|
Di sebalik kejayaan pasukan badminton Denmark menjulang Piala Thomas buat pertama kali semalam, pasti tidak ramai yang tahu adanya 'sentuhan' bekas jurulatih negara, Datuk Misbun Sidek.
Sebaik Denmark muncul juara Piala Thomas, media sosial menyiarkan gambar pemain negara itu termasuk wira yang menyumbang mata kemenangan, Hans-Kristian Vittinghus dan Jan O Jorgensen bersama Misbun dan adiknya, Datuk Jalani Sidek di Kelab Badminton Nusa Mahsuri.
Bagi Jalani yang juga bekas pemain beregu negara, kehadiran pemain Denmark bukan satu perkara yang baharu kerana mereka sering bertemu dengan bekas jurulatih Datuk Lee Chong Wei itu untuk menimba ilmu.
Jalani berkata gambar yang tersebar di media sosial berhubung kehadiran pemain Denmark 'berguru' dengan Misbun itu sebenarnya adalah sebelum berlangsungnya Kejohanan Terbuka Malaysia lagi, bulan lepas.
"Mereka berguru bersama Misbun selama dua minggu sebelum Kejohanan Terbuka Malaysia lagi... memang sasaran mereka untuk menjulang Piala Thomas dan Sukan Olimpik." - CARI Infonet
Berita selanjutnya: http://www.malaysiakini.com |
|