|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V147'
[Copy link]
|
|
ok matt. zura minta diri dulu.
assalamualaikum. |
|
|
|
|
|
|
|
30 bayi ditinggalkan ibu bapa
Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima 30 bayi yang ditinggalkan ibu bapa sebaik dilahirkan bermula 2018 hingga Februari lalu.
Timbalan Ketua Pengarah (Stratergik) Rosmahwati Ishak berkata, jumlah bayi itu diterima JKM dari beberapa fasiliti kesihatan termasuk hospital swasta yang melaksanakan program 'Baby Hatch' atau peti pelindung bayi.
Beliau berkata, bagi bayi yang tidak berwaris ini, JKM akan membuat laporan polis bagi mendapatkan perintah mahkamah mengikut Seksyen 17(1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001.
Kataya, bayi yang diterima kemudiannya akan ditempat di pusat perlindungan atau orang yang layak dan sesuai (OYLS) bagi untuk menjaga.
"Beberapa hospital swasta di seluruh negara antaranya Selangor, Kedah, Perak, Johor, Pahang, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan melaksanakan program 'Baby Hatch' sebagai usaha untuk melindungi bayi yang dibuang," katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu Rosmahwati berkata, sejak 2018 hingga Februari lalu, 755 kanak-kanak yang diterima JKM kerana dibuang ibu bapa.
Katanya, bagi menangani masalah ini, JKM bekerjasama mengenai isu pembuangan bayi, program 'Baby Hatch' antara perkhidmatan sokongan yang disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Pertubuhan Pengurusan Anak Yatim Kuala Lumpur.
"Bagi perkhidmatan itu, bayi yang diterima menerusi program ini akan ditempatkan di pusat perlindungan sebelum diserahkan kepada keluarga angkat atau OYLS dengan kerjasama JKM," katanya.
Tambahnya, nyawa bayi amat bernilai dan pasangan yang tidak mahu menjaga anak mereka tidak seharusnya membuang bayi kerana mereka juga berhak untuk menikmati kehidupan yang sempurna.
Menurutnya, mereka boleh menyerahkan bayi menerusi 'Baby Hatch' atau berhubung terus kepada JKM bagi tindakan selanjutnya selain menghubungi Talian Kasih 15999 atau Whatsapp 019-2615999 untuk tindakan selanjutnya.
Baby Hatch berfungsi sebagai peti khas yang lengkap berhawa dingin dan pasukan petugas akan mendapat isyarat untuk memberi respon segera sebaik bayi diletakkan.
Seterusnya, bayi akan menjalani pemeriksaan kesihatan lebih lanjut sebelum sebarang tindakan termasuk menyerahkan kepada JKM dibuat pihak yang menjalankan program berkenaan.
Muka depan Harian Metro pada Isnin melaporkan, beberapa hospital di Johor dijadikan 'lubuk buang bayi' apabila insan malang dan tidak berdosa itu ditinggal ibu kandung mereka selepas dilahirkan.
Bayi seawal usia kurang seminggu hingga beberapa bulan dikesan 'dibuang' waris mereka di beberapa hospital termasuk di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).
Perkara itu diakui Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Adnan Md Yassin yang berkata, kes pengabaian bayi itu tiada kesudahan dan berlaku berulang kali setiap tahun.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tinggalkan-ibu-bapa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Biduanda Bukan Suku Di Sungei Ujong?
Umum berpandangan Biduanda adalah salah satu suku di Negeri Sembilan. Dikatakan suku Biduanda ini wujud akibat perkahwinan campur antara Orang Asal dengan orang Minangkabau.
Namun bagi Luak Sungei Ujong, Biduanda bermaksud gelaran yang merujuk kepada waris berketurunan Orang-orang Besar, khususnya keturunan Seri Nara Diraja dan Bendahara-bendahara Kesultanan Johor-Pahang-Riau-Lingga.
Bagi Waris Klana (YM Dato' Johan dan YM Dato' Maharaja Lela), Waris Seri Maharaja Diraja lagi Banda (YAM Dato' Shahbanda) dan Waris Andulika Mendalika (YM Dato' Andulika Mendalika Dan YM Dato Sinda Maharaja), salasilah mereka daripada susur galur Bendahara Paduka Raja Tun Jenal atau Bendahara Sekudai. Berdasarkan keturunan ini, mereka dipanggil Biduanda kerana berketurunan Orang-orang Besar di istana Kesultanan Johor Lama suatu ketika dahulu.
Bagaimanapun ketiga-tiga Waris ini dikenali sebagai Waris Negeri bagi Luak Sungei Ujong bermula pada zaman pemerintahan YTM Dato' Klana Petra Maamor bin Dato' Menteri Kassim, Undang Luak Sungei Ujong (1889 -1945).
Berdasar Sejarah Melayu, gelaran Biduanda sudah lama wujud. Ia dikesan sudah digunapakai sejak zaman Kerajaan Singapura Lama sekitar abad ke-13 Masihi, lama sebelum penghijrahan orang-orang Minangkabau ke Tanah Melayu. Berdasarkan buku Tasjil Anis Salatin, Biduanda adalah gelaran yang merujuk kepada anak-anak keturunan Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Laksamana dan keturunan Orang-orang Besar Negeri Sembilan.
Perkataan Biduanda itu sudah pun menunjukkan bahawa ia perkataan yang sangat lama. Berkemungkinan perkataan itu diambil daripada bahasa Melayu kuno. Jika diteliti, Yamtuan Besar pertama, Raja Melewar yang dijemput ke Tanah Mengandung pada pertengahan tahun 1700-an, manakala nama suku-suku di Negeri Sembilan diambil dari tanah ataupun daerah besar di Sumatera Barat.
Sebagai contoh, suku Batu Hampar diambil sempena kedatangan orang-orang dari daerah Batu Hampar di Pagar Ruyong. Semakan mendapati tiada tempat atau daerah bernama Biduanda di Sumatera Barat. Semakan dalam Bahasa Minangkabau Kuno dan Kamus Batak kuno juga tidak pernah wujud perkataan Biduanda. Hal ini menunjukkan Biduanda sememangnya perkataan Melayu asal digunakan di Sungei Ujong untuk merujuk kepada anak-anak Bendahara Sekudai (Tok Kelambu, Tok Musang, Tok Semerga & Tok Seri Mani).
Di dalam Terombo Dato’ Batin Jempol, ada disebut gelaran Biduanda itu berasal daripada gelaran orang yang bertaraf pegawai yang bertugas di dalam istana Raja-raja Melayu. Selain Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, memang terdapat gelaran Biduanda di dalam hikayat-hikayat lama yang merujuk adanya pegawai dalam istana zaman dahulu itu yang dipanggil 'Biduanda' khususnya di istana Temasik dan Melaka. Biduanda istana ini diberi gelaran Hang bagi lelaki manakala perempuan pula diberi gelaran Dang.
Justeru, berdasarkan riwayat Sungei Ujong, catatan sejarah dan salasilah, hikayat-hikayat lama Melayu perkataan Biduanda di Sungei Ujong itu sebenarnya merujuk kepada Waris Berketurunan Orang-orang Besar dan bukannya Suku hasil perkahwinan campur antara Orang Asal dengan orang Minangkabau dari Sumatera.
Nota 1: Hikayat Hang Tuah menceritakan Hang Tuah dilantik sebagai Biduanda Istana Melaka sebelum menjadi Dato' Orang Kaya Laksamana
Nota 2: Biduanda itu adalah Orang-Orang kepercayaan Sultan Atau Raja.
Nota 3: Biduanda Itu adalah Anak-Anak Bendehara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
Nota 4: Anak Perempuan Raja yang berkawin dengan orang kebanyakan adalah Biduanda.
Nota 5: Jadi Dimana Timbulnya Perkataan Suku???
Rujukan:
1) Sulalatus Salatin
2) Hikayat Hang Tuah
2) JMBRAS Vol 18 'Malay Titles' oleh R.O Winstedt, 1940
3) JDH Vol 6 'Kaum Wanita Di Zaman Kesultanan Melayu Melaka: Antara Batasan Tradisi Dan Realiti' oleh Mahani Musa, 1998
4) JSAS Vol 32 'Rules for Rulers: Obscure Texts, Authority, and Policing in Two Malay States' oleh Timothy P. Barnard, 2001
5) JESS Vol 3 'Strategi Kepengarangan Melayu Tradisi Sebagai Lambang Akal Budi Bangsa Yang Tinggi oleh Norazimah Zakaria, 2016
6) Rahsia Agung Melaka oleh Farahana Shuhaimi, 2018
7) Bahasa Minangkabau, Bahasa Melajoe Riau. Penulis: M.Thaib gl. ST. PAMOENTJAK. BALAI PUSTAKA BATAVA
Lembaga Muzium Negeri Sembilan Muzium Negeri Sembilan Muzium Negara RASMI Jabatan Muzium Malaysia Jabatan Warisan Negara (Department of National Heritage) #kerajaannegerisembilan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mungkin lah
semalam dia free skit katanyaa
|
|
|
|
|
|
|
|
TELAGA UNDANG - PARLIMEN SUNGEI UJONG
Telaga Undang ialah rumah atau tempat bagi Dato'-dato' Lembaga, Waris-waris Negeri dan Ibu Soko Waris di-Darat (Waris Klana di-Hulu dan Waris Klana di-Hilir) berunding dan berbincang mengenai semua perkara adat dan agama di Luak Sungei Ujong. Sejak zaman-berzaman Telaga Undang hendaklah ditempatkan di salah sebuah rumah Ibu Soko Tua Waris di-Darat daripada Waris Klana di-Hulu.
Parlimen bagi Luak Sungei Ujong ini terletak di Kampung Telaga Undang, Batu 9 Pantai, Seremban. Ketika ini terdapat empat rumah milik Ibu Soko Waris Klana di-Hulu di kampung berkenaan yang berhak menempatkan Telaga Undang. Ia boleh berpindah antara empat rumah milik Ibu Soko Waris Klana di-Hulu itu mengikut keadaan dan kesesuaian waktu. Keempat-empat rumah ini juga mempunyai Telaga Mata Air yang tidak pernah kering sehingga ke hari ini.
Istilah telaga diumpamakan seperti kisah telaga Zamzam yang menjadi sumber minuman kepada jutaan Jemaah haji saban tahun.
Allah SWT berfirman di dalam Surah Ibrahim, ayat ke-37:
رَّبَّنَآ إِنِّيٓ أَسۡكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيۡرِ ذِي زَرۡعٍ عِندَ بَيۡتِكَ ٱلۡمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱجۡعَلۡ أَفِۡٔدَةٗ مِّنَ ٱلنَّاسِ تَهۡوِيٓ إِلَيۡهِمۡ وَٱرۡزُقۡهُم مِّنَ ٱلثَّمَرَٰتِ لَعَلَّهُمۡ يَشۡكُرُونَ٣٧
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.
Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya, doa ini diucapkan oleh Nabi Ibrahim AS ketika meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail di sebuah tempat yang kering kontang, iaitu Makkah dengan harapan Makkah akan menjadi tempat yang subur dan selamat untuk didiami dan diberkati oleh Allah SWT.
Seperti yang kita semua maklum tentang kisah Siti Hajar yang telah keputusan air untuk menyusukan anaknya Ismail, maka Siti Hajar berlari-lari anak dari bukit Sofa dan Marwah untuk mencari air sebelum mata air Zamzam yang kini dikenali sebagai Telaga Zamzam memancutkan airnya dengan izin Allah SWT.
Imam Bukhari juga menukilkan hadis yang bersangkutan dengan ayat al-Qur`ān, Surah Ibrahim, ayat ke-37:
وَجَعَلَتْ أُمُّ إِسْمَاعِيلَ تُرْضِعُ إِسْمَاعِيلَ وَتَشْرَبُ مِنْ ذَلِكَ المَاءِ, حَتَّى إِذَا نَفِدَ مَا فِي السِّقَاءِ عَطِشَتْ وَعَطِشَ ابْنُهَا, وَجَعَلَتْ تَنْظُرُ إِلَيْهِ يَتَلَوَّى, أَوْ قَالَ يَتَلَبَّطُ, فَانْطَلَقَتْ كَرَاهِيَةَ أَنْ تَنْظُرَ إِلَيْهِ, فَوَجَدَتِ الصَّفَا أَقْرَبَ جَبَلٍ فِي الأَرْضِ يَلِيهَا, فَقَامَتْ عَلَيْهِ, ثُمَّ اسْتَقْبَلَتِ الوَادِيَ تَنْظُرُ هَلْ تَرَى أَحَدًا فَلَمْ تَرَ أَحَدًا, فَهَبَطَتْ مِنَ الصَّفَا حَتَّى إِذَا بَلَغَتِ الوَادِيَ رَفَعَتْ طَرَفَ دِرْعِهَا, ثُمَّ سَعَتْ سَعْيَ الإِنْسَانِ المَجْهُودِ حَتَّى جَاوَزَتِ الوَادِيَ, ثُمَّ أَتَتِ المَرْوَةَ فَقَامَتْ عَلَيْهَا وَنَظَرَتْ هَلْ تَرَى أَحَدًا فَلَمْ تَرَ أَحَدًا, فَفَعَلَتْ ذَلِكَ سَبْعَ مَرَّاتٍ, قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَذَلِكَ سَعْيُ النَّاسِ بَيْنَهُمَا, فَلَمَّا أَشْرَفَتْ عَلَى المَرْوَةِ سَمِعَتْ صَوْتًا, فَقَالَتْ صَهٍ - تُرِيدُ نَفْسَهَا -, ثُمَّ تَسَمَّعَتْ, فَسَمِعَتْ أَيْضًا, فَقَالَتْ: قَدْ أَسْمَعْتَ إِنْ كَانَ عِنْدَكَ غِوَاثٌ, فَإِذَا هِيَ بِالْمَلَكِ عِنْدَ مَوْضِعِ زَمْزَمَ, فَبَحَثَ بِعَقِبِهِ, أَوْ قَالَ بِجَنَاحِهِ, حَتَّى ظَهَرَ المَاءُ
Yang bermaksud: Ibu Ismail menyusukan anaknya (Ismail) dan meminum daripada air yang ada sehingga akhirnya air tersebut habis. Dia (Hajar) dan juga anaknya merasa kehausan (disebabkan kehabisan simpanan air). Dia melihat anaknya dalam keadaan yang cemas kerana anaknya terus menangis. Dia pun pergi untuk mencari sumber air kerana tidak sanggup melihat anaknya kehausan. Dengan itu, dia pergi menuju ke bukit Shafa kerana ia adalah bukit yang paling hampir dengannya lalu berdiri di atasnya. Pandangannya diarahkan ke lembah di sekelilingnya, dengan harapan terdapat seseorang tetapi ternyata tiada seseorang pun. Setelah itu, dia pun turun (dari bukit Shafa) dan ketika sampai di lembah, dia mengangkat hujung pakaiannya lalu berusaha keras sehingga dia sampai ke lembah iaitu bukit Marwah, lalu berdiri di atasnya sambil melihat apakah terdapat seseorang di sana? Tetapi, ternyata tiada seseorang juga. Dia melakukan perkara sedemikian sehingga tujuh kali.
Ibnu Abbas RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda: “Itulah sa’ie yang mesti dilakukan oleh manusia antara dua bukit itu”. Ketika dia sampai di puncak bukit Marwah, dia terdengar suara lalu dia berkata kepada dirinya sendiri: “Diam!”. Dia cuba mendengarnya lagi lalu dia mendengar suara itu dengan berkata: “Engkau telah menperdengarkan suaramu, apakah bersama engkau terdapat pertolongan?”. Ternyata suara itu adalah malaikat Jibril yang berada dekat dengan tempat zamzam. Lantas, Jibril mengais tanah dengan tumitnya (atau dengan sayapnya, sebagaimana disebutkan dalam riwayat yang lain) sehingga air keluar memancar. (Sahih Bukhari, Hadis no. 3364)
Jelas kepada kita, telaga atau perigi adalah salah satu elemen yang penting di dalam pembinaan tamadun. Hal ini kerana telaga adalah punca air yang menjadi sumber kekuatan makhluk ciptaan Allah SWT untuk beribadah menyembahnya. Sesuai dengan perkataan Telaga yang digunakan di dalam Luak Sungei Ujong yang merujuk kepada tempat diberi nama Telaga Undang.
Ia juga simbolik dari kebijaksanaan mengapa perkataan ‘Telaga’ digunakan ialah kerana telaga mempunyai air yang jernih. Justeru, di Telaga Undang kekusutan pemerintahan negeri, adat dan agama diselesai dan menjadi jernih seperti air telaga.
Pada 10 Mei 1902, satu perjanjian dipersetujui oleh YTM Dato' Klana Petra Maamor Kassim dan semua Dato'-dato' Lembaga bahawa hanya Ibu Soko daripada Waris Klana di-Hulu diberi mandat untuk memelihara dan mentadbir Telaga Undang. Justifikasinya adalah kerana pusaka Klana Petra mula-mula sekali disandang oleh Dato' Klana Petra Bador yang berasal daripada Waris Klana di-Hulu. Mengikut perjanjian itu juga, Ibu Soko Waris Klana di-Hulu di Telaga Undang hendaklah diberi elaun atau 'pemakanan' sebanyak $201 Straits Dollar untuk tujuan pemeliharaan dan pentadbiran.
Fungsi Telaga Undang penting dalam menyelesaikan masalah adat dan agama di Luak Sungei Ujong. Apa-apa keputusan persidangan di Telaga Undang akan dipersembah kepada Kebawah Kaus YTM Dato’ Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong oleh YM Dato' Andulika Mendalika Tua Lembaga Waris Di-Darat untuk penghukuman.
Ia selaras dengan perbilangan:
“Sah batal pada Dato Andulika Mendelika Dan Dato' Lembaga, hidup mati pada Dato' Klana Petra."
Sama seperti badan perundangan negeri di negara ini, apa-apa jua masalah atau keputusan hendaklah dibincang dan diputuskan di Dewan Undangan Negeri sebelum diperkenan oleh Raja negeri. Melainkan Dewan Undang Negeri tidak dapat menyelesaikannya atau tergantung, barulah Raja akan campur tangan bagi mendapatkan keadilan.
Institusi Telaga Undang diwujudkan pada awal kurun ke-18 untuk menyelesaikan sebarang kekusutan dari segi pentadbiran negeri, adat dan agama di Luak Sungei Ujong. Sebelum Balai Undang diwujudkan oleh kerajaan negeri untuk dijadikan kediaman rasmi YTM Dato' Klana Petra; Dato'-dato' Lembaga dan Tua-tua Waris serta Ibu-ibu Soko akan mengadap YTM Dato' Klana Petra di Telaga Undang pada Hari Raya Aidilfitri pertama dan Hari Raya Aidiladha pertama.
Pada hari berkenaan, di pangkal serambi rumah Ibu Soko Telaga Undang itu dipasang tabir langit-langit, sampaian, peterana tiga tingkat dan gunung berangkat dengan silang gunting. Di pekarangan rumah Telaga Undang diadakan tonggol, ular-ular, panji-panji, payung kebesaran, tombak, pedang, keris panjang dan keris pendek ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Setelah YTM Dato' Klana Petra Maamor berpindah ke Balai Undang di Ampangan, adat istiadat pada Hari Raya Aidilfitri pertama dan Hari Raya Aidiladha pertama di Telaga Undang masih diteruskan.
Pada setiap hari pertama perayaan itu, Dato'-dato' Lembaga Luak Sungei Ujong akan datang untuk bersidang di Telaga Undang. Sebelum persidangan, kesemua Dato'-dato' Lembaga dan kesemua dato'-dato' lain akan bertemu dan bersalaman dengan YM Dato' Telaga Undang untuk perkenan memulakan Persidangan Adat Istiadat tersebut.
Pada Aidilfitri kedua dan Aidiladha kedua pula barulah berlangsung adat istiadat menjunjung kasih ke bawah kaus YTM Dato' Klana Petra dibuat di Balai Undang.
Bagaimanapun, setiap adat istiadat yang berlangsung di Balai Undang perlu menjemput YM Dato' Telaga Undang terlebih dahulu mengikut adat dengan bertepak sirih.
Telaga Undang juga adalah salah satu tempat yang akan berlangsungnya istiadat kerjan YTM Dato’ Klana Petra sebagai Undang Luak Sungei Ujong.
Antara alat kebesaran di Balai Undang terdapat empat meriam besar manakala Telaga Undang diperuntukkan dua meriam besar. Selain itu Balai Undang mempunyai enam meriam lela manakala Telaga Undang diletakkan tiga meriam lela.
Pada 2008, YM Dato' Telaga Undang Rahimah binti Alwi pernah menyatakan bahawasanya setiap pelantikan Dato’-dato’ adat yang di bawah Dato’ Lembaga hanya sampai ke Telaga Undang atau kepada Dato’ Lembaga yang berkenaan sahaja.
Ia termasuk pelantikan juak-juak hulubalang yang senjatanya bersemayam di Telaga Undang; hanya sampai ke peringkat Telaga Undang sahaja. Separuh senjata-senjata yang bersemayam di Telaga Undang melambangkan atau mewakili juak hulubalang di bawah YM Dato’ Johan Lembaga Waris Klana di-Hulu.
Sumber:
YM Telaga Undang Rahimah binti Alwi, 2008.
YM Dato' Andulika Mendulika Tua Lembaga Waris di-Darat Sungei Ujong, Jun 2022.
YM Dato' Johan Lembaga Waris Klana di-Hulu, Mei 2022.
Penasihat Agama Kepada YTM Dato’ Klana Petra.
Bustamam Ahmad. (5 Mac 1988). Telaga Undang untuk selesai masalah adat. Berita Harian.
Lembaga Muzium Negeri Sembilan Muzium Negeri Sembilan #kerajaannegerisembilan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
[Nasihat Sheikh Mutawali Sharawi]
Nasihatku, jangan bosan untuk bersabar.
Jika Allah Menghendaki, Dia akan Mengkabulkan permintaanmu sekelip mata sahaja.
Dia tidak sesekali mengabaikan airmata pengharapan dan juga lintasan hatimu.
Tidak susah untuk Dia memperbaiki keadaanmu.
Tetapi Dia mahu kamu minta kepada-Nya dalam keadaan yang sunguh terdesak (seperti orang miskin yang terdesak memerlukan bantuan),
{إِنِّي جَزَيْتُهُمُ الْيَوْمَ بِمَا صَبَرُوا}
"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka" (Al-Mu'minun : 111)
Dia tidak berkata :
"disebabkan solat mereka"
"disebabkan puasa mereka"
"disebabkan sedekah mereka"
akan tetapi "disebabkan kesabaran mereka"
Kerana sabar itu adalah ibadah yang kamu tunaikan dalam keadaan yang sangat menyakitkan.
.
.
#Qurbanka
#kunanta
#postingka |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
berapa pun jumlahnya
syukur atas rezeki tersebut
kalau dapat bulan 7 tu sempat lah sebelum pergi ke S nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah ada bagus lah
mencegah sebelum kena kilat tu
yelah sebelum masuk tu buat atau tambahlah apa yg patut dulu
nanti bila dah duduk tak susah2 nak buat itu buat ini
asben zura course dekat mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
itu lah
masing bz dengan hal tersendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
yee
pasal tu amerika tak berani sangat dengan korea utara
|
|
|
|
|
|
|
|
biar lah dia masuk bila2 pun bila dia free nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
masukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
|
|
|
|
|
|
|
|
Poligami dan cabarannya. Novel ini juga terdapat kritikan halus BUYA HAMKA pada adat Minangkabau dalam bicara Poniem ketika perang mulutnya dengan Mariatun
MERANTAU KE DELI
Kasihan sekali nasib Poniem dan Leman..
Novel ini sudah lama saya beli, namun ia seakan menyembunyikan diri dalam celahan buku di rumah saya dek hambatan kerja yang tak pernah habis. Lalu pada suatu petang ia menampilkan diri seakan mahu saya jamah dan nikmati isinya. Sekali pegang mata terus berlari laju meniti setiap baris penceritaan Buya HAMKA dalam novel MERANTAU KE DELI.
Susun atur bahasa Buya HAMKA sungguh memukau sehingga dapat dirasakan kisah sedih Poniem dan Leman menusuk ke dalam jiwa.
Kisahnya, Leman si penjual kain yang berasal dari Minangkabau bumi penuh adat, terpikat dengan seorang wanita malang bernama Poniem. Poniem berasal dari Jawa dan terperangkap menjadi gundik Mandur Besar dalam ladang di Deli.
Leman yang mabuk cinta dengan Poniem memujuk rayu agar Poniem sedia menerimanya sebagai suami. Ringkas cerita Poniem setuju atas janji Leman yang tidak akan menyiakan hidup Poniem yang sebatang kara di Deli.
Selepas kahwin perniagaan kain Leman semakin merosot. Lalu demi cinta kasihnya kepada Leman, Poniem membuka segala emas permata miliknya sebagai modal perniagaan Leman. Selepas itu perniagaan mereka maju dan nama Leman dikenal ramai. Lalu kaum kerabatnya dari Minangkabau datang berpusu-pusu menemuinya. Lantaran rindunya kepada negeri asal, Leman bersama Poniem pulang ke Minangkabau.
Ketika di Minangkabau, pengaruh adat mulai meresap masuk dan Leman dicadangkan oleh orang negerinya agar berkahwin dengan orang tempatan. Tambahan pula Poniem mandul. Akhirnya Poniem akur dengan hasrat berkahwin dengan Mariatun, orang negerinya. Di sini kita akan lihat AKHLAK SEORANG ISTERI SOLEHAH.
Walaupun begitu, rasa sedihnya tetap membungkam jiwa sehingga limpahan sedih itu turut kita rasai. Selepas berkahwin, kasih Leman beralih arah kepada Mariatun. Bijak sekali ayat Buya HAMKA ketika menggambarkan bahaya hasutan wanita..
"WANITA INI SEPERTI LAUTAN DALAM YANG WAJIB KITA RENANGI. JIKA TAK MAMPU MERENANGINYA...KITA PASTI AKAN DITELANNYA..." itulah yang berlaku kepada Leman.
Akhirnya setelah lama bertahan, sabar Poniem meletus dan berlaku perang besar antara dua madu ini. Ketika perang memuncak, Leman menyebelahi Mariatun dan menyepak Poniem bersama lafaz cerai talak 3.... Ketika ini anda akan rasa betapa pedihnya duka hati Poniem...Beliau akhirnya membawa diri ke Medan...Rupanya hidup Leman juga dirundung malang selepas itu..Apa kesudahan kisah ini?
Anda perlu beli dan baca sendiri suka duka kisah cinta -mungkir Leman kepada Poniem...
Apa pasti dalam novel ini Buya HAMKA mengkritis halus adat Minangkabau yang seakan menindas kaum lelaki. Buya HAMKA juga seakan menasihati suami yang berhasrat untuk poligami agar benar-benar MEMAHAMI MAKSUD ADIL DALAM POLIGAMI yang disarankan Islam...Selamat membaca!
al-Fadhil Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim
8 December 2019
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|