CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farah_fanz

STACY Fan Club VII : STACY ARTIS BARU WANITA POPULAR!!!

 Close [Copy link]
Post time 10-4-2009 11:23 PM | Show all posts

Balas #1899 Slik001\ catat

sah gak nak kalahkan siti...
11 taun berturut2 siti dapat anugerah tu....
lgpun ramai fan stacy rasanya undi ct utk kategori penyanyi wanita and hanya undi stacy utk artis baru jer... mcm hijau88.....tapi aku tak....aku undi ketiga2 kategori sekaligus...









larikkk......sebelum kantoi ngan hijau88
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2009 11:31 PM | Show all posts
geram nye dari tadi dc je:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 11:36 PM | Show all posts
Originally posted by toritonz82 at 10-4-2009 23:23
sah gak nak kalahkan siti...
11 taun berturut2 siti dapat anugerah tu....
lgpun ramai fan stacy rasanya undi ct utk kategori penyanyi wanita and hanya undi stacy utk artis baru jer... mcm hi ...


kan mmg siti kekal ambi anugerah penyanyi wanita popular n kemungkinan besar merampas kembali gelaran bintang plg popular
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 11:41 PM | Show all posts
masa'lah kampeni belum selesai lagik.....nari cuti umum kena keja termasuk hari sabtu dan ahad ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 11:47 PM | Show all posts
Originally posted by toritonz82 at 10-4-2009 23:01
kat abp stacy bakal naik pentas 2 kali......


tori dpt sumber dr mana tau stacy nek pentas dua kali

satu mmg da pasti la bt persembahan
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 11:48 PM | Show all posts
ai harap stacy buat yg terbaik malam ahad nie....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2009 11:50 PM | Show all posts



cumil stacy kat sini ......terguda slik.....kan slik....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 11:58 PM | Show all posts

Balas #1905 aryzana83\ catat

tau dari santubung.....

sukarelawan tukang kira undi borang2 abp

[ Last edited by  toritonz82 at 10-4-2009 23:08 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2009 11:59 PM | Show all posts

Balas #1907 toritonz82\ catat

tak lah terguda... tak pernah prasan pon bab rupa stacy..yg aq nampak cuma bakat dia aje

[ Last edited by  Slik001 at 11-4-2009 00:01 ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 12:03 AM | Show all posts

Balas #1908 toritonz82\ catat

Wah ni soalan bocor .....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 12:14 AM | Show all posts
bintang paling popular rasanya memang agak susah stacy dapat

takper laa.... biarlah datuk ct dapat.......tapi tanak nabil
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 12:27 AM | Show all posts
malam tori..ary kena keja besok awal pagi.....terpaksa..iitewww lah hakikat yg sebenar ZZZzzzzzzzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 03:26 AM | Show all posts

Balas #1908 toritonz82\ catat

ye ke??

yang aku harapkan malam abp nnti STACY buat persembahan yg membanggakan dan lebih meletops dari ajl..

aku dgar artis2 yg akan nyanyi pada mlm tu akan diiringi oleh okestra pimpinan abg. ramli m.s

dan ada desas desus mengatakan yg disangka takkan menang akan menang...ada nama2 besar akan jatuh...pola undian dikatakan agak mengejutkan...kita tunggu dan lihat
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 03:27 AM | Show all posts
semua dah tidor...zzzzzzzz

tutup lampu...


goodnite semua..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 03:28 AM | Show all posts
MORNING...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 08:44 AM | Show all posts
Originally posted by cekman at 11-4-2009 03:28
MORNING...


Morning Cekman


wah awalnya cekman buka umah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2009 10:09 AM | Show all posts
Anita, Stacy gegarkan ABPBH2008!
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
[email protected]





Gabungan baru dan lama menghangatkan persembahan di malam kemuncak anugerah ke-22 ini

KELINCAHAN penghibur berusia 57 tahun, Anita Sarawak di pentas sentiasa memukau. Tenaga serta aura luar biasa yang dimiliki penyanyi hebat ini sentiasa menyalur kehangatan yang sukar diungkapkan dengan perkataan.

Biar bersilih ganti penyanyi datang dan pergi, Anita kekal di hati pencinta bakatnya dan berdiri selesa dalam liga yang tersendiri.



Tidak tercabar, tiada tandingan membuatkan nama yang begitu sinonim dengan lagu rancak seperti Tragedi Buah Epal dan Akhirnya Kini Pasti selain sentuhan balada antaranya Cintamu Muzik Di Hatiku dan Asmara terus mekar dalam sanubari pencinta seni.

Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 di Arena Of Stars, Genting Highlands, malam esok sekali lagi menyenaraikan nama Anita sebagai antara penghibur yang bakal menghangatkan siaran dipancarkan secara langsung menerusi TV3 itu.

Menyuntik kelainan selain meraikan kehebatan aksi dua bintang berbeza era, Anita yang membuka tirai persembahan dengan Akhirnya Kini Pasti akan ditemani Stacy yang membawakan lagu terbarunya, Gagap.






Bertarung kreativiti dan kekuatan koreografi, kedua-dua penyanyi hebat ini akan menghangatkan pentas dengan gerak tari memukau digarap istimewa untuk kemuncak ABPBH 2008.

Seperti kata Stacy, mengadakan persembahan pada kemuncak acara hiburan berprestij seperti ABPBH 2008 sememangnya menjadi impian terutama untuk penyanyi yang sedang bertapak sepertinya.

"Latihan dibuat sekitar dua minggu kerana saya mementingkan kesempurnaan setiap kali menaiki pentas. Biarpun sudah biasa membawakan lagu Gagap, latihan tetap dipergiatkan kerana saya perlu mencari kelainan untuk acara berprestij seperti ABPBH 2008," katanya.

Selaras dengan objektif penganjuran ABPBH 2008 yang mengiktiraf penggiat seni pelbagai cabang hiburan, peranan peminat yang selama ini menjadi tunggak pemacu industri juga tidak dipinggirkan.



Justeru persembahan yang dirangka memenuhi kehendak serta kepelbagaian cita rasa kelompok pencinta seni berbeza usia dan kegemaran.

Aspek utama yang ditekankan pada ABPBH 2008 adalah sajian lagu menghiburkan, mencakupi kepelbagaian genre yang membentuk acuan kepada industri hiburan.

Keistimewaan lain yang dijangka memberi warna pada malam kemuncak ABPBH 2008 ialah gabungan kumpulan rock generasi baru, Kristal bersama tiga penyanyi terkenal era 60-an, Datuk A Rahman Hassan, L Ramlie dan Jefrydin.

Gandingan mereka dijangka meledakkan lagi kehangatan ABPBH 2008 apabila bersatu membawakan medley popular seperti Ayahku Kahwin Lagi, Kenanganku dan Tak Mengapa.

"Elemen menarik ini mampu memberi warna kepada perjalanan ABPBH 2008, malah dijangka membangkitkan kejutan kerana jarang gandingan seperti ini dibawa dalam acara hiburan yang menerima liputan meluas", kata Pengerusi Pengelola ABPBH 2008 yang juga Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah.

Jamal, Siti, Faizal Tahir merancakkan suasana ABPBH2008

Membariskan nama terbaik, popular serta terkini, acara gemilang itu turut mengiktiraf kehebatan bakat muda seperti Aizat, Farah Asyikin, Faizal Tahir dan Hujan apabila diberi ruang mempamerkan kelebihan mereka di pentas ABPBH 2008.

Setiap mereka akan mempersembahkan lagu popular dan lebih istimewa, buat pertama kali Faizal memperdengarkan secara eksklusif single terbaru yang sedang hangat mendapat putaran radio, Bencinta.

Edisi terbaru ABPBH kata Hanizam, memberi penghormatan kepada pelapis industri kerana mereka ialah penerus legasi yang dicetuskan oleh penggiat seni terdahulu.

"Tiada yang lama maka tiada yang baru. Dalam gemerlapan kerdipan bintang yang diraikan, ABPBH 2008 tidak sesekali meminggirkan mereka yang berjasa serta memberi sumbangan kepada pembangunan industri.

"eranan mereka sentiasa dikenang ABPBH dan kerana itu slot persembahan dirangka untuk memberi kepuasan kepada semua," katanya.

ABPBH 2008 juga bakal menyaksikan persembahan istimewa daripada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza yang mempersembahkan lagu terbaru dipetik daripada produksi Lantera Timur, Di Taman Teman.

Satu segmen khas juga disediakan menyaksikan gandingan penyanyi seperti Jamal Abdillah, Sarah Raissuddin, Ayu (OIAM) dan Diddy yang mempersembahkan medley lagu popular sepanjang zaman.

ABPBH 2008 bakal digamatkan dengan gabungan dua pengacara kreatif, Adlin Aman Ramlie dan Sharifah Shahira yang diberi tanggungjawab berat untuk menerajui program selama dua jam setengah itu.

Ia diserikan dengan kehadiran nama seperti Rozita Che Wan, Ayu Raudhah, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Mawi & Ekin, Lisa Surihani, Farid Kamil, Fizo Omar, AG, Kieran, Zizie Ezette, Nora Danish, Que Haidar & Linda Jasmine, Maya Karin, Eizlan Yusof, Amy Mastura, Norish Karman dan Umie Aida sebagai penyampai trofi.

[ Last edited by  aryzana83 at 11-4-2009 10:11 ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 10:16 AM | Show all posts
hout
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 10:52 AM | Show all posts
wahhh...hebat hebat
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 12:53 PM | Show all posts
hrapan aku stacy buat yg termantop malam abp nanti....


tanak pisang berbuah dua kali...



and aku harap malam abp nanti....stacy artis yang mendapat tepukan PALING gemuruh and dapat STANDING OVATION dari penonton2 kat mlm anugerah tersebut......

harap2 laa.....

[ Last edited by  toritonz82 at 11-4-2009 12:10 ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.082088 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list