Kebiasaannya roller coaster berbentuk seperti kereta api dengan landasan yang ekstrem namun lain pula di Jepun apabila terdapat sebuah roller coaster yang sangat unik dan menyeramkan.
Roller coaster yang dipanggil SkyCycle ini menggunakan kuasa kayuhan kaki manusia sepenuhnya untuk menggerakkannya. SkyCycle terletak di Washuzan Higland Amusement Park di Kota Okayama Japan.
Walaupun landasan atau rel SkyCycle ini tidak berliku-liku dan curam seperti roller coaster namun ketinggian landasannya sudah cukup membuatkan pengunjung akan merasa sangat gayat. Ditambah pula pengunjung terpaksa berkayuh seperti basikal di ketinggian seperti itu.
Cuma apa yang bestnya, para pengunjung akan dihidangkan dengan panorama menarik selain dapat melihat keindahan pemandangan Jambatan Shimotsui– Seto. Sambil-sambil tu bolehlah berselfie kan!
Untuk peringatan andai berpeluang menaiki SkyCycle ini, jangan terlalu banyak bergerak ketika berkayuh. Ini kerana jika dilihat dari ciri-ciri keselamatannya agak kurang dan hanya bergantung pada tali keledar sahaja. Andai terjatuh ke bawah dari ketinggian seperti itu, pasti patah riuk atau pun boleh arwah. - CARI Infonet.