|
Oleh Izzah Abbasy
Rotterdam terletak di Zuidvleugel ('Sayap Selatan'), bandar gabungan Randstad ('Bandaraya Keliling'). Dengan 7.5 juta orang penduduk, ia merupakan kawasan metropolitan yang keenam terbesar di Eropah, selepas Moscow, London, kawasan Ruhr, Istanbul, dan Paris.
MVRDV (perancang senibina) telah merancang untuk membina sebuah tangga besar daripada perancah di Rotterdam, yang terbaru dalam siri penambahan baru yang menarik di bandar itu.
Berukuran 29 meter tinggi dan 57 meter panjang, tangga ini dicipta sebagai sebahagian sambutan ulang tahun ke-75 Rotterdam dan meraikan pembinaan semula bandar ini selepas Perang Dunia II.
Tangga gergasi ini mempunyai 180 anak tangga dan dibina menuju ke bumbung bangunan Groothandelsgebouw, sebuah monumen yang terkenal di tengah-tengah Rotterdam yang menawarkan pemandangan panorama bandar Rotterdam yang indah.
Jumlah pengunjung dicatatkan hampir seramai 8000 ketika hari pembukaan oleh Datuk Bandar Ahmed Aboutaleb pada 16 Mei 2016.
Tangga ini dibuka pada pengunjung dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Malangnya, ia akan berada di situ sehingga 12 Jun 2016 sahaja. - CARI Infonet
Kredit : www.dezeen.com
|
|