CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aFViRGo

♫ HoMe oF MiLaNiaNS ♫ Finalist Area Finals Open Mic @ UK

 Close [Copy link]
Post time 19-9-2010 06:29 PM | Show all posts
Esok skolah bermula, pada adik2 yg menghadapi peperiksaan UPSR moga mendapat keputusan yg cemerlang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2010 06:42 AM | Show all posts
Salam 11 Shawal semua
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 06:45 AM | Show all posts
Hari ni ramai dah mula bekerja, masuk skolah, sambung pengajian
So..selamat memulakan apa saja yg telah ditinggalkan selama dua minggu yg lalu
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 12:07 PM | Show all posts
- Alhamdulillah Bayieng dah ok ngn Mila (nampak kemesraan bayieng ngn Mila)


erkk...gmbo jgn publish ye kak
ai pemalu org nye...pemalu mcm tira
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 04:43 PM | Show all posts
erkk...gmbo jgn publish ye kak
ai pemalu org nye...pemalu mcm tira
bayieng Post at 20-9-2010 12:07



    Ok...tak publish..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 04:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by taurus-71 at 20-9-2010 16:46

Dari fb Ailis mustapha



Bersama Mila di Carta Hotfm Interview esok 21/09 jam 10.00-11.30 pagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2010 04:56 PM | Show all posts
fb Ailis Mustapha




Bersama MILA in showcase raya bersama AEON JUSCO Setiawangsa Jumaat 24 Sept 2010 Jam 8.15 Malam...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 08:54 PM | Show all posts
erkk...gmbo jgn publish ye kak
ai pemalu org nye...pemalu mcm tira
bayieng Post at 20-9-2010 12:07
oit..nk tgk..samada ko masih gediks lg ke tak mcm dl
share la kat ym/fb klu ada..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2010 09:06 PM | Show all posts
oit..nk tgk..samada ko masih gediks lg ke tak mcm dl
share la kat ym/fb klu ada..
gto_girlz83 Post at 20-9-2010 08:54 PM


ofkos la tak segedik dulu
dulu gedik yg amats

gmbr bukan ngan aku la..gmbr ngan kak taurus.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 09:12 PM | Show all posts
ofkos la tak segedik dulu
dulu gedik yg amats  

gmbr bukan ngan aku la..gmbr ngan  ...
bayieng Post at 20-9-2010 21:06
ooo..ingtkn ko dh ada softcopy nya. awat tak mntak
kak taurus... nk tgk pic gediks bayieng ngan mila.. ermm camne nk share erk. ym n fb, dua2 takde tp xleh publish kat sini la sbb bayieng kan pemalu
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 09:32 PM | Show all posts
ooo..ingtkn ko dh ada softcopy nya. awat tak mntak
kak taurus... nk tgk pic gediks b ...
gto_girlz83 Post at 20-9-2010 09:12 PM


takde la gedik mana pon gmbr tu! just amik gmbr berdua jahhhhhhh
kak taurus yg mintak kitaorg bergambar...aku mana ade kamera nk bergambar2 ni bagai
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 09:51 PM | Show all posts
takde la gedik mana pon gmbr tu! just amik gmbr berdua jahhhhhhh kak taurus yg mintak kitaorg bergambar...aku mana ade kamera nk bergambar2 ni bagai
bayieng Post at 20-9-2010 21:32
ciannya takde camera battery charger aku pn dh rosak..dok pk nk beli camera br ke tak..yg rosak tmpt charger je

pi la beli camera..klu verangan yg best2, berabad la x beli2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2010 09:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by aFViRGo at 21-9-2010 10:11

Wazzup Milanians
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2010 09:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by aFViRGo at 21-9-2010 09:23

ciannya takde camera  battery charger aku pn dh rosak..dok pk nk beli camera br ke tak..yg ros ...
gto_girlz83 Post at 20-9-2010 21:51



Gtoooooo...

Happy Birthday

Semoga semua impian menjadi kenyataan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2010 09:42 AM | Show all posts

Kredits to FB Ailis Mustapha


UMNO Selangor Rumah Terbuka Raya Bersama PM






Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 11:11 AM | Show all posts
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Milanians
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2010 11:23 AM | Show all posts
ooo..ingtkn ko dh ada softcopy nya. awat tak mntak
kak taurus... nk tgk pic gediks b ...
gto_girlz83 Post at 20-9-2010 21:12



    Tak boleh ler nak publish kat sini...bayieng tak bagiii...bayieng tak gediks, die baik dan pemalu orangnya (malu2 kucing)
cantik gambar bayieng ngn mila
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 11:32 AM | Show all posts
takde la gedik mana pon gmbr tu! just amik gmbr berdua jahhhhhhh
kak taurus yg mintak kit ...
bayieng Post at 20-9-2010 21:32



    bayieng...nak tak gambar tu...kalau nak ambik je kt fb akak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 11:43 AM | Show all posts
Dari fb MilaJirin


segala2 nya berjalan lancar show di open house UMNO shah Alam td..nak tdo awal..esok pagi2 dh ke HotFM..unt carta Hotfm..lepastu ke PICC show untuk open house gov..yg berkenaan..jumpa di PICC ya..salam sayang, MILA JIRIN
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 12:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by taurus-71 at 21-9-2010 12:17

sumber: myMetro online

Mila perlu lebih gigihOleh Wan Asrudi Wan Hasan

2010/09/20





JIKA diukur kepada pembabitan juara Akademi Fantasia (AF) musim kelima, Nursharmila Jirin atau Mila, 22, dalam dunia seni seharusnya gadis genit ini meniti populariti tersendiri.

Selepas kejayaan memecah tradisi selaku juara wanita pertama pertandingan realiti itu, bakat nyanyian Mila terus mendapat tempat di hati peminat muzik tanah air.

Kunjungan ke Studio Balai Berita, baru-baru ini menyaksikan perubahan imej yang jelas menampakkan kematangannya dengan penampilan dengan rambut panjang mengurai inspirasi dari anggota The Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger.

Jika dulu Mila gemar memakai gaun pendek namun sejak kebelakangan ini dia juga suka mengenakan gaun labuh.

Menurut Mila, imejnya itu bukanlah bermaksud mahu menjadi tua sebelum waktunya, sebaliknya hanya sekadar cuba memberi variasi.

Penyanyi yang popular dengan lagu Jika Kau Ubah Fikiran itu bersyukur kerana masih di terima peminat selepas lebih empat tahun berkecimpung dalam dunia seni. Selepas memilih haluan sendiri apabila tidak bernaung di bawah Astro Entertaiment Sdn Bhd (AESB) April lalu, Mila mempertaruhkan single Kata Hati yang disifatkan berbeza daripada lagu sebelumnya.



Apatah lagunya membabitkan pelaburan pertama syarikatnya, LuvMILA Coperation dengan kerjasama MJ Pannacea Records dan laman web www.erama.tv (E-Rama).

Single Kata Hati ciptaan Syeikh Qalam dan Ajai turut memuatkan lagu sempena hari raya, Wal Hidayah Aidilfitri ciptaan Leez dan Nik Nizam. Rakaman berlangsung pada Jun lalu.

Gadis kelahiran Pulau Pinang ini, dalam perancangan menghasilkan album baru dengan sentuhan berbeza dan lebih matang daripada dulu. Malah dia sedar selepas keluar daripada pengurusan AESB dia perlu bekerja lebih gigih untuk memastikan karier seni terus berkembang.

"ada peringkat awalnya memang agak tertekan dan akui sukar bergerak sendiri tanpa pemantauan AESB. Namun mahu atau tidak, saya perlu memperkuatkan diri dari segi fizikal dan mental.

"Semua perkara terpaksa diuruskan sendiri. Dalam kepala itu asyik ingat kerja saja. Namun banyak perkara baru yang saya belajar. Secara tidak langsung melatih saya untuk mengurus kerjaya sendiri.

"Saya perlu kerja keras dan ia cabaran besar buat saya dan syarikat pengurusan. Alhamdulillah, selepas memohon untuk keluar secara baik hubungan dengan pihak pengurusan AESB masih akrab seperti dulu.

"Malah saya juga turut diberi peluang menyertai pelbagai program di Astro. Pada saya tidak kira bernaung di bawah syarikat mana sekalipun yang penting sentiasa bekerja keras untuk maju dalam bidang seni.

"Saya bersyukur kerana mendapat sokongan penuh daripada pengurusan dan peminat. Secara tidak langsung ini membantu meningkatkan motivasi untuk terus berusaha gigih," kata Mila yang menolak dakwaan apabila dilabelkan antara artis yang 'demand' mengenai bayaran menjayakan persembahan.

Jelasnya, sebagai artis dia tidak boleh terlalu menuntut bayaran mahal apabila menerima persembahan. Sebaliknya dia dan pihak pengurusan mengamalkan pendekatan berbincang.

Katanya, selain sentiasa beri kerjasama kepada penganjur apabila membabitkan soal bajet. Justeru ramai yang menawarkannya menjayakan persembahan amal dan majlis makan malam tertutup.

Mila sendiri mula berasa seronok menjayakan persembahan pada majlis makan malam.

Tambahnya, single terbaru Kata Hati, dia turut merakamkan klip video istimewa di mana menyaksikan buat kali pertama dia diiringi band yang anggota semua wanita.

Kelainan yang ditonjolkannya menerusi video klip itu menyerlahkan kematangannya.
Menerusi kerjasama pihak E-Rama dia turut menyanyikan lagu nostalgia berjudul, La Ober yang digubah kepada lirik bahasa Melayu.

Rakaman khas lagu itu turut mengumpul dana kebajikan menerusi tabung amal yang diwujudkan pihak erama menerusi peratus kutipan muat turun nada dering.

Lagu itu juga bakal dimuatkan dalam album kompilasi khas dengan kerjasama RTM.
Mila dalam rangka menghasilkan album kedua kini dalam proses mengumpul bahan.

Setakat ini duta dua produk makanan segera di Indonesia ini sudah mempunyai tiga lagu antaranya lagu berentak pop rock berjudul Malu-Malu ciptaan Aidit Alfian, Ingin Bebas lirik yang ditulisnya sendiri selain Kata Hati.

Dia juga dalam perancangan menyelitkan lagu Inggeris menerusi album terbarunya itu. Jika tiada aral album yang mengandungi lima lagu itu dijangka berada di pasaran penghujung tahun ini.

"Memang saya sudah lama berhajat untuk mempertaruhkan karya sendiri dan juga lagu Inggeris. Saya sasarkan lima lagu dan tiga lagu bonus yang dimuatkan menerusi album ini. Tiga lagu bonus itu mungkin lagu La Ober, Aku Lebih Tahu versi remix dan lagu Siapa Tak Perlu Cinta," katanya.

Mila yang memikul tanggungjawab besar sebagai anak sulung dalam keluarga agak sukar untuk berbicara soal cinta. Apa yang lebih penting baginya tumpuan kepada kerjaya. Begitupun ia tidak bermakna dia terlepas daripada gosip liar. Bermula dengan teman seperjuangannya di AF5, Ebi hingga gosip kononnya dibela sugar daddy dan pengurusnya sendiri, Ailis.

"Saya malas hendak bercakap pasal cinta. Saya takut hanya membuang masa apabila memikirkan soal cinta sedangkan banyak lagi kerja yang patut dibuat. Saya masih ada tanggungjawab kepada keluarga, lebih baik soal cinta diketepikan dulu buat sementara waktu," katanya yang kini menetap dan menyambut Aidilfitri di rumah yang dibeli untuk keluarga di Puchong sejak Januari lalu.

Sekalipun belum mahu memikirkan soal cinta, Mila mengakui masih ada lelaki yang mahu mendekatinya. Kebanyakan yang seusia dengannya. Mereka cuba menagih cinta di laman sosial Facebook (fb) milik penyanyi yang bercita-cita besar memperluaskan perniagaannya.

"Di fb biasalah, saya terima macam-macam mesej berbaur cinta termasuk bekas kekasih saya waktu sekolah dulu. Ada di antara mereka yang minta nombor telefon.

"Malah lebih mengusik kenangan saya, ada juga di antara mereka yang jual mahal dengan saya waktu belajar dulu sekarang cuba mengurat saya pula. Tetapi saya melayan mereka sama rata. Cukup sekadar berkawan dan tidak lebih daripada itu," katanya.

>ROFIL
NAMA KOMERSIL: Mila Jirin
NAMA PENUH: Nursharmila Jirin
TARIKH LAHIR: 23 Disember 1987
TEMPAT LAHIR: Teluk Kumbar, Pulau Pinang
PENDIDIKAN: Sekolah Menengah Teknik Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Air Hitam, Pulau Pinang.
KARIER: Ahli perniagaan, pelakon dan penyanyi
PENCAPAIAN: Juara Akademi Fantasia musim kelima, Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007
ALBUM: Persis Mutiara
FILEM: Apa Kata Hati dan Lu Pikirlah Sendiri The Movie, manakala suaranya turut digunakan dalam filem muzikal Walt Disney, High School Musical yang dialih kepada bahasa Melayu. Mila melakonkan watak Gabriella.
PERNIAGAAN: Mengusahakan produk kecantikan, LuvMILA yang diselenggara LuvMILA Corporation Sdn Bhd (www.luvmila.com.my)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.780136 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list