Oleh Izzah Abbasy
Masjid sudah tentu tempat ibadat yang jika dikunjungi secara tidak langsung merasa ketenangan seketika.
Seperti Masjid Nasir Al-Mulk di Iran ini merupakan salah satu di antara masjid dengan seni bina yang mengagumkan di dunia.
Sungguh terpesona bagi sesiapa sahaja yang melihatnya. Rekaan dalaman yang sangat menarik dimana ia menggunakan kaca berwarna-warni dalam seni binanya.
Jika ke Iran, anda wajib berkunjung ke sini untuk lihat sendiri seni bina yang memukau ini, sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.
Jika tidak berkesempatan, anda boleh lihat kecantikan Masjid Nasir Al-Mulk yang dirakam oleh jurugambar Ramin Rahmani Nejad ini. Menakjubkan keunikan senibina Islam agung sepanjang zaman. - CARI Infonet
Kredit : Ramin Photography - Magic of Colors
|