan dibuat mengikut Seksyen 73, Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
Sementara itu, pada prosiding sama, pengurus peribadi Awie, Ahmad Fahizad Mohd Idris, 37, yang dipanggil sebagai saksi defendan dalam keterangannya berkata, selain menguruskan jadual kerja Awie, dia juga sedikit sebanyak menguruskan rumah dan perbelanjaan keluarga itu.
Menjawab soalan Mohd Syafiq, Fahizad berkata, Rozana tidak amanah dalam menguruskan perbelanjaan keluarga kerana membelanjakan wang yang diperuntukkan untuk keluarga untuk kepentingan sendiri dengan membeli pelbagai barangan termasuk beg tangan dan kasut.
Ahmad Fahizad berkata, Awie telah membayar nafkah anak sementara sebanyak RM1,600 bermula Mei lalu seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi Syariah bulan lepas.
Hakim Syarie Che Saupi Che Hassan kemudian menetapkan 15 Ogos ini untuk keputusan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|