|
RIANZ PARADISE VOL. 60 - VOTE ABPBH & LAGU2 BARU, RIA@SABAH(30/1-2/2)
[Copy link]
|
|
sambung lagi ats permintaan dash
Cepat benar dia menghabiskan meehoon goreng sepinggan besar dan milo panasnya yg penuh satu mug, aku hanya melihat tanpa kata. Lahapnya makan, kataku di dalam hati. Mulutku baru mula menyuap tak sampai tiga mulut dia sudah hampir selesai. Dari arah dapur terdengar suaranya bercakap di telefon dgn seseorg sehingga dia duduk kembali di sebelahku.
"If that is allright with you" kata Azam kpd seseorg. Matanya memandangku yg masih mengunyah makanan.
"Me and my wife" katanya lagi. Aku tetap memasang telinga, seakan terngiang2 suara wanita di talian.
"I don't mind at all, infact my wife dah start suka" kedengaran suara Azam seperti gembira. Sepertinya org yg sedang di talian itu mengenaliku.
"Thanks, 3.00pm, thanks again" kata Azam menamatkan panggilan itu.
Sebaik saja talian tertutup wajahnya bertambah ceria, mencium kepalaku berkali2 yg masih terduduk di meja makan.
"Lepas lunch kita keluar, ajak Daniel main2 kat KLCC" oh! itu rupanya yg seronok benar pagi ini.
Aku terdiam, sekurang-kurangnya aku tahu jiwanya mmg penyayang, bayangkan kalau Daniel anaknya tentu bertuah mendpt ayah yg baik spt Azam. Inilah peluangku bertanya-tanya soalan lagi untuk Daniel yg petah itu. Kanak-kanak mmg tak pernah menipu dan berahsia, itulah kelebihan kanak2.
Selepas makan tgh hari sibuk benar Azam menggesaku agar cepat siap, belumpun aku keluar terdengar enjin kereta sudah dihidupkan. Dgn hanya berseluar jeans dan T.shirt dan rambutku ikat berpintal2 menjinjing beg kecil aku cepat2 berlari ke kereta, Azam sudah tdk sabar-sabar lagi meluncur pergi.
Kami singgah mengambil Daniel dari sebuah kondominium mewah berdekatan Jln Ampang dan sekejap saja sudahpun sampai ke KLCC. Di tingkat yg hanya mempunyai kedai pakaian dan permainan kanak2 kami seronok melayannya yg kdg2 sgt cerdik. Ada saja komennya ttg permainan di situ. Daniel anak yg baik, langsung tak meminta dibelikan apa2pun, katanya dah banyak mainan begitu di rumah. Kalau kanak2 lain maunya menangis melolong bila melalui kedai2 bermacam jenis hiasan seperti di dalam karektor kartoon di dalam siri televisyen.
Sekali sekala dia berjln di tengah-tengah memegang tgn kami berdua, kadang2 Azam yg mendokongnya. Sewaktu kami singgah di sebuah restauran makanan segera, Azam meninggalkan kami ke tandas. Aku cepat2 menarik Daniel duduk berdekatanku dan pantas menggunakan kesempatan utk bertanya.
"So, Daniel tak tinggal dgn papa?"
"Daniel, tak ada papa, papa Daniel tu uncle lah" kenapa bagai ada yg tak kena dgn jawapannya? Dadaku berdegupan kuat.
"Sapa nama papa Daniel?" tanyaku sambil menahan perasaan yg makin menggila.
"Azamuddin" jawabnya laju, aku hampir melayah ke lantai tersepuk di situ juga. Jantungku seakan berhenti berdegup buat seketika. Hatiku kian luluh cuba mencari kekuatan diri. Aku sudah berjanji semalam akan menerima segala ketentuan yg sudah tersurat sekian lama. Namun bila kenyataan itu di depan mata aku bagai mati di situ juga. Inikah rahsia besar itu? Tgn yg sudah menggeletar itu cuba ku tenangkan, nafas yg dalam ku hela perlahan2 dan dalam-dalam. Bila ada kekuatan diri makin menebal aku bersuara kembali.
"Bukan papa Daniel Fariz?"tanyaku, Daniel memandangku agaknya pelik dgn soalanku.
"Fariz pun uncle juga tapi dia tak sukakan Daniel, selalu gaduh dgn mama" katanya tulus. Aku tersentuh mendengarnya. Apakah yg sebenarnya berlaku? Aku mula kabur dgn teka teki ku sendiri. Bila melihat Azam yg sudah kembali aku terus berlakun seakan tiada apa yg berlaku. Melihat Daniel yg cergas bermain dgn kanak2 lain, Azam tersenyum memandangku.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tempek tu...shian ijah....ada anak tiri>>>>>> |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhhh.....azam dah ada anak kaaaaaaaaaaaa.....huhu |
|
|
|
|
|
|
|
chelsea is going down....huhu |
|
|
|
|
|
|
|
joen)))))....sorry la....ur a.cole buat silap.....bolos lg td....huhu |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lagi part nak cari gaduh
"Nanti kita ada anak tentu bestkan?" Katanya, bagai tiada cacat celanya ayat yg katakan itu.
"Betul tu, tambah2 kalau ada anak lelaki mcm Daniel" jwbku cuba melihat reaksinya. Azam tergelak kecil sambil tiba2 bercerita sesuatu tanpa ku bertanya.
"Daniel dulu masa kat U.K lahir tak cukup bulan, abanglah yg selalu melawatnya setiap hari di hospital. Masa tu abg belum habis belajar. Mak bapak Syafikah tak ada, biasalah org2 kaya, sibuk sampai anak sendiri bersalinpun tak ambil kisah. Datuk dan Datinlah yg mengambil berat, uruskan semuanya" ceritanya terhenti begitu saja. Aku masih menunggu dgn sabar dan pasrah. Cuba mencari kekuatan diri namun hanya itu saja yg dikatakannya. Entah mengapa mulutku terkunci rapat bila naluri ingin tahu seorg isteri bagaikan tak dapat ditahankan lagi. Daniel anak tiriku? Syafikah isterinya atau bekas isterinya? Aku berkahwin dgn duda atau suami org? Bagai ingin aku muntahkan kesemua soalan itu sekali gus menyelesaikan semua persoalan yg sedang bermain di minda. Mengapa mertuaku tak tahu langsung bahawa dia ada seorg cucu lelaki yg comel ini?
Di waktu banyak persoalan hidup yg masih melekat berat di jiwa dan fikiran, di kala itulah juga tuntutan terhadap pelajaran makin menekan. Ketika selesai menghadiri group discussion projek baru kami lewat petang itu, terasa penatnya badan apatah lagi memerah otakku mencari idea2 baru yg segar lebih berinovatif utk menghasilkan stu bentuk persembahan yg menggabungkan unsur2 moden tp masih menerapkan tradisi budaya masyarakat majmuk. Sampai bertekak-tekak dgn rakan baikku Jasmine yg mempunyai visi berbeza.
Sebelum pulang ke rumah ku perlu mencari bahan2 rujukan utk projek ini. Nampaknya lambat lagi malam ini aku sampai ke rumah. Azam pun sejak kebelakangan ini sering saja menghabiskn masa dgn 慳naknya?saban hari seakan tidak mengendahkan kehadiranku yg makin sibuk dgn kuliah dan ujian-ujian. Library yg mempunyai beribu2 bahan yg aku perlukan menjd tempat aku menimba apa saj maklumat yg ada. Dokumentari2 dan iklan2 lama dan baru ku perhati dan ku selitkan nota2 kecil sekadar mengelakkan idea2 itu tdk diulangi, nanti menjd bahan yg tiada originality.
Terdengar pengumuman ttg waktu yg hampir ke penghujungnya buat hari itu, terkejut melihat jam di tangan sudahpun menghampiri ke pukul sepuluh setengah malam. Begitu pantas masa berlalu, aku mengemaskan kembali nota2 serta buku2, kemudian bergegas keluar mencari taxi untuk pulang namun malam itu mmg malam yg meninggalkan kesan utkku bila sesuatu yg tdk dijangka terjadi.
Entah di mana ku letakkan h/phone, puas aku mencari di mana2, beg besar itu ku selongkar berkali2, tiba2 teringat ttg perbincangan petang tadi, tentunya tertinggal di kelas itu tp keadaan yg gelap makin mengecut perut bila tiada pun kelibat pelajar yg tinggal. Lampu2 telahpun dipadamkan melaui suiz utama di bilik security. Aku mendekati salah seorg dari mereka meminta pertolongan agar menemankan aku ke bilik tadi setelah lampu dipasangkan kembali. Kesian juga Pak Cik yg juga membantu mencari di mana tp tk berjumpa. Entah di mana aku tertinggal telefon itu cuba mengingati tp tak dapat ku ingat pun. Mengapalah begitu lalai aku ini, dengusku memarahi diri sendiri. Mata kian mengantuk, jam sudah lewat benar, aku segera bergegas melalui arah pintu utama.
Sedang aku berjalan berseorangan tiba2 terasa ada kereta yg mengekori dr belakang, cepat aku menyimpang ke tepi, kereta itu terus berhenti di sebelahku. Dengan segera aku kenal siapa di dalamnya, Fariz! mengapa dia juga ada di sini, lewat2 begini? Aku mula bimbang bila dia mula keluar dgn segera mendapatkan aku yg masih berdiri di tepi pintu keretanya.
"Kenapa lambat balik, tak takut ke jalan sorang2?" caranya bertanya tak ubah seperti Azam, mungkin krn mrk lelaki dewasa yg matang maka persamaan itu ada juga.
"I tgh sibuk dgn projek luar, my h/phone hilang, itu yg lewat sikit tu, dah cari kat mana2 tak jumpa" kataku berterus terang lgpun dia bukannya org lain penyarahku juga.
"Nak I hantarkan you balik? susah you nak cari taxi di waktu2 sekarang ni, lg pun bahaya nak tunggu kat luar tu" katanya menghulurkan bantuan yg bagiku kurang wajar utk aku terima. Aku rela berjam di luar menunggu taxi lagipun aku boleh call Azam dr public phone di luar kampus.
"No, no, terima kasih aja, it抯 ok, I blh ambil taxi" kataku dgn cepat.
'Kenapa? You takut pada I, atau you takut Azam marah?" resahku dapat dibaca dgn soalan2 begitu rupa. Aku terdiam sebentar.
"Nah, ambil telefon ni, call Azam, cakap I yg suruh call, nanti dia bimbang you lewat2 kat sini" tak terfikirkah Fariz apa yg Azam akan lebih bimbang bila aku menggunakan telefon bimbitnya dan berada bersama2 di tgh2 malam buta begitu? Akhirnya aku beranikan diri berterus terang.
"Fariz, I tak nak ada masalah, tolong faham, I boleh balik sendiri" aku terus berlalu pantas meninggalkannya tp dia sempat lagi menggawang tgnnya ke arahku, sempat aku mengelak tp genggamannya menarik beg sandangku. Seakan melayah tubuhku, terbang semua fail dan kertas yg berada di dlmnya. Aku tergamam dan terkejut, tapi cepat2 mengutip apa yg bertaburan, air mata yg mula bertakung ku tahankan. Ketakutan mula meresapi diri tp cepat2 aku berdiri semula dan merampas beg di tgnnya pantas.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|