CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nemobarracuda

✿ KPH - VILLA 96TH ~ BANZAIIIIII ABPBH JOM ✿

 Close [Copy link]
Post time 31-1-2012 06:00 PM | Show all posts
kan long...hahahaha..motip bru reply
along..tak blek lg ke??
CauPandin Post at 31-1-2012 17:59


kat rumah.....tadi masak....pastu makan....pastu jalan2 kat BOD gossip.....so skrg sambung balik kat sini....hahaha....aku lambat reply pasal aku baca sumer artikel yg YB tepek....ekekekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2012 06:02 PM | Show all posts
hehhehehe... mmg rasa dahhhhh LAMAAAAA pun tak masuk sini... bizi sgt kekdahnya.. tp demi a ...
cecep Post at 31-1-2012 16:09


rinduuuuuuuuuuuuu dgn ko.....rindu dgn zaman2 KPH ni laju merempit x henggat donia.....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 06:03 PM | Show all posts
kat rumah.....tadi masak....pastu makan....pastu jalan2 kat BOD gossip.....so skrg sambung balik ...
Along_XX Post at 31-1-2012 18:00


ohhh hari ni along cuti ke?? mst sedap kan along masakkk
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 06:05 PM | Show all posts
Reply  kakleen

nih url utk masuk ke tonton :

sowi ler, dah tak reti sgt nak tepek benda2 cam ...
cecep Post at 31-1-2012 16:12


hahahaha....dah tgk kasut mahal Hafiz..... nemo....ina....download please ....aku mmg x leh nak donload VC dari tonton nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 06:07 PM | Show all posts
ohhh hari ni along cuti ke?? mst sedap kan along masakkk
CauPandin Post at 31-1-2012 18:03


hahaha.....sedap la sgt....jrg masak....setakat biasa2 je.....ko ampu aku ek? xde duit kecik nak bagi ko......ekekekekekeke {:4_241:}
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 06:09 PM | Show all posts
Tahniah Hafiz dan juga fans tegar dia di KPH.

Hafiz dan lakukan yang terbaik di AJL. Kalo hafiz  ...
Abob Post at 31-1-2012 17:12


alhamdulillah.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2012 06:12 PM | Show all posts
hahaha.....sedap la sgt....jrg masak....setakat biasa2 je.....ko ampu aku ek? xde duit kecik nak ...
Along_XX Post at 31-1-2012 18:07


masok le mastecep long....takde nak ampu2 bagai...
klu takde duit kecik duit besooooo mst ajl x hilang lg kan
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 06:14 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua! Hello Along, Damia, Delima, Nemo, Amalina... Congratulations Hafiz sbb menang AJL26 dan Vokal Paling Terbaik! We are proud of you! Suara Hafiz memang MANTAP la! Insyaallah Along abg Hafiz tidak akan bertukar.. sentiasa humble dgn org... Info Carta HotFM 30 Lagu Ombak Rindu Juara Carta! Yay! {:4_181:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2012 06:18 PM | Show all posts
Along, macam mana tukar gmbr di forum ni oo? tak ingat laa.. lupa... hihi lma tak tukar {:4_240:}
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 06:27 PM | Show all posts
VC ucapan Tahniah Astro kat Hafiz.....

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 06:29 PM | Show all posts
Along, macam mana tukar gmbr di forum ni oo? tak ingat laa.. lupa... hihi lma tak tukar
yukiafiq Post at 31-1-2012 18:18


masuk My Posts > Modify Avatar.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 06:30 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua! Hello Along, Damia, Delima, Nemo, Amalina... Congratulations Hafiz sbb menang ...
yukiafiq Post at 31-1-2012 18:14


w'salam Afiq......OR juara carta 21 ek? tahniah pada yg mengundi coz aku x mengundi tadi.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 06:42 PM | Show all posts
Reply 1931# Along_XX


   Mmm... Py POst tu kat mana? tekan aa dulu eh? hehehe... sorry.... ^_^
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 06:43 PM | Show all posts
Reply 1932# Along_XX


   Bkn... bkn 21... carta HotFM 30....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 06:59 PM | Show all posts
Reply  Along_XX


   Bkn... bkn 21... carta HotFM 30....
yukiafiq Post at 31-1-2012 18:43


hah!! bior betul?? hehehehe......sumer penangan AJL......ekekekeekeke
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 07:00 PM | Show all posts
Reply  Along_XX


   Mmm... Py POst tu kat mana? tekan aa dulu eh? hehehe... sorry.... ^_^
yukiafiq Post at 31-1-2012 18:42


dekat atas sebelah kanan page ni la.....kat tempat nak logout tu......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2012 07:30 PM | Show all posts
dari mstar arini.....

Selasa Januari 31, 2012
AJL26 Raih 6.5 Juta Penonton
Oleh FERIDE HIKMET ATAK



PETALING JAYA: Keunggulan anugerah berprestij tahunan, Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) berjaya melakar sejarah baru apabila acara yang disiarkan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil Ahad lalu, berjaya meraih jumlah penonton tertinggi iaitu sebanyak 6.5 juta.

Menurut kenyataan ringkas yang dihantar melalui e-mel oleh pihak TV3, kajian daripada Nielsen Audience Measurement itu sekaligus mencipta rekod baru untuk stesen penyiaran TV3.

Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, perancangan rapi acara tersebut ternyata membuahkan hasil lebih-lebih lagi, ramai yang memberikan respons positif mengenainya.

"Hasilnya bukanlah boleh dikira dengan wang ringgit sebaliknya melalui kepuasan menjadikannya satu acara di luar jangkaan.

"Bukan mudah untuk mencapai kadar jumlah tontonan keseluruhan mencecah lebih daripada 6.5 juta, segala keringat dan penat lelah tenaga kerja menjadi bukti bahawa tanggungjawab sebagai sebuah stesen TV dikongsi bersama menjadikannya sebuah acara gilang-gemilang.


Aizat

”Maklum balas yang diterima daripada para penonton juga amat menggalakkan malah pihak kami juga menerima permintaan daripada penonton untuk menyiarkan ulangan AJL26. Ini jelas membuktikan kewibawaan anugerah ini seharusnya diberikan pujian dan semoga terus sukses di masa akan datang,” katanya.

Jumlah tontonan secara online mencecah 118,884, sekali gus memecahkan rekod AJL 25 tahun lepas iaitu 83,764 dengan peningkatan sebanyak 42 peratus.

Acara yang dimulakan tepat pada pukul 9 malam itu mencapai angka tertinggi 'live streaming' pada pukul 10.55 malam dengan 20,768 hit berbanding 8,334 pada pukul 11.20 malam di AJL25 menjadikan Malaysia sebagai penyumbang utama kepada jumlah tontonan sebanyak 106,514, diikuti negara-negara lain seperti Singapura (3,271), Brunei (1,998), United Kingdom (1,790) dan Indonesia (1,032).

AJL26 membawa dimensi baru dalam penganjurannya setelah memberi satu impak maksimum melalui persembahan pentas selain komitmen finalis yang membawakan lagu-lagu mereka dengan identiti, pemfokusan dan kreativiti masing-masing.


Yuna

Tahun ini juga memperlihatkan antara penganjuran terbaik membawa konsep berlainan bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-26, elemen air dipilih sebagai menerapkan perkembangan dan perjalanan arus muzik dan irama terutamanya dalam industri tempatan pada kemuncak acara gemilang ini.

Tuah kali ini berpihak kepada penghibur muda berbakat, Hafiz yang berjaya muncul sebagai juara menerusi lagu popular Awan Nano ciptaan komposer Datuk M.Nasir dan lirik oleh Buddhi Hekayat.

12 buah lagu lain yang turut bertanding ialah Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kalau Berpacaran (Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan, Altimet), Karma (Faizal Tahir), Penakut (Yuna) dan Sedetik Lebih (Jaclyn Victor)

Diikuti dengan lagu Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Beribu Sesalan (3 Suara), Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque), Sungai Lui (Aizat), Kisah Hati (Alyah) dan Gadis Semasa (Yuna).
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 07:41 PM | Show all posts
dari kosmo....

Sukses mencapai emosi



DEMI mempertahankan kemenangan kategori vokal terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) ini, juara program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh ini, telah membuat persiapan sebulan awal termasuk dua minggu menghadiri latihan kelas vokal.

Mohd. Hafiz Mohd. Suip atau nama pentasnya, Hafiz menceritakan, sememangnya dia tidak menjangkakan kemenangan kali kedua berturut-turut ini di atas pentas AJL26 kerana bagi dirinya, kesemua finalis yang terpilih memberikan persaingan hebat pada malam tersebut.

"Saya tidak jangkakan kemenangan ini tapi memang saya berusaha untuk ke arah itu. Tapi saya memang mahukan perkara tersebut, saya berusaha ke arahnya, dan Alhamdulillah, saya berjaya dapatkan kemenangan yang saya ingin pertahankan itu.

"Sama juga dengan kemenangan saya mendapat juara keseluruhan. Tipu jika saya katakan saya tidak menyimpan hasrat untuk menang. Menang atau kalah tidak menjadi ukuran, apa yang saya lakukan ialah, saya telah berikan yang terbaik malah lebih daripada 100 peratus. Jika kalah pun, saya masih akan berjuang dan tidak mahu menghampakan sesiapa," ujar Hafiz yang mengatakan dia memilih memakai kemeja -T dan track bottom kerana ingin beri kejutan kepada penonton.

Tambahnya lagi, sebelum ini dia pernah memberitahu mengenai elemen kejutan yang ingin dibuatnya kali ini merupakan suatu perkara yang tidak disangka oleh penonton. Memakai pakaian bergaya adalah perkara biasa dan konsep itu sebenarnya merupakan kesinambungan daripada klip video Awan Nano.


ANAK muda ini mempunyai masa depan yang amat cerah susulan kejayaan pada AJL kali ini.

Namun, ujar pemuda yang berusia 22 tahun ini, cabaran buat dirinya ketika menyampaikan lagu Awan Nano ialah untuk mencapai emosi kerana bagi dirinya, jika hanya bersandarkan pada vokal baik, maka ia menjadi perkara yang tidak seimbang dan mungkin tidak dapat memberi impak kepada penonton mahupun pendengar.

Selain itu juga, bagi Hafiz, selain paduan vokal yang baik dan emosi dalaman, lirik juga harus memainkan peranan penting dalam sesebuah lagu: "Saya mendapat penulis lirik dan komposer yang hebat iaitu sifu Datuk M. Nasir sendiri. Mana mungkin saya sia-siakan begitu sahaja.

"Apa yang saya boleh buat ialah berusaha menjadi yang terbaik kerana minat dan jiwa saya ke arah muzik. Apa sahaja yang saya dapat, akan saya usahakan bersungguh-sungguh dan terbaik kepada diri sendiri juga.

Mungkin menjadi kelebihan kepada Hafiz kerana mempunyai kekuatan lirik oleh Budi Hidayat dan lagunya pula digubah oleh komposer terkenal, Datuk M. Nasir.

Ditebak persoalan adakah Hafiz berasa selesa kerana mendapat gabungan komposer dan penulis lirik hebat ketika berentap di pentas AJL26, Hafiz ada jawapan tersendiri.


GABUNGAN mantap (dari kiri), M. Nasir, Budi dan Hafiz untuk lagu Awan Nano yang berjaya menguasai AJL 26.

Jelas Hafiz, sememangnya dia beruntung mendapat khidmat begitu terutamanya sifu M. Nasir yang sememangnya terkenal dengan kehebatannya di arena muzik tempatan.

Bagaimanapun bagi Hafiz, dia tidak mahu terlalu yakin dan selesa oleh sebab perkara tersebut. Walau apapun, penyanyi harus memberi yang terbaik semasa mempersembahkan lagu tersebut.

"Saya tidak kata diri saya bagus, namun saya berusaha ke arah bagus itu. Bagi saya ia merupakan cabaran yang besar dengan membawakan lagu yang dibuat oleh sifu M. Nasir.

Saya juga tidak mahu menghampakan penyokong dan peminat yang selama ini menyokong saya. Jadi saya teruskan mengerah tenaga saya. Tidak kira walaupun apapun terjadi kepada saya, saya tetap akan hadir dan berikan sebaik mana yang mungkin," akhiri Hafiz yang telah memenangi sebuah trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000.

Alyah raih tepukan paling gemuruh

Selain itu, penyanyi Alyah yang memenangi kategori persembahan terbaik pada malam itu, turut terharu dengan kemenangannya.


TRIO 3 Suara, Shila Amzah, Ning Baizura dan Jaclyn Victor meraih naib juara AJL 26 menerusi lagu Beribu Sesalan.

Boleh dikatakan, antara 11 artis yang bertanding bersamanya di atas pentas AJL26, pelantun lagu Kisah Hati ini telah mendapat tepukan yang paling gemuruh dari penonton yang berada di dalam stadium.

"Saya memang tidak pernah terfikir tentang kemenangan kerana selama 12 tahun saya ceburi bidang ini, saya pernah lalui banyak kekalahan.

"Jadi memang saya tidak pernah menjangka kemenangan, cuma apa yang saya harapkan ialah saya dapat buat yang terbaik. Itu sahaja," bicara pemilik nama Noor Hasliah Abu Hasan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 07:50 PM | Show all posts
Hafiz - Petang di ERA

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 09:16 PM | Show all posts
upppppppppppppppppppppp..ad org tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.150081 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list