CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

[Copy link]
Post time 16-12-2022 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 16-12-2022 08:14 PM
salam takziah kepada keluarga yang terkorban. siapa sangka awalnya ceria dan penghujungnya duka : ...

Dekat Gohtong Jaya, Genting...camp area nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2022 08:07 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2022 04:36 PM | Show all posts
BATANG KALI: Dua lagi mayat mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm berjaya dijumpai, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa maut setakat ini seramai 23 orang.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata mayat yang ditemukan dalam keadaan sempurna itu adalah seorang wanita lingkungan 30-an dan seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia antara dua hingga tiga tahun.
“Kedua-dua mayat telah ditemukan oleh pasukan penyelamat pada 1.05 tengah hari di kawasan Hillview (sektor A).
“Setakat ini pasukan penyelamat masih berada di lokasi untuk cari 10 mangsa lain,“ katanya pada sidang media di lokasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi itu, di sini, hari ini.
Suffian berkata kedua-dua mayat itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.
Dalam pada itu, beliau berkata pihak polis akan memanggil pengusaha tapak perkhemahan tersebut hari ini untuk tindakan susulan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis dalam sidang media sama memberitahu kedua-dua mayat itu ditemukan berhampiran antara satu sama lain pada kedalaman tiga kaki.
“Kami syaki mereka ini ibu dan anak berdasarkan maklumat yang kita dapat. Kedua-dua mangsa ditemui di lereng bawah kawasan Hillview berhampiran dengan kolam air,“ katanya.
Bagi mempercepatkan usaha mencari mangsa, Norazam berkata pihaknya memerlukan penambahan jengkaut. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2022 09:36 PM | Show all posts
LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Satu mayat kanak-kanak perempuan ditemukan, angka korban 24

Astro AWANI



Operasi SAR bersambung pada 8 pagi ini dengan beberapa agensi digerakkan ke lokasi insiden tanah runtuh. - Foto Astro AWANI
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2022 09:37 PM | Show all posts


#TragediBatangKali Jenazah mangsa ke-10, Allahyarham Nurul Azmani dibawa keluar dari Jabatan Forensik HSB jam 7.45 pm. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Selasih, Gombak malam ini. @501Awani #AWANInews

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2022 09:44 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Ibu Allahyarham Nurul Azwani Kamarulzaman, 31, yang merupakan seorang daripada mangsa maut dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor, dekat sini, reda dengan kehilangannya anaknya itu.

Siti Esah Hassan, 53, ketika ditemui pemberita hanya mengulas dengan ringkas, namun kelihatan reda dengan pemergian anaknya.

“Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah adalah pada Rabu lalu,” katanya ketika  ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh malam ini.

Nurul Azwani adalah pekerja kantin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong dan mengikuti rombongan 20 guru sekolah itu serta berkhemah di lokasi kejadian sejak Rabu lalu.

Terdahulu, lebih 10 ahli keluarga Allahyarham tiba kira-kira 4 petang selesai menjalani proses pengecaman dan bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

Jenazah dibawa keluar dari Hospital Sungai Buloh pada 7.45 malam ini dan dipercayai dikebumikan selepas solat Isyak. – UTUSAN
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2022 11:41 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 01:39 PM | Show all posts


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]COMMUNICABLE DISEASEKenyataan Media KPK 19 Disember 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 50 (11 – 17 Disember 2022)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON DECEMBER 19, 2022
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI 50 TAHUN 2022
(11 DISEMBER – 17 DISEMBER 2022)
STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC) bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 21.6 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-50 tahun 2022 (ME 50/2022) berbanding ME 49/2022 (Rajah 1);

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 populasi pada ME 50/2022 berbanding ME 49/2022 adalah seperti berikut (Rajah 2);
  • Pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 28.6 peratus; manakala
  • Pesakit kategori 3, 4, dan 5, menurun sebanyak 31.0 peratus.

Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 50/2022 berbanding ME 49/2022 (Rajah 3) adalah seperti berikut:
  • Katil bukan kritikal menurun sebanyak 6 peratus; dan
  • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 7 peratus.

Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.8 peratus (Rajah 4) pada ME 50/2022 berbanding ME 49/2022.

PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan.
Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 49/2022 dan ME 50/2022 (Rajah 5):
  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 36.8 peratus;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 39.5 peratus; dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital menurun sebanyak 45.2 peratus jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya.

Untuk CAC Maya, jumlah kes yang melengkapkan penilaian kendiri (HAT) menurun sebanyak 28.0 peratus pada akhir ME 50/2022 berbanding ME 49/2022; iaitu dari 13,481 kepada 9,702 kes. Dari jumlah tersebut, peratusan individu dengan Kategori 2b dan ke atas adalah 7 peratus (671 kes) seperti Rajah 6:

STATUS TERKINI KES COVID-19
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 17 Disember 2022 (ME 50/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
  • Kumulatif kes baharu: 5,017,016;
  • Kumulatif kes sembuh: 4,964,534 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 36,800 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,162 kluster (kluster aktif: 21 kluster).
Perbandingan antara ME 49/2022 dan ME 50/2022:
  • Bilangan kes sembuh pada ME 50/2022 menurun sebanyak30.3 peratus (14,816 kes kepada 10,330 kes) (Rajah 7);
  • Bilangan kes baharu pada ME 50/2022 menurun sebanyak 33.7 peratus (10,937 kes kepada 7,249 kes) (Rajah 8);
    • Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 33.8 peratus (10,923 kes kepada 7,232 kes); dan
    • Bilangan kes import meningkat sebanyak 21.4 peratus (14 kes kepada 17 kes).
  • Bilangan kes kematian pada ME 50/2022 meningkat sebanyak9.3 peratus (43 kes kepada 47 kes); dan
  • Purata kes aktif setiap hari bagi ME 49/2022 menurun sebanyak 19.3 peratus (20,945 kes kepada 16,895 kes) (Rajah 9).



NILAI RT
Nilai RT pada ME 50/2022 adalah 0.80 (Rajah 10).

SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 49/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
  • Sebanyak 98 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 12.83 peratus pada ME 50/2022 (Rajah 11); dan
  • Sebanyak 4.88 peratussampel SARI dikesan positif COVID-19 pada ME 50/2022 (Rajah 12).


NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.
Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
19 Disember 2022 @ 11.30 pagi




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2022 01:47 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 08:04 PM | Show all posts
*Happy Health Day to all...
Important things to keep in mind:
  1. BP: 120/80
  2. Pulse: 70 - 100
  3. Temperature: 36.8 - 37
  4. Breath: 12-16
  5. Hemoglobin: Male -13.50-18
Female - 11.50 - 16
  6. Cholesterol: 130 - 200
  7. Potassium: 3.50 - 5
  8. Sodium: 135 - 145
  9. Triglycerides: 220
  10. Amount of blood in the body: PCV 30-40%
  11. Sugar level: For children (70-130) adults: 70 - 115
  12. Iron: 8-15 mg
  13. White blood cells WBC: 4000 - 11000
  14. Platelets: 1,50,000 - 4,00,000
15. Red blood cells RBC: 4.50 - 6 million.
  16. Calcium: 8.6 -10.3 mg/dL
  17. Vitamin D3: 20 - 50 ng/ml.
18. Vitamin B12: 200 - 900 pg/ml.
*Special tips for seniors are 40/50/60 years:*
*1- The first suggestion:* drink water all the time even if you are not thirsty or needy, the biggest health problems and most of them are due to lack of water in the body.  At least 2 liters per day.
*2- Second instruction:* do as much work as possible from the body, there should be movement of the body, such as walking, Exercises,Yoga, swimming, or any kind of sport.
*3-3rd tip:* Eat less... Let go of the craving to eat too much... Because it never brings good.  Do not deprive yourself, but reduce the quantity.  Use more of protein, carbohydrate-rich foods.
  *4- Fourth instruction:* do not use the vehicle unless it is absolutely necessary.  If you're going anywhere to pick up groceries, meet someone, or do some work, try to walk on your feet.  Climb the stairs instead of using elevators, escalators.
  *5- 5th Instruction* Quit anger, stop worrying, try to ignore things.  Don't indulge yourself in troublesome situations, they spoil all health and take away the glory of the soul.  Talk to positive people and listen to them.
*6- Sixth Instruction* First of all, give up the attachment to money
Connect with the people around you, laugh and talk! Money is made for survival, not life for money.
*7-7th Note* Don't feel sorry for yourself, or about anything you couldn't achieve, or something you couldn't resort to.
  Ignore it and forget it.
*8- Eighth Notice* Money, position, prestige, power, beauty, caste and influence;
All these things increase the ego.  Humility brings people closer with love.
*9- Ninth Tip* If your hair is white, it does not mean the end of life.  This is the beginning of a good life.  Be optimistic, live with memory, travel, enjoy.  Create memories!
*10- 10th Instructions* Meet your little ones with love, empathy, and affection!  Don't say anything sarcastic!  Put a smile on your face!
No matter how big a position you have held in the past, forget it in the present and mingle with it all!


*Happy Health Day*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 07:43 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
[size=0.8em]MENU


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]COMMUNICABLE DISEASEKenyataan Media KPK 20 Disember 2022 – Situasi Semasa Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) di Malaysia 2022/2023[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON DECEMBER 20, 2022
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sejak 7 November 2022, beberapa episod banjir telah melanda kebanyakan negeri sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL). Hujan lebat berterusan yang berlaku dari 17 Disember 2022 hingga kini telah menyebabkan situasi banjir semakin teruk.
Sehingga jam 4.00 petang, 19 Disember 2022, sebanyak lima (5) buah negeri telah dilanda banjir iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, dan Johor.  Sebanyak 34, 970 mangsa banjir (Rajah 1) ditempatkan di 364 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu Terengganu (243), Kelantan (105), Pahang (11), Johor (3), dan Perak (2).
Rajah 1 Bilangan mangsa banjir dan bilangan PPS aktif sepanjang musim MTL 2022/ 2023
PEMBUKAAN BILIK GERAKAN BANJIR CRISIS PREPAREDNESS AND RESPONSE CENTRE (CPRC) NEGERI DAN KEBANGSAAN
Bilik Gerakan Banjir CPRC Kebangsaan telah dibuka pada 19 Disember 2022 berikutan pembukaan Bilik Gerakan Banjir CPRC JKN di beberapa buah negeri (Jadual 2). Waktu operasi Bilik Gerakan Banjir CPRC Kebangsaan adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.
Jadual 2. Status pembukaan Bilik Gerakan Banjir CPRC JKN dan waktu operasi
NegeriBilik Gerakan DibukaWaktu Operasi Hari BekerjaWaktu Operasi Hujung Minggu/ Cuti Umum
Kelantan18 Disember 20228.00 pagi – 5.00 petang8.00 pagi – 5.00 petang
Johor14 Disember 20228.00 pagi – 5.00 petang (Ahad hingga Rabu) 8.00 pagi – 3.30 petang (Khamis)8.00 pagi – 3.00 petang (Jumaat/ Sabtu/ Cuti Umum)
Pahang12 Disember 20228.00 pagi – 8.00 malam8.00 pagi – 8.00 malam
Terengganu10 Disember 20228.00 pagi – 5.00 petang8.00 pagi – 5.00 petang
Melaka15 November 2022 – 13 Disember 2022Standby modeStandby mode
Perak13 November 20228.00 pagi – 5.00 petang8.00 pagi – 5.00 petang
P. Pinang11 November 2022 – 16 November 2022Standby modeStandby mode
Sabah11 Oktober 2022Standby modeStandby mode
Sarawak11 Oktober 20228.00 pagi – 5.00 petang8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Catatan: Bilik Gerakan Banjir CPRC JKN di negeri-negeri lain yang tidak dilanda banjir MTL 2022/ 2023 masih belum dibuka.
STATUS MANGSA BANJIR DAN COVID-19
Sebanyak 14 kes COVID-19 telah dikenal pasti dalam kalangan mangsa banjir iaitu Selangor (7 kes), Kelantan (5 kes), dan Melaka (2 kes) dari 11 November 2022 hingga 18 November 2022. Semua kes telah tamat menjalani proses isolasi dan telah pulang ke rumah masing-masing.
Dari 11 Disember 2022 hingga 19 Disember 2022, hanya satu (1) kes COVID-19 telah dikenal pasti dalam kalangan mangsa banjir di Terengganu yang telah tamat menjalani isolasi pada 18 Disember 2022. Sehingga kini, tiada kluster COVID-19 dilaporkan di PPS (Rajah 2).
Rajah 2 Bilangan kes COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir di PPS semasa MTL 2022/2023

KEJADIAN PENYAKIT BERJANGKIT DALAM KALANGAN MANGSA BANJIR
Dari 7 November 2022 hingga 19 Disember 2022, sebanyak 301 kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI), 260 kes penyakit kulit, 14 kes Acute Gastroentritis (AGE), 11 kes Konjuntivitis, dan satu (1) kes Chicken Pox,  telah dikesan dalam kalangan mangsa banjir di PPS (Rajah 3). Tiada kes Tifoid, Kolera, Leptospirosis, Hand, Foot, and Mouth Disease (HFMD) dan Denggi dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir.
Rajah 3 Bilangan kes penyakit berjangkit dalam kalangan mangsa banjir di PPS
FASILITI KESIHATAN TERJEJAS BANJIR
Hospital di Kelantan
Sebanyak dua (2) buah hospital terjejas akibat banjir di Kelantan iaitu Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II dan Hospital Tengku Anis (HTA), Pasir Puteh.
  • Semua perkhidmatan di HRPZ II masih beroperasi seperti biasa walaupun bangunan hospital dimasuki air.
  • Perkhidmatan Makmal dan Perkhidmatan Pengimejan dan Diagnostik di HTA diberhentikan sementara waktu. Penutupan bekalan kuasa dalaman dilakukan bagi melindungi peralatan daripada kerosakan akibat litar pintas telah dilakukan oleh pihak hospital. Sebarang keperluan perkhidmatan tersebut akan dirujuk ke hospital berdekatan iaitu HRPZ II dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
  • Sebanyak 19 pesakit dari HTA dipindahkan ke HRPZ II dan HUSM kerana dikhuatiri paras air banjir akan meningkat pada bila-bila masa. Pemindahan pesakit-pesakit ini diuruskan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri Kelantan.
Hospital di Terengganu
Sebanyak empat (4) buah hospital telah terjejas dan berkemungkinan terjejas banjir dan dipantau secara rapi di Terengganu iaitu Hospital Kemaman, Hospital Besut, Hospital Setiu, dan Hospital Hulu Terengganu.
  • Peningkatan paras air akibat banjir telah menyebabkan limpahan air ke dalam ruang Jabatan Kecemasan dan Dewan Bersalin di Hospital Kemaman pada malam 18 Disember 2022 dan telah surut pada pagi 19 Disember 2022.
  • Peningkatan paras air mendadak di kawasan berhampiran Hospital Besut, Hospital Setiu, dan Hospital Hulu Terengganu telah menyebabkan laluan ke hospital dan kawasan sekitar terputus dan hanya dapat dilalui menggunakan kenderaan air atau udara. Walau bagaimanapun, hospital-hospital ini telah bersedia untuk menghadapi bencana banjir dengan keperluan bekalan perubatan, makanan, dan pakai buang yang mencukupi.
Fasiliti Klinik dan Pejabat Kesihatan Daerah
Sebanyak 32 fasiliti kesihatan terjejas banjir di Kelantan iaitu 22 klinik desa dan 10 klinik kesihatan. Dari jumlah ini, sebanyak tujuh (7) fasiliti kesihatan masih beroperasi, 22 pindah operasi ke fasiliti kesihatan alternatif, dan tiga (3) tidak beroperasi (Lampiran 1).
Sebanyak 40 fasiliti kesihatan terjejas banjir di Terengganu iaitu 27 klinik desa, lima (5) klinik kesihatan, empat (4) klinik pergigian, tiga (3) Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), dan satu (1) Unit Vektor di Jabatan Kesihatan Negeri. Dari jumlah ini, sebanyak 19 fasiliti kesihatan masih beroperasi, enam (6) pindah operasi ke fasiliti kesihatan alternatif, dan 15 tidak beroperasi (Lampiran 1).
NASIHAT KKM BERKAITAN BANJIR
Orang ramai perlu peka dengan arahan semasa pihak berkuasa dan sentiasa mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan seperti berikut bagi mencegah penyakit berjangkit berkaitan banjir:
  • Elakkan dari mengharungi air banjir terutamanya jika mempunyai luka atau masalah kulit bagi mengelakkan risiko jangkitan penyakit Leptospirosis dan Meloidosis akibat air banjir yang tercemar;
  • Gunakan alat pelindung diri seperti but getah dan sarung tangan getah semasa aktiviti pembersihan terutamanya jika melibatkan banjir lumpur;
  • Minum air yang telah dimasak dan makan makanan yang bersih bagi mengelakkan kejadian penyakit bawaan air dan makanan seperti keracunan makanan, Kolera, Tifoid, Hepatitis A dan Acute Gastroenteritis (AGE);
  • Amalkan penjagaan kebersihan diri iaitu sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan air yang bersih sebelum menyediakan makanan, sebelum makan, selepas ke tandas, selepas menjalankan aktiviti pembersihan, dan selepas menyentuh barang-barang yang dicemari oleh air banjir atau kumbahan;
  • Sekiranya bekalan elektrik terputus, pastikan bekalan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk tidak rosak sebelum dimasak. Elakkan memakan makanan yang terdedah kepada air banjir, makanan yang berada pada suhu bilik melebihi 4 jam, atau makanan yang mempunyai perubahan rasa, bau serta tekstur;
  • Awasi risiko renjatan elektrik sekiranya rumah dinaiki air. Elakkan penggunaan soket elektrik yang terdedah kepada air banjir sebelum ianya dipastikan selamat;
  • Sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan persekitaran. Pembuangan sampah di merata tempat akan mendatangkan risiko penyakit, pembiakan vektor pembawa penyakit seperti tikus, nyamuk dan lain-lain. Semasa banjir, bekas-bekas menakung air akan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dan Anopheles. Ini menyebabkan populasi nyamuk bertambah dan meningkatkan penyebaran penyakit bawaan nyamuk seperti Demam Denggi, Chikungunya dan Malaria;
  • Semasa tinggal di pusat-pusat pemindahan, amatlah penting bagi semua penghuni untuk mengamalkan sikap bertoleransi, saling bantu-membantu dan hormat-menghormati bagi mengelakkan ketegangan atau tekanan dalam kalangan penghuni; dan
  • Sila dapatkan rawatan segera dari pasukan perubatan di PPS atau fasiliti kesihatan yang berhampiran jika mengalami sebarang gejala penyakit seperti demam, sakit perut, muntah, cirit-birit, batuk dan sebagainya.
Sekian, terima kasih
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
20 Disember 2022 @ 10.00 pagi
Lampiran 1
Jadual 1 Senarai fasiliti kesihatan terjejas banjir
BIL.NegeriDaerahNama Fasiliti Kesihatan TerlibatKategori FasilitiStatus OperasiKlinik Alternatif
1KelantanPasir PutehKK Banggol Pak EsahKKTidak beroperasiTidak berkenaan
2KelantanTanah MerahKD SokorKDTidak beroperasiTidak berkenaan
3KelantanTanah MerahKD GobekKDBeroperasiTidak berkenaan
4KelantanMachangKK TemanganKKBeroperasiTidak berkenaan
5KelantanMachangKK Bukit BakarKKBeroperasiTidak berkenaan
6KelantanKuala KraiKD Kuala NalKDBeroperasiTidak berkenaan
7KelantanKuala KraiKD ChenulangKDBeroperasiTidak berkenaan
8KelantanKuala KraiKD MahligaiKDBeroperasiTidak berkenaan
9KelantanKuala KraiKD Pasir KelangKDBeroperasiTidak berkenaan
10KelantanKota BharuKK Wakaf Che YehKKTidak beroperasiTidak berkenaan
11KelantanPasir MasKK TendongKKPindah OperasiKK Pangkal Kala
12KelantanPasir MasKK MerantiKKPindah OperasiKADA Meranti
13KelantanPasir MasKK Gual PeriokKKPindah OperasiKK Rantau Panjang
14KelantanPasir MasKD RahmatKDPindah OperasiKK Rantau Panjang
15KelantanPasir MasKD Lubok SetolKDPindah OperasiKK Rantau Panjang
16KelantanPasir MasKD ChetokKDPindah OperasiKK Chekok
17KelantanPasir MasKD Bunut SusuKDPindah OperasiKK Pangkal Kala
18KelantanPasir MasKD JejawiKDPindah OperasiKD Repek
19KelantanPasir MasKD Gelang MasKDPindah OperasiPPS Gelang Mas
20KelantanPasir MasKD Pohon TanjongKDPindah OperasiKD Repek
21KelantanBachokKK MahligaiKKPindah OperasiKK Berop
22KelantanBachokKD Alor BakatKDPindah OperasiKD Kolam
23KelantanBachokKK KuchelongKKPindah OperasiKK Gunong
24KelantanBachokKD Pantai baruKDPindah OperasiKD Repek
25KelantanBachokKD BelukarKDPindah OperasiKD Kuau
26KelantanBachokKD BekelamKDPindah OperasiKK Gunong
27KelantanBachokKD Pauh SembilanKDPindah OperasiKK Beris Kubor
28KelantanTumpatKD SimpanganKDPindah OperasiKK Bunohan
29KelantanTumpatKD Pulau TokangKDPindah OperasiKK Teluk Renjuna
30KelantanTumpatKD BukitKDPindah OperasiKK Wakaf Baru
31KelantanTumpatKD Padang RokmaKDPindah OperasiKK Wakaf Baru
32KelantanTumpatKK Teluk JeringKKPindah OperasiKK Bunohan
33TerengganuBesutKP Pasir AkarKPTidak BeroperasiTidak berkenaan
34TerengganuBesutKP JabiKPTidak beroperasiTidak berkenaan
35TerengganuBesutKK Pasir AkarKKTidak beroperasiTidak berkenaan
36TerengganuBesutKD Pok WongKDTidak beroperasiTidak berkenaan
37TerengganuBesutKD KeruakKDBeroperasiTidak berkenaan
38TerengganuBesutKD LaKDBeroperasiTidak berkenaan
39TerengganuBesutKD KerandangKDBeroperasiTidak berkenaan
40TerengganuBesutKD Tok DorKDBeroperasiTidak berkenaan
41TerengganuBesutKP Kuala BesutKPBeroperasiTidak berkenaan
42TerengganuBesutKK Kuala BesutKKBeroperasiTidak berkenaan
43TerengganuBesutKD Felda TenangKDBeroperasiTidak berkenaan
44TerengganuBesutKD Bukit PayungKDBeroperasiTidak berkenaan
45TerengganuBesutKD Alor LintahKDBeroperasiTidak berkenaan
46TerengganuBesutKD Alor KeladiKDBeroperasiTidak berkenaan
47TerengganuHulu TerengganuKD KuaKDPindah OperasiKK Ajil
48TerengganuHulu TerengganuKD Padang SetarKDTidak beroperasiTidak berkenaan
49TerengganuHulu TerengganuKK TengkawangKKTidak beroperasiTidak berkenaan
50TerengganuHulu TerengganuKP TengkawangKPTidak beroperasiTidak berkenaan
51TerengganuHulu TerengganuKD Kuala JenerisKDTidak beroperasiTidak berkenaan
52TerengganuHulu TerengganuKD Bukit GemuruhKDTidak beroperasiTidak berkenaan
53TerengganuHulu TerengganuKD MenerongKDTidak beroperasiTidak berkenaan
54TerengganuHulu TerengganuKK Felda MengkawangKKBeroperasiTidak berkenaan
55TerengganuHulu TerengganuKD Felda TersatKDBeroperasiTidak berkenaan
56TerengganuHulu TerengganuPKD Hulu TerengganuPKDBeroperasiTidak berkenaan
57TerengganuSetiuPKD SetiuPKDPindah OperasiKK Rahmat
58TerengganuSetiuKD PelongKDPindah OperasiKK Langkap
59TerengganuSetiuKD GuntongKDTidak beroperasiTidak berkenaan
60TerengganuSetiuKD BanggolKDTidak beroperasiTidak berkenaan
61TerengganuSetiuKD FikriKDTidak beroperasiTidak berkenaan
62TerengganuSetiuKD Gong TerapKDTidak beroperasiTidak berkenaan
63TerengganuSetiuKD MundokKDTidak beroperasiTidak berkenaan
64TerengganuSetiuKD PenarikKDBeroperasiTidak berkenaan
65TerengganuSetiuKD BintangKDBeroperasiTidak berkenaan
66TerengganuSetiuKD LangkapKDBeroperasiTidak berkenaan
67TerengganuDungun KD Jongok BatuKDPindah OperasiKK AMBS
68TerengganuDungunKD Kuala JengalKDPindah OperasiKK AMBS
69TerengganuMarangKD UndangKDBeroperasiTidak berkenaan
70TerengganuMarangJKN Bukit PayongJKNBeroperasiTidak berkenaan
71TerengganuMarangKK Bukit PayongKKBeroperasiTidak berkenaan
72TerengganuKuala NerusPKD Kuala NerusPKDPindah OperasiKK Batu Rakit/KK Seberang Takir
[size=0.7em].







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2022 10:36 PM | Show all posts

kaki tengah cramp. nak jalan tegak pun tak boleh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2022 10:37 PM | Show all posts

Alhamdulillah. risau kalau kena covid 19.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2022 10:40 PM | Show all posts
seribulan replied at 16-12-2022 10:27 PM
Nonton Violent Nights...Home Alone versi gory

ada tengok mechamot?. banyak betul publisiti dan ada yang kata best.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2022 10:43 PM | Show all posts
seribulan replied at 16-12-2022 10:28 PM
Dekat Gohtong Jaya, Genting...camp area nya

9 lagi mangsa tak dijumpai bila dah mula persekolahan, pasti rakan-rakan guru dan rakan-rakan terkesan dgn kehilangan bila tengok meja kawan-kawan kosong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2022 07:27 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 20-12-2022 09:36 PM
kaki tengah cramp. nak jalan tegak pun tak boleh

Uik...bahaya tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 20-12-2022 09:37 PM
Alhamdulillah. risau kalau kena covid 19.

Mujo tak ye
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 20-12-2022 09:40 PM
ada tengok mechamot?. banyak betul publisiti dan ada yang kata best.

Nonton the making je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 7.562864 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list