1. Biar pecah diperut, jangan pecah dimulut Maksud:Menyimpan rahsia. Ayat: Mereka berjanji untuk menyimpan rahsia biar pecah di perut, jangan pecah di mulut
2. Biar putih tulang, jangan putih mata Maksud: Lebih baik mati daripada menanggung malu. Ayat: Rahman sangat marah dengan kejadian itu kerana baginya biar putih tulang, jangan putih mata
3. Buang yang keruh ambil yang jernih Maksud: memulai penghidupan yang baru. Ayat: PAsangan itu mengambil pendekatan buang yang keruh ambil yang jernih
4. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali Maksud: Jika hendak membuat pekerjaan yang baik, janganlah berlebih-lebihan sehingga tidak pada tempatnya, dan pekerjaan yang jahat hendaklah dihindarkan sama sekali. Ayat: emak selalu menasihati Ali supaya buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
5. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga Maksud:Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati. Ayat: Nama datuknya masih menjadi sebutan ibarat hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga
6. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis Maksud: Selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat. Ayat: Mereka sekeluarga sentiasa berpada-pada dalam berbelanja ibarat ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
7. Jangan mengukur baju dibadan sendiri Maksud:Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. Ayat: Pengajaran yang diperolehi dari peristiwa tersebut ibarat mengukur baju dibadan sendiri
SOALAN B18 1. Lembu dogol jangan dibalun. 2. Seperti kodok ditimpa kemarau. 3. Kucing melompat, orang terkejut daripada tidurnya, ayam berkokok hari pun siang. 4. Umpan habis, ikan tak kena 5. Ayam tak patuk, itik tak sudu. 6. Ulat dalam batu 7. Pelanduk dua serupa.
SOALAN B18 1. Lembu dogol jangan dibalun- Orang yang tiada melawan jangan diusik, nanti dia melawan bersungguh-sungguhayat : Pakcik Abu dipesan oleh Karim jangan bergurau kasar dengan ghani kerana dia umpama lembu dogol jangan dibalun
2. Seperti kodok ditimpa kemarau - berkeluh kesah seolah tiada akhir ayat : Dia tidak senang duduk memikirkan masalah seperti kodok ditimpa kemarau. 3. Kucing melompat, orang terkejut daripada tidurnya, ayam berkokok hari pun siang- Kesusahan atau kesukaan orang lain, yang berkesan sampai kepada kita
ayat : Rapatnya mereka hingga susah senang diharungi bersama umpama kucing melompat, orang terkejut dari tidurnya, ayam berkokok hari pun siang.
4. Umpan habis, ikan tak kena - Usaha yang sia-sia dan mendatangkan kerugian.
ayat : Penat berhabis wang ringgit dan dia merasakan segalanya umpama umpan habis, ikan tak kena. 5. Ayam tak patuk, itik tak sudu - Keadaan orang yang hina dalam masyarakat ayat : keadaan penagih dadah selalunya dipandang seperti ayam tak patuk, itik tak sudu. 6. Ulat dalam batu - Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan
ayat : Kalau kita rajin berusaha pasti akan jadi dapat hasilnya seperti ulat dalam batu. 7. Pelanduk dua serupa - Dua orang yang serupa benar
ayat : mereka sangat serupa walaupun bukan adik beradik seperti pelanduk dua serupa.
SOALAN B019
1.Lidah buaya
2.Membujur lalu, melintang patah
3. Bagai aur dengan tebing
4. Sehari selembar benang, lama-lam menjadi kain
5. sampah hanyut
6. tikam dari belakang
7. Gunting dalam lipatan
tlg cari makna jah
SOALAN B019
1.Lidah buaya - kuat makan
2.Membujur lalu, melintang patah - tidak ada yang dapat menghalang
3. Bagai aur dengan tebing - hidup tolong menolong
4. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain - pekerjaan yang rumit akan siap akhirnya jika tekun dan sabar
5. sampah hanyut - orang yang hina dan tidak dihiraukan oleh orang lain
6. tikam dari belakang - belot
7. Gunting dalam lipatan - orang yang dipercayai tetapi khianat
1. Anda dikehendaki memberikan 3 tajuk lagu berbahasa melayu yang anda minati dan mempunyai kaitan dengan kisah hidup anda.
2.Sila sertakan nama penyanyi dan tahun ia diterbitkan.
3. Terangkan kenapa anda meminati/memilih lagu-lagu tersebut serta kaitannya dengan kisah hidup anda.
lagu 1)
lagu2 dari kumpulan ukays..x kisah la album yg mana tp masa tu tahun 90 an..zaman ada kaset..pastu beli yg cetak rompak... suka lagu2 sbb ada sekumpulan manusia duk sebelah umah.selalu pasang n nyanyi kuat2 smpai dgr ke rumah..ada sorg mamat tu( skang dah arwah)dia nak ngorat kak long(yg dah bertunang pon masa tu),dia nyanyi sebuah lagu dr ukays..mmg merdu sgt sora dia...dgn harapan kak long akan sudi terima dia tup2 sebulan lepas tu,kak long dada kawen dgn org lain n wat kenduri yg meriah giler...sian gak kt mamat tu..tp dia sudi mai tolong2 masa kenduri tu... al-fatihah utk arwah......
lagu 2)
hanya segenggam setia-rahmat tahun lagu ni kuar x jumpa..gugel x dpt pun
tp dgr masa umur 16 thn.. kisah lama..zaman sekolah menengah..duk asrama..ada sorg abg pengawas selalu bg lirik lg tu tp x pernah dgr lg apa..yela.zaman tu duk asrama mana ada radio...tv pon kena catu...tp tiap2 minggu dpt lirik lagu tu..bila blk langkawi br la punggah kaset2 abg cari sbb nak sgt dgr...pas dgr sekali terus jd minat walaupun liriknya sgt sadis...
lagu 3)
lagu selamat hari raya sbb tiap2 thn sambut raya wajib dgr...mestila suka..nak raya tu...
ada sebuah lagu raya sedih aishah-pulanglah..selalu dekat2 nak raya akan antar lagu ni kt akak yg jauh nun disana...saja nak panaskan ati dia suh balik raya... mmg x senang duduk la dia..pernah sbb terlampau emo dia p cari tiket flight masa hari raya tu..dptla tp harga tiket mahal dan bayar duit sendiri..tp sbb dah nak sgt balik lps dgr lagu tu,dia amik jugakla tiket tu..balik pun 3 hari ja.. so tiap2 tahun mmg akan kenakan dia dgn cara tu kalo dia x balik beraya di kampung
4. Jawapan mestilah dihantar sebelum hari Isnin 9hb April 2012, Jam 12.30 tengahari.
1. Anda dikehendaki memberikan 3 tajuk lagu berbahasa melayu yang anda minati dan mempunyai kaitan dengan kisah hidup anda.
a) Selamat Hari Raya
b) Suasana Di Hari Raya
c) Setahun Sekali
2.Sila sertakan nama penyanyi dan tahun ia diterbitkan.
a) saloma (1955)
b) Anuar dan Ellina (1986)
c)Amy Mastura (1998)
3. Terangkan kenapa anda meminati/memilih lagu-lagu tersebut serta kaitannya dengan kisah hidup anda.
saya memilih lagu ini kerana saya sangat suka time hari raya, dapat berkumpul beramai-ramai, saling bermaafan, makanan sedap-sedap, kunjung mengunjung dan lain-lain. lagu-lagu tersebut sangat berkaitan kepada saya. bila lagu itu berkumandang ada terasa sesuatu semangat yang berkobar-berkobar untuk saya menemui adik beradik saya yang lain. tiada waktu lain pada saya dapat berhimpun bersama sebegitu. hari raya adalah hari yang sangat dinantikan oleh saya dan kalian juga kan? ekekeke
4. Jawapan mestilah dihantar sebelum hari Isnin 9hb April 2012, Jam 12.30 tengahari.
** Markah bergantung kepada mana-mana sifu yang bertugas
tudung_bawal Post at 7-4-2012 09:56
TB.. SOKLAN PER NI..MASAK NK MIKIR