CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V144'

 Close [Copy link]
Post time 18-5-2022 05:37 AM | Show all posts
mattzzx replied at 17-5-2022 04:37 PM
ekonomi dunia pun makin teruk sekarang ni
malaysia pun terkena tempias yg lebih lagi
kita rakyat k ...

dengarnya bekalan tepung berkurangan skrg...
bakalan naik regelah roti canai, roti, kuih2 dll
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 05:38 AM | Show all posts
mattzzx replied at 17-5-2022 04:39 PM
sekarang tempat matt masih mendung
tapi tak ada hujan turun..

smlm tmpt zura panas. tp tak lah terik.

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 05:39 AM | Show all posts
mattzzx replied at 17-5-2022 04:40 PM
alaa matt biasa2 jer
tak ada teror pun
matt pun baca berita juga..

zura baca berita tp kadang2 tak paham.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 05:40 AM | Show all posts
mattzzx replied at 17-5-2022 04:43 PM
tinggal lagi 11 page lagi

1 page je lg matt...
dah boleh bersedia bertukang rumah baru ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 05:46 AM | Show all posts
carly_lah replied at 17-5-2022 09:42 PM
nak balik raya haji nanti pun carly dh bgtau suami, ikut jalan dalam, x lalu wce, boleh lalu ikut  ...

aritu kaka nk ke tapahdr teluk intan  ikut sg manik klu tak silap. setengah jam sampai. klu ikut jln dlm  bidor-tapah  mgkn byk keta.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 05:47 AM | Show all posts
chit_ana replied at 17-5-2022 10:46 PM
Bukan kak kije ke ari tu? Ke dh full time housewife?
Cuti wesak sampai isnin kak
Ari ni keje dah ...

dah lama berenti. kesihatan tak mengizinkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2022 05:49 AM | Show all posts
chit_ana replied at 17-5-2022 10:47 PM
Haah perasan gak kak seru suruh tuntut

Abis tu paling lewat kak tido kul berapa?

birthday ana bln 4 kan. tak ingat tarikh apa.

ni tak tido lg. tp terlelap kejap kul 2 td.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 05:51 AM | Show all posts
dah masuk subuh...
reply pun dah selesai.
esok masuk petua...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 07:28 AM | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-5-2022 05:46 AM
aritu kaka nk ke tapahdr teluk intan  ikut sg manik klu tak silap. setengah jam sampai. klu ikut j ...

jalan dalam banyak laluan kan... asalkan kereta bergerak, senang nk berhenti ok lah... x nak pening2 kepala nk kena beratur panas jem semua kt hiway... nanti anak2 meragam, kita mak ayah pun akan stress
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 07:28 AM | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-5-2022 05:40 AM
1 page je lg matt...
dah boleh bersedia bertukang rumah baru ...

silalah buat rumah baru... nanti carly masuk membawang ye....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 07:33 AM | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-5-2022 03:49 AM
beria nk beli bila nmpk tulis ytf sup. dah beli rasa hampeh.

masa bujang dulu, carly pernah makan YTF sup kt flat dbkl cheras tu... sedap... sebab dia letak banyak ajinomoto... masa makan sedap, tp masuk aje kereta, dahaga sangat... tp x tau la masih ada ke x gerai tu.... lama dh x melepak memalam mkn kt luar...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 08:17 AM | Show all posts
carly_lah replied at 18-5-2022 07:33 AM
masa bujang dulu, carly pernah makan YTF sup kt flat dbkl cheras tu... sedap... sebab dia letak ba ...

Assalammualaikum ,Selamat pagi mulakan pagi in dengan senyuman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum, morning...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah dah page 99
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-5-2022 05:25 AM
banjir kt inas, johol. johol kg abah sy. ghalib penah lalu jln kg batu-inas.
merentasi bukit2 dlm h ...

Pernah dengar, tapi tak pasti
Tapi ada juga lalu  jalan Seremban, ulu bendul bila ke pantai barat n pantai timur
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayah Zura orang N9 ke?
Ibu Zura orang mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalu orang N9, suami akan ikut duduk di tanah isteri ( ikut adat dulu2)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Pertukaran daerah Selangor-Negeri Sembilan.

Tahun 1878 telah menyaksikan detik pesisir selatan Selangor (Linggi) secara rasminya diserahkan kepada Negeri Sembilan.

Persempadanan semula ini adalah susulan permohonan Negeri Sembilan yang telah kehilangan kawasan pantai selepas perluasan kuasa Selangor menjelang kurun ke-19. Sebagai ganti, Negeri Sembilan memberikan sebahagian Sungai Ujong (termasuk Semenyih, Beranang, Réko dan Broga) kepada Selangor.

Sehingga ke hari ini, kesan persempadanan semula kedua negeri ini kita dapat lihat dari segi penduduknya:
1. Pesisir Negeri Sembilan (Linggi, Port Dickson) bertutur dalam Bahasa Melayu yang agak mirip dengan Selangor, dari segi demografik juga ramai berketurunan Bugis dan tidak mengamalkan Adat Perpatih.
2. Manakala kawasan Semenyih di Selangor mempunyai adat, bahasa, seni bina dan warisan yang menghampiri Negeri Sembilan.

Turut dilampirkan bersama: Peta Selangor sekitar 1870 yang terbentang sehingga Linggi dan Sungai Lukut.

Sumber : Fazlan Abdul Kadir dan Peta: Orang Nogori

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tentang N9
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
PENTADBIRAN TANAH ADAT NEGERI SEMBILAN 1.0

Hari Raya ni ramai yang pulang ke Telapak  untuk "sebulek semulo" ( sebulat semula - makan minum tidur sebumbung adik beradik ipar lamai di rumah atas tanah pesaka) walaupun untuk beberapa hari chumo.

Alhamdulillah. Sebulek Semulo.

Antara lain ehwal penting yang dibicarakan sesama adik beradik tentunya perwarisan Tanah Pesaka Adat.

Ada kalanya boleh jadi puncho perbalahan kalau tak sesamo faham.

Olehitu,  sukocito Ayah Lang memberi nasihat guaman dan akademik percumo ( pro bono) ehwal ini bagi mereka yang memerlukan.

Ayah Lang mulakan dengan yang Togheh ( Teras)  nya dahulu lah ya.

Peruntukan Undang Undang Bertulis.

1. Awal Mula Pertama Mula,  Kuasa.

Kuasa Tertinggi dan Rayuan  Ehwal Pentadbiran Tanah Adat terletak secara mutlak di Mahkamah Adat setiap Luak dan Wilayah seperti berikut yang di atas nya ialah : -

Tengku Besar Tampin - Wilayah Tampin
Undang Luak Johol - Luak Johol
Undang Luak Rembau - Luak Rembau
Undang Luak Jelebu - Luak Jelebu
Undang Luak Sg Ujung - Luak Sg Ujung ( pun begitu Sg Ujung tidak mempunyai Tanah Adat di bawah Enakmen Tanah Adat NS)

Ini mafhum serta ruang lingkup Fasal 181 Perlembagaan Persekutuan 1957 dan pindaan pindaan nya.

Oleh kerana statusnya ialah Fasal  Perlembagaan Persekutuan, tiada sebarang Undang Undang , keputusan Executive ( Jemaah Menteri diperingkat Persekutuan,  Exco NS,  Ketua Pengarah dan Pengarah Agensi  Persekutuan Dan Negeri ( by laws) )  yang boleh diperbuat dibawahnya yang boleh mencabar kuasa tersebut dalam semua  ehwal, terutamanya ehwal  Pentadbiran Tanah Adat.

Sebarang Undang Undang Persekutuan apa tah lagi Undang Undang dan Enakmen Negeri yang diluluskan bertentangan dengan kuasa ini dengan sendirinya Ultra Vires / terbatal kerana lobeyh pulak sudu pado kuah.

2. Kanun Tanah Negara 1963 ( betulkan saya akan tahun nya YBhg Datuk Nazri Mustafa ) Perkara 4.2. 1.a. pula menguatkan pengesahan Perlembagaan Persekutuan dengan secara nyata menyebut.... Tiada apa apa dalam Kanun ini, melainkan disebut secara nyata ( rang yang diluluskan di Parlimen dan diterima oleh YDPA)  mencacat atau mengurang atau menafikan mana mana undang undang adat yang diterima pakai semasa"...

3. Small Estates Distribution Act 1923 Perkara 20 hingga 25 Special Provisions Relating to Negeri Sembilan.

Di bawah peruntukan peruntukan ini, semua ehwal kehidupan sosial NS berkaitan perwarisan tanah adat diperinchikan termasuklah yang sering diperolok kan masyarakat jahil sombong luar NS  adat " Masuk Suku" - disebut Pentadbiran Inggeris sebagai  Customary Adoption ( Bekodin - Berkadim - Orang Luar Suku, Anak Angkat, atau Anak Saudara Perempuan dari Abang atau Adik Lelaki Di "Cecah Darahnya" ke Suku  Induknya ( ibu saudara sebelah Ayah).

Darah Kerbau atau/dan Kambing lah sekadar simbolik ( tergantung Kodin Aur Serumpun atau hanya Kodin Pinang Sebatang). Kalau darah manusia  betul,  dah jadi kes Mona Fandey pulak nanti. Satu kesalahan dibawah Kanun Acara Jenayah.

Dikesempatan ini juga sukacita saya menempelak golongan Jahil Sombong : -

1. Akademia Ketuanan Melayu Setengah Masak yang gemar memesong malah meluluskan thesis pelajar pelajar mereka yang menyimpulkan Pentadbiran Inggeris lah yang telah melemahkan Pentadbiran Adat Tanah Adat.

Saya menemui tanpa syak lagi sebaliknya. Politikawan,  Tok Tok Adat Malas Membaca serta khianat amanah suku dan Pentadbir Pentadbir Tanah Pejabat Tanah berbangsa Melayu lah  yang bersekongkol mencacatkan kesucian falsafah Tanah Adat.

2. Datuk Datuk Adat Pemalas Membaca dan Sentiasa Syak Kepada Orang Orang Luar Adat membuat kupasan dan ulasan.

3. Politikawan Tempatan mengambil kesempatan atas kelemahan 1,   2 dan 3 merogol sewenang Tanah Adat.

4. Paling Jahat - Orang Semenda. ( Menantu Tamak dan Berlagak Pandai. Satu lagi kes lebih sudu dari kuah.

Ehwal 1,  sukacita saya simpulkan dengan berani bahawa Pentadbiran Inggeris lah yang telah mengukuhkan kedudukan Datuk Datuk Adat , Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin kerana tanpa pembukuan hukum  adat dalam perkara perkara 20 hingga 25 SEDA 1923 alamat eyh tingga kolopey yo lah Tok Tok Undang mo Tok Tok Adat kito.

Adapun Inggeris memahami Pentadbiran Tanah Adat lebih baik dari fahaman Tok Tok Adat hatta Tok Tok Undang sekalipun ketika itu, ialah kerana  tradisi Guaman dan English Legal System di England  terlebih dahulu membukukan Konsep Trust dan Equity  (Konsep Amanah dan Kesaksamaan)   dalam semua Pentadbiran Undang Undang mereka sehingga tanpa Trust dan Equity,  Pentadbiran Tanah England dan Wales akan lumpuh.

Itulah yang sedang berlaku di NS sekarang.  Lumpuh. Lumpuh dek maleh berfikir dan membacho.

Sayugia, semuo pegangan tanah adat di bawah Enakmen Tanah Adat NS adalah dipegang dibawah Amanah.

Itu lah jugo sobab eyh Tanah Adat tidak boleh di : - inter alia ( antara lain nya)

1. Faraid - kerana tidak sempurna pemilikan nya untuk di Faraid.  Malah bedoso di Faraidkan.  Zalim pado Anak Anak Amanah ( Cestui Que Trust )

Faraid nieh cakap Arab. FA RA DA asalnyo. Fardhu. Fardhu atas waris simati menyelesaikan ehwal dunio arwah.

2. Tadbir oleh Kanun Tanah Negara secara total kerana The Curtain Principle dan The Mirror Principle KTN tidak terpakai sepenuhnya malah Teghombo yakni  Salasilah Keluarga Matrilineal ( Nasab Ibu) yang disahkan oleh Buapak dan Penghulu Pesaka yang lebih utama dalam perbicaraan. Buleh angkek Curtain.  Buleh tegheban buang Mirror as the Buapak and the Datuk Penghulu Pesaka deem fit.

Dalam perbicaraan pembahagian tanah adat,  Tribunal Dato Penghulu Pesaka dan Pentadbir Tanah buleh ke hulu semulo( mengangkat Curtain dan membuang Mirror itu tadi ( Curtain dan Mirror ini kita pinjam dari  Australia)   

Andai bukan Tanah Pesaka Adat, Tribunal tidak ada daya dari sudut undang undang untuk ke hulu semula.  The Curtain and Mirror Principles apply.

Malah dalam perbicaraan pembahagian Tanah Adat, ada positive duty nyata dibawah peruntukan Perkara 20 hingga 25 SEDA 1923, untuk disatukan semula pemilikan dibawah SATU suku dalam SATU Geran  oleh Majistret dengan bantuan Dato Penghulu Pesaka.

Proses menyiasat transaction records ke hulu kes.

Adanya pelbagai Suku dalam satu Geran adalah Prima Facie ( sekilas pandang) menunjukan  telah berlaku  suatu pengkhianatan dalam pembahagian sebelum ini.

3. Tidak boleh dijual beli luar Perut apa tah lagi Suku tanpa seluruh ahli suku bersetuju secara bertulis terlebih dahulu.

4. Dipermainkan atau dibiarkan dipermain oleh Orang Semondo.

Pendekato,  Pegangaan Tanah Adat ialah satu Amanah untuk Anak Anak Amanah bukan sahajo Seperut malah Sesuku Seluruh Kampung itu.

Cakap Omputeh under International Law eyh, kobun dian Omak kau tuh ialah The Common Heritage of Mankind Suku kau lah Jang Oi. Sodo sodo dalam suku itulah Cestui Que Trust eyh.

Orang Semondo, Oghang Agamo yang jumud dan bodoh sombong dan Loyar  Loyar Bughok et al.... You can get lost !

Usah dibuek doso koghieng Syawal Syawal nieh.

Jokes aside,  datang lah jumpo Ayah Lang kuk ado yang tak joleh eyh.

Akan Ayah Lang usoho an Siri 2.0

Pro Bono insya Allah.

Love Always.

Captain Ayah Lang Ayer Pa Abbas
LL B Hons. Wales,  Dip. Public Admin, COC Open Domestic 500 GT.  
Pekasam Artist.
2 Syawal 1443.

Judith Sihombing treated the issues herein wider and deeper in her book.  Kindly refer to her work for those interested.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.288782 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list