|
Oleh : TS LOO
Euphemia Lee, seorang warga Singapura, memuatnaik sebuah video yang berdurasi kira-kira 3 minit di akaun facebooknya. Menurut catatannya di status, dia terlihat satu kejadian ketika makan tengahari di sebuah pusat beli belah yang terletak di barat Jurong dan sempat merakam keseluruhan kejadian itu.
Menurut Euphemia Lee, ketika itu terdapat seorang pekerja kebersihan tersalah faham maksud seorang wanita yang ketika itu juga sedang makan di tempat itu membenarkannya kutip pinggan mangkuknya.
Wanita tersebut kemudian memaki hamun pekerja itu patut pergi 'mampus' dan mati pun tidak patut beri keranda untuk pekerja itu.
Sejurus itu, ketika suami wanita itu kembali ke tempat duduk mereka, wanita itu masih menyuruh suaminya pergi cari pekerja kebersihan itu untuk meminta maaf daripadanya.
Kejadian berkenaan telah diketahui oleh pengurus syarikat kebersihan terbabit, pengurus segera memohon maaf ke atas wanita berkenaan sambil menjelaskan pekerja kebersihan itu adalah seorang insan yang OKU yang cacat pendengaran dan bisu.
Namun wanita berkenaan bukan sahaja enggan menerima penjelasan pengurus itu dan tidak ingin memaafkan pekerja itu, malah terus mengamuk sambil meninggikan suara mengatakan : "Saya tak peduli, saya nak dia minta maaf dengan saya!"
Dalam video itu, jelas kelihatan biarpun pengurus terbabit dengan penuh rendah diri meminta wanita berkenaan agar memahami keadaan sebenar yang dialami oleh pekerja kebrsihan terbabit, tetapi wanita itu tetap berpendapat semua itu tiada kena mengena dengan dirinya. Malah dengan tegasnya mengatakan : Kalau pekerja itu pekak, jangan keluar bekerja, balik rumah tidur sahaja, kerajaan akan membelanya atau pergi menjadi pengemis! Saya tak perduli, dia ambil makanan saya.
Malah wanita tersebut turut menuling jari ke arah pengurus itu dan memekik, adakah kerana pekerja kebersihan itu seorang yang tua dan pekak serta bisu, ini bermakna saya kena mengalah terhadap nya? Wanita itu berkata lagi : "Saya bagi tahu dia jangan ambil, dia tidak faham, adakah itu merupakan masalah saya?"
Setakat ini paparan video tersebut telah dikongsi sebanyak 20 ribu kali dan kadar tontonan telah juga melebihi 700 ribu orang.
sumber foto: FB Euphemia Lee
Rata-rata netizen memberi komen sambil mengkritik perbuatan wanita itu sangat melampau. Ada sebahagian netizen menanya Euphemia Lee kenapa pada masa itu tidak tampil ke depan menghalang wanita daripada bertindak sedemikian. Euphemia menjelaskan, ketika itu wanita tersebut sedang dalam keadaan marah yang hilang kawalan, sekiranya dia nertindak menghalangnya, mungkin akan dipukul oleh wanita berkenaan.
Terdapat netizen dari Singapura yang hebat, setelah memulakan pencarian identiti wanita tersebut, mereka berjaya mengenal pasti bahawa sebenarnya wanita terbabit adalah seorang pemimpin Parti Tindakan Rakyat di kawasan Yi Shun.- CARI Infonet |
|