|
[Tempatan]
Polis masih siasat kehilangan Acap
[Copy link]
|
|
jejaka_hensem replied at 15-4-2019 07:36 PM
Tq sis..kalau ada masa,dtg lah melawat negeri perak.ada kelly castle,gua tempurung,zoo taiping,muz ...
Nak pg la melawat tpt2 tu satu hari Nti. Setakat ni br pg kellie castle je....tpt bersejarah i loike.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 15-4-2019 06:07 PM
Boleh share siapa sebenarnya PakSu Mid ni? Org kata dia wali Allah. Nak juga tahu apa keistimewaan ...
pak su mid ni orang kedah . kuala nerang . kalau kakleen jumpa dia , maybe kakleen pun akan rasa dia ni special sangat dan muka dia bersih betul , bila kita tengok dia kita yang rasa tenang . sebab tu kot org kata dia wali Allah . |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak berhenti berdoa, berharap Acap kembali dengan selamat
Oleh Balqis Jazimah Zahari
[email protected]
Share
Tweet
Share
IPOH: Tidak berhenti mengharap dan terus berdoa kerana berkeyakinan suaminya akan kembali dengan selamat.
Itulah suara hati isteri Mohamad Ashraf Hassan atau Acap, Hamizah Mohd Ali, 27, apabila mengenangkan keadaan suaminya sehingga ke saat ini masih hilang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, 23 Mac lalu.
“Saya yakin dia (Acap) akan balik dan selamat, itulah doa saya tanpa henti.
“Setakat ini masih belum ada apa-apa update (perkembangan terkini), doakan suami saya (selamat kembali),” kata Hamizah, 27.
Selepas mendiamkan diri tanpa sebarang komen atau memberikan kenyataan kepada mana-mana pihak sejak hari pertama kehilangan Acap, akhirnya Hamizah tampil meluahkan isi hatinya kepada NSTP hari ini.
Hamizah berkata, suaminya itu tidak menunjukkan sebarang reaksi pelik terhadap ahli keluarga sebelum menyertai larian itu kerana ia bukan pertama kali dia menyertai larian seumpama itu.
“Dia normal macam biasa sebab ini bukan event (acara) pertama kali disertainya, untuk larian Gopeng Ultra Trail, ini baru pertama kali dia sertai,” katanya yang juga bertugas sebagai Juruteknologi Makmal di Hospital Muar, Johor.
Ditanya mengenai anaknya Aisyah berusia setahun lebih yang sudah 24 hari tidak menatap wajah ayahnya, Hamizah berkata, anaknya itu setiap hari akan bertanyakan mengenai ayahnya yang dipanggil ‘daddy’.
“Dia memang rapat dengan ‘daddy’ dia, setiap hari cari tapi saya tetap positif, saya cakap ‘daddy’ balik malam ini.
“Setiap hari saya akan cakap macam itu, kata-kata kita pun satu doa” katanya.
Hamizah turut meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan netizen di laman sosial yang menyebarkan berita kononnya kehilangan Acap berkait dengan masalah keluarga antara mereka berdua .
Menurutnya, berita yang disebarkan itu jelas satu fitnah dan memberitahu bahawa kedua-dua mereka tiada masalah keluarga.
“Semua yang baik saya anggap sebagai doa, semua yang tidak baik saya positif, mungkin itu cara Allah nak tambah pahala suami saya, mungkin mempercepatkan suami saya dijumpai.
“Saya cuba positif sebaik mungkin, masa inilah dugaan Allah itu datang dari pelbagai sudut, sentiasa ambil positif, bersangka baik dengan Allah,” katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Remyda replied at 15-4-2019 09:10 PM
Tidak berhenti berdoa, berharap Acap kembali dengan selamat
Oleh Balqis Jazimah Zahari
Semoga yang baik2 aja.. Semoga acab ditemui dengan slamat..
Cantik wife dia. Anak pun comey. Pipi bulat |
|
|
|
|
|
|
|
minahsenget replied at 15-4-2019 07:24 PM
i tak tau nak ckp keistemewaan tu sebab i pun baru 2 kali jumpa,tapi org baik2,org warak,ilmunya t ...
Kiranya mcm jadi rujukan masyarakat juga dia ni ek. Dihormati ramai juga.
Kalau ada mana2 forumer boleh kongsi lagi, jgn segan. |
|
|
|
|
|
|
|
my ustaz ckp dia ni ilmu laduni tinggi..
dia boleh baca hati manusia..
dan dia kalo tego org mmg berkiasan abis teguran dia..
|
|
|
|
|
|
|
|
rituu, ada forumer mana tah sages soh jumpa wali Allah paksu mid k.nerang..
tak sangkaaa rupaanya abang dia betul2 turun sendiri pergi jumpa paksu mid ni..
moga2 ada berita positif lepas dr perjumpaan ni..
mana tau dgn karomah beliau, dipermudahkan urusan..amin
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan sbb kehebatan ilmu dia saja..
tp amalan2 dia pon dahsyat...
dia boleh dikatakan sepanjang tahun berpuasa kecuali atas sebab keuzuran dan hari tasyriq..
dgr kata la ni,dia pon tak berapa nak sihat dah..
semoga Allah panjangkan lagi usia paksu mid ni..
yelaa dh banyak wali2 Allah pegi...
|
|
|
|
|
|
|
|
clara_nur replied at 15-4-2019 11:28 PM
my ustaz ckp dia ni ilmu laduni tinggi..
dia boleh baca hati manusia..
dan dia kalo tego org ...
Betul... org alim mcm ni tk suka menonjol diri... lbh suka mencil diri dekatkan diri dgn allah ..dorang jg amalan dorang.zuhud. sapa yg kehendak ilmu atau nasihat dr dorang blh la pg jumpa ziarah... antara org alim yg ada... ambil karamah dr org alim berilmu kita tk tau doa dia diangkt..and semoga ashraf pulang dgn selamat ke pangkuan fmili dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Sukarelawan semua berhenti lah mencari. Kembali saja pada kehidupan normal kalian. Biarkan abangnya saja yang cari.
Menyampah pula akak membaca laporan polis itu |
|
|
|
|
|
|
|
jejaka_hensem replied at 15-4-2019 07:36 PM
Tq sis..kalau ada masa,dtg lah melawat negeri perak.ada kelly castle,gua tempurung,zoo taiping,muz ...
Kuala Gula daerah mana chor? Haritu ada jiran bagi limau bali dari sana, sedap sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Remyda replied at 15-4-2019 09:10 PM
Tidak berhenti berdoa, berharap Acap kembali dengan selamat
Oleh Balqis Jazimah Zahari
sedihnye..bab anak x boleh la..meleleh airmata bce..sian dia..mesti rindu gile da tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
nadi_sc replied at 15-4-2019 09:03 PM
pak su mid ni orang kedah . kuala nerang . kalau kakleen jumpa dia , maybe kakleen pun akan rasa d ...
Dah google ttg dia. Dihormati oleh ahli agamawan juga rupanya.. Ahli harfiyah juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Remyda replied at 15-4-2019 09:10 PM
Tidak berhenti berdoa, berharap Acap kembali dengan selamat
Oleh Balqis Jazimah Zahari
Akhirnya dia bersuara./ Moga Acap dijumpai dan kembali kpd keluarganya..
|
|
|
|
|
|
|
|
ni baru betul zuhud...bukan zuhud macam sohai
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga acap ditemui Dan pulang dgn selamat. Allah sebaik baik perancang. |
|
|
|
|
|
|
|
ada lg sorang yg ala2 zuhud jgk kan..hahahahha
|
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 15-4-2019 10:38 PM
Kiranya mcm jadi rujukan masyarakat juga dia ni ek. Dihormati ramai juga.
Kalau ada mana2 forume ...
Sy penah dgr tntg paksu ni dlm cramah ustaz abdullah khairi. Ustaz ckp dia wali Allah tp paksu kata, dia bkn sapa2, bkn ulama n bkn wali. Dia hnya org tua biasa.
Skli sy gugel jumpa link ni,
https://www.google.com/amp/s/peraktoday.com.my/2013/04/anwar-ibrahim-tak-boleh-jadi-pm-kata-pak-su-mid/amp/
Paknuar pun dtg jumpa beliau mntk doakn dia utk jd pm |
|
|
|
|
|
|
|
clara_nur replied at 15-4-2019 11:29 PM
rituu, ada forumer mana tah sages soh jumpa wali Allah paksu mid k.nerang..
tak sangkaaa rupaanya ...
Mungkin sebab dia terkenal dgn ilmu yg xde kaitan dgn pendamping bagai kot. Kalau akak pun akan cari org macam PakSu Mid ni.. Elakkan khurafat bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
clara_nur replied at 15-4-2019 11:43 PM
bukan sbb kehebatan ilmu dia saja..
tp amalan2 dia pon dahsyat...
dia boleh dikatakan sepanj ...
Akak ada baca ttg amalan puasa dia juga. Bukan sebarang org mampu. Akak nak ganti puasa 8-13 hari pun nak cari “good timing”. Huhuhu.. Betapa lemahnya akak ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|