CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: opahcikcur

ISTANA GAFIM XVIII - Akim calon Artis Baru Lelaki & Penyanyi Lelaki Popular

 Close [Copy link]
Post time 3-2-2010 12:46 AM | Show all posts
camnew rupe gig*lo ek?
SaVilara Post at 3-2-2010 00:39


          


      seaRch wuper gig*Lo  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2010 12:53 AM | Show all posts
          


    h ...
myssfara Post at 3-2-2010 00:46
HohoGigihlah anda mencari
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 12:58 AM | Show all posts
Ok la akak2 semua nak gi main game princess maker jap nak concentrate bg dpt ending yg besh2 hoho. Nnnt dah puas in lek
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 01:00 AM | Show all posts
  siaNg broKer saHam..mLam nyaNyik...
myssfara Post at 3-2-2010 00:17


hai my laling myss fara

broker saham waktu siang ek.......sesuai laa dgn saham akim sendiri yg mmg tgh naik
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 01:07 AM | Show all posts
lagi khas utk mummy......



Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 01:33 AM | Show all posts
lagi khas utk mummy......



http://photos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs124.snc3/1716 ...
Along_XX Post at 3-2-2010 01:07


wahhh!!!thanx along sbb sudi terbangkan 'clark kent' ke sini.....luv u dear......muahhhhh!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2010 02:31 AM | Show all posts
Slm semua I'm back Ade org lg x ni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 02:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by Killa92 at 3-2-2010 02:37

ohohohoho cube tgk same ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2010 03:21 AM | Show all posts
.................... X lama lg pintu Istana akan ditutup XD
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 03:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by Killa92 at 3-2-2010 03:36

Bintang senior tetap mencabar

KEMAMPUAN Aizat untuk memenangi trofi Persembahan Terbaik, manakala lagu nyanyiannya, Pergi, sebagai Juara Lagu pada AJL yang lalu pastinya memberikan kelebihan untuk anak muda kelahiran program Akademi Fantasia (AF) ini untuk meraih undi lebih pada undian pusingan kedua ini. Akim pula yang muncul pemenang ketiga AF7 mampu membuatkan ramai peminat perempuan ketar lutut menerusi lagu Bengang serta penampilannya dalam siri Kau Dan Aku, membuktikan namanya tidak akan lenyap dalam masa yang singkat.Pada ketika laluan kelihatan cerah untuk artis muda, yang dianggap pelapis dunia seni negara, usah lupa kekuatan yang masih utuh dimiliki beberapa bintang senior seperti Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Afdlin Shauki, Maya Karin, AC Mizal, Aznil Nawawi, Linda Onn, Saiful Apek. Fara Fauzana dan Faizal Ismail. Mereka mengesahkan, menerusi kerja keras serta produk yang boleh diterima orang ramai, nama mereka tetap relevan.Dengan peluang kali ini dilihat sama rata, sesiapa saja mampu muncul pemenang, tidak kira baru atau lama. Ketika ini, tiada artis yang boleh mendabik dada, dialah paling popular.

Bercerita mengenai artis lama, pengundi tidak lupa memberikan peluang kepada mereka untuk sama-sama memeriahkan acara. Pelakon Didie Alias contohnya, mencuri perhatian peminat dengan kemampuan untuk turut disenaraikan sama dalam kategori Artis Komedi Wanita. Saingannya pula termasuk pemenang edisi lalu, Noorkhiriah, yang kali ini disenaraikan juga dalam kategori Pelakon TV Wanita.

Maknanya, jika produk membabitkan seseorang artis itu menyerlah, lama atau baru dirinya, dia masih mempunyai ruang untuk terus mencipta nama. Din Beramboi yang bergandingan pada sesi pagi di Era bersama Aznil turut membuktikannya. Peminat nyata bijak membuat percaturan mereka.

Pengundi tidak mudah diperdaya. Mereka tetap memilih bintang popular yang berupaya tampil bersama produk yang mengukuhkan lagi nama mereka. Jika sesebuah filem, lagu, rancangan televisyen atau radio seseorang bintang itu hangat diperkatakan, maka peminat dengan sendiri akan memberikannya peluang untuk mendaki puncak lebih tinggi dalam karier.





Copyright 2009/2010 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 03:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by Killa92 at 3-2-2010 03:45

Kami mahu buktikan

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
PERJALANAN yang baru bermula pernah terganggu kerana asakan kontroversi. Bukan permintaan mereka, sebaliknya semua itu terjadi tanpa pernah terdetik niat di hati untuk melukakan sesiapa. Lantaran masih hijau dalam menangani kekalutan, keikhlasan mereka pernah disalahertikan. Menyesali juga tidak akan membawa ke mana-mana.

Justeru, mereka cuba bangun daripada kesilapan lalu dan memperbetulkan kekhilafan diri untuk pantas memahami tuntutan industri hiburan.

Hafiz atau nama lengkapnya, Mohd Hafiz Mohd Suip, 19, tidak menolak permulaan karier nyanyiannya dipenuhi pancaroba. Laluan yang disusun selesa anak kelahiran Kuching, Sarawak itu selepas menjulang trofi juara Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh perlahan-lahan diuji.

Pada masa sama dua teman seangkatannya ketika di AF7, Khairil Azam Pilus atau Aril dan Afiq Akim Ahmad atau Akim lebih menonjol serta diberi perhatian berbanding dirinya. Hafiz tidak melatah dengan semua itu. Sebaliknya dia melihat persepsi peminat itu sebagai cabaran.

“Setiap kami mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Tidak timbul soal siapa melebihi siapa kerana setiap kita sudah tertulis rezekinya. Cuma Hafiz tanamkan dalam diri untuk terus bekerja keras dan memperbaiki kelemahan diri supaya dapat bertahan lama dalam industri hiburan,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Masih Jelas yang turut membawanya mara ke final Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24) bersyukur kerana kehadirannya masih meraih sokongan padu peminat. Buktinya pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, nama Hafiz tersenarai dalam Top 5 Artis Baru Lelaki Popular. Kategori itu menyaksikan Hafiz disaingi dua teman baiknya iaitu Akim dan Aril selain juara Mentor musim ketiga, Black dan pelakon baru, Gambit Saifullah.

“Meraih pencalonan sudah memadai untuk membuat Hafiz rasa bersyukur. Bukan mudah untuk membolosi Top 5, apatah lagi permulaan perjalanan karier Hafiz juga diuji dengan beberapa kontroversi. Alhamdulillah, Hafiz masih diberi sokongan dan dipercayai peminat. Ia sekali gus memberi kekuatan kepada Hafiz untuk meneruskan usaha dan pada masa sama, menghargai segala teguran dan kritikan,” katanya.

Dilihat sebagai pelajar AF7 paling menyerlah, Akim yang memenangi tempat ketiga pada pertandingan itu semakin selesa menempatkan dirinya dalam senarai popular. Populariti lagu Bengang dibantu kemunculannya dalam drama bersiri, Kau & Aku memacu nama Akim untuk menerima dua nominasi pada ABPBH 2009.

Pencalonan yang barangkali memberi sedikit keselesaan kepada Akim untuk membawa pulang trofi kemenangan berdasarkan popularitinya yang sedang menjulang. Bagaimanapun, jejaka kelahiran Johor Bahru yang dicalonkan dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular enggan meletak harapan terlalu tinggi.

“Semua teguran dan kritikan yang membina diterima Akim dengan hati terbuka. Teguran itu bermakna mereka menyayangi bakat Akim dan tidak mahu Akim terus leka serta mengambil ringan segala yang berlaku,” katanya akur kealpaan dirinya membuatkan ramai memandang serong malah ada menyifatkan dia sudah besar kepala serta terlalu yakin.

“Akim berharap akan terus diberikan ruang untuk memperbaiki kelemahan serta jurang komunikasi supaya tidak lagi timbul salah faham yang akhirnya memakan diri sendiri,” katanya yang kini berusia 19 tahun.
Copyright 2009/2010 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved.

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 03:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by Killa92 at 3-2-2010 03:51

Rezeki 39 pembaca BH

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff


Menangi pelbagai hadiah lumayan termasuk motosikal Naza GTR 170X, pakej percutian ke Bali, telefon bimbit dan komputer riba

ANUGERAH Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) bukan hanya mengiktiraf golongan selebriti seperti penyanyi, pelakon, penyampai radio dan pengacara televisyen, sebaliknya, saban tahun anugerah yang ditunggu-tunggu ramai ini tidak pernah melupakan kalangan peminat dan pembaca Berita Harian yang setia memberikan sokongan.

Memasuki 23 tahun, ABPBH terus mendapat sokongan padu mereka, yang bukan hanya ingin melihat selebriti pilihan masing-masing mendapat tempat pada peringkat akhir seterusnya menjulang trofi, malah undian yang dihantar menandakan betapa peminat mahu melihat anugerah ini terus bertahan sebagai acara paling gemilang dalam industri hiburan tempatan.

Setiap kali tibanya musim ABPBH, setiap kali itu jugalah peminat menunjukkan kesungguhan mereka apabila menghantar borang undian untuk melihat artis atau personaliti kesayangan memboloskan diri pada peringkat seterusnya.

Bukan usaha yang sedikit kerana bagi edisi ABPBH 09 ini, mereka sebenarnya perlu mengumpulkan sebanyak tujuh borang berturut-turut sebelum menghantarnya sebagai satu penyertaan.

Menurut Pengerusi Pengelola ABPBH 2009, Hanizam Abdullah, menyedari sumbangan peminat terhadap kejayaan anugerah berkenaan serta sokongan berterusan yang diterima, maka penganjur dengan berbesar hati menyediakan pelbagai ganjaran menarik untuk mereka yang mengambil bahagian dalam undian.

"ABPBH ialah anugerah yang memberikan hak kepada peminat untuk memilih siapa yang layak digelar penyanyi, pelakon, pengacara, penyampai radio mahupun artis komedi popular. Tradisi ini sudah diperkenalkan sejak lebih dua dekad lamanya oleh Berita Harian. Lalu, tidak salah kita menghargai pula kalangan pengundi ini yang saban tahun setia bersama kita," kata Hanizam.

Beliau yang juga Pengarang Hiburan Berita Harian berkata demikian ketika ditemui pada sesi memilih pemenang pembaca pusingan pertama undian ABPBH 09 di Balai Berita, baru-baru ini.

Terbabit sama dalam sesi pemilihan pemenang itu ialah Timbalan Pengerusi Pengelola ABPBH 09 yang juga Pengarang B*Pop, Akmal Abdullah; Penolong Pengarang Hiburan BH merangkap Pengerusi Pencalonan, Zainuri Misfar dan Pengurus Kanan Penajaan dan Acara The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Wan Rafilin Wan Mohd Noor.

Bagi edisi ke-23 ini, ABPBH menyediakan banyak hadiah hebat untuk dimenangi pembaca serta peminat yang menyertai undian pusingan pertama.

Hadiah terbabit termasuk dua motosikal Naza GTR 170X bernilai RM16,400 tajaan Naza Bikes Sdn Bhd, percutian ke Bali selama empat hari tiga malam (RM2,600) tajaan POTO Travel & Tours, lima pakej rawatan muka (RM1,000) dan lima pakej rawatan pelangsingan badan (RM1,000) tajaan Slimming Sanctuary, sepuluh telefon bimbit, tiga komputer riba, tiga iPod dan sepuluh pemain MP4.

Hanizam turut berpesan kepada peminat untuk tidak berlengah dalam proses menghantar borang undian bagi peringkat kedua yang kini disiarkan menerusi BH dan Berita Minggu sehingga 19 Mac.

"Harapan kami semoga peminat akan menghantar undian lebih awal kerana dengan cara itu, mereka boleh mengelakkan daripada tercicir apabila proses pengiraan diadakan. Jangan tunggu untuk menghantarnya sehingga hampir ke tarikh tutup penyertaan kerana borang yang lambat sampai mungkin tidak akan sempat dikira," katanya.

Apabila borang mereka tidak sempat dikira, katanya, dengan sendirinya seseorang peminat terlepas memenangi pelbagai lagi hadiah menarik yang ditawarkan untuk pusingan kedua," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 03:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by Killa92 at 3-2-2010 03:56

Hrp Maklum eaa 2 thread atas tu(Bintang Senior ttp Mencabar & Kami Mahu Buktikan) ade Kaitan ngan Soltan sbb tu Killa post. Yg bwh tu utk semua yg nak mengundi utk ABPH siapa cpt dia dpt huhu
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 03:59 AM | Show all posts
Ni last one before pintu Istana ditutup harini:

Apa reaksi artis


Akim - Artis Baru Lelaki Popular & Penyanyi Lelaki Popular
"Mendapat dua pencalonan, Akim anggap itu satu rezeki buat. Apapun Akim ingin mengucapkan terima kasih pada peminat yang terus menyokong Akim walaupun perjalanan karier Akim terganggu dengan kontroversi. Namun Akim anggap itu semua sebagai satu teguran dan kritikan yang membina buat diri ini.

"Andai ditanya siapakah yang bakal menang, Akim boleh katakan yang Faizal Tahir memang kuat untuk kategori penyanyi lelaki popular. Tercalon sebagai finalis saja sudah memadai bagi Akim."
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 05:36 AM | Show all posts
Thanx Kila...for all the informations about our Soltan!
Hopefully he can win one of the nominations...Always pray 4 his success!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 05:48 AM | Show all posts
warga istana...

penat menunggu bideo nih selesai haplod, tertido laks pas tgk ulangan Dyesebel...

saksikanlah Soltan bergelek kentang, ayuh~!! :pompom:

AKIM - Cari Jodoh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2010 07:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by Killa92 at 3-2-2010 03:45

Kami mahu buktikan

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
PERJALANAN yang baru bermula pernah terganggu kerana asakan kontroversi. Bukan permintaan mereka, sebal ...
Killa92 Post at 3-2-2010 03:44


Akim pula yang munculpemenang ketiga AF7 mampu membuatkan ramai peminat perempuan ketarlutut menerusi lagu Bengang serta penampilannya dalam siri Kau Dan Aku,membuktikan namanya tidak akan lenyap dalam masa yang singkat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 07:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by man1994 at 3-2-2010 07:56

artikel ni panjang sgt,nak baca klik kat sini k


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 08:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by Killa92 at 3-2-2010 02:37

ohohohoho cube tgk same ke?


Killa92 Post at 3-2-2010 02:36


amboi gigih killa gugel pic clark kent



pd mummy yg sama sbb pakai spek jer,yg lain.........lu pikirlaa sendiri

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 08:06 AM | Show all posts
warga istana...

penat menunggu bideo nih selesai haplod, tertido laks pas tgk ulangan Dyesebel...

saksikanlah Soltan bergelek kentang, ayuh~!! :pompom:

AKIM - C ...
SaVilara Post at 3-2-2010 05:48


thanx my laling KD lara:pompom:

bideo lagu hello ada tak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.063523 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list