CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1896|Reply: 1

Menurut Kajian Baharu, Si Ibu Obesiti Bakal Lahirkan Anak Yang Gemuk

[Copy link]
Post time 15-6-2016 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Perhatian untuk si ibu yang obesiti! Satu kajian baharu berskala besar mendapati bahawa para ibu yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes lebih cenderung untuk mempunyai anak perempuan yang juga akan menjadi obes apabila dewasa kelak.

Kajian tersebut merupakan antara siri kajian penyelidik dari Institut Liggins dari Universiti Auckland dan Universiti Uppsala di Sweden yang mencerap data daripada 26,561 pasangan ibu dan anak perempuan di Sweden.

Kajian mendapati bahawa ibu-ibu yang mengalami lebihan berat badan adalah tiga kali lebih tinggi kemungkinan untuk mempunyai anak perempuan yang juga akan menjadi gemuk di kemudian hari berbanding ibu-ibu dengan berat badan normal.

Manakala ibu-ibu obes pula hampir lima kali lebih cenderung untuk mempunyai anak perempuan yang juga akan menjadi gemuk.
Penyelidik juga mendapati bahawa dalam dua generasi wanita, terdapat peningkatan empat kali ganda kes obesiti iaitu 3.1 peratus ibu hamil di antara tahun 1982 dan 1988 menghidap obesiti, berbanding 12.3 peratus obesiti dalam kalangan anak-anak perempuan mereka pada tahun 2000 ke 2008.

Wanita yang obes akan lebih berisiko ketika hamil untuk mendapat pre-eklampsia, kencing manis, kematian dan keguguran bayi.

Kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Scientific Reports. Alamak! jom 'mummy', diet secara sihat! - CARI Infonet

















Kredit : Astro Awani  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2016 04:58 PM | Show all posts
Great info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.067341 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list