CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V174'

[Copy link]
 Author| Post time 14-1-2023 02:40 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 14-1-2023 02:38 PM
anak bongsu bwk balik ikan talapia 7-8 ekor

boleh lah zura goreng buat lauk nanti

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2023 02:40 PM | Show all posts
bertukar lagi page
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2023 02:41 PM | Show all posts
guruh berbunyi lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2023 02:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2023 02:41 PM | Show all posts
3 page lagi


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2023 02:42 PM | Show all posts

Tidak bertanggungjawab guna isu kaum, agama tarik sokongan – Tuanku Muhriz



TUANKU Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir ketika bertitah dalam Istiadat Pengurnian Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Ke-75 baginda di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah hari ini.-GAMBAR/JABATAN PENERANGAN.

    Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
    14 Januari 2023, 1:33 pm

KUALA PILAH: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang menggunakan isu perkauman dan agama untuk mendapat perhatian dan sokongan masyarakat sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Tegas baginda, perbuatan tersebut harus dihentikan serta-merta malah jelas bertentangan dengan ajaran agama Islam.

“Kepelbagaian kaum, adat resam dan latar belakang agama yang ada di Malaysia bukanlah satu halangan kepada pembentukan masyarakat yang  harmoni dan bersatu-padu.  

“Namun, sejak akhir-akhir ini, terdapat sesetengah pihak yang menggunakan isu perkauman dan agama untuk mendapat perhatian dan menarik sokongan masyarakat. Ini adalah merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan harus dihentikan serta-merta malah perbuatan ini juga jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

“Rakyat negeri ini seharusnya teguh bersatu sebagai bangsa Malaysia yang mempunyai semangat kebersamaan dengan mengukuhkan nilai kesepakatan, perpaduan dan memelihara keharmonian yang berkekalan,” titah baginda.

Tuanku Muhriz bertitah demikian pada Istiadat Pengurnian Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Ke-75 baginda di Istana Besar Seri Menanti di sini, hari ini.

Turut berangkat, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Baginda dalam pada itu turut mengingatkan pemimpin yang telah diberikan mandat untuk berkhidmat supaya meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri masing-masing.

Menurut Tuanku Muhriz lagi, demokrasi yang diamalkan di Malaysia telah memberi peluang kepada setiap rakyat berumur 18 tahun ke atas untuk memilih pemimpin yang akan menerajui pemerintahan negara. 

“Pemimpin yang telah diberikan mandat, perlu mempunyai keikhlasan yang tinggi untuk berkhidmat demi kepentingan rakyat dan meletakkan kepentingan negara jauh melebihi  kepentingan sendiri. 

“Konflik dan budaya politik sempit yang berterusan hanya memperlihatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak stabil dan fragile (rapuh).

“Walaupun dalam kalangan kita wujud perbezaan agenda dan ideologi, namun beta yakin tentu ada persamaan terutamanya dalam  agenda pembangunan dan kebajikan rakyat untuk membentuk negara yang lebih makmur,” titah baginda.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam sembah ucapan tahniah dan taat setia Hari Keputeraan Ke-75 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berkata, kerajaan Negeri Sembilan hari ini bertambah kukuh dengan perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 yang lalu. 

“Wadah politik melalui pembentukan kerajaan perpaduan atas titah perkenan dan wewenang Seri Paduka Yang  di-Pertuan Agong dan dukungan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu telah mengakibatkan gencatan politik beberapa parti utama di Malaysia.

“Tempiasnya salju politik turut dirasai di Negeri Sembilan untuk kita menghirup udara politik yang lebih segar di bumi Adat Perpatih ini.

“Kerajaan pimpinan patik sentiasa bersedia meneliti perancangan pembangunan dan konsensus pemimpin di Negeri Sembilan bagi memenuhi harapan dan inspirasi rakyat jelata,” kata Aminuddin lagi.

Sementara itu, seramai 540 orang menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-75, Tuanku Muhriz dengan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab. Malik dan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Datuk Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir mengetuai senarai penerima.

Kedua-dua mereka dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SNSS) yang membawa gelaran Datuk Seri.-UTUSAN.
https://www.utusan.com.my/berita ... ngan-tuanku-muhriz/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-1-2023 02:43 PM | Show all posts
jadi lah guna agama, kaum untuk menarik undi orang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2023 02:43 PM | Show all posts
jangan kita berpecah belah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2023 02:48 PM | Show all posts


ANGGOTA bomba sedang menjalankan operasi mencari menyelamat remaja yang dikhuatiri lemas di Tasik Cermin. FOTO ihsan Bomba

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2023 02:49 PM | Show all posts
berhati hati semua bila anak2 bermain di tasik tasik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2023 02:49 PM | Show all posts
sama ada untuk mandi atau pun memancing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2023 02:50 PM | Show all posts
Dua rentung, kereta terbakar selepas bertembung lori


KEMALANGAN maut di Kampung Datuk Sharif Ahmad hari ini. FOTO ihsan bomba

Temerloh: Dua rentung selepas kereta dinaiki terbakar dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kampung Datuk Sharif Ahmad, Jalan Temerloh, Kuala Krau, hari ini.

Dalam kejadian 10.48 pagi itu, kereta dan lori itu masing-masing terbakar.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, terdapat dua mangsa tersepit dalam kereta itu.

"Kereta itu terbakar 100 peratus manakala lori mengalami kemusnahan 80 peratus.

"Seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krau dan Temerloh dengan tiga jentera memadam kebakaran itu," katanya.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 11.46 pagi dan operasi mengeluarkan mangsa dijalankan.

Katanya, mangsa yang tersepit ditemukan rentung dan mayat diserahkan kepada polis.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... pas-bertembung-lori

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2023 02:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2023 02:51 PM | Show all posts

nk tolak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2023 02:52 PM | Show all posts
mattzzx replied at 14-1-2023 02:40 PM
boleh lah zura goreng buat lauk nanti

goreng sikit je kot. nti takde org makan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2023 02:53 PM | Show all posts
Terjerat helah pinjam RM16,000, kena bayar RM50,000


Dua mangsa berkongsi pengalaman buruk pinjam daripada syarikat Kredit Komuniti.

KUALA LUMPUR: Pinjam hanya RM16,000, tetapi perlu bayar RM50,000. Itu nasib seorang bapa dua anak apabila membuat pinjaman dengan seorang lelaki mendakwa ejen sebuah syarikat Kredit Komuniti beribu pejabat di Shah Alam, Selangor pada 2020.

Dia mengalami masalah kewangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan COVID-19 ketika itu.

Kata pekerja syarikat swasta yang hanya mahu dikenali dengan nama Amy, 33, ejen berkenaan menunjukkan bukti syarikat Kredit Komuniti diwakilinya berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang kini dikenali Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).




"Saya diberitahu mengenai syarikat Kredit Komuniti itu oleh rakan lalu memulakan urusan sebelum ejen terbabit membawa dokumen perjanjian pinjaman bertarikh 31 Januari 2020 yang ditandatangani saya di dalam keretanya, tapi salinan perjanjian tidak diberikan kepada saya.

"Saya meminjam RM14,000, tiada tempoh bayaran balik ditetapkan. Potongan pertama dibuat pada 20 Februari 2020. Bayaran balik bulanan keseluruhannya RM900, tetapi bayar pinjaman pokok hanya RM200, bakinya bayaran 'bunga' atau faedah saja.

"Mereka memegang kad ATM bagi akaun bayaran gaji saya untuk ambil RM900 itu. Saya diminta buka akaun bank baharu untuk dimasukkan duit baki gaji selepas potongan bayaran balik pinjaman dibuat," katanya yang berpendapatan kasar bulanan kira-kira RM2,000.

Amy yang berasal dari Alor Setar, Kedah, berkata kegembiraan memperoleh wang dalam tempoh hanya sejam selepas perjanjian ditandatangani, berubah menjadi mimpi negeri apabila gaji bulanan yang diperoleh tidak pernah cukup untuk menampung kehidupannya bersama isteri dan dua anak mereka.

Syarikat kredit kawal kewangan, pegang kad ATM peminjam

Berikutan itu, katanya, dia membuat pinjaman susulan RM2,000 kerana baki gaji selepas membayar balik pinjaman awal tidak mencukupi untuk menampung komitmen kewangan lain, namun tidak menyangka menjadi mangsa manipulasi.

"Dalam tempoh bayaran balik pinjaman, seluruh kewangan saya dikawal pihak syarikat Kredit Komuniti terbabit. Sejak bayaran balik pinjaman kali pertama pada Februari 2020, saya sudah bayar kira-kira RM19,000, namun diberitahu masih berhutang," katanya.

Tidak tahan dengan bebanan kewangan ditanggung, Amy berkata, dia memutuskan menyekat penggunaan kad ATM miliknya yang dipegang syarikat terbabit pada bulan lalu dan meminta bantuan pihak ketiga mewakilinya berunding semula dengan syarikat Kredit Komuniti berkenaan.

Namun, katanya, tindakan itu menyebabkan dia menerima ugutan daripada ejen syarikat terbabit, malah gambarnya bersama isteri juga disebarkan berserta kenyataan memburuk-burukkan mereka dengan dakwaan cuba lari daripada membayar hutang.

"Selepas penggunaan kad ATM itu disekat, saya diminta oleh ejen syarikat itu melalui WhatsApp untuk buat bayaran bulanan RM1,300 pula selama dua tahun jika ingin menyelesaikan semua baki pinjaman.

"Jika dikira semuanya, saya perlu bayar keseluruhan RM50,200 untuk pinjaman RM14,000 dan tambahan RM2,000 dalam tempoh lima tahun sejak 2020," katanya mengakui betul-betul serik untuk membuat pinjaman menggunakan kaedah berkenaan.

Seorang lagi peminjam yang hanya mahu dikenali sebagai Azhari, 58, pula mendakwa ditawarkan pinjaman dengan faedah lebih rendah, iaitu tiga peratus sebulan oleh ejen sebuah syarikat Kredit Komuniti, namun selepas diluluskan, kadar faedah menjadi jauh lebih tinggi.

Katanya, dia terpaksa membayar lebih dua kali ganda daripada jumlah asal pinjaman dengan kadar faedah kira-kira tujuh peratus sebulan.

"Saya pinjam kira-kira enam bulan lalu, RM37,000 untuk bayar hutang terdahulu. Setakat bulan lalu, saya sudah bayar lebih RM12,000 secara ansuran, tapi terkejut apabila diberitahu oleh ejen syarikat itu bahawa pinjaman masih berbaki RM50,000," katanya.

Azhari yang turut tidak menerima salinan dokumen perjanjian pinjaman dibuatnya, mendakwa selepas tidak tahan dengan bayaran bulanan yang tinggi itu, dia nekad berhenti membuat pembayaran, namun ejen syarikat terbabit datang ke rumah untuk menuntut hutang.

"Mereka pegang kad ATM saya dan ambil RM2,200 sebulan. Bila saya sekat kad ATM, wakil syarikat itu datang ke rumah," katanya yang berasal dari Shah Alam dan memperoleh gaji bulanan tidak sampai RM3,000.
https://www.bharian.com.my/berit ... -kena-bayar-rm50000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2023 02:53 PM | Show all posts
berhati hati semua dengan along2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2023 02:54 PM | Show all posts
peminjam yang jadi mangsa kerakusan along2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2023 02:54 PM | Show all posts

tolak laju lagi zura

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2023 02:55 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 14-1-2023 02:52 PM
goreng sikit je kot. nti takde org makan.

lain kali pun masih boleh buat lauk lagi
goreng skit2 pun tak apa


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.373176 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list