|
Oleh : TS LOO
Seperti mana kita ketahui, minum minuman beralkohol berlebihan atau tanpa kawalan yang wajar, boleh mengundang kejadian yang parah dan lebih teruk lagi mungkin membawa maut buat seseorang itu.
Sehubungan itu, terdapat seorang wanita bernama Shen Ailan dari China, selepas mengambil 2 botol Baijui yang merupakan sejenis vodka China, bertindak merendamkan kepalanya ke dalam sungai semata-mata untuk menghilangkan pening dan segarkan dirinya.
Tanpa disedari, Ailan telah terjun ke dalam sungai Yangtze di Bandar Huangshi, Wilayah Hubei dan dihanyut mengikut arus air sungai.
Memetik laporan laman Oddity Central, menurut Ailan selepas 10 jam dia hanyut di sungai, kembali terjaga dari ‘tidurnya’ dan mendapati dirinya berada di Bandar Ruichang, kira-kira 75 kilometer dari Yangtze.
Dia boleh dikatakan sangat bernasih baik tidak mengalami kecederaan yang teruk di sepanjang laluan sungai yang banyak bahaya menantinya.
Walau bagaimana pun, dia akhirnya berjaya diselamatkan oleh penduduk setempat Li Chun Fu di kawasan Ruichang, akibat tangisannya didengari Chun Fu ketika sedar. - CARI Infonet
sumber info: http://shanghaiist.com/ |
|