View: 4763|Reply: 3
|
Pelajar Lelaki Kantoi Skodeng "Bawah Skirt" Gadis Guna Telefon Bimbit
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Gambar aksi seorang pelajar universiti ketika cuba `skodeng’ bawah skirt seorang gadis dengan menggunakan telefon bimbit telah tersebar luas di media sosial. Kejadian berlaku ketika mangsa sedang beratur untuk menaiki keretapi bawah tanah di Shanghai.
Perbuatan jijik lelaki yang dipercayai seorang pelajar di Institut Teknologi Shanghai itu telah dikecam hebat oleh nitizen.
Ia dirakamkan oleh seorang pengguna Weibo dikenali sebagai Philipa Vans yang memberitahu tindakannya merakamkan aksi menjengkelkan itu tidak disedari oleh lelaki berkenaan.
Namun Philipa Vans turut dikecam kerana tidak bertindak ketika perbuatan itu berlaku sebaliknya membiarkannya dan merakamkan gambar.
Tidak kurang pula yang mempertikai gambar berkenaan dan ia mungkin satu salah faham.
Dalam pada itu, Institut Teknologi Shanghai dalam satu kenyataan mengesahkan lelaki berkenaan adalah pelajarnya dan ia akan bekerjasama dengan polis dalam penyiasatan yang dijalankan berhubung kes berkenaan.
“Pihak universiti menyedari entri yang dikongsi oleh Phillipa Vans dan mengesahkan bahawa lelaki dalam gambar tersebut adalah pelajar kami.
“Kami akan memberikan kerjasama kepada polis dan pihak universiti mengecam sekeras-kerasnya tindakan merakamkan gambar cara rahsia di stesen keretapi,” katanya.
Jika benar lelaki itu mengambil gambar bawah skirt gadis itu, mungkin dia seorang yang gila seks dan sedang mengumpul koleksi video lucah untuk kegunaan peribadi atau dikomersial kan. Bahaya betul jika dibiarkan orang seperti ini "bercambah" dimuka bumi, sangatlah psycho dan merbahaya. - CARI Infonet.
Sumber - SentiasaPanas |
|
|
|
|
|
|
|
skirt pendek seksi adalah untuk diskodeng pantiesnya.
org gile seks jer yg berani buat camnie. |
|
|
|
|
|
|
|
pakai ler lagi seluar/skirt pendek2 gitu |
|
|
|
|
|
|
|
isk. pegilah cari gf sorang pastu pujuk-pujuk rayu sampai cair nanti dapat la ko. masa tu ko snap gamba puas-puas. sengal! |
|
|
|
|
|
|
| |
|