CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CivicSI

MERGED SEMUA PASAL RUMPUT

  [Copy link]
Post time 22-8-2011 12:15 PM | Show all posts
dah 8 bulan agaknya.....
rumput cow saya agak ok tapi
problem hadapi sekarang....
1.
ada setenga ...
tiarapg Post at 20-8-2011 18:44



Assalamualaikum tiarapg,

Sekiranya tanah tersebut padat/liat, miker hanya perlu korek bahagian tersebut 3 inci dan masukkan pasir.
Either miker letakkan ghumput ataupun biar ghumput sekitarnya menjalar dgn sendiri.

Next, kalau tanah tidak rata, miker bley taburkan pasir selain mengelek nya.(kalau padat, tiada menafaat)
Cara menaburnya ialah jangan sampai ia menutupi ghumput tersebut.
Selepas di tabur, miker siram air.
Akan kelihatan pasir tersebut akan memasuki/bolosi ghumput/kawasan tersebut.
Ulangi cara di atas setiap minggu sehingga kawasan tersebut kelihatan rata.

Selamat mencuba.

Wsalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2011 09:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by nurdania at 3-9-2011 21:39

[img]http://mforum.cari.com.my/[/img]

[img]http://mforum.cari.com.my/[/img]
pesal rumput karpet sy jd camni ye? ad sesiapa yg tau?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 05:31 PM | Show all posts
[/img]

[/img]
pesal rumput karpet sy jd camni ye? ad sesiapa yg tau?
nurdania Post at 3-9-2011 21:36



Assalamualaikum nurdania,

Ia nya terjadi pabila ghumput tersebut:
1. di bawah teduhan or
2. di kawasan cucur atap or laluan air or
3. kurang di pijak

Satu lagi masaalah ghumput carpet ini ialah bonjol bonjolan.

Salam
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 10:08 PM | Show all posts
Satu lagi masaalah ghumput carpet ini ialah bonjol bonjolan.
niceghost2005 Post at 5-9-2011 17:31


salam,

bonjol-bonjolan tu camane ehh?... yang tak sama panjang tu ke?...
camane nak solve tu?...

betul ke kalau bermuda/carpet grass better potong pakai cylindral mower?..
yg nampak bosch asm32 jer... ada ke yg lain jual kat mesia...

TQ.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 10:01 AM | Show all posts
salam,

bonjol-bonjolan tu camane ehh?... yang tak sama panjang tu ke?...
camane nak solve tu ...
aarie Post at 5-10-2011 22:08


Assalamualaikum aarie,

Bonjol bonjolan itu kerana miker tidak gelek dier dgn roller agar ia menjadi padat.

Bonjolan ini juga ada di sekitar tempat yg selalu kena air dan teduhan.
Kalau cubaan utk memotongnya dgn mesin ghumput jenis sandang agak merbahaya kerana blade akan tersangkut ke dalam nya.
Pastikan juga di kawasan tersebut tiada lipan dan yg sewaktu dgn nya.

Salam
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 01:41 PM | Show all posts
Hmmmm......ghumah sewa yek.
Tapi nak tanam ghumput mutiara.

Sekeping ghumput mutiara = RM2.7 ...
niceghost2005 Post at 4-8-2011 20:30



    Salam. Saya baru pindah rumah baru dan baru tanam rumput mutira. Saya suka rumput ini kerana ia tak perlu maintenance, ia hanya perlu  baja dan banyak air, kalau terlalu panas dan kurang air ia cepat mati, sebab itu kita perlu siram setiap hari, kalau hujan tak perlu. Saya upah taman rumput ini di bahagian tepi rumah seluas 56 kaki X 9 kaki, kalau nak tanam sendiri memang tak larat. Saya lihat Mat Bangla tu mula-mula bersihkan kawasan tanah dari semak dan lalang, ratakan tanah dan bahagian atas di tambun dengan pasir halus setinggi 6 inci dan baru ditanam dengan rumput mutira sepenuh tanah. Disiram air pada setiap pagi dan petang setiap hari dan dia jaga selama 3 minggu agar rumput itu hidup dan di tabur baja. Dia caj saya sebanyak RM 950.00.
Apa pendapat anda? Murah atau mahal. Saya berpuashati dengan kerja Mat Bangla itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2011 03:34 PM | Show all posts
Salam. Saya baru pindah rumah baru dan baru tanam rumput mutira. Saya suka rumput ini kera ...
Taufik Post at 12-10-2011 13:41


Salam Taufik,

Alhamdullilah............
Semuer nyer berjalan seperti yg di rancangkan.

Harga adalah subjektif buat teman.
Kalau badan tak mampu................upah jer.
Kalau udah siap................bayor jer laaa.
Hati puas...............ia sudah mencukupi.

Seperti miker beritahu, ghumput mutiara tidak perlu banyak maintenance.
Jadi bagus lah pilihan itu.

Bley paste ker gambor sekeping dua kat sini utk di lihat.
Kalau tanam ghumput carpet..............bley di gelek dgn bola bowling.
Surely padat n cantik.

Salam kembali.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 03:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by cujang at 17-10-2011 20:58

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2011 11:58 PM | Show all posts
As-salam sumer2...dah lama nak buat write up pasal rumput, cuma malam nih baru rajin dan gatae tangan nak menaip. Teman dah tanam rumput untuk laman rumah teman dah 3 tahun dah..so teman cuba sedaya upaya untuk membuat write up menanam dan menjaga rumput nih secomplete yang boleh semoga boleh menjadi rujukan untuk kengkawan yang bercadang nak menanam rumput secara D.I.Y dan mementain kan rumput tersebut secara D.I.Y jugak. Ada bahagian kerja yang kena upah orang sebab tak larat nak buat.Patah pinggang siot kalau nak buat gak.

Keluasan penanaman rumput : 1800 kaki / persegi
Jenih rumput :1)Manila grass @ Zoysia Matrella @ rumput karpet - Untuk kawasan matahari jangka masa 8 jam
                     2) Rumput mutiara - Untuk kawasan teduh @ dibawah pokok2

Keroja2 awalan yang dilakukan :
1) Mengskim tanah dalam 3 inchi untuk membuang lalang dan rumput2 asal dan disembur racun paraquat. Di biar kan dalam tiga minggu untuk settle down kan racun. Upah bangla buat kerja nih. Nak buat senirik tak larat.

Kerja2 menanam rumput
1) Tapak di layer kan dengan pasir halus sebanyak dua lori 3 tan dan dirata kan... Yang nih upah Indon pakej sekali dengan menanam rumput, menanam pokok dan kerja2 landscape yang lain. Teman cuma monitor ajer dan menyedia kan barang. Upah kira lum sum.
4) Rumput ditanam secara SOD ( kepingan 2 kaki persegi ) dan disusun mengikut susunan batu bata.
5) Setiap kepingan SOD yang ditanam, di tamper ( Dipadatkan ) dengan cangkul kecik supaya akar rumput betul2 diatas pasir agar senang mencari ayor dikemudian hari dan agar nampak rata dan level.
6) Path Way dari natural stone dan setiap path way tidak diletak SOD rumput, nanti rumput tuh merebak sendiri.
7) Rumput mutiara ditanam 2 row sekeliling border laman dan di bawah pokok dalam 2 kaki diameter keliling.

Kerja2 awalan setelah menanam rumput ( bulan pertama )   
1) Menyiram rumput pagi dan petang secara renjisan sederhana ...kalau tak sempat petang belasah malam pulak...supaya akar boleh mencari ayor dengan senirik...dan mencari benjolan2 kepingan SOD yang kadang2 ternaik dengan sendiri nya sebab tengah hari panas sangat...kemudian  dimampat kan kembali setelah tanah lembut apabila disiram ayor.

Kerja2 mentainance ( bulan kedua sehingga bulan 4 )
1) Menyiram  dua hari sekali...tengok faktor cuaca jugak..masa nih rumput dah boleh survive dan nampak pertumbuhan nya.
2) Membuang rumput2 asing dan lalang yang kadang2 original terbawak sekali dengan kepingan SOD dan juga benih yang terbang dari rumah jiran yang purposely tanam lalang untuk laman demer.
3) Menabur baja NPK 15 setiap 2 minggu sekali.
4) Memotong rumput dengan mengguna kan Brush Cutter ( Mesin rumput helicopter ) yang dibeli dan dioperate sendiri setelah banyak pertimbangan dibuat sama ada nak beli lawn mover atau brush cutter. Satu disadvantage lawn mover, tak boleh potong rumput celah2 pokok. Akhir nya kena pakai brush cutter gak...so baik beli brush cutter jer.

Out come :
Rumput dalam 6 bulan pertama....tersangat lah cantik nya..sedap mata memandang dan rasa macam nak baring atas rumput jer.
Selepas 6 bulan itewww..benjolan2 mula kelihatan disebab kan pertumbuhan dan kepadatan rumput jenih manila ini tidak sekata...ada kawasan growing rate slow dan ada kawasan growing rate tinggi especially tempat2 yang teduh ( Silap budget kawasan menanam ) sama gak dengan rumput mutiara..bila dah membiak..daun jadik besor2 nampak geli lak aku tengok..dah macam lintah...So...operasi pemotongan rumput yang pertama dijalankan dan hasil nya rumput tobek sana, tobek sini disebab kan pemotong rumput tak professional iaitu aku sendirik. Aku pakai speed paling laju, habis sampai ketanah aku potong sebab terasa macam bawak motor merempit...siap boleh rammmm tuh mesin rumput tuh....Laman dari hijo semua..jadik bertompok coklat dan hitam...naik menyampah aku tengok...so..buat bodo dalam sebulan ...rumput tumbuh balik..tapi bertompok-tompok gak..tak rata.
Gitu ler dalam setahun setengah...sehingga ler aku meng leyer kan pasir halus setiap enam bulan sekali secara layering nipis mengguna kan pengcakar agar pasir tersebut dapat menglevel kan tompok2 yang dah kena tebas itu tapi still ada sikit2 benjolan sana sini dan sampai sekang..setiap kali lepas potong rumput, tompokan2 coklat pasti ada..tapi aku dah tak kisah..sebab dalam seminggu dua dia hijo balik. Nak buat roller rasa menyemak la pulak sebab tempat storage tak cukup.

Kerja2 mentainance yang aku buat sampai sekang :
1) Memotong rumput seminggu sekali...sekali trim ( Potong lalang dan rumput asing tapi menten rumput manila )..sekali potong
( Potong Pendek ) .
2) Membaja 2 minggu sekali
3) Menglayer kan pasir halus setiap 6 bulan sekali supaya menutup bekas2 memotong rumput hingga ke akar.
3) Yang lain2 aku tak buat dah...lalang dan rumput asing aku dah tak larat nak mencabut nyer...so..aku menten pendek rumput tuh..tak perasan la lalang tuh...Sebab lagik banyak aku cabut..lagik cepat dia tumbuh.lagik2 kalau hujan.

Tips
1) Schedule baja kena constant supaya rumput nampak hijo cantik. Siram ayor selepas membaja untuk mengelak kan rumput ada kesan melecur..atau kollu terus.
2) Tabur baja selepas memotong rumput
3) Kalau tak rajin mencabut lalang dan rumput asing..kasik potong dan trim tiap2 minggu tanpa miss...so tak nampak la lalang tuh.
4) Layering harus di buat 6 bulan sekali. beli satu scope pasir halus dari hardware..kalau tak nampak hodoh berbonggol2.
5) Nak operate mesin rumput senirik menguna kan brush cutter..kena practice dengan speed dan tangan yang kuat nak menten berapa pendek rumput kita nak potong.
6) Nak potong rumput ( Potong Pendek )..guna 3/4 speed...nak trim rumput ( Potong lalang dan rumput asing tapi menten rumput manila )..guna speed separuh. Kalau rumput mutiara, tak der choice, kena guna slow speed..tapi memang terpotong pendek..sebab rumput tuh lembut sangat.  
7) Seelok2 nya selective trim cutting area, mana yang grow rate slow, tak yah la trim.
8) Kalau ada tompok lepas mentrim atau memotong..buat bodo jer..nanti dia tumbuh la balik.
9) Rumput Manila kalau bawah teduh..memang tak akan sehat...lagi2 bawah teduhan pokok buluh..samaada tukar terus letak batu landscape atau    buat bodo jerrrr. Lantak la ko kat situ...tapi biasa saya trim 2 bulan sekali...bila lepas trim nampak lagik hodoh.  

Cost RM kesemua cerita diatas
1) Rumput = Rm 1.20 untuk manila dan mutiara sekeping..harga di ladang..Lori kena tambah
2) Upah indon dan banggla - Ikut skill nego masing2.
3) Brush cutter - Rm 380.00
4) Baja NPK15 - 5 Kg Beg dalam Rm 18
5) Minyak perol dan 2t = dalam RM14 untuk 2 bulan.
6) Pasir halus 2 scope setahun ( 1 scope untuk 6 bulan ) = RM 150.00
6) Minyak urat - sebotol untuk 6 bulan..lepas mesin rumput kompirm badan sakit sakit urat.

CONCLUSION
Bukan senang nak dapat laman cantik dan hijo...dan bukan senang nak mementen rumput. Kena rajin dan sabo.

Gambor2 rumput teman

  








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2011 02:39 PM | Show all posts
Reply 1969# rose_land

cantiknya rumah dan laman...
sedap mata memandang...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 05:48 PM | Show all posts
tahniah...
cantik sungguh......sejuk mata memandang....
rumput manila saya kt depan rumah agak terbiar sejak raya lepas... tk menang tangan sbb dok concentrate yg cowgrass blkg rumah... sejak musim hujan ni pertumbuhan rumput agak cepat... penat saya menggunting...
rasa nk beli mesin rumput yg manual tu.. ok tak.. ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 03:20 PM | Show all posts
tahniah...
cantik sungguh......sejuk mata memandang....
rumput manila saya kt depan rumah agak te ...
hatafya Post at 8-11-2011 17:48


Kalau laman ghumah melebihi dari 10' by 5', beli jer mesin ghumput letrik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 03:36 PM | Show all posts
As-salam sumer2...dah lama nak buat write up pasal rumput, cuma malam nih baru rajin dan gatae tanga ...
rose_land Post at 21-10-2011 23:58



Assalamualaikum rose,

Sedikit tips buat miker utk mengurankan lalang yg tumbuh.
1. racun Roundup
2. rubber glove
3. segenggam kapas

Cara menggunakannya:
1. celup kapas tersebut ke dalam racun Roundup
2. letakkan kapas tersebut di pertengahan lalang dan di lurut sehingga ke pucuk sambil di picit perlahan lahan akan kapas tersebut.

Racun Roundup akan turun perlahan lahan mengikut lalang tersebut.
Insyaallah di dalam masa 1-2 minggu, akan kelihatan lalang lalang tersebut bertukar menjadi kuning kekuningan.
Lalang tersebut akan mati dan reput sehingga ke akar umbi.

Tetapi akan ada sedikit kesan pada ghumput sekeliling.(jangan khuatir, ia akan tumbuh semula)

Salam
p/s gunakan kaedah ini (selective) pabila lalang itu sudah setinggi 6 inci.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 03:38 PM | Show all posts
As-salam sumer2...dah lama nak buat write up pasal rumput, cuma malam nih baru rajin dan gatae tanga ...
rose_land Post at 21-10-2011 23:58


Luper plak.

Miker sepatut nya beli mesin ghumput jenis Flymo dari jenama Styhl.
Now mungkin harganya Rm1000.

Sole Agent kat Taman Tun Dr. Ismail, KL.
Jenis letrik dan tiada roda. (hover)
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 08:23 AM | Show all posts
Reply 1969# rose_land


    salam.... hhmmm...lama betul x joint forum ni. byk gak info baru yg saya dpt. ni ada permintaan tuk rose... blh tlg close up sket x pokok2 yg di tanam di sekitar laman u tu... nmpk cm menarik....tq
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 09:03 AM | Show all posts
Reply 1969# rose_land


    Sangat sangat cantik.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2012 12:21 PM | Show all posts
fuhh.. cantek sungguh rumput umah forumer ek. i tgh dlm proses bli umah atas tgn org. umah tu dah ditanam rumput... tapi disebabkan kekurangkan ilmu, takpasti spesis apa rumput tuh. mcm mutiara jek kot.. ntah. masalahnyer skrg.. umah tu dah dikosongkan dan rumput tu tak berjaga. masa gi bwk valuer tgk umah.. dah nampak kering jek rumput tuh.. pastu mcm berbonggol... ade gak byk taik kuceng sana sini...

nak tanye forumer.. patutkah rumput tu dibuang semua dan ditanam semula? plannyer laman tu nak kasi budak2 main.. dari pembacaan kat thread ni, mcm rumput lembu la sesuai kan? kalo nak buang rumput asal nih kena korek 8 inci semula ke? atau buang lapisan rumput atas.. pastu buh pasir sket n terus tanam rumput baru je? utk makluman, lalang/rumput liar tak banyak pun; dlm 10'x10' tu ada dlm 8-9 pokok je kot. satu lagi.. kalo existing ada kolam ikan yg agak dalam.. nak pecahkan n kambus, batu masuk balik dlm lubang kolam tu ok kan? asalkan 8 inci dari atas tu tanah/pasir? terukla nak kambus dgn tanah utk kolam yg sebesar mini swimmingpool tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 03:29 PM | Show all posts
fuhh.. cantek sungguh rumput umah forumer ek. i tgh dlm proses bli umah atas tgn org. umah tu dah ditanam rumput... tapi disebabkan kekurangkan ilmu, takpasti spesis apa rumput tuh. mcm mutiara jek kot.. ntah. masalahnyer skrg.. umah tu dah dikosongkan dan rumput tu tak berjaga. masa gi bwk valuer tgk umah.. dah nampak kering jek rumput tuh.. pastu mcm berbonggol... ade gak byk taik kuceng sana sini...


Kalau berbonggol sana sini...............ghaser teman, ia adalah ghumput carpet.
Cuber miker pijak tanpa kasut, kalau ada ghaser tajam tajam skit, maka benar lah akan ia.

nak tanye forumer.. patutkah rumput tu dibuang semua dan ditanam semula?

Sekiranya miker nak tanam ghumput jenih laen.............elok lah di buang/racun ghumput yg sedia ada itew.
Kaedah yg di syorkan:
1. racun dgn roundup/kenUp (racun jenis serap) - ulangi 2 kali
- kesannya di dalam masa 3 minggu
2. selepas kering ghumput dan weed
- cabut mana patut

Kenapa tanah tersebut di korek??
1. hendak memastikan ghumput yg hendak di tanam itu adalah sama rata nya dgn parit atau lantai porch etc
- sekiranya parit miker sudah tinggi, tak perlu lah di korek.

Kenapa di gunakan pasir sebagai MEDIUM??
- pasir adalah MEDIUM yg paling baik/cepat untuk ghumput tersebut merebak
- air tidak bertakung

PASIR
- pastikan miker racun pasir tersebut bbrp kali agar di bunuh benih ghumput liar yg ada di dalam nya (guna racun benih cambah)

plannyer laman tu nak kasi budak2 main.. dari pembacaan kat thread ni, mcm rumput lembu la sesuai kan? kalo nak buang rumput asal nih kena korek 8 inci semula ke? atau buang lapisan rumput atas.. pastu buh pasir sket n terus tanam rumput baru je?

Ghumput lembu aka Cow Grass adalah di antara yg paling mudah utk di tanam.
Ia juga adalah jenis yg tegal.
Hanya perlu di potong selalu pada musim hujan.

utk makluman, lalang/rumput liar tak banyak pun; dlm 10'x10' tu ada dlm 8-9 pokok je kot.

Lalang walaupun 'kelihatan' sedikit, tetapi ia merebak dari dalam tanah.
Anak anak lalang ini bley tumbuh melalui akar akar nya.....

satu lagi.. kalo existing ada kolam ikan yg agak dalam.. nak pecahkan n kambus, batu masuk balik dlm lubang kolam tu ok kan? asalkan 8 inci dari atas tu tanah/pasir? terukla nak kambus dgn tanah utk kolam yg sebesar mini swimmingpool tuh.

Kalau nak dapat sagu.............kena laa pecahkan reyong. (betul ker ejaan nih)
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 12:29 PM | Show all posts
err.. mr NG, maksudnyer utk bekas kolam tu.. kalo bawah tu bubuh batu kolam yg dipecahkan, pastu ensure dlm sekaki dari permukaan tanah tu buh pasir ok ker? atau mmg kena buang semua batu dan biar tanah semata2?

pasal jenis rumput tu mmg tajam.. carpet la ek. ada harapan ke kalau nak menyihatkan rumput yg sedia ada tu? kurang sket keje kalo nak revive je berbanding nak buang dan tanam semula. jenis rumput karpet nih kalo budak2 kecik lari2, main bola sana mati ke rumput tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 11:15 AM | Show all posts
err.. mr NG, maksudnyer utk bekas kolam tu.. kalo bawah tu bubuh batu kolam yg dipecahkan, pastu ens ...
ira79 Post at 17-2-2012 12:29


Assalamualaikum ira79,

Ghumput carpet nie ada kekurangan dan kelebihannya.
Masaalah UTAMA :
1. lipan, serengga berbisa suka bersembunyi di bawahnya
2. tajam
3. akan berbonggol bonggol kerana:
- kurang kena pijak
- sering kena air seperti paghit, celah2 pokok
4. sukar utk di potong menggunakan mesin sandang
- kalau terlalu panjang, mata mesin akan jam.

Perihal kolam air tersebut, adalah lebey baik di pecahkan dan di kambus dgn tanah.


Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.535383 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list