View: 2378|Reply: 4
|
Kepala Tersangkut Dalam Lubang Pengering Mesin Basuh
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: mstar
Sedia kita maklum, mesin basuh digunakan untuk membasuh baju sehingga ke peringkat kering.
Walau bagaimana pun, selepas mengering di mesin basuh, kenalah juga bawa baju untuk disidai dibawah pancaran cahaya matahari agar baju seratus peratus kering.
Tetapi, baru-baru ini, di Fujian, China seorang lelaki kepalanya tersangkut di dalam lubang pengering sebuah mesin basuh.
Kalau tidak ditetliti kejadian sebenar, mungkin ramai di antara kita akan beranggapan lelaki tersebut menggunakan pengering mesin basuh untuk keringkan rambutnya.
Haha, sebenarnya tidak.
Menurut laporan portal berita bahasa Cina, lelaki tersebut dikatakan memasukkan kepalanya ke dalam lubang berkenaan untuk memeriksa dram pengering selepas mengesyaki terperangkap di bahagian bawah.
Namun selepas itu, gagal pula mengeluarkan kepalanya biarpun dibantu oleh rakan serumahnya.
Akhirnya terpaksa diselamatkan oleh anggota bomba dan penyelamat dengan memotong bahagian luar plastik dan juga dram pengering yang mengambil masa selama 40 minit.- CARI Infonet
sumber : mstar |
|
|
|
|
|
|
|
apasal x leh klua kn
masuk senang pulak |
|
|
|
|
|
|
|
agaknye idung smua dah sangkut masa nk kuarkan kpala..klau masukkan oke lagi la angle idung nyeee |
|
|
|
|
|
|
|
ni boleh masuk kat bod lawak |
|
|
|
|
|
|
|
ya ampun, sah-sah la tau lubang tu tak besar mana pon, gigih sangat masukkan kepala tu kenapa? |
|
|
|
|
|
|
| |
|