View: 2812|Reply: 9
|
Sis, Tak Perlu 'Share' Dan 'Post' 6 Perkara Ini Di Media Sosial
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Buka sahaja laman media sosial tidak kiralah Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain pasti ada sahaja pelbagai gaya dan ragam orang memuatnaik aktiviti masing-masing tak kurang juga yang hanya 'share' sumber yang belum tentu sahih.
Tapi bahaya jika anda salah gunakan media sosial untuk 'post' atau 'share' perkara yang tak patut anda kongsikan.
Silap-silap boleh memalukan diri sendiri pula nanti jika tersebar dengan mudahnya. 6 perkara ini jika boleh anda tak perlulah kongsikan di laman media sosial tau! - CARI Infonet
1. Masalah dengan boyfriend / girlfriend
Kalau ye pun tengah bergaduh dengan pasangan, tak perlulah sampai nak bagi tahu tahu dunia. Kalau anda tu popular tak apa la juga. Boleh jadi publisiti. Buat orang menyampah je nanti.
2. Lepaskan marah tentang bos/rakan sekerja
Bila bekerja ni kena la ada sikap profesional. Korang bukan budak sekolah lagi nak lepaskan marah dekat media sosial. Tak puas hati cakap je depan-depan lebih senang.
3. Show off dengan duit banyak-banyak
Kalau banyak duit pun tak perlulah sampai nak share dekat media sosial. Takut perkara buruk jadi nanti bila orang tahu anda ni banyak duit.
4. 'Post' gambar kawan-kawan yang tak berapa nak semegah
Nak bergurau boleh tapi biarlah berpada-pada. Agak-agak gambar tu tak senonoh dah boleh mengaibkan seseorang, janganlah korang share. Kesian kawan anda tu nanti.
5. Perbualan peribadi, konon sweet la sangat!
Ramai perempuan suka share perbualan peribadi dengan boyfriend. Konon nak tunjuk dekat public yang boyfriend awak tu sweet la sangat! Tak perlu la nak tunjukkan kemesraan yang bukan ‘Halal’ cik adik oi!
6. Maklumat peribadi & maklumat sulit
Jaga-jaga. Tak semua benda kita boleh kongsi. Kalau setakat umur berapa, sekolah dekat mana tu tak apa la. Tapi kalau nak share alamat rumah, nombor telefon semua tu memang bahaya sangat!
Kredit : Hanasuva
|
|
|
|
|
|
|
|
Paling x berkenan klu hapdate fb sindir2 @ perli org lain.so pprt |
|
|
|
|
|
|
|
Sukati dialah nak share semua benda.yg tanggungnya dia ngan family dia |
|
|
|
|
|
|
|
Hah..tau takpe..huhuu |
|
|
|
|
|
|
|
drpd xtau... leh tau mcm2...
semua nye ade je yg org tertentu suka share...
yg komen pn satu...
lelaki puji2 skit..cantek sweet...ppuan pn rase saham mencanak canak... realiti... hmmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
paling tak leh blah dok selpi upload kat pesbuk 2minit sekali. kat newsfeed aku penuuuhh muka dia sebesar2 alam. orang mcm ni harus di unpolow je. unpren cam kejam sangat kan...dah unpolow xde dah rasa semak |
|
|
|
|
|
|
|
Bersamaan denganku...x suke betul tgk status berasaskan pergaduhan rumah tangga.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|