|
LESTARY: KAU, AKU, KITA [SYARUL RIDZWAN, JANNA NICK]
[Copy link]
|
|
memang jelitawan yang lasak sungguh dia ni
Chuols, kat mana nk tengok full? Tak tahu pun pasal ni. Kekdahnya pagi tadi baru on ig JN pun
|
|
|
|
|
|
|
|
aku suspek yg duk kutuk janna dlm thread milah tu peminat tegar HQ ke HP ke...x senang tgk SR belakon dgn org lain, pahtu tiba2 lagi glamer pulak tu...hello, janna at least glamer sbb bakat dia ye, bukan sbb gossip konon sweet muweet dgn hero...(geram ni..haha)
haaa kan lawa gambar ni...aku siap dah dload nak buat wallpaper desktop...hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
kat tonton ada. episod 18
|
|
|
|
|
|
|
|
"jelitawan yang lasak" mmg kena sgt dgn janna |
|
|
|
|
|
|
|
JN ada sorg abg rasanya.xingt nama apa.dah kawin.. So total yg iols tau 4 org la kot..mak dia muda kan.mmg mcm akak ngn adik je..hihi
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pon suke avvy chuols.. semart giler sarul masa nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Syarul Ridzwan & Janna Nick Duta DFKL 2016
Hero serta heroin ‘Kau, Aku, Kita’, Syarul Ridzwan dan Janna Nick, diangkat sebagai duta Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) bagi edisi ketiga penganjurannya. Bertemakan ‘Dunia Drama Sebenar’, pelantikan kedua-dua selebriti ini sebagai duta DFKL 2016 dibuat atas dasar populariti yang dikecapi mereka sekarang.
“Kali pertama ditawarkan pihak penganjur, saya tertanya, layakkah saya nak jadi duta DFKL sebab saya rasa saya masih baru dan ramai lagi yang lebih layak daripada saya. Namun, pada masa sama, saya rasa ini satu penghargaan besar buat saya dan apa salahnya saya cuba kerana ini satu pengalaman yang sangat berharga.
“Tidak dinafikan tanggungjawab membawa nama sebagai duta ini sangat berat. Saya takut orang akan mengata serta mempertikaikan kenapa saya yang dipilih dan bukannya orang lain. Namun, saya yakin yang saya boleh bawa nama DFKL,” tutur Janna ketika ditemui sewaktu siri jelajah DFKL 2016 di UiTM Shah Alam pada Rabu lalu.
Sementara itu, pelakon Syarul Ridzwan turut berbesar hati apabila dipilih sebagai duta DFKL 2016. Menurut pelakon drama ‘Hati Perempuan’ ini, penganjuran DFKL adalah satu platform yang sangat bagus kerana ia membantu orang ramai di luar sana mengetahui serta mempelajari selok belok dunia lakonan.
“Saya rasa teruja serta berbesar hati, dan pelantikan sebagai duta DFKL 2016 merupakan satu tanggungjawab yang besar buat saya. Selalu orang cakap jadi duta sangat mudah, datang tunjuk muka sahaja. Tapi saya akan berkongsi pengalaman saya kepada semua, bukan sahaja untuk memberi ilmu kepada mereka malah juga memberi motivasi kepada diri saya sendiri,” ujar Syarul kepada Tonton Extra.
“DFKL merupakan satu platform di mana orang yang sangat-sangat hebat berkumpul untuk memberi ilmu seperti pengarahan dan lakonan. Peluang yang diberi ini akan dijadikan tempat untuk saya belajar serta memperbaiki apa kelemahan saya dari segi lakonan. Menerusi penganjuran sebelum ini, saya juga pernah join abang Heykal Hanifah untuk sesi uji bakat lakonan. Walaupun saya dah bergelar pelakon, tapi bila melihat peserta yang hadir, ada pergerakan yang boleh saya apply dalam lakonan saya,” katanya.
Sebagai duta, Syarul dan Janna bertanggungjawab mempromosikan DFKL 2016 melalui laman sosial, turut serta di sesi jelajah, bengkel dan juga malam kemuncak Anugerah DFKL 2016. DFKL 2016 yang merupakan anjuran TV3 dan TV9 memberi peluang kepada orang ramai untuk mengasah bakat mereka sekaligus berpeluang menimba ilmu bersama para panel berpengalaman dalam industri seni tanah air.
Masih menjurus kepada empat komponen utama, DFKL mengekalkan penyertaan pertandingan drama pendek, pitching, uji bakat lakonan serta bengkel. Antara bengkel yang ditawarkan ialah bengkel lakonan, pengarahan, animasi, solekan kesan khas serta penampilan diri. Mereka yang bertanggungjawab berkongsi ilmu kepakaran masing-masing dalam bengkel drama yang akan diadakan pada 17 dan 18 Mac 2016 ialah Datuk Rosyam Nor, Ahmad Idham, Ellie Suriaty, Datin Umie Aida, Azman Haji Yahaya (Jinggo), Faizu Les Copaque, Awal Ashaari, Datin Sharifah Shawati, Usamah Zaid dan J.Lo Zali.
Orang ramai boleh membuat pendaftaran awal untuk menyertai bengkel DFKL 2016 pada siri jelajah yang akan diadakan di Kuala Lumpur (16 Januari), Johor Bahru (20 Januari), UiTM Lendu Melaka (27 Januari), Kedah (6 Februari) dan UPM Serdang (10 Februari). Untuk maklumat lanjut mengenai DFKL 2016 boleh layari laman web rasmi www.dfkl.com.my. |
|
|
|
|
|
|
|
tahun depan ada road tour lagi yer
|
|
|
|
|
|
|
|
haah betul.. 4 beradik. ade abg sorang. janna anak no.2.. kawan2 rapat sheols panggil die angah..
|
|
|
|
|
|
|
|
mak dia kawen awal kot. jarak antara janna dgn adik2 dia jauh juga.
|
|
|
|
|
|
|
|
cuba dload gambo ni, then zoom in...lagi jelas nampak aura diorg tau
|
|
|
|
|
|
|
|
it's high time for Janna.. grab it dik..
baru2 pon org nampak ko berbakat.. lepas ni mesti ramai hero2 nk blakon ngan janna.. mane tau boleh naikkan nama theyol jugak..
ok sarul... ko ketepi sikit..
|
|
|
|
|
|
|
|
nak tiru pipi pau janna ke?
Syarul, mohon dtg awal ye..duta kena dtg awal
|
|
|
|
|
|
|
|
yup..tuah Kau Aku Kita....Alhamdulillah rezeki dia dtg mencurah2 lately..
Actually nk tya chuols #anakkudiva tu bila tayang dan main kat tv mana..?
|
|
|
|
|
|
|
|
yes. yesss.. that's the word.. AURA!.. memang meletop aura dorang dlm gmbr tu..
buat x jemu tgk.. aku dah buat wallpaper henpon.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak silap iols kat tv3. setiap sabtu & ahad, pukul 7.
start bulan depan rasanya..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|