CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3627|Reply: 7

Hanya Guna Barangan Dapur, Seni Mekap Menarik Perhatian Di You Tube!

[Copy link]
Post time 8-6-2016 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO






Tidak dinafikan, untuk menghasilkan kesan mekap yang betul-betul nampak 'hidup' memerlukan kepakaran dan daya kreativiti dalam seni mekap.


Biarpun bahan mekap yang digunakan juga memainkan peranan yang penting, namun ianya tidak semestinya perlu menggunakan bahan seni mekap yang mahal barulah dapat menghasilkan mekap kesan khas yang hebat.


Percaya tak dengan hanya menggunakan bahan-bahan keperluan di dapur yang murah dan mudah diperolehi seperti tepung, tisu dan kerajang timah dapat menghasilkan mekap kesan khas yang menakutkan?


Hasil seni mekap yang mencabar itu berjaya dilakukan oleh Ellinor Rosander, seorang wanita berumur 21 tahun yang berasal dari Stockholm.


Difahamkan rakaman mekap yang menakutkan itu setelah dimuat naik ke You Tube telah ditonton lebih 500,000 orang setakat ini.





sumber foto: http://www.minmakeupartist.se/

sumber foto: http://www.minmakeupartist.se/





Bagi mencipta wajah mengerikan seperti karakter Voldemort dalam filem Harry Potter atau Freddy Krueger dalam filem Nightmare on Elm Street, banyak lateks dan tepung selain campuran bahan pewarna makanan digunakan.


Menurut Rosander, jumlah tontonan yang tinggi itu memberi kepuasan buat dirinya, walaupun setiap satu proses kesan khas juga mengambil masa yang lama iaitu lima jam untuk membuat mekap, manakala 20 jam lagi untuk suntingan dan pasca produksi.


Tegas Rosander, mekap watak-watak filem lain yang lebih mencabar akan cuba dihasilkan bagi meningkatkan lagi kemahiran seni mekap dirinya dari masa ke semasa.- CARI Infonet










sumber : www.kosmo.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2016 09:04 AM | Show all posts
pergh!! kool gile
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 09:25 AM | Show all posts
Terbaik ni.. guna barang dapur jer..
yang kita taw barang2 dapur untuk masak jer.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 11:15 AM | Show all posts
gila cooooooool!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 11:08 PM | Show all posts
Wow nampak real tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 11:07 AM | Show all posts
nmpk real n menakutkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2016 08:47 AM | Show all posts
geli gila.. tapi real
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 09:40 AM | Show all posts
nice lahh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.044899 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list