CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anok_Tupa

KPH VILLA - 101 - Jom Undi Matahari Di Carta Hot FM & ERA FM

 Close [Copy link]
Post time 3-11-2014 08:19 AM | Show all posts
hmmmmmm.....rasa menyampah pulak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2014 08:34 AM | Show all posts
hafeeza posted on 31-10-2014 08:59 PM
A,ah perasan jgk...lame x nmpk hafiz kat nasi lemak kopi o @ mhi..biasa ade kalu single br mesti a ...

tu la pasal....kalau tak sebelum ini ada saja dia keluar kat Nasi Lemak Kopi O dan MHI utk promote single baru dia...single Matahari ni senyap je...jadi tetamu utk Muzik-Muzik pun takde jgk....harap2 ianya takde kaitan dengan isu MHI aritu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 08:47 AM | Show all posts
Hafiz teruja, gementar

Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]

Perihal vokalnya yang hebat diakui melalui melalui pencapaian Hafiz Suip selaku pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2010 menerusi lagu Noktah Cinta, diikuti tahun berikutnya Awan Nano (2012) dan Ku Akui (2013).

Kemenangan yang diukur berdasarkan vokalnya juga pernah diiktiraf dalam satu lagu acara berprerstij iaitu Anugerah Industri Muzik (AIM) apabila Hafiz menang Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) melalui lagu Bahagiamu Deritaku.

Berdasarkan profil kejayaannya lima tahun kebelakangan ini, anak kelahiran Sarawak itu turut memperlihatkan kolaborasi dengan nama besar apabila menjadi pilihan pasangan duet penghibur bertaraf diva seperti Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu Muara Hati dan Datuk Rossa (Salahkah).

Terbaru, juara Akademi Fantasia 7 (AF7) itu mengumumkan satu lagi perancangan duet dengan penyanyi cukup berbakat besar iaitu Misha Omar.

Bagaimanapun, sebelum pelaksanaan kerjasama itu dilakukan, Hafiz bakal beraksi dengan seorang lagi diva cukup berpengaruh di Asia Tenggara, Krisdayanti.

Kelmarin, Hafiz diumumkan sebagai artis jemputan Konsert Krisdayanti Live in KL 2014 pada sidang media kedua konsert itu di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Pengumuman itu dilakukan sendiri oleh Krisdayanti.

Hafiz menjadi pilihan pelayar dan pelanggan setia wangian tanpa alkohol itu menerusi laman rasmi One Drop Perfumes yang juga penganjur dan penaja konsert berkenaan yang tampil dengan kelainan iaitu memberi peluang kepada orang ramai memilih penghibur tempatan yang ingin disaksikan mereka dalam konsert itu.

Akui Hafiz yang juga juara Mania, dia amat berbesar hati menerima pelawaan itu. Bahkan tidak pernah mengukur pencapaiannya untuk muncul sebagai artis undangan.

"Saya tidak pernah berasakan diri saya seorang penyanyi yang hebat walaupun orang sering melabelkan saya dengan gelaran itu. Sampai sekarang, setiap hari saya masih lagi belajar dan memperbaiki diri.

"Justeru, apabila menerima pelawaan sebagai artis undangan Krisdayanti, saya berasa sangat teruja dan gementar, jauh sekali mahu menolak.

'Peluang ini bagi saya satu lagi impian saya yang menjadi kenyataan dan ia bakal tersemat sebagai pengalaman indah dalam karier nyanyian saya. "Krisdayanti antara penyanyi wanita yang saya hormati dan kagumi. Saya sukakan lagu duet beliau bersama Siti iaitu Jikau Kau Datang dan Mencintaimu.

"Bagaimanapun, persembahan duet kami nanti, saya mahu menyanyikan lagu Cinta bersamanya. Terdapat satu lagi lagu duet yang belum diputuskan selain satu lagu solo daripada single saya sendiri," kata­nya.

Sebagai persiapan menghadapi konsert yang bakal berlangsung di Dewan Planery, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 November ini, Hafiz merancang untuk mengasah vokal di bawah bimbingan guru vokal, Cikgu Shafi kerana dia sentiasa melihat pembabitan dalam acara besar seperti ini apatah lagi membabitkan majlis orang, tanggungjawab yang diberikan tidak boleh dipandang enteng.

Sementara itu, Krisdayanti menerusi ucapannya berkata, dia juga gembira apabila dimaklumkan Hafiz muncul sebagai artis jemputannya kerana perihal kelunakan suara penyanyi itu pernah dikhabarkan oleh seorang temannya juga seorang diva di persada muzik Indonesia iaitu Rossa.

"Saya tidak pernah bertemu dengannya sebelum ini dan di sidang media ini adalah yang pertama. Namun saya sempat mendengarkan cerita mengenai pencapaian muzik Hafiz serta lagu-lagunya yang saya dengarkan di YouTube selain diceritakan sendiri oleh Rossa yang memuji vokal Hafiz sebagai pasangan duetnya.

Konsert Krisdayanti Live in KL 2014 itu dibawakan One Drop Perfumes Sdn Bhd.

Pengarah Urusan Kumpulan One Drop Perfumes, Datuk Seri Josafri Johari berkata, undian yang dilakukan pihaknya dengan membariskan beberapa lagi nama penyanyi terkenal, menyaksikan Hafiz mendominasi pilihan peminat dengan jumlah undian mencecah hampir 20,000.

"Kami sebagai penganjur amat gembira dan percaya ia akan menjadi sebuah persembahan yang hebat apabila dua penyanyi yang cukup terkenal dan diminati ramai bergabung di pentas yang sama.

Hadir sama pada sidang media itu, Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil dan Pengurus Perhubungan Awam Royale Chulan Hotel, Farah Halim.

Tiket konsert berharga RM98 hingga RM1,088.

Untuk tempahan tiket boleh melayari www.ticketcharge.com.my atau menghubungi 03-92228111.



Dari kiri Josafri, Hafiz, Krisdayanti, Farah dan Roslen.



~~~ hmetro.com.my ~~~
Last edited by blackberry90 on 3-11-2014 08:48 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 09:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 09:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 09:07 AM | Show all posts



video ===> http://websta.me/p/844547375040387176_811254437 Last edited by blackberry90 on 3-11-2014 09:09 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2014 09:35 AM | Show all posts
kdliveinkl    TERIMA KASIH KEPADA SEMUA RAKAN MEDIA YANG HADIR PADA SESI SIDANG MEDIA KEDUA, KONSERT KRISDAYANTI LIVE IN KL 2014 YANG TELAH DIADAKAN PADA 30 OCT 2014, DI ROYALE CHULAN HOTEL KL.

Sidang Media Kedua ini telah diadakan untuk mengumumkan artis jemputan untuk #Krisdayantiliveinkl2014 , iaitu HAFIZ SUIP!
Terima kasih juga kepada pihak penaja lokasi iaitu The Royale Chulan Hotel, KL kerana sudi menaja untuk lokasi sidang media dan penginapan Krisdayanti.

#Krisdayantiliveinkl2014 dianjurkan oleh @onedropperfumesmy!  21h


Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 05:19 PM | Show all posts
blackberry90 posted on 3-11-2014 09:04 AM
video ===> http://websta.me/p/844235454869232594_811254437

Suka sangat Hafiz perform lagu Sabar Menanti....soothing jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2014 05:52 PM | Show all posts
blackberry90 posted on 3-11-2014 08:19 AM
hmmmmmm.....rasa menyampah pulak...

Nyampah nape? Thanks for the pieces of news
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 06:54 PM | Show all posts
gelenyah posted on 3-11-2014 05:52 PM
Nyampah nape? Thanks for the pieces of news

Nyah...lamer tak bertegur sapa...since apiz graduated aritu hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 11:12 PM | Show all posts
nicolebaby posted on 3-11-2014 06:54 PM
Nyah...lamer tak bertegur sapa...since apiz graduated aritu hehehe...

Ada jah. Low key. Bz keja. Turun keja still gelap, balik keja dah gelap gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 07:46 AM | Show all posts
Hafiz pilih orang senegeri
Akan melangsungkan pertunangan tahun depan


Oleh Aida Rizmariza 
Kamaruddin (aida.kamaruddin@
utusan.com.my)  |  03 November 2014 2:12 PM


INILAH Fy yang berjaya memikat hati Hafiz dan hubungan mereka direstui keluarga.

HAMPIR empat tahun berkenalan, akhirnya hubungan penyanyi ini dan kekasihnya bakal memasuki fasa baharu. Menurut penyanyi Hafiz Suip jika tiada aral, dia dan Fy wanita yang kini bertakhta di hatinya memilih tahun hadapan untuk mengikat tali pertunangan.

Dia mengakui sudah bersedia dengan keputusan itu di kala kariernya sedang berada di kemuncak.

Jelas Hafiz, dia pasti langkah ini akan memberi peranan yang berbeza buat kehidupannya. Bagaimanapun sebaik mungkin, Hafiz cuba elak daripada bercerita tentang Fy lebih mendalam.

Jelasnya, dia lebih rasa selesa jika kekasihnya itu yang juga seorang pelajar di sebuah institusi tinggi di ibu negara tidak terlalu diberi perhatian seperti dirinya.

“Memang saya akui hati saya benar-benar ikhlas memilih wanita yang dimaksudkan itu. Setelah hampir empat tahun berkenalan, saya sudah membuat keputusan untuk bertunang Insya-Allah tahun hadapan.

“Sebenarnya keluarga kami memang saling mengenali memandangkan ada talian persaudaraan. Jadi, keluarga juga sudah lama merestui hubungan ini,” katanya.

Menerima julukan sebagai Datuk Siti Nurhaliza versi lelaki, adakah Hafiz sendiri yakin keputusan ini tidak akan menggugat prestasinya.

Matang membalas pertanyaan itu, kata Hafiz sebagai manusia yang sentiasa berpegang kepada rezeki. Dia tahu ini adalah waktu yang sesuai untuk meneruskan niat baiknya itu.

“Saya berfikir benda baik memang seharusnya disegerakan memandangkan ia pasti akan dimudahkan. Bila kita bercakap soal rezeki saya fikir itu bukan kerja saya, selagi diberi segala kemudahan ini mungkin adalah baik untuk saya meneruskan niat saya.

“Kemudahan yang saya maksudkan adalah kesihatan dan wang, siapa tahu lagi beberapa tahun kita mungkin tidak dikurniakan dengan apa yang saya ada kini, jadi ini adalah waktu yang sesuai,” katanya.

Mengenai Fy kata Hafiz atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 24, sikap memahami wanita berusia 23 tahun itu menyenangkan dirinya. Tidak pernah dibebankan dengan sikap mengada-ngada kata Hafiz, Fy mudah mencari peluang menceriakan dirinya.

“Saya pasti dia adalah wanita yang terbaik untuk saya, melihat cara dia mengawal sebarang situasi yang datang membuktikkan dia mampu menerima saya.

“Selain itu juga faktor yang menyebabkan dia menjadi pilihan saya adalah bagaimana dia diterima baik keluarga dan kawan-kawan saya,” katanya.

Jika sudah bersedia untuk bertunang pastinya tarikh perkahwinan penyanyi ini tidak lagi jauh. Walaupun enggan berfikir terlalu jauh lagi, kata Hafiz buat masa ini dia hanya dahulukan apa yang perlu. Menolak perkahwinan masih terlalu awal buat dirinya, balas Hafiz jika sudah tertulis dia akan berkahwin pastinya itu adalah yang terbaik.

“Buat masa ini saya hanya mahu meneruskan apa yang sudah terniat dahulu, kena ingat berkahwin itu bukan mudah selain persediaan diri, kewangan juga harus kukuh. Malah kekasih saya juga buat masa ini masih lagi seorang pelajar.

“Masih muda atau tidak, saya tidak pernah fikirkan soal itu, apa yang saya tahu saya ikhlas dengan hubungan ini dan memang niat saya untuk memberi yang terbaik,” katanya.



~~~ utusan.com.my ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 07:54 AM | Show all posts
Sambungan...

Belum lagi berkahwin sudah berbulan madu? Jangan risau Hafiz sebenarnya akan berangkat ke Bali pada Disember depan dengan 50 orang peminatnya. Kata Hafiz dalam masa lima tahun kelab peminatnya Official FC Hafiz diwujudkan ini kali pertama mereka akan mengadakan percutian bersama-sama.

“Setelah lima tahun baru saya ada kesempatan untuk bersama-sama mereka ke luar negara, memang kalau diikutkan saya mahu ini menjadi sejarah buat kelab saya juga.

“Jangan salah sangka bukanlah dalam lima tahun itu baru saya luangkan masa. Sebelum ini juga kami ada melakukan aktiviti bersama cuma kali ini lebih jauh kami akan pergi,” katanya.

Terus membuka peluang agar peminatnya yang lain dapat turut serta, kata Hafiz dia berharap agar percutian ini kelak akan menjadi perintis kepada aktiviti kelab peminatnya.

“Selain bercuti dengan peminat sebenarnya ini juga adalah cara untuk saya menenangkan fikiran dari bekerja.

“Kepada mereka yang ingin turut serta peluang masih ada cuma hubungi nombor 019-2911989 untuk pertanyaan lanjut. Tidaklah mahal manapun untuk percutian selama empat hari bermula 4 sehingga 7 Disember depan termasuk tiket penerbangan semuanya adalah RM1,450. Kalau boleh memang saya harap sangat untuk bertemu dengan peminat-peminat saya semua,” katanya.

Jika tahun lepas dia menyerlah di Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) dengan merangkul tiga anugerah nampaknya tahun ini sedikit suram. Hanya dicalonkan untuk lagu Salahkah, bagi kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara bersama Datuk Rossa, ramai peminatnya sedikit terkejut. Mempunyai pandangan yang berbeza mengenai hal ini kata Hafiz, dia percaya persaingan itu baik buat industri.

“Saya tidak kecewa, bagi saya apa yang berlaku ini adalah petanda industri kita ini meriah dengan ramai bakat yang lebih hebat.

“Saya fikir semua ini juga ada hubung kait dengan rezeki, jika bukan di sini rezeki saya mungkin di tempat lain,” katanya positif.


Bakal muncul dengan lagu baharu bersama Misha Omar, kata Hafiz memang kalau dilihatkan jadual kerjanya agak sibuk kebelakangan ini. Mahu terus berusaha dalam memastikan kariernya terus berada di atas balasnya semua ini adalah demi peminat.

“Saya akan keluar dengan single terbaharu bersama Misha Omar, tajuk lagu itu masih belum boleh saya beritahu. Bagaimanapun kemungkinan besar ia akan dikeluarkan tidak lama lagi.

“Jadual kerja itu seperti biasa, cuma saya akan pastikan dapat rehat yang secukupnya agar kesihatan saya tidak terganggu,” katanya.

MEMASUKI industri melalui program realiti, mungkin ada yang melihat laluan Hafiz sedikit mudah berbanding penyanyi lain. Menolak ia semudah yang disangka kata Hafiz, sama seperti penyanyi mahupun selebriti lain dia juga terpaksa berhadapan dengan beberapa kejadian getir dalam kariernya. Menjelaskan jumlah tahun dia menghuni industri ini sebagai cara untuk mengetahui kematangan dirinya, Hafiz cuba berkongsi rasa.

“Apa yang mereka lihat saya ada sekarang ia tidak datang dengan mudah. Setiap apa yang berlaku saya ambil perkara itu sebagai mata pelajaran yang perlu saya fahami dalam memastikan ia tidak akan berlaku lagi.

“Saya tidak pernah kesal dengan setiap pengajaran yang saya terima memandangkan saya tahu ia satu cara untuk mendewasakan saya,” katanya.

Mengimbau kembali antara kontroversi yang tidak akan dilupakan dirinya, kata Hafiz masih terbayang di fikirannya, bagaimana sebuah gambar mencetuskan kemarahan yang amat beberapa tahun lalu. Walaupun mengakui ada silap di pihaknya, bagaimanapun dia pasti perlu ada timbang rasa buat mereka di luar sana dalam mengimbangi maklumat mengenai seseorang artis.

“Beberapa tahun lalu sekeping gambar saya sedang bergembira dengan rakan-rakan saya mengambil tempat di internet. Ketika itu ramai yang menuding jari mengatakan saya sebagai seorang yang sosial dan kaki botol. Yang paling teruk ada yang mula mengaitkan anak Sarawak kononnya memang seorang yang begitu. Itu adalah perkara paling menyakitkan saya memandangkan apa yang mereka tulis dan katakan itu langsung tidak benar.

“Sebagai seorang remaja saya fikir memang saya perlukan hiburan, tetapi saya cukup waras untuk memilih apa yang sesuai dalam memastikan saya tidak melanggar batas. Mungkin ada yang melihat artis ini mempunyai kehidupan yang berbeza, realitinya kami juga sama macam orang lain perlukan masa untuk diri sendiri,” katanya.



~~~ utusan.com.my ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 08:16 AM | Show all posts
Hafiz mahu bertunang

Oleh IZWAN MOHD. ISA
[email protected]

JEJAKA dengan nama pentas Hafiz Suip ini pandai menyimpan kisah cintanya. Selepas putus dengan penyanyi Adira beberapa tahun lalu, kisah peribadi Hafiz tertutup kemas tanpa dihebahkan untuk pengetahuan khalayak umum.

Walau bagaimanapun, beberapa minggu lalu, penyanyi yang berusia 22 tahun itu difahamkan terbang ke Perth, Australia untuk berlibur dan meluangkan masa bersama seorang wanita yang dipercayai kekasih baharunya.

Tidak pergi berdua-duaan, percutian pelantun lagu Matahari itu bersama kekasihnya turut disertai kaum keluarga terdekat si gadis.

Mengakui pergi ke sana atas urusan peribadi dan kerja, Hafiz yang ditemui pada majlis sidang akhbar Konsert Krisdayanti Live In KL 2014 di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini akhirnya membuka mulut. Dia mengakui, wanita berusia 22 tahun merupakan kekasihnya dan mereka kini serius dalam sebuah hubungan bernama percintaan.


HAFIZ mengaku kewangan dan kerjayanya sudah stabil untuk berkahwin.


Masih enggan mendedahkan identiti kekasihnya itu, namun Hafiz tidak menolak kemungkinan untuk menamatkan zaman bujang jika ada jodoh bersama gadis tersebut.

Kosmo!: Benarkah Hafiz ada bercuti ke Perth, Australia bersama seorang wanita yang kini bertakhta di hati anda sebagai kekasih?

HAFIZ: Ya, saya terbang ke sana beberapa minggu yang lalu. Kami ke sana bukan untuk bercuti semata-mata. Tetapi, saya dipelawa oleh keluarga kekasih saya untuk melihat tapak projek yang diuruskan oleh syarikat bapanya di Perth. Selain itu, kami juga menyambut hari ulang tahun ibu kekasih saya di sana.

Anda dilihat begitu rapat dengan keluarga kekasih anda. Adakah anda akan menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat?

Saya dan kekasih saya serius dalam hubungan. Kalau boleh, saya mahu ke fasa seterusnya (pertunangan) dengan kadar segera. Tidak elok jika kita menangguhkan perkara baik. Buat masa ini saya tidak mahu terburu-buru membuat keputusan. Lagipun, dia masih lagi melanjutkan pelajarannya dalam bidang perakaunan di salah sebuah universiti di ibu negara.

Jadi, bilakah anda bercadang untuk mengikat tali pertunangan?

Mungkin tahun hadapan.



BERDUET dengan Krisdayanti merupakan impian Hafiz.

Nama anda sedang berada di puncak. Adakah anda tidak risau populariti anda akan jatuh jika anda mengambil keputusan untuk berkahwin?

Tidak sama sekali. Jika sudah jodoh, apa salahnya berkahwin? Pada pendapat saya, ini masa yang sesuai untuk memikirkan tentang masa hadapan sementelah karier dan ke­wang­an sudah stabil.

Anda terpilih untuk bergandingan dengan Krisdayanti menerusi konsertnya yang akan berlangsung pada 22 November depan di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Apakah perasaan anda apabila diberitakan dengan tawaran tersebut?

Sejujurnya, saya berasa sangat teruja dan berdebar-debar. Ini merupakan impian yang telah lama saya cita-citakan. Bukan senang untuk berkongsi pentas dan berduet bersama diva nombor satu dari Indonesia itu.

Apakah yang boleh dijangkakan oleh peminat menerusi konsert itu nanti?

Kami akan berduet menerusi lagu Ombak Rindu dan Cinta. Selain itu, saya akan menyanyikan sebuah lagu secara solo.

Anda dilihat sering berduet dengan artis wanita tersohor. Adakah anda semakin selektif?

Tidak sama sekali. Ini semua rezeki dan saya tidak menolak jika diberi peluang sebegini.

Apakah perkembangan terbaharu anda?

Saya akan kembali ke studio tidak lama lagi bagi merakamkan sebuah lagu yang diciptakan oleh Ajai. Tajuknya masih belum diputuskan, namun, apa yang istimewa, saya akan berduet bersama Misha Omar.



~~~ kosmo.com.my ~~~




Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 08:19 AM | Show all posts
Hafiz Suip - Sabar Menanti @ Festival Filem Malaysia 26 (01.11.2014)

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 08:21 AM | Show all posts
officialhafizfc   @hafizsuip di sidang akhbar "Krisdayanti Live In KL 2014" yg akan berlangsung pada Sabtu 22 Nov 2014 jam 8.30PM di Plenary Hall KL Convention Centre dibawakan oleh One Drop Perfumes.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 08:23 AM | Show all posts
officialhafizfc   Hafiz Suip & Fans at Festival Filem Malaysia #FFM26 01.11.2014 Thank you for coming guys. To all Hafiz fans #hafizfc yang dah beli tiket Konsert EH @ehmalaysia sabtu ni 8hb Nov, kite jumpa kat sana k   16h


Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 08:27 AM | Show all posts
ajai911   YND Bermeeting meetingan dgn @hafizsuip #astro @sheikhqalam (A&R) #sonymusicmy untuk album seterusnya. Selamat sore semua. #wakethebabyrecords #republikajai  16h




bincang pasal album baru ke single baru dengan Misha Omar?...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 08:43 AM | Show all posts
blackberry90 posted on 3-11-2014 08:34 AM
tu la pasal....kalau tak sebelum ini ada saja dia keluar kat Nasi Lemak Kopi O dan MHI utk promote ...

Isu MHI tu isu ape BB. Bukan isu besar kan.....
Selain single ngan misha tak de single sorang2 ke

Harap hafiz akan rakam single baru cepat2
Lagu yg ada ni semua dah lama
Nnt tak leh join ajl 16 kalau tak de lagu baru

Gud luck untuk ajl semi final
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 10:20 AM | Show all posts
Krisdayanti menghitung hari

Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]

Tidak pernah dia menjadi kaku ketika digandingkan dengan artis wanita sama ada melalui sesi fotografi mahupun di pentas.

Namun saat digandingkan bersama diva dari Indonesia iaitu Krisdayanti, penyanyi Bahagiamu Deritaku, Hafiz Suip, 24, dihambat keresahan.

Tatkala menegur 'pose' diberikannya kaku, Hafiz menjawab: "Krisdayanti tu. Gementar saya bergambar dengan diva," katanya merendah diri.

Namun, penghibur terkenal kelahiran Batu, Jawa Timur, Indonesia berusia 39 tahun itu berseloroh memecahkan suasana formal dengan jenaka spontannya, "ini 'photo shoot ibu dan anak'," katanya sekali gus mengundang ketawa dalam kalangan yang hadir.

Sebagaimana diketahui mereka yang mengikuti perkembangan Konsert Krisdayanti Live in KL 2014 yang bakal dilangsungkan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 November ini, Hafiz diumumkan sebagai artis jemputan di acara besar berkenaan.

Pengumuman itu dilakukan sendiri oleh Krisdayanti pada sidang media kedua konsert itu di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, minggu lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


p/s: Jangan lupa untuk dapatkan Harian Metro edisi hari ini. Ada gambar besar Hafiz dan Krisdayanti....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.724915 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list