CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sweetmm

RIANZ PARADISE VOL. 80 - VOTE LAGU2 BARU RIZ & NADIA

[Copy link]
Post time 5-8-2009 03:12 PM | Show all posts
jgn ada tourist yg rambut pelesunya terbang  kat gunung raya udah....
kat mana plak bling nak tempahkan rambut barunya tuh....
nak2 plak org tu tgh berhoneymoon ngan bini muda....habih....potong ...
violette Post at 5-8-2009 15:02



ada satu tahum mailah satu couple returning gst dgn satu kotak plastik pink carer!!! mati2 saya ingat dia nak bg saya subang ke sepasang tak pong cincin belah rotan kerrr.... ropa2nye

Gile pelesu patah suruh I bw gi peteri!!!!!!!!!!!!!! mcm tu pun ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2009 03:13 PM | Show all posts
xdapek nk nolong
joenjohana Post at 5-8-2009 15:01



haip!!!!! I ikut apek yg bg petua tu!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 03:15 PM | Show all posts
inesen!!!!???? ada makna tu
cmf_blingblings Post at 5-8-2009 15:10


kalau inesen, thrill nya lebih sikit kan....so wat2 ler inesen walo x berapa nak inesen.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 03:16 PM | Show all posts
sambung sikit yg semalam

Part 180
“Hakim nak tumpang mak balik, nak tgk Amir dan baby juga, nanti Hakim dtg balik” kataku sambil menyapu air mata di pipi yg mengalir tanpa henti.

“Sayang abg balik tgk anak2, kejap lagi abg dtg balik” aku membisikkan ketelinga isteriku perlahan2 serta mencium dahinya yg begitu dingin sekali.

Sepertinya tahu ttg penderitaan ibunya anak sekecil Amira yg masih merah itu menangis tanpa henti. Puas ku pujuk tapi masih juga menangis tersesak-esak spt sedang menanggung kesakitan. Aku menekan perutnya, ternyata rupanya perutnya kembung kerana terlalu banyak menangis. Aku teringatkan minyak angina yg selalu isteriku lumurkan di waktu petang, cepat2 aku mencarinya di dalam raga bayi itu. Aku lumurkan perlahan-lahan dan menitiskan bbrp titik gripe water ke dalam mulutnya. Sekejap saja keadaannya mulai tenang semula.

Susu suam dr botol kecil itu perlahan-lahan aku suapkan ke bibir nipisnya, persis bibir ibunya. Dia mula menghisap perlahan2 dan selepas itu tertidur semula. Aku segera meletakkan ke dalam tempatnya. Selepas bayi kecil itu sudah tertidur pembantu rumahku tergesa-gesa datang mendapatkan ku.

“Tuan, susu dlm botol yg puan perah sudah tinggal sikit sahaja lagi. Saya takut baby tak boleh minum susu tin” kata2nya membuatkan aku terfikir. Adakah benar isteriku akan pergi meninggalkan kami sehingga menyimpan susu badannya utk dibekalkan utk bayi yg masih kecil itu. Hatiku kian luluh dan hancur.

“Tuan jgn menangis, tuan kena kuat, tuan ada anak yg kecil2. Isteri tuan jatuh sendiri, kemalangan” kata Lily dgn perlahan. Cepat2 aku mengesat air mata dgn tapak tgnku.  

“Mana Amir?”

“Dgn Datin di bilik bawah” aku mengangguk dan turun ke bawah.

“Lily, ikut saya kejap” panggilku. Dia cepat saja mengekoriku dr belakang hingga tiba di bilik bacaan. Kami duduk bertentangan.

“Mengapa Puan tiba2 mengamuk, mengapa dia kemaskan pakaian? Ada sesiapa yg datang?” tanyaku dgn agak hairan.

“Puan selalu dpt panggilan telefon dr perempuan yg mengaku simpanan Tuan, dia kata Tuan yg bela dia di sana” aku tersentak mendgr kata2 Lily.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 03:18 PM | Show all posts
Part 181

“Tadi siang dia telefon lagi, dia kata dia sudah mengandung anak tuan, dia nak datang sini nak cari Puan, dia banyak bicara perkara2 yg kotor ttg Tuan dan dia pd Puan. Dari siang semalam Puan sudah mula menangis. Dia lama sekali kurung diri dlm bilik. Dia perah susu utk simpan dlm peti sejuk bbrp kali. Dia pesan kalau dia tak ada minta saya jaga anak2 tuan baik2” dalam sedih aku terlalu geram mendgr cerita Lily itu. Benarkah Suriani sanggup melakukan perkara seburuk itu? Kenapa dia tak dtg pdku? Mengapa Noraihan yg dicarinya? Pandainya dia berpura-pura selama ini.

Dalam kebaikan yg ditunjukkan selama ini rupanya dia mmg memasang niat yg begitu busuk utk merosakkan bukan hanya aku tp seluruh keluargaku. Mmg betul kata Shafik dia bukan perempuan sebarangan, cantik di depan tp begitu jahat sekali di dalam. Begitu mudah saja dia mendapatkan aku dan bbrp puluh ribu wangku sudah dikebasnya. Belum cukup lagi sanggup mengaku mengandungkan anakku. Kalaupun benar itu anakku dia sudah boleh meminta hak anak itu di mahkamah ketika kami bercerai, aku akan memberi hak anak yg halal itu dgn sebaik2nya. Kami bukannya berzina, itu anak yg sah dr hubungan kami suami isteri. Benarkah dr dulu dia mmg cuba memisahkan aku dan Noraihan spt yg pernah disuarakan Noraihan agak lama dulu. Memadamkan segala pesanan2 dr isteriku dan sengaja menutup h/pku ketika aku sedang bermesyuarat.  Itu belum lagi berpuluh2 panggilan dr isteriku yg disekat dgn
alasan aku tiada di pejabat atau berada dibahagian operasi.

Aku terfikir lagi, buktinya mmg jelas dr perancangan utk memerangkap aku, Zakri hanyalah umpan dan akulah mangsa yg sebenarnya. Dia mmg hanya mahukan aku, dia tak akan melepaskan aku. Pandainya dia bermain dgn air mata utk mempengaruhi aku membuat keputusan. Lily menghulurkan telefon bimbit isteriku yg sudah dimatikan dan dia segera meninggalkan aku,  ke atas semula.

Aku membuka dan meneliti segala pesanan dan rcord panggilan yg masuk dan keluar dr h/p itu. Begitu banyaknya pesanan ringkas yg berbaur ugutan,  menggunakan kata2 yg kesat serta kotor yg menggambarkan hubungan aku dan dirinya yg seakan menghina isteriku yg tdk bersalah itu. Aku membuka bbrp imeg yg dihantarkan melalui video klip yg pendek ttp cukup untuk membuatkan aku hampir tersepuk dan pengsan di situ juga. Imeg yg jelas menunjukkan tubuh kami yg sedang berasmara dgn bbrp aksi yg berbeza dgn suara yg jelas menikmati hubungan itu bagaikan menaikkan bulu romaku tiba-tiba.

Aku segera menutupnya kembali bila Lily sudah berjln ke arahku dgn sedulang air dan minuman. Patutlah isteriku hilang sabar hingga begitu sekali. Di manakah agaknya kamera itu disembunyikan? Benarkah itu perbuatan Suriani atau mmg dirancang oleh pihak tetentu untuk menjatuhkan karierku. Takkan seorg isteri sanggup merakamkan aksinya bersama suaminya sendiri dan rela pula membiarkan org lain menontonnya tanpa rasa malu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 03:19 PM | Show all posts
Part 182

Pelacur pun tak sanggup berbuat sebegitu hina. Jelas2 tubuhnya yg tanpa seurat benang itu dgn reaksi wajahnya di dalam bbrp imeg itu. Otakku berputar semakin ligat. Aku harus menghentikan segala perbuatannya walau dgn apa cara sekalipun. Dia akan ku ajar secukup-cukupnya malam itu juga.

Aku meneliti nombor2 yg tertera yg agak sama membuat panggilan dan menghantar pesanan itu, bukannya nombor telefon Suriani. Aku bergegas keluar ke kedai berhampiran dan membeli satu nombor pin pra bayar baru untuk mengesan siapakah org itu. Malam itu juga aku menalifon Shafik menceritakan apa yg telah berlaku kpd keluargaku. Dia beristighafar panjang, seakan tdk percaya dgn apa yg berlaku kpd Noraihan ttp menasihatkan aku bertindak dgn bijak dan belandaskan undang2 agar tdk mengheretku ke dalam maslah yg lebih berat.

Dgn menggunakan Lily aku menyuruhnya menalifon nombor yg ada di dalam h/p isteriku dgn nombor baru tadi, aku memasang telinga dan mendgr, tdk syak lagi itu suaranya. Agak bbrp ketika aku menalifon Suriani ke nombornya yg biasa menggunakan telefon bimbit ku sendiri. Pantas saja dia menjawab sptnya tiada apa yg berlaku.

“Hello Hakim, you di mana?” sapanya dgn ramah

“Su, ini I nak Tanya you sikit, you kat Kulim atau kat Pg?” tanyaku

“Kenapa, apa hal pulak?”

“Wife I accident, dia masih koma, dia terkejut bila tahu ttg kisah kita” kataku tanpa sedikitpun berselindung.

“Siapa pulak yg bg tahu, teruk ka wife you?”

“Dlm ICU sekarang, mungkin dah tak ada peluang lagi”

“Demi Allah I tak buat, bukan I”

“Kalau you tak buat siapa lagi yg nak buat? Kenapalah I kahwin dgn perempuan murah mcm you? Tak malunya you rakamkan cerita bilik tidur dan sebarkan pd org lain? You ni siapa sebenarnya, you nak apa?” aku mula menaikkan suaraku yg terlalu marah. Dia terdiam.

“Jgn buat bodoh, siapa yg bayar you untuk buat kerja2 ni, laknat!” aku mula memaki hamun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2009 03:22 PM | Show all posts
Part 183

“I bukan sekotor tu Hakim, jgn tuduh I, I tak tahu apa2” katanya yg seakan berdolak dalih.

“Ok, mcm tu I nak bagitau you I akan sampai ke balai polis dalam masa 3 jam, I dah ada semua bukti, I akan letakkkan you atas tuduhan cuba menggugut untuk membunuh isteri I. kalau you tak mahu masuk penjara you dtg jumpa I dlm masa tiga jam dr sekarang. I akan ke hospital nak tgk isteri I. sebelum polis cari you dan yg lain2 lebih baik you all bersiap2, dgn mak bapak you pun I nak sumbat sama, kaki subahat”  aku mengugutnya dgn berani.

“Hakim, Hakim wait” aku meletakkan telefon dan mengambil pin card tadi dank u tukarkan kembali ke pin asal hp isteriku. Aku melihat jam di dinding yg menunjukkan ke pukul lima petang, aku mengambil bbrp dokumen yg selama ini ku simpan dr isterku dan  ku bawa bersama. Aku baharu saja hendak membelok ke arah Green Lane, telefon bimbitku berbunyi. Spt sudah ku jangka dr siapa. Begitu pantas dia menalifon semula.

Aku membiarkan ia berbunyi bbrp kali, sehingga mati deringan itu, ia masih berbunyi kembali, sudah spt cacing yg kepanasan. Hinggalah aku berhenti di tepi jln barulah aku menjawabnya.  

“Hello” sapaku
“Hakim I kat Pg, wife you kat hospital mana, I nak ikut” terdgr suara Suriani.
“You tinggal di mana?” tanyaku
“Bayan Lepas”
“I tak mahu bawa you pergi hospital, nanti silap2 you kn tangkap kat hospital. I nak pergi balai sekarang. Su, are you pregnant?” tanyaku. Dia terdiam seketika dan akhirnya menjawab.
“Ya” aku beristighafar panjang.

“Mengapa singkat sgt akal you? Benda ini boleh diselesaikan baik2, takkan I tergamak nak aniaya anak dan isteri I. Itu anak yg sah, you pun isteri I yg sah. Apa gunanya you ganggu isteri I sampai dia dah nazak begini, dia belum lepas pantang lagi, you berdosa besar pd dia. Ingat Su, kalau ada apa2 yg terjadi pd Noraihan yg takkan lepaskan you, you will suffer the whole of your life, I sumpah dgn nama Allah. Tergamaknya you aniaya kami sekeluarga. Mana Suriani isteri I yg dulu? You siapa sebenarnya? You dgn Zakri berpakat nak ugut I, nak ugut isteri I sbb nak tuntut harta I? You bagi tahu Zakri I’m on the way to Balai Polis at your area. Call I sebelum I hantar polis gari you berdua ke sini. I boleh bayar berapapun yg u all minta” aku mengumpannya dan menutup telefon itu.

Sampai saja ke balai polis Bayan Baru aku segera bertemu dgn pegawai penyiasat dan menceritakan perkara yg sebenar, menunjukkan pesanan ringkas yg berbaur hasutan dan ugutan untuk menyebarkan aksi yg panas itu kpd bbrp pihak termasuk ke pengurusan kilang tempat aku bekerja. Segala bukti yg ada ku serahkan tanpa menunjukkan imej yg memalukan itu. Salinan surat nikah dan cerai semuanya ku serahkan. Aku tak peduli lagi, kalau dia mengaku saja aku lebih rela dia merengkok saja di dalam penjara itu,  biar padan mukanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 03:24 PM | Show all posts
Part 184

“Tentunya dia tinggal di kawasan ini, apa kata tuan serbu saja bila dia dah setuju nak jumpa saya, saya dah kata akan bayar dia tadi” cadangku kpd seorg pegawai berpangkat inspektor yg meneliti report yg ku buat tadi.

“En yakin bekas isteri En terlibat?
“Tentu sekali, hanya dia yg tinggal dgn saya selama ini di rumah itu” jwbku dgn penuh yakin.

“Manalah tahu ada org yg nak menjatuhkan Encik, biasalah zaman2 sekarang, musuh di tempat kerja pun ramai. Kedudukan En bukan calang2 di syarikat gergasi tu” pegawai itu cuba mencari motif lain yg mungkin bersangkutan dgn lapuran itu. Aku terdiam seketika dan menggelengkan kepala.

“Saya tak tahu ttg itu, nanti bila jumpa dia Encik tekan dan tanya dia betul2, biar dia mengaku. Saya perlu ke hospital isteri saya masih berada dlm  kritikal” aku segera memberitahu mrk.

Belum meninggalkan balai itu telefon ku berbunyi lagi. Aku tersenyum dan berpaling memberi isyarat kpd pegawai2 itu. Perlahan aku menekan butang speaker itu.

“Hakim, ini I, boleh kita jumpa sekejap. I yg bersalah, I yg buat. I minta ampun, I nak balik pd you, I nak Noraihan tinggalkan you. I sayang pd you, tolonglah I tak bermaksud nak cederakan Noraihan, I cuma nak takutkan dia dan nak buat dia benci dan tinggalkan you. Itu saja” suara Suriani sudah tergagap2 menceritakan perkara yg sebenar.

“You ada di mana, I dtg jumpa you sekarang, you jgn nak belit2kan cerita. You ceritakan segala-galanya, yg sebenarnya. Kalau you cuba menipu lagi siap you” alamat itu aku catitkan dan menyerahkan kpd pegawai2 yg bertugas di situ.

“Ini alat rakaman, you pakai saja En Hakim, takut2 ada org lain di situ nanti akan merbahaya pd you, kami akan masuk bila-bila masa saja” kata salah seorang pegawai yg meletakkan microphone kecil ke dalam poket bajuku.

Sampai saja di rumah itu kelihatan Suriani yg sudah menunggu dgn resahnya. Melihat saja aku di depan pintu pantas saja dia bangun ke arahku yg sudah hilang sabar dgn perangai buruknya.

“Hakim, I tak ada niatpun sampai nak membunuh, I cuma nak dia tahu yg I pernah jd madu dia, I tak boleh hidup sendiri, I perlukan you. You tinggalkan I begitu saja tanpa kabar berita, I takut tinggal di Kulim jd I ikut Zakri, tumpang rumah dia. I rakam semua itu sebagai kenangan I bersama lelaki yg paling I kasihi. I tahu you akan ceraikan I juga. I tak boleh terima semua ini, I nak balik pd you” cerita Suriani tanpa sempat aku bertanyapun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2009 03:27 PM | Show all posts
Part 185

“You rakam bukan untuk kenangan tp sebab you nak guna utk ugut I, isteri I. Mmg I buta selama ni, perempuan jenis apa you ni, tak tahu malu. Menjatuhkan  maruah sendiri, you ingat I senang2 nak kutip you lagi. Dulu you boleh kenakan I, kali ni I tak akan bagi you peluang lagi. Mana Zakri?” tanyaku

Dia mendiamkan diri, aku menolaknya ke tepi dan masuk kedalam apartment itu yg agak berselerak. Bila aku menolak pintu bilik depan itu sudah kelihatan sebuah komputer dan dua talifon bimbit sebelah menyebelah. Aku menalifon nombor yg ada di talifon isteriku dan ianya mula berbunyi dr salah satu telefon bimbit itu. Aku meneliti segala maklumat yg terdapat di dalamnya dan mmg semua image itu di hantar dr situ. Bahkan di dalam computer itu juga ada bbrp klip video yg agak panjang tempohnya. Aku segera memadamkan segala-galanya sebelum polis tiba. Aku tak mahu bukti itu tersebar kpd mrk yg tdk bertanggung jawab.

Katil di dalam bilik itu juga seperti bersepah-sepah dgn bantal dan selimut yg berlonggok. Pakaian dalamnya dan bbrp pakaian lelaki berselerak di lantai. Aku berpaling melihat Suriani.

“Dah berapa lama you tidur dgn jantan lain? Kalau you mengandung anak I bermakna you masih dlm edah sampailah anak itu lahir. You ni pakai tudung tp hukum hakam tak tahu. Ini you dgn Zakri dah berapa lama tinggal sekali? Bila lagi you start tidur dgn dia?” tanyaku dgn begitu geram bila dia hanya membatu memandang lantai.

“Hakim, dia tak akan puas dgn seorg lelaki saja, siang dia dgn I malam dgn you, laki dia. Dia macam mana nak beranak lagi, dah berapa kali dia buang anak. Bukan saja anak dgn I, tp dgn lelaki2 sebelum I, dgn pensyarah dia dulu pun ada. Cuma you saja yg bodoh sanggup nikah dgn jalang ni” suara Zakri bergema dari arah pintu bilik itu.

“Mengapa you tak nikah saja dgn dia, dulu you yg nak nikah sgt dgn dia?” tanyaku

“Siapa yg bodoh nak nikah dgn dia sekarang ni, dgn laki dia sendiripun dia boleh curi2 makan kat luar. Esok kalau I kawin dgn dia dia akan buat benda yg sama. Dia ni hanya layak jd simpanan saja” Zakri terus terusan memburukkan Suriani yg masih bersandar di dinding.

“Su, I tak sangka, I ingat you ikhlas, betul you tidur dgn org lain selain I?” tanyaku menekannya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 03:27 PM | Show all posts
Ok lah...itu saja yg sempat untuk bacaan anda petang2 ni....
jahat kan Su ni!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 03:28 PM | Show all posts
salam salam...eddie dah menjerit!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 03:29 PM | Show all posts
mlm ni tak masuk lah....ada hal nampaknya!!!  adeh
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 03:52 PM | Show all posts
mlm ni tak masuk lah....ada hal nampaknya!!!  adeh
cmf_blingblings Post at 5-8-2009 15:29


akak faham wat kali keduanya arinih.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 04:09 PM | Show all posts
Part 185

“You rakam bukan untuk kenangan tp sebab you nak guna utk ugut I, isteri I. Mmg I buta selama ni, perempuan jenis apa you ni, tak tahu malu. Menjatuhkan  maruah sendiri, you ingat I senan ...
cmf_blingblings Post at 5-8-2009 15:27
nama je hakim tapi lembap..

eh!! sori tuan punya novel..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 04:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 04:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2009 04:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 05:03 PM | Show all posts
kalau inesen, thrill nya lebih sikit kan....so wat2 ler inesen walo x berapa nak inesen.....
violette Post at 5-8-2009 15:15




sambey jeling2 kat yun
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 05:07 PM | Show all posts
Ok lah...itu saja yg sempat untuk bacaan anda petang2 ni....
jahat kan Su ni!!!
cmf_blingblings Post at 5-8-2009 15:27



jahat piangg:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 05:59 PM | Show all posts
jahat piangg:kant:
joenjohana Post at 5-8-2009 17:07
jahat piang pun ada ek..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.072160 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list