CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

SHAHIR Lambert FC/konpem FINAL-ANTI/most marketable-klubkidd

   Close [Copy link]
Post time 5-5-2010 10:39 AM | Show all posts
hai s3myx



Uploaded with ImageShack.us
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2010 10:49 AM | Show all posts
Reply 1801# molley444

Hi Molley .........

Huhuhuhu......... tak leh tgk gambaq tu semua.....company firewall blocked...
Sabo jer lah.....tgk kat umah mlm nih.... :-(
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 11:01 AM | Show all posts
Reply  molley444

Hi Molley .........

Huhuhuhu......... tak leh tgk gambaq tu semua.....comp ...
S3Myx Post at 5-5-2010 10:49



    ala ye ke..ihihihihih
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 11:16 AM | Show all posts
Lagi citer pasal Shahir...............

Norman kecewa Shahir tersingkir

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
[email protected]
Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI dan ehsan ASTRO



SARIMAH ketika mengumumkan penyingkiran Shahir di Debaran AF yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, malam Ahad lalu.

--------------------------------------------------------------------------------



TINGGAL beberapa minggu sahaja lagi, Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) bakal menutup tirainya untuk mencari juaranya.

Di minggu-minggu yang penuh penantian ini, ada sahaja wajah-wajah yang tersingkir.

Terbaru, pada konsert minggu ketujuh, Shahir menjadi pelajar keenam terkeluar daripada perjuangan merebut apa yang diimpikan selama ini.

Keputusan ini cukup mengejutkan bagi sesetengah pihak namun itulah hakikatnya yang perlu diterima semua.

Begitu juga dengan Pengetua AF8, Norman Abdul Halim yang terkilan dan kecewanya terhadap keputusan tersebut.

Meletakkan Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 22, sebagai pelajar kegemaran, Norman menjelaskan jejaka berusia 22 tahun itu sepatutnya layak diberikan laluan untuk beraksi di pentas akhir.

"Hati saya sangat terluka. Minggu ketujuh boleh dianggap badi bagi Akademi Fantasia (AF) apabila memperlihatkan pelajar terbaik terkeluar.
"Kalau dinilai persembahan di minggu ketujuh, sepatutnya bukan Shahir yang harus disingkirkan.

"Dia sebenarnya layak ke peringkat akhir,'' kata Norman yang ditemui sebaik berakhirnya pengumuman penyingkiran menerusi Debaran AF di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, malam Ahad lalu.

Di konsert minggu ketujuh, Shahir, anak jati Perak mendendangkan lagu berjudul Tiara, nyanyian asal kumpulan Kris.

Sayangnya, Shahir hanya mampu memungut 13.89 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk berada di tangga tercorot berbanding enam pelajar lain.

Siti Adira Suhaimi, 19, atau Adira mengungguli di tangga pertama dengan 15.46 peratus diikuti Muhd. Shahril Firdaus Eli, 22, (14.39 peratus); Emirza Azwan Zulazrin Chew, 20, (14.36 peratus); Nadiawaty Ainul Basir, 24, (14.07 peratus); Muhd. Firdaus Maulana Mohamed, 22, (13.94 peratus) dan Zafarina Jamhari, 28, (13.90 peratus).

Konsert minggu ketujuh menyaksikan Lah V.E diundang sebagai pengkritik undangan di samping pengkritik tetap iaitu Adlin Aman Ramli dan Aznil Haji Nawawi.

Menyambung bicara, ujar Norman, meskipun tersingkir pihaknya sudah pun memikirkan sesuatu buat Shahir apabila terhidang peluang untuknya muncul dengan sebuah single.

Telah pun merakamkan single berkenaan, Edry KRU berperanan dalam mencipta lirik dan lagu berkenaan yang berjudul Kebahagiaan Dalam Perpisahan.

Tambah mengembirakan Shahir, klip video untuk lagu itu juga telah dirakamkan dan ia sebagai hadiah buatnya melangkah maju di luar akademi nanti.

"Bukan sahaja Shahir, semua pelajar yang telah tersingkir sebelum ini pun memperoleh peluang yang sama.

"Lagu-lagu yang telah mereka rakam akan ke udara di radio sedikit masa lagi.

"Untuk Shahir, lagu tersebut amat menepati dengan vokalnya. Ia lebih kepada pop dan ada elemen rock,'' ujarnya.
Ditanya mengapa Shahir menjadi pelajar kegemarannya, Norman berkata, Shahir memiliki karakter yang jarang ada pada muda-mudi masa kini.

Shahir, jelasnya, sepanjang mengikuti pembelajaran di akademi telah menunjukkan sikap yang baik dan seorang yang berbudi bahasa.

"Dia juga ada pakej tersendiri. Vokalnya cukup 'jantan' dan jelas serta lantang.


"Oleh sebab itulah saya kecewa Shahir tersingkir. Dia pelajar yang sangat baik,'' ujar Norman.

Sementara itu, bagi Penerbit Eksekutif AF8, Norazian Mohd. Zahir, saat diketengahkan persoalan tentang kemungkinan diadakan undi masuk atau AFMASUK berkata, semuanya bergantung kepada keadaan.

"AF selalu mencipta kejutan. Apa-apa boleh terjadi. Jadi, tunggulah nanti,'' jelasnya.

AFMASUK pernah diperkenalkan dalam beberapa siri penganjuran AF sebelum ini bagi memberi peluang pelajar tersingkir memasuki semula ke dalam akademi untuk berentap di konsert akhir.

"Ini rezeki saya"

Dalam pada itu, bagi Shahir pula, penyingkiran akan membuatkan siapa saja terkilan.

Namun, bagi dirinya, ia bukanlah satu kegagalan yang berterusan kerana dunia luar daripada akademi adalah medan perjuangan total.

"Apa pun, saya bersyukur kerana mendapat 'hadiah' yang amat berharga iaitu muncul dengan single pertama.

"Ini adalah rezeki buat saya. Untuk sampai ke tahap ini bukanlah sesuatu yang mudah. Terima kasih kepada semua yang telah banyak memberi saya tunjuk ajar sepanjang berada di akademi,'' katanya.

Memberi maklum balas terhadap soalan media berkisar tentang statusnya sebelum ini yang merupakan anggota kumpulan nasyid, Shahir menjelaskan bahawa kemasukannya ke dalam akademi bukanlah untuk beralih arah.

Bagi Shahir, berada di akademi memberi peluang untuk mengorek pelbagai ilmu yang ada yang sukar dan mahal untuk dipelajari di luar.

"Peluang yang ada, inilah yang saya gunakan. Lagipun, sepanjang bersama kumpulan nasyid Saujana, saya bukanlah penyanyi tetap kumpulan itu.

"Saya hanyalah sebagai penyanyi gantian,'' tambahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 11:18 AM | Show all posts
hooooiiii hooooiiii hoooiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 11:21 AM | Show all posts
salam sume
hoiiiiiiiiiiiiihoiiiiiiiiihoiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2010 11:23 AM | Show all posts
moning molley
moning S3Myx
moning tag   

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 11:24 AM | Show all posts
Post Last Edit by Rorine at 5-5-2010 11:27

Shahir Terkeluar AF8, Sepupu Kami Meraung Kekecewaan




Terkejut besar jugak kami apabila salah seorang pelajar feveret Akademi Fantasia 8, si Shahir terkeluar. Kalau dah lupa, kami pernah maklumkan yang si Shahir nie adalah bekas anggota nasyid Saujana. Akibat tersingkirnya Shahir, sepupu kami di rumah ini meraung kekecewaan. Dia tengok AF8 pun sebab kehandsomean Shahir. Lepas nie Shahir dah tak ada maka sepupu kami berkata yang dia akan stop tengok AF8.

Mungkinkah AFMASUK akan diadakan sekali lagi untuk memasukkan kembali Shahir? Tapi perlu ingat sebab pengetua AF8, Norman KRU cakap dia taknak buat AFMASUK kali nie. Adakah dia akan melanggar janjinya? Sama-samalah kita tunggu nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2010 11:26 AM | Show all posts
moning molley
moning S3Myx
moning tag
Rorine Post at 5-5-2010 11:23 AM


salam rorine
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 11:26 AM | Show all posts
Reply 1807# Rorine


Morning Rorine. Hoi Hoi Hoi........

You may call me Kak Su. Ari2 ade citer Shahir........bagus2 :-)
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 11:27 AM | Show all posts
aku mmg x tgk af skang...

aku tgk porem jer
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 11:35 AM | Show all posts
thread shahir che amat hoi hoi hoi tetap bergerak pantas walaupu dia tiada lagi di akademi...
teruskan sokongan anda semua pada shahir
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 11:40 AM | Show all posts
Uploaded with
molley444 Post at 5-5-2010 08:18


mcm perantin lari dr weding
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 11:48 AM | Show all posts
hoiii hoiii hoi!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 11:49 AM | Show all posts
hari ni paper metro, utusan ada pasal shahir...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 11:50 AM | Show all posts
mcm perantin lari dr weding
ariellin Post at 5-5-2010 11:40



    ahhahah.. ni gambau dia wat potograpi katanye...pas kuar af8
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2010 11:54 AM | Show all posts
moning molley
moning S3Myx
moning tag
Rorine Post at 5-5-2010 11:23


hai rorine ;)
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 11:56 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 12:01 PM | Show all posts
best single terbaru shahir
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 12:04 PM | Show all posts
Aznil - Bukan Shahir Yang Patut Keluar Tapi...
Assalamualaikum.

Terus terang Pak Nil katakan yang Pak Nil agak terperanjat dengan penyingkiran Shahir pada Debaran AF Ahad lalu. Pak Nil rasa ada lagi pelajar lain yang lebih 'berhak' dikeluarkan berbanding Shahir. Pak Nil belum puas dengan persembahan Shahir dan Paknil yakin masih ada harapan untuk Akademi mengorek bakat yang ada dalam diri Shahir.

Pak Nil pasti Shahir masih ada menyimpan senjata dalam nyanyiannya yang masih belum dikeluarkannya atau Shahir sendiri tidak mengetahui akan kewujudan senjata itu. Walaubagaimanapun kita kena akur dengan pilihan pengundi yang Paknil lihat sebagai pilihan naik turun yang tidak boleh dijangka. Sekejap Shahir berada di atas carta dan sekejapan pula turun di tangga yang tercorot.

Jika ada AF MASUK? Entahlah, mungkin berbaloi jugak kot sebab Shahir mungkin adalah pilihan paling popular.

Berbalik pada persembahan pelajar pada konsert ke tujuh Sabtu lalu, Pak Nil terkejut dengan persembahan Daus. Daus betul-betul dilihat sebagai pelajar yang menguasai dewan, pentas dan suasana. Tidak ada sedikit pun masa yang Paknil lihat terbuang dan dipersiakan. Mungkin dengan aksi tegang dan air muka yang keras selama ini ditonjolkan oleh Daus kena dan bertepatan dengan lagu nyanyiannya ini. Kelemahan vokal Daus dapat ditutup dengan kehebatan aksi Daus. Tahniah buat Daus dan Pak Nil puas dengan persembahannya.

Adira pula masih menunjukkan persembahan yang konsisten dan bermutu. Namun begitu Paknil rasa seperti menonton persembahan ulangan tapi pada lagu yang berbeza pula. Ini adalah risikonya jika pelajar diberi genre yang sama secara berturut. Adira kelihatan seperti mempertahankan apa yang dilakukan pada minggu sudah dalam persembahannya kali ini. Walaubagaimanapun, Adira kelihatan elegan bersesuaian dengan corak persembahannya yang diiringi pemain biola yang cilik.

Pak Nil cukup tabik pada Shahir kerana menyahut cabarannya menyanyikan lagu Tiara pula kali ini. Shahir sememangnya antara pelajar yang sering diuji dengan pelbagai genre lagu yang berbeza. Masalah dengan Shahir ini adalah dia sering memberikan persembahan yang 'selamat' sahaja. Walaupun ada cubaan untuk memberanikan diri tetapi masih belum cukup untuk membuka mata. Jelas terdapat elemen 'bersih' dalam persembahannya.

Maka, Shahir akhirnya tidak menterjemahkan lagu pada kadar yang diharapkan sehingga kita yang menonton tidak memperolehi kepuasan.
Farina nampak gayanya ingin membuktikan keberaniannya menuruni pentas. Jika minggu lalu dia ke meja pengkritik, tapi kali ini dia ke kerusi penonton. Namun, Pak Nil tidak nampak siknifikannya. Persembahan Farina kali ini adalah biasa sahaja tetapi tidaklah mengecewakan. Kebolehannya tidak teruji dalam lagu Jika kau Ubah Fikiran ini.

Ain memulakan persembahan dengan meyakinkan apabila dia mendendangkan lagu, Seindah Biasa daripada Datuk Siti Nurhaliza ini kerana baris pertama sudah membuktikan dia tidak terpengaruh dengan cara nyanyian Datuk Siti. Makin lama Ain menyanyikan lagu ini, Ain berjaya untuk membebaskan dirinya dari dibandingkan dengan Siti. Namun begitu, mungkin faktor 'Wow' yang kita nantikan dalam persembahannya masih belum kelihatan.

Ada orang menanyakan Pak Nil apa faktor wow itu. Namun Paknil sendiri tiada jawapannya. Mungkin Ain boleh keluarkan dalam persembahannya yang akan datang. Ambil Daus sebagai contoh yang tiba-tiba muncul minggu ini dengan 'Wow'!

Maulana sekali lagi diuji dengan lagu berirama jazz. Lagu ini memang dinyanyikan dengan baik oleh Maulana tetapi persembahannya tidak nampak besar kerana pergerakan Maulana tidak menyokong konsep theatre yang dipersembahkan.

Seharusnya Maulana melepaskan lebih lagi pergerakan dan mimik muka dalam lagu ini. Lagu ini adalah seperti bercerita dan bila pelajar menggunakan konsep penceritaan/lakonan dalam persembahannya, banyak faktor lain yang harus ditonjolkan.

Macam yang Pak Nil tegur dalam konsert tirai dahulu, Maulana kelihatan masih berjalan dengan cara yang tidak elegan dan posture badannya masih membongkok. Inilah yang menyebabkan Maulana tenggelam dalam pergerakannya yang kurang meyakinkan.

Akhir sekali, Pak Nil ingin memuji persembahan Iwan yang Paknil rasa sangat sedap mata memandang dan telinga mendengar. Persembahan Iwan kelihatan kemas dan teratur. Suara Iwan juga sesuai dengan lagu Warisan Wanita Terakhir ini kerana sebutannya terang dan jelas.

Pak Nil pada mulanya agak runsing juga apabila Iwan terus-terusan duduk di kerusi dengan sokongan rakan sebagai penyanyi latar. Kelihatan seperti ini bukan persembahan solo tetapi berkumpulan. Namun, keresahan ini menjadi lega kerana Iwan bangun dan melangkah ke depan dan baru lah dia tampak mengungguli persembahan.

Akhir sekali ketika debaran, Pak Nil ditanyakan siapakan yang Pak Nil rasa memenuhi piawaian Akademi. Jawapan Paknil adalah Shahir kerana Akademi Fantasia sebelum ini menuntut semua pelajarnya agar menyahut cabaran menyanyikan lagu dari pelbagai genre. Dari zaman Vince sehinggalah Hafiz, mereka semua puas di uji. Dalam AF8 ini Pak Nil rasa Shahirlah yang puas di uji!

Dengarnya, jika Shahir masih kekal dalam AF minggu ini dia akan diuji dengan lagu Hindustan pula. Betul ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.066067 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list