View: 2799|Reply: 3
|
Pantai Bondi Harus Dikunjungi Jika Ke Sydney, Australia
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Australia merupakan negara yang mempunyai tempat yang menarik. Seperti Pantai Bondi (sebutannya adalah bondai) di Sydney ini ia merupakan pantai paling terkenal yang terletak di New South Wales.
Pantai Bondi menjadi destinasi utama penduduk di Sydney meluangkan waktu ketika hujung minggu untuk bersantai bersama keluarga, rakan-rakan dan insan tersayang.
Di Sydney, masa kerjanya adalah sampai petang sahaja dan tiada kerja lebih masa pada waktu malam, selain perkhidmatan pengangkutan awamnya juga efisien.
Selain bermain papan luncur, ada juga pengunjung menghabiskan waktu bermain papan selaju (skateboard) di tempat yang disediakan. Tidak kurang juga yang berjoging, berbasikal dan bermain bola tampar.
Pantai ini memang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah. Dari Pantai Bondi, pengunjung juga boleh berkunjung ke pantai-pantai sekitar seperti Coogee dan Bronte dengan hanya berjalan kaki menggunakan laluan khas yang dibina di tebing pantai. - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah pergi sini during autumn... tak ler ramai org cam ni sbb sejuk... tapi ade gak surfer 5,6 org.... |
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 18-5-2016 02:58 PM
Pernah pergi sini during autumn... tak ler ramai org cam ni sbb sejuk... tapi ade gak surfer 5,6 org ...
Mmg le time sejuk x ramai. Surfers pn pakai wetsuit tebal.
Tp time summer, lg ramai dr pic kt atas tu. Xde ruang langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah sampai sini banyak amik gambar kat graffiti wall dier yang ade rerama and such..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|