|
[DRAMA MELAYU]
AKASIA: JANGAN BENCI CINTAKU RUMAH 2 [ISNIN-JUMAAT, 7 PM] [SAHARUL RIDZWAN, ZAHI
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 2-8-2018 09:21 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
monitor4 replied at 2-8-2018 08:43 AM
Lps TACS pun followers Ira belum 1m. Aku suka tgk Mmg obvious Ira ni naik sbb bakat. Kita boleh na ...
Ha’ah. Followers naik setiap kali tygn drama... lagipun drama2 Ira mendonia. Rezeki Ira kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-8-2018 09:21 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
monitor4 replied at 2-8-2018 08:52 AM
Hahahahaha. Sama la weh. Jap, mana dtg abang pulak ko ni.
Haha. Dah Ira ckp brother kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-8-2018 09:23 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
jajamis replied at 2-8-2018 09:20 AM
Selagi dia rapat ngan ira aku nak panggil dia pendek
Suroh ira msk forum tgk berapa ramai tgh m ...
Masing2 sila dm Ira. |
|
|
|
|
|
|
|
jajamis replied at 2-8-2018 08:38 AM
Ira dh delete ig story dia yg sama dgn dia tu
Dia baru perasan igs mamat tu kot. Tp Dah trlambat Ira... Mak2 angkat ko kat sini dah mmbawang dr mlm td. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-8-2018 09:26 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
dealova04 replied at 2-8-2018 09:20 AM
knp la shazwi ni zue islam. kecikkk mcm budak tadika je la dgn zm. mcm ticer bahasa inggeris buat la ...
Pasal tu Ira ckp lepas ni klu bleh nak hero yg tinggi lampai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kfsyaaa replied at 2-8-2018 08:41 AM
Lelaki mcm ni kita kena ikut ckp dia , setia sentiasa di sisi dia , jgn bg dia kurang kasih sayang ...
Shah ni mcm nak Fika pun buat perangai trdesak mcm Husna kot baru dia nampak Fika syg dia. Dia Rasa mcm Fika X sungguh2 pertahankan marriage diorng. Meh.... |
|
|
|
|
|
|
|
monitor4 replied at 2-8-2018 09:24 AM
Dia baru perasan igs mamat tu kot. Tp Dah trlambat Ira... Mak2 angkat ko kat sini dah mmbawang dr ...
Sbb ira x follow dia kat ig sbb tu x perasan |
|
|
|
|
|
|
|
jajamis replied at 2-8-2018 09:20 AM
Selagi dia rapat ngan ira aku nak panggil dia pendek
Suroh ira msk forum tgk berapa ramai tgh m ...
Hahahahaha. Aku cuma mampu gelak je. Gelak sedih lol |
|
|
|
|
|
|
|
hijau88 replied at 2-8-2018 09:21 AM
Haha. Dah Ira ckp brother kan.
Oh iye la... Lambat pulak sel2 otak ku berhubung. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-8-2018 09:31 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
jajamis replied at 2-8-2018 09:27 AM
Sbb ira x follow dia kat ig sbb tu x perasan
Ha’ah kan...
Sbb igs semlm aku dah lupa statement Ira kat igs dia haritu...
Selagi belum lagi raya tahun dpn, selagi tu aku mcm mmm ntah. Ngan c pendek tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-8-2018 09:33 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
monitor4 replied at 2-8-2018 09:26 AM
Shah ni mcm nak Fika pun buat perangai trdesak mcm Husna kot baru dia nampak Fika syg dia. Dia Ras ...
Mcm tu la aku rasa. Lgpun dia tgk Fika relax je x marah2 husna...
Fika tu classy la takdenya dia nak bgaduh gaduh bagai. Baca je la statement Fika kat ig ZM. Mmg tu la yg betul. |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki xkn fikir mcm tu esp suami
sbb bagi mereka suami tiada istilah curang puiiiii sgt2
|
|
|
|
|
|
|
|
Rsanya semalam la episod paling cun, tenang dan best dlm JBC!
padan muka kau shah! |
|
|
|
|
|
|
|
pastu alasan die menimbun2 utk slhkan org lain..die je la btol..die je la org kene paham..SHAH sgt kelaku ko..
|
|
|
|
|
|
|
|
ai akan merempan seantero media sosial kalau ending fika berbaik ngan shah..
hahahahaha..
|
|
|
|
|
|
|
|
Haah la. Aku lupa Ira x follow dia. X follow sbb nak cover2 ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Zahirah Macwilson tolak watak antagonis
credit to: kosmo online.
IZWAN MOHD. ISA
02 Ogos 2018 3:00 AM
FIKA - Zahirah mengaku tidak menyangka watak Fika dalam drama Jangan Benci Cintaku mendapat perhatian.
KETIKA Zahirah Macwilson menjalani penggambaran drama bersiri Jangan Benci Cintaku, dramatis berusia 23 tahun itu tidak pernah menyangka naskhah adaptasi novel berjudul sama tersebut bakal meraih perhatian khalayak.
Menurut Zahirah atau nama penuhnya, Nur Zahirah Macwilson Zainol, baik barisan pelakon lain mahupun kru produksi, masing-masing enggan meletakkan sebarang harapan, apatah lagi keyakinan yang tinggi terhadap drama bersiri berkenaan.
“Ketika menjalani penggambaran drama ini, tidak ada seorang pun yang berani meletakkan sebarang sasaran terhadap sambutan yang bakal diterima.
“Bahkan, saya dan rakan-rakan artis lain risau jika naskhah ini tidak boleh pergi jauh,” kata Zahirah membuka bicara sewaktu ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta baharu Meeracle di ibu kota baru-baru ini.
Berpaksi pada kisah cinta tiga segi antara pasangan suami isteri iaitu Shah, lakonan Saharul Ridzwan dan Zahirah sebagai Rafeeqa Huda dengan orang ketiga, Husna lakonan Niena Baharun meninggalkan kesan luar biasa dalam jiwa penonton.
Sebagai bukti, anak kepada pelakon Zainol Macwilson itu menerima ratusan pesanan menerusi kotak mesej Instagramnya yang rata-rata meminta pendapat tentang masalah berkaitan cinta.
“Saya berbesar hati apabila menerima banyak mesej daripada peminat yang mahu berkongsi perasaan dan bertanyakan solusi untuk masalah cinta mereka.
“Biarpun tidak banyak yang boleh dinasihatkan, saya yakinkan mereka untuk terus kuat dan percaya bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya,” ujar Zahirah.
Antagonis
Selain perihal ketabahan dan kesabaran seorang wanita, konflik keluarga yang tercetus antara Shah dan Husna turut menyita khalayak untuk terus menyaksikan kesudahan drama 28 episod tersebut.
Begitupun, maklum balas penonton khususnya terhadap watak Husna tidak semurni yang diterima oleh Zahirah.
Jika dilihat pada komen yang ditinggalkan di platform media sosial, kebanyakan daripada pengikut Jangan Benci Cintaku melahirkan rasa kurang senang dengan watak tersebut.
“Saya akui ramai penonton tidak menggemari watak Husna yang dilakonkan oleh Niena. Saya selalu bertanya kepadanya, adakah dia okey dengan situasi sekarang.
“Risau juga jika kecaman melampau yang diterima Niena kerana dia sedang berbadan dua,” ujar Zahirah lagi.
Ditanya adakah dia mampu untuk membawakan watak Husna sama seperti Niena, jawab Zahirah, Niena merupakan pelakon wanita yang sangat sesuai untuk melakonkan watak sebegitu.
“Tambahan pula, saya memang tidak bersedia untuk menerima kecaman orang kerana watak antagonis yang dijayakan.
“Justeru, saya mahu memberi pujian kepada Niena kerana dapat menjelmakan watak Husna sebaik mungkin. Tidak keterluan saya katakan, Jangan Benci Cintaku bersinar kerana watak Husna,” katanya yang tidak akan membawakan watak antagonis pada masa depan.
Beralih pada perancangannya dalam bidang lakonan, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Cik Cinderella Dan Encik Tengku itu semakin komited dengan kerjayanya.
“Saya sedar, tiga tahun bergelar pelakon bukanlah satu jaminan untuk khalayak menerima saya. Banyak yang perlu dipelajari dan dicuba.
“Jadi, tidak salah rasanya jika saya memilih naskhah yang sesuai untuk dilakonkan pada masa akan datang,” katanya yang tidak akan memilih drama dengan tajuk-tajuk berunsur komedi dan tidak serius.
Fokus
Umum sedia maklum yang kisah cinta Zahirah dan bekas kekasihnya, Zul Ariffin pernah hangat diperkatakan suatu ketika dahulu.
Biarpun masing-masing enggan menyatakan secara rasmi hubungan mereka, namun dari sudut pandang peminat, hubungan rapat antara Zahirah dan Zul bertahan hanya untuk tempoh dua tahun.
Mahu memulakan fasa baharu dalam hidup, Zahirah kini optimis terhadap dirinya dan merancang untuk memberi perhatian penuh kepada kerjaya lakonan.
“Banyak yang saya belajar daripada ‘kisah percintaan’ dahulu. Mungkin saya terlalu kasihankan orang atau terlebih bersabar.
“Saya tidak mahu jadi seperti itu lagi. Saya mahu lebih kuat, tegas dan berani untuk berkata tidak,” ujarnya.
Berbicara lanjut, wanita berketinggian 173 sentimeter itu mengakui lebih selesa melalui fasa hidup solo.
“Berbanding dahulu, saya kini lebih bebas untuk melakukan apa sahaja. Saya bebas untuk menggunakan media sosial dan tidak perlu menghadap telefon bimbit setiap masa.
“Bagi saya, ini adalah masa yang terbaik untuk memberi fokus kepada kehidupan sendiri dan kerjaya. Ini juga masa yang sesuai untuk saya lebih menyayangi diri sendiri,” ujarnya dalam nada positif.
Duta
Bagaimanapun, tekadnya terhadap hidup secara solo bukanlah satu hal yang kekal. Menurut Zahirah, hatinya sentiasa terbuka jika ada lelaki yang ingin mengenali.
“Jika dia menghormati ibu bapa dan juga karier saya, itu sudah memadai. Berkenaan statusnya sebagai orang biasa atau individu dalam industri, saya tidak boleh jamin,” ujarnya sambil tertawa.
Berkenaan dengan pelantikannya sebagai duta penjagaan wajah Meeracle, Zahirah menjelaskan yang dia berasa gembira kerana dapat bekerjasama dengan pengusaha produk kecantikan tempatan.
Kongsi Zahirah, dia menerima tawaran untuk mewakili jenama berkenaan adalah disebabkan oleh kualiti yang ada pada setiap produk keluaran Meeracle.
“Sebelum ini, saya agak kurang percaya dengan kredibiliti produk kecantikan tempatan. Namun selepas diminta untuk mencuba Meeracle, saya terus jatuh cinta.
“Selama dua bulan mencuba, alhamdulillah kulit saya tidak lagi kusam. Saya suka dengan hasilnya.
“Produk yang dipasarkan oleh mereka juga berkualiti tinggi dan setaraf dengan produk jenama antarabangsa. Kulit saya juga serasi dengan produk mereka,” katanya menutup perbualan.
Selain berbicara mengenai pemilihan karakter dan naskhah berkualiti, Zahirah Macwilson turut menyentuh mengenai impak yang diterima menerusi watak Rafeeqa yang dijayakan dalam drama bersiri Jangan Benci Cintaku. |
|
|
|
|
|
|
|
episod smlm kira ok...hihihihi..pdn muka ko shah....
sweetnya lahai nasihat syazwi pada fika...fika dgn syazwi pn ok juga apa...hihihihi...
yang nenek shah tu ingat dah ok bila anak ea buat berbagai cara tuk sedarkan dia tapi bila dgr perbualan antra anak dia dgn suami...lgsg trs call husna...
yg husna tu asal aada mslh ckit je nk bunuh diri...terjun jelah husna weii..... |
|
|
|
|
|
|
|
aah Izzue berlakon ok...cma kalau dia jd hero ZM rasa xsesuai kot..sbb nampak kecik..mcm smlm skjp nampak dia lg rendah dr ZM..sama ar dgn capik tu..tp tgk capik mcm tgh nak sadokan badan dia...
SR ok ckit..sama tinggi @ tggi ckit dr ZM...badan pun sado..kira ok ar kalau jd hero ZM..tp tulah lontaran dialog dia pulak sepesen jer...mcm ximprove...
|
|
|
|
|
|
|
|
drama semlm x jelas sgt tunjuk napa nek pah neraka tu boleh berubah
tiba2 je nampak mcm lain n husna ckp xde jawab call husna lagi
kenapa eh? ke aku yg tertinggal kapal terbang?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|