PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November depan sebagai Hari Pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) serentak dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) N66 Bugaya.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh turut mengumumkan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 November.
"Bagi pengundian awal pula adalah pada 15 November," katanya menerusi sidang akhbar di ibu pejabat SPR di sini pada Khamis.
Dengan penetapan tarikh itu, sebanyak 14 hari diperuntukkan untuk tempoh berkempen.
Sebelum ini, tempoh berkempen pada PRU14 adalah 11 hari dan 15 hari bagi PRU13 manakalah PRU12 pula adalah 13 hari.