CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2596|Reply: 8

Bagaimana Nak Sediakan Tempoyak Yang Tahan Lama?

[Copy link]
Post time 1-6-2016 11:53 AM | Show all posts |Read mode
oleh Adib Za


Musim durian datang lagi. Apa yang uniknya durian ini kita boleh simpan lama, apa lagi dalam bentuk tempoyaklah kan.


Jika dimasak dengan masak lemak ataupun sambal, memang terbaik. Tapi, pandai tak nak sediakan tempoyak yang sedap dan tahan lama?


Jom ikuti cara-cara untuk menyiapkan tempoyak, seperti yang dipaparkan dalam blog Resipi Masakan Mudah.





Sumber foto: Carian google







1. Asingkan isi durian dengan bijinya. Lenyek durian sehingga halus. Kemudian campurkan garam kasar secukup rasa. Ia bertujuan mengawet tempoyak dan mengelakkan ia cepat berkulat.


2. Selepas gaul rata dengan garam kasar, masukkan bahan tadi ke dalam penapis. Letak besen di bawahnya. Tutup bekas tadi dengan foil. Biarkan ia seharian untuk membebaskan 'gas' durian.


3. Kemudian, air durian terasing dari isinya, buang air tersebut. Simpan isi durian ke dalam balang kaca kerana ia lebih tahan lama. Anda juga boleh menggunakan bekas plastik. Simpan dalam peti sejuk untuk kekalkan kesegarannya. - CARI Infonet


Sumber resipi:  Blog Masakan Mudah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2016 12:15 PM | Show all posts
sedapnya tempoyak..
aku lapar durian
macam tak nampak lagi orang jual kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 12:18 PM | Show all posts
ooo.. satu lagi petua, masa asingkan biji dengan isi, jangan pakai tangan bogel..
kalau pakai tangan bogel, tempoyak akan rosak..
dulu-dulu jenuh guna garpu nak buang biji..
tapi zaman sekarang, dah berlambak sarung tangan plastik jual..
senang la boleh guna tangan untuk buang biji..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 12:57 PM | Show all posts
simpan jerk dlm freezer tu
gerenti tahan lama..
dkt setahun aku simpan..ok jerk
kalau simpan kt tmpat biasa
dia mcm byk air dn lembik sgtttt..
rupa dia pun buatkan hilang selera nk mkn
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 03:33 PM | Show all posts
oooo tak boleh pakai tangan bile asingkan durian yea. baru tau... air pon kene buang yea. ok! nanti nak buat...

biasa yea dah buang biji letak dalam balang plastik tu pastu letak kat luar semalam biar kuar gas..  lepas semalam tu baru bleh letak dalam frige. tapi kalau lama nanti memang air dia kuar.. kadang kadang ada kulat putih kat atas...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2016 04:13 PM | Show all posts
wah terima kasih dengan tips diberikan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2016 04:32 PM | Show all posts
tempoyak baru buat je best...start jd masam dh x sedap...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
tempoyak yg jual dlm balang tu blh beli tak?...aku takut bercampur air ludah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2016 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya kalo dapat makan sambal tempoyak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.043818 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list