tahniah LCW
JOJ paling tangkas di jaring , rasanya tidak ada pemain lain yang selaju dia dapat mengetuk shuttle di depan net , LD pun pernah kalah 5 kali di tangan JOJ
Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI
CHONG Wei mempertahankan gelaran juara pada Terbuka Jepun buat kali keenam semalam.
|
JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan apabila menjuarai kejohanan badminton Siri Super Terbuka Jepun buat kali keenam selepas menewaskan Jan O Jorgensen 21-18, 15-21, 21-16 pada perlawanan akhir semalam. Pada perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo itu, Chong Wei yang merupakan pilihan utama kejohanan dipaksa bekerja keras oleh pemain Denmark itu apabila diajak bermain sehingga ke set penentuan. Bagaimanapun, Chong Wei bijak menggunakan kelebihan serta pengalamannya pada set ketiga apabila menguasai sepenuhnya perlawanan tersebut sebelum memastikan gelaran Terbuka Jepun buat kali keenam dalam kariernya. Jurulatih perseorangan negara, Hendrawan berkata, beliau menjangkakan Chong Wei akan berdepan tentangan sengit daripada Jorgensen pada perlawanan semalam memandangkan pemain Denmark itu mampu menghadirkan kejutan. “Saya sudah jangkakan Chong Wei akan berdepan tugas sukar pada hari ini (semalam) kerana mereka pernah bertemu di Terbuka Indonesia sebelum ini. Ter-nyata, Jorgensen bermain sangat bagus pada perlawanan tersebut. “Dia (Jorgensen) memiliki kele-bihan apabila bermain di jaring, justeru Chong Wei mengambil ke-putusan untuk tidak terus mengikut rentak permainannya dengan melakukan lebih banyak pukulan ke belakang gelanggang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Untuk rekod, Chong Wei pernah memenangi Terbuka Jepun sebanyak lima kali sebelum ini iaitu pada 2007, 2010, 2012, 2013 dan 2014. Selepas ini, pemain No.1 dunia itu akan menyertai kejohanan badminton Siri Super Terbuka Korea yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Seong-nam, Seoul bermula esok sehingga 2 Oktober depan. Sementara itu, gelaran bagi acara perseorangan wanita menjadi milik He Bingjiao, manakala Li Junhui-Liu Yuchen (beregu lelaki), Kamilla Rytter Juhl-Christinaa Pedersen (beregu wanita) dan beregu campuran dimenangi Zheng Siwei-Chen Qingchen.
|