CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wawaKKK

BADMINTON - Season 8

   Close [Copy link]
Post time 8-11-2011 08:14 PM | Show all posts
Reply 1940# Trunkk_ZZ

sory momod, nak OT jugak jap..huhu

trunkkkkkkk...tenkiu very much..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2011 10:44 PM | Show all posts
congrats zulfadli, nelson heg & teo ee yi  &  junior mixed team {:4_181:}
dapat 3 title kali ni !!!!

congrats goh liu ying & chan peng soon {:4_181:}
another GP gold title !!! hopefully dpt superseries title lak tak lama lagi !!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 10:45 PM | Show all posts
perghh hari raya korban hari ni malaysia mencipta byk kemenangan. congratss !
nurulll Post at 7-11-2011 01:49


tapi bola sukan sea boleh seri lak ngan s'pore {:4_229:}
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 10:47 PM | Show all posts
you're welcome kay... aku ambik dari article paper cino... tak tau la paper yg mane satu... sin  ...
wawaKKK Post at 7-11-2011 14:12


ooo banyak gambor ekkk .... watermark pun takde ....
kalau ada lagi ..tepek sini ekkk .... tq in advance ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 10:52 PM | Show all posts
Reply  wawaKKK


    Mungkin kot.. xpe thread prediction tu akan lock 15hb... So promote2 la kat ...
karambunai Post at 7-11-2011 21:08



mod karam nak lock pukul berapa ekk?
aku kalau boleh nak wat prediction selewat mungkin .... kalau boleh lepas qualifying round abis ....
biasala dorang ni selalu withdraw ...tak kira la top player (you know who ..hehehe) ke tak ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 06:32 AM | Show all posts
Reply 1945# kayla


    rasanya 15hb dalam pukul berapa ek.. lambat2 sikit... saje nk kasi korang masa.. take your time...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-11-2011 08:44 AM | Show all posts
Reply 1946# karambunai

betul kata kayla tu, incik karam... kalau boleh lepaskan qualifying round dulu ekk... tq!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 08:46 AM | Show all posts
Reply 1947# wawaKKK


    ok je kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2011 08:51 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 02:31 PM | Show all posts
salam semua.... saya orang baru nak join kat thread ni.... macam best meluahkan perasaan tgk game kat sini... heheh
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 02:47 PM | Show all posts
masa nadzmi ckp kat airport hari tu, tak abis2 dengan ayat suruh zulfadli pertimbangkan utk join BAM. teruk betul la diorang ni

aku setuju si zulfadli ni jadi independent player dahulu, tgk si vountus indramawan tu, masa remaja nampak macam ada bakat besar je...
tapi dgn BAM, sampai sekarang tak ke mana mana
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 01:00 AM | Show all posts
Reply 1951# AnBulisia


    better zulfadli berlatih ngan ayah nya dulu..ayahnya hebat jugak walau maybe tak sepopular misbun sidek tp die ade kebolehan menjadi jurultih bagus..rasanya kalau tak silap penah terbaca ayah zulfadli ni penah jd jurulatih kt london ...


KLRC dah banyak abiskan duit utk zulfadli semata-mata nak naikkan karier zulfadli...kira mcm anak emas KLRC jugak le..kalu masuk BAM nanti risau plak zulfadli di anak tirikan ..yela banyak lagi pemain lain yg bernaung bawah BAM...bukannya senang BAM nak tumpu sepenuh masa kt zulfdli..jd sekurang2nya  ayah sendiri ade lebih terjaga..

moga cepat lah ade barisan muda yg akan naik menjadi pelapis...kesian kt chong wei sorang je galas harapan malaysia kt perseorangan...harap cepat le bercambah pemain pelapis yg berkebolehan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 03:04 AM | Show all posts
Khe Wei-Vivian yakin bawa pulang pingat

IMBAS KEMBALI... Khe Wei (belakang) bersama pasangannya, Ng Hui Lin ketika menyumbangkan mata kemenangan buat skuad badminton negara dan sekaligus meraih pingat emas dalam acara berpasukan wanita pada Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos.

MUNGKIN agak berat buat beregu wanita negara, Woon Khe Wei-Vivian Hoo sekiranya diletakkan sasaran bagi meraih pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia yang bakal membuka tirainya Jumaat ini.

Bagaimanapun, secara peribadi, Khe Wei berharap dia dan Vivian mampu menjelmakan sebutir pingat tanpa mengira warna buat kontinjen Malaysia pada temasya dwitahunan itu.

“Persiapan bagi menghadapi Sukan SEA kali ini semuanya berjalan dengan lancar. Saya dan Vivian juga sudah bersedia daripada semua aspek termasuk daripada segi mental dan fizikal.

“Saya tidak mahu memberi tekanan pada diri sendiri dengan meletakkan sebarang sasaran yang tinggi kerana bimbang ia tidak mampu dicapai.

“Namun, saya berharap untuk menyumbangkan pingat tidak kira apa warna sekalipun bagi acara berpasukan wanita dan beregu,” kata Khe Wei yang kini berusia 21 tahun.

Sebelum ini, kelibat Khe Wei-Vivian mula mencuri tumpuan ekoran kejayaan mereka merangkul geralan pada Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Indonesia bulan lalu.

Aksi cemerlang itu diteruskan apabila mereka turut cemerlang mengungguli saingan Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Akhir Sirkit Kebangsaan 2011 juga pada bulan lalu.

Ekoran kejayaan itu, Khe Wei-Vivian menjadi taruhan terbaik bagi menghadirkan kilauan pingat buat skuad badminton negara di bumi Indonesia.

“Saya akui bahawa kejayaan-kejayaan itu sedikit sebanyak telah meningkatkan lagi tahap keyakinan kami bagi mengharungi Sukan SEA nanti.

“Begitupun, semua kejohanan mempunyai tekanan yang tersendiri.

“Jadi... biarlah kami fokus terhadap satu perlawanan demi satu perlawanan terlebih dahulu kerana ia lebih mudah buat kami untuk menentukan hala tuju kami pada Sukan SEA nanti,” jelas Khe Wei.

Kejayaan yang dilakarkan Khe Wei-Vivian lantas telah membuka mata banyak pihak yang merasakan bahawa beregu wanita negara itu mampu melangkah lebih jauh di pentas antarabangsa, apatah lagi tatkala usia mereka masih muda.

Malah, ada segelintir pihak menganggap pasangan tersebut kini mampu untuk menggantikan tempat Wong Pei Tty-Chin Eei Hui selaku beregu utama wanita negara sekiranya diperlukan.

Sebagai rekod, ini merupakan penampilan ketiga Khe Wei pada temasya Sukan SEA.

Lebih membanggakan dia turut memainkan watak penting ketika membantu skuad badminton wanita negara memenangi pingat emas dalam acara berpasukan pada edisi dua tahun lalu di Vientiane, Laos.


credit:kosmo.com.my
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2011 08:44 AM | Show all posts
salam semua.... saya orang baru nak join kat thread ni.... macam best meluahkan perasaan tgk game kat sini... heheh
mbinmohd Post at 9-11-2011 14:31


salam mbinmohd... welcome welcome...
kami memang mengalu2kan forumner baru kat sini... buatlah mcm rumah sendiri ekk...
anyway, nak panggil awak ape ye?...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 03:32 PM | Show all posts
Reply 1954# wawaKKK


tq wawa.... memang selalu tgk dan baca thread ni dan you antara forumer yang aktif kat sini.... so, bleh la berkongsi-kongsi info nanti....

pggl zam......
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 03:37 PM | Show all posts
heran ye knp BAM tak bagi byk pendedahan utk ws dan wd players kita bermain kat luar.... pendapat saya, walaupun memang takkan menang title tu tapi at least dpt compete dgn senior-senior negara lain.... risau tgk team thailand dan singapore.... ws dan wd thailand makin improve ... ws thailand maybe better than indonesia...... wd mungkin the other way ... tp malaysia camne la lepas ni....  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2011 03:42 PM | Show all posts
tq wawa.... memang selalu tgk dan baca thread ni dan you antara forumer yang aktif kat sini.... so, bleh la berkongsi-kongsi info nanti....

pggl zam......
mbinmohd Post at 10-11-2011 15:32


you're welcome zam...

tak nak try buat prediction kat thread hong kong open prediction tu ke?... try laa... mane la tau, kene...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 05:01 PM | Show all posts
Reply 1957# wawaKKK


    eh.. dah buat pun.... prediction ikut prestasi semasa.... kalau ikut perasaan dan kemahuan tu lain ramalannya... hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 11:23 PM | Show all posts
heran ye knp BAM tak bagi byk pendedahan utk ws dan wd players kita bermain kat luar.... pendapat sa ...
mbinmohd Post at 10-11-2011 15:37



masalah malaysia ni kekurangan jurulatih utk single wanita. siapa sebenarnya yg latih diorang ni.hendrawan ke rashid? rasanya kalau malaysia betul2 nak improvekan ws ni takde masalah,tapi usaha tu takda.macam tanak pun ada.bam tak kisah pun sebenarnya.mungkin terlalu lama bergayut kat mew choo dulu,maka ws ni byk tak dipedulikan. utk malaysia capai apa2 utk uber cup(quarter pun tak mungkin) or even team women sea games hampir2 impossible maybe utk the next 5 years.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 11:43 PM | Show all posts
salam nurull, saya setuju tu..... BAM ni macam tak fokus sangat dengan WS ni...  nak kata MS menjadi sangat pun tidak lagi nampak hasilnya.. harap Chong Wei sorang je.. harap lepas ni.. ada kebangkitan daripada Daren Liew, Chong Wei Feng, Arif dll.... harap Zulfadli pun akan terus dibimbing dan diberi sokongan sewajarnya walaupun bukan di bawah naungan BAM..

Dulu time Mew Choo, ada juga berlatih dengan Misbun dan byk peningkatan.... hmm.. kagum dengan WS Thailand sekarang yang semakin mantap...muda-muda lagi kecuali Salakjit Ponsana tu..

WD ni ada jugak peningkatan dengan kemunculan Woon Khe Wei dan Vivian Khoo ni... tapi harap bergu ni dan WD lain akan terus diberi pendedahan walaupun memang tahu susah nak menang title.... macam Khe Wei dan Vivian tu sapa jangka leh menang Indonesian Gold Open hari tu kan.... tiba-tiba terus BAM bagi fokus.... WD Japan terus cemerlang walaupun masih dimonopoli oleh China...  

XD ni pun tak byk pendedahan selain Chan Peng Soon/Goh Liu Ying ni... hmmm bila nak dekat dengan thomas cup dan uber cup baru sibuk nak fokus.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.708677 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list