sampai bilakah kuasa besar negara Islam nak berdiam diri???
Israel siap serang Iran
BAITULMAQDIS: Israel sudah bersiap sedia dengan semua pilihan untuk memaksa Iran menghentikan program nuklearnya.
Ketua Turus tentera rejim Zionis, Gabi Ashkenci memberitahu Parlimen, dia menjangka pemimpin dunia memutuskan tindakan yang akan diambil terhadap Iran menjelang akhir tahun ini.
Dia menuduh Iran memainkan peranan aktif dalam apa yang disifatkannya sebagai ‘melaga-lagakan negara radikal dengan sederhana untuk menguasai Asia Barat’ dan menjadi pembekal utama senjata kepada dua musuh militia negara Yahudi itu - Hizbullah di Lubnan dan Hamas di Semenanjung Gaza.
Israel menyifatkan gesaan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad supaya negara Yahudi itu dimusnahkan adalah tanda jelas bahawa senjata nuklear Iran, jika dihasilkan, akan digunakan untuk mengancam kewujudannya.
“Kita tidak boleh melindungi seluruh Israel dengan kubah besi,” kata Ashkenci, merujuk kepada sistem pemintas untuk roket jarak dekat yang dirancang disiapkan dalam masa dua tahun. - AP