CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 41

 Close [Copy link]
Post time 25-2-2022 06:19 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2022 06:20 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
.       .

.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
.     .    .

.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 09:49 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 09:50 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2022 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts


KL& Putrajaya terasa kesannya



.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 01:21 PM | Show all posts
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
25 FEBRUARI 2022

PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 24 Februari 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Enam (6) negeri iaitu Kelantan (86%), Johor (59%), WP Labuan (57%), WP Kuala Lumpur (54%), Sabah (52%), dan Melaka (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
Katil Bukan ICU: 12 negeri iaitu Kelantan (111%), Selangor (108%), Perak (93%), WP Kuala Lumpur (89%), WP Putrajaya (86%), Perlis (82%), Johor (73%), Pahang (68%), Terengganu (58%), Pulau Pinang (57%), Sabah (69%), dan Sarawak (53%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
Katil PKRC: Tiga (3) negeri iaitu Perak (66%), Melaka (63%), dan Selangor (57%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% dan;
Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 201 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator 36% daripada keseluruhan ventilator untuk pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19.
Jadual 1: Penggunaan Katil COVID-19 Bagi ICU dan Bukan ICU di Hospital dan PKRC Pada 24 Februari 2022
Jadual 2: Penggunaan Katil Kes COVID-19 dan Bukan COVID-19 di Hospital Awam Pada 24 Februari 2022
Jika dibandingkan dengan data kapasiti keseluruhan katil di fasiliti kesihatan awam di Jadual 2, sememangnya terdapat perbezaan dengan data di Jadual 1. Ini kerana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah termasuk juga untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.
Secara keseluruhannya, setiap negeri telah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya berlaku peningkatan kes yang memerlukan kemasukan ke PKRC, hospital, dan ICU.
Jadual 3: Bilangan Kemasukan Pesakit Harian COVID-19 Ke Hospital Awam Mengikut Kategori dan Negeri
Pada 24 Februari 2022

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosis pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19. Misalnya, semasa didiagnosis, mungkin pesakit tersebut berada pada kategori 2A dan diisolasi di rumah melalui Home Surveilance Order (HSO) digital, namun status kesihatan pesakit boleh merosot ke kategori 3 atau lebih dan memerlukan kemasukan ke hospital.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 24 Februari 2022, kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah sebanyak 1,764 kes (Rajah 1). Daripada 1,764 kes ini:
• 645 kes (36.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 1,119 kes (63.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Rajah 1: Bilangan Kemasukan Pesakit Harian COVID-19 Berdasarkan Kategori Ke Hospital
Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 24 Februari 2022:
  • Kes sembuh: 23,332 kes [3,018,172 kes kumulatif (90.4%)];
  • Kes baharu: 32,070 kes (3,337,227 kes kumulatif);
  • Kes import: 209 kes [170  warganegara (81.3%); 39 bukan warganegara (18.7%)];
  • Kes tempatan: 31,861 kes [30,956 warganegara (97.2%); 905 bukan warganegara (2.8%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 327 kes (135 kes disahkan COVID-19; 192 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 201 kes (74 kes disahkan COVID-19; 127 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 32,070 kes harian yang dilaporkan pada 24 Februari 2022:
  • 180 kes (0.56 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 31,890 kes (99.44 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Pecahan kategori kes:
  • Kategori 1: 8,216 kes (25.62%);
  • Kategori 2: 23,674 kes (73.82%);
  • Kategori 3: 95 kes (0.30%);
  • Kategori 4: 46 kes (0.14%); dan
  • Kategori 5: 39 kes (0.12%).
Daripada 180 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 24 Februari 2022:
  • 49 kes (27.22%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 93 kes (51.67%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 38 kes (21.11%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 83 kes (46.11%) berumur 60 tahun dan ke atas;
  • 89 kes (49.44%) mempunyai komorbid; dan
  • 1 kes (0.56%) ibu mengandung.
KLUSTER COVID-19
  • Jumlah kluster: 6,762 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 16 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,252 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 510 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
WP Labuan1.40
Perak1.36
Terengganu1.28
Sarawak1.27
Perlis1.25
Negeri Sembilan1.25
Pulau Pinang1.24
Pahang1.23
Selangor1.21
WP Kuala Lumpur1.21
Sabah1.18
Kelantan1.17
Kedah1.16
Melaka1.11
Johor1.09
WP Putrajaya1.04
MALAYSIA1.13
PENGURUSAN PESAKIT COVID-19 DI COVID-19 ASSESSMENT CENTER (CAC) DAN VIRTUAL CAC(VCAC)
Susulan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke 4/2022 akibat penularan gelombang varian Omicron di Malaysia, KKM telah menambahbaik kesiapsiagaan pengurusan kes di dalam komuniti. Antara strategi yang diambil oleh KKM adalah memperkasakan masyarakat dengan pengurusan kes tidak bergejala dan bergejala ringan (kategori 1 dan 2a) dalam komuniti melalui pemantauan di rumah (Home Monitoring).
Selain meneruskan operasi CAC di setiap negeri, KKM juga telah memantapkan operasi CAC Maya atau Virtual CAC di mana kes tidak bergejala dan bergejala ringan diberi Home Surveillance Order (HSO) digital menggunakan aplikasi MySejahtera.
Rajah 2: Trend Kes Aktif Dalam Pemantauan Virtual CAC dan Pecahan Mengikut Kategori Klinikal
Dari 15 Januari Hingga 23 Februari 2022

Sehingga 23 Februari 2022, Virtual CAC telah memantau 361,283 kes aktif seperti yang digambarkan di Rajah 2. Ini merupakan peningkatan sebanyak 158% dari jumlah kes aktif pada ME ke 7/2022 (139,868 kes).
Virtual CAC mengesan kemerosotan keadaan pesakit COVID-19 yang sedang menjalani pemantauan di rumah di seluruh negara. Pesakit yang melaporkan gejala bertanda amaran (Warning Signs) akan diarahkan untuk hadir ke CAC melalui pesanan mesej ringkas (SMS), perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall), atau panggilan telefon sebenar dari pegawai yang bertugas. Oleh itu, adalah penting kepada semua pesakit COVID-19 yang sedang menjalani pemantauan di rumah untuk mengisi sendiri status kesihatan menggunakan Health Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera sebanyak dua (2) kali sehari.
Sejajar dengan peningkatan kes harian COVID-19, KKM menjangkakan kedatangan pesakit ke CAC di seluruh negara juga akan meningkat. Majoriti pesakit yang hadir ke CAC adalah untuk menjalani penilaian status kesihatan dan pengendalian selanjutnya. Maklumat lanjut mengenai trend kedatangan pesakit ke CAC, kes baharu yang menjalani pemantauan di rumah, dan kes dari CAC yang dirujuk ke PKRC atau hospital mengikut ME adalah seperti Rajah 3 di bawah.
Rajah 3: Trend Kedatangan Pesakit ke CAC, Kes Baharu Menjalani Pemantauan Di Rumah, dan Kes Dari CAC Dirujuk Ke PKRC atau Hospital Mengikut ME
Pada ME 2/2022, jumlah kedatangan pesakit ke CAC mencatatkan sedikit penurunan dengan 37,448 kes. Namun begitu, terdapat peningkatan jumlah kedatangan yang berterusan pada minggu selanjutnya sehingga ME 7/2022 iaitu sejajar dengan peningkatan kes semasa. Setakat ini, kemuncak kedatangan kes ke CAC pada tahun ini telah dicatatkan pada ME 7/2022 dengan 150,064 kes seperti yang dicatatkan di Jadual 5.
Negeri/MEME 1ME 2ME 3ME 4ME 5ME 6ME 7
Perlis2431141581342389911,704
Kedah2,9022,6283,2713,3193,76610,48210,338
P.Pinang2,7452,4172,2742,5373,4828,74015,188
Perak2,0181,7401,8962,1962,4103,8145,118
Selangor11,8308,2348,1419,39313,13515,90715,715
WPKL&P2,1022,0612,2912,3023,2424,4254,628
N.Sembilan1,5911,7242,3351,7423,4825,6358,087
Melaka1,4381,7541,8141,7742,2795,4693,520
Johor7,0526,9758,03110,59911,26127,11130,206
Pahang2,8473,1332,6852,7323,5076,12710,997
Terengganu8164843755871,2641,6602,630
Kelantan4,3253,4733,4473,6804,3127,81414,840
Sarawak3853834723374312,2144,915
Sabah1,8002,0591,9401,9473,1854,38020,527
Labuan2212692581251401,0371,651
MALAYSIA42,31537,44839,38843,40456,134105,806150,064
Jadual 5: Beban Kedatangan Pesakit ke CAC di Seluruh Negara Mengikut ME Pada Tahun 2022
Walaupun kebanyakan pesakit semasa didiagnosis berada pada kategori yang rendah (kategori 1 dan 2) dimana mereka sesuai menjalani pemantauan di rumah, terdapat juga kes yang boleh merosot ke kategori yang lebih tinggi sehingga memerlukan kemasukan ke PKRC atau hospital seperti yang digambarkan di Jadual 6.
Jadual 6: Data Kes Pemantauan Di Rumah Yang Mengalami Kemerosotan Gejala dan Dirujuk ke PKRC atau Hospital
  • Individu positif COVID-19 tidak bergejala (kategori 1) dan bergejala ringan (kategori 2A) TIDAK PERLU HADIR ke CAC. Pesakit dalam kategori ini perlu melaporkan status kesihatan masing-masing dua (2) kali sehari (sebelum 12 tengah hari dan 6 petang) melalui HAT MySejahtera. Sekiranya pesakit tidak melakukan HAT, SMS atau panggilan daripada robocall akan dihantar sebagai peringatan;
Oleh yang demikian, langkah-langkah yang perlu diambil berikutan dari situasi semasa ini ialah:
  • Hanya individu yang positif COVID-19 bergejala sederhana (Kategori 2B) dan ke atas dikehendaki hadir ke CAC. Maklumat berkenaan senarai terkini CAC boleh diperolehi di https://covid-19.moh.gov.my/hotline ;dan
  • Pesakit yang mendapat gejala yang semakin teruk berserta tanda-tanda amaran akan dihubungi oleh petugas kesihatan untuk penilaian dan pengendalian lanjut. Jika keadaan merosot atau dalam kecemasan, sila hadir ke hospital berhampiran atau hubungi 999. Sila hubungi talian bantuan CAC Maya (Virtual CAC Helpline) 03-77239299 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

SEMUA MAJIKAN DISERU AGAR MENERIMA PAKAI SALINAN PAPARAN SKRIN HSO DIGITAL BAGI MENGELAKKAN KESESAKAN DI CAC
Setelah tempoh isolasi berakhir, pesakit perlu melakukan salinan paparan skrin atau screenshot pada sijil digital HSO dan Release Order (RO) untuk makluman lanjut pihak majikan atau pihak yang berkaitan. Pelaporan kepada CPRC Kebangsaan mendapati 30% hingga 50% kes yang hadir ke CAC adalah bukan untuk penilaian bagi kes yang merosot semasa menjalani pemantauan di rumah. Sebanyak 90% daripadanya adalah untuk tujuan discaj daripada HSO dimana terdapat pesakit atau majikan yang mendesak CAC untuk mengeluarkan notis secara bertulis.
Hal yang sedemikian menyebabkan penambahan beban tugas di CAC dimana fokus petugas kesihatan adalah kepada aspek penilaian dan perawatan kes yang memerlukan perhatian khusus. Oleh yang demikian, semua majikan diseru untuk peka terhadap perkara ini dan menerima sijil digital HSO dan RO yang dikemukakan serta tidak lagi mendesak pekerja untuk mendapatkan pengesahan daripada CAC.
INDIVIDU POSITIF COVID-19 PERLU MENJAWAB SOALAN SARINGAN KESIHATAN HAT MELALUI MYSEJAHTERA
Rajah 4 menunjukkan pecahan kes aktif yang menjawab dan tidak menjawab soalan HAT untuk tempoh 22 Januari 2022 hingga 20 Februari 2022. Purata kes aktif yang menjawab soalan telah meningkat dari 40% kepada 55% pada 20 Februari 2022. Namun begitu, jumlah ini masih rendah dan akan menjejaskan keberkesanan pemantauan oleh Virtual CAC. Oleh itu, penting kepada pesakit bagi melaporkan HAT dua (2) kali sehari sebelum 12 tengah hari dan 6 petang.
Rajah 4: Kes Aktif Dalam Pemantauan Home Monitoring dan Yang Menjawab HAT Berbanding Tidak Menjawab HAT
(22 Januari 2022 hingga 20 Februari 2022)

SEMUA INDIVIDU POSITIF YANG TIDAK MELENGKAPKAN SARINGAN KESIHATAN HAT DI MYSEJAHTERA AKAN MENDAPAT PANGGILAN PERINGATAN ROBOCALL
Rajah 5 pula menunjukkan keberkesanan panggilan robocall sebagai kaedah peringatan kepada individu yang belum menjawab HAT MySejahtera untuk melengkapkannya. Data adalah berdasarkan hari individu itu berada dalam pangkalan data robocall.
Rajah 5: Keberkesanan Panggilan Robocall Untuk Individu Yang Belum Menjawab HAT MySejahtera
Berdasarkan rajah di atas, terdapat sebahagian besar daripada individu yang positif COVID-19 masih lagi gagal melengkapkan saringan kesihatan HAT melalui aplikasi MySejahtera walaupun telah mendapat panggilan peringatan daripada robocall. KKM ingin menasihatkan semua individu yang menjalani kuarantin di rumah untuk segera melakukan saringan kesihatan HAT melalui aplikasi MySejahtera. Langkah ini adalah penting agar KKM dapat memantau keadaan pesakit semasa menjalani kuarantin di rumah.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya anda bergejala;
  • Individu positif COVID-19 kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke CAC, sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice robocall akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
24 Februari 2022 @ 10.00 pagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2022 04:23 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 26-2-2022 12:19 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 06:20 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 06:20 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2022 08:36 PM | Show all posts

hari ni pun tinggi juga. lebin 1000
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2022 08:38 PM | Show all posts
seribulan replied at 25-2-2022 06:12 AM
Tahu xpe...bagus tol derang moga diberkatiNya ...

murah rezeki diorang. ameen.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2022 08:40 PM | Show all posts
seribulan replied at 25-2-2022 06:15 AM
Mencanak2...kolig ada yg buat kerja lapangan ke Sabah sekarang ni...derang dah berapa kali tangguh ...

semoga merekak dilindungi. pagi tadi ada rasa gegaran tak? saya pegi hospital pagi tadi tak rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 09:08 PM | Show all posts
farhana008 replied at 25-2-2022 07:36 PM
hari ni pun tinggi juga. lebin 1000

2 tambah 1 lagi staf positif
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 09:09 PM | Show all posts
farhana008 replied at 25-2-2022 07:38 PM
murah rezeki diorang. ameen.

Nantuk betol ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2022 09:10 PM | Show all posts
farhana008 replied at 25-2-2022 07:40 PM
semoga merekak dilindungi. pagi tadi ada rasa gegaran tak? saya pegi hospital pagi tadi tak rasa.
...

Video call dgn kakak...pehtu bunyi pelik...kakak pun perasan katil dia gegar2...rupanya earthquake...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2022 12:26 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2022 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
.               .           .
.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2022 08:33 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 4.133725 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list