Salah satu taktik "pelik" telah digunakan oleh Tentera Khas Britain iaitu memasang muzik Bollywood dengan kuat sebagai senjata psikologi menentang militan IS di Libya.
Cara tersebut dilakukan atas nasihat pegawai perisik kelahiran Pakistan yang memberitahu irama Bollywood akan menaikkan kemarahan IS, yang menganggap muzik tidak berunsurkan Islam.
"Kami perlu membuatkan mereka kebingungan dan pada masa sama menggunakan langkah pasif untuk mengukur kekuatan mereka di kawasan kami berada dan ia berjalan lancar," kata sumber kepada Daily Mirror.
Pasukan itu yang menjadi sebahagian unit Arahan Operasi Khas Bersama (JSOC), turut terbabit melatih askar Libya cara mengusir IS dari bandar Sirte dan sepanjang 185 kilometer pesisir pantai negara itu.
Unit operasi psikologi memintas komunikasi IS dan menyiarkan irama Bollywood, sebagai membalas dendam di atas pelaksanaan undang-undang Syariah di Sirte yang mengharamkan semua perkara berkaitan barat atau dianggap sia-sia.
Lagu Bollywood dilihat sebagai penghinaan melampau oleh kumpulan militan itu. Tentera Britain dan Libya meninggalkan dua kereta yang dipasang dengan muzik Bollywood berhampiran Sirte.
Menurut laporan media, selain mengganggu militan, senjata muzikal itu juga membantu mendedahkan tempat persembunyian militan kerana apabila anggota IS mengadu mengenai muzik itu menerusi radio, ia memberikan lokasi tepat kedudukan mereka.
Adakah benar-benar berkesan cara yang digunakan ini? Lagu apakah yang dipasang hingga menimbulkan kemarahan kumpulan militan IS. Dilwale? Kuch Kuch Hota Hai? - CARI Infonet.
Post time 2-6-2016 07:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ya betul tu.. dalam islam muzik adalah haram kecuali muzik gendang..
Kalau muzik yang bertali adalah 100% haram kalau ikut hadis yang sahih..
Nampak tak, ISIS ikut cara islam sebenar.. ummah melayu sunni melayu tak ikut ajaran islam sebenar.. asyik layan AF dan gegar vaganza je.. camtu ke cara hidup islam sebenar?