CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2501|Reply: 3

Nak Solat Dulu Atau Makan Yang Utama?

[Copy link]
Post time 16-6-2016 04:13 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Ketika bulan Ramadan pasti akan kedengaran soalan 'solat dulu ataupun makan dulu'. Bagaikan teka-teki tapi itulah perkara yang biasa ditimbulkan.



Ini penjelasan daripada Dr Mohd Asri Zainul Abidin (DrMAZA) ;

Namun, jika kita merujuk kepada hadis-hadis Nabi s.a.w. kita akan dapati penegasan yang sebaliknya. Antaranya hadis daripada Anas bin Malik r.a.: bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah makan sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah semasa makan malam kamu.”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hikmah daripada arahan Nabi s.a.w agar mendahulukan makan ialah agar pemikiran kita tidak diganggu ketika solat dengan ingatan kepada makanan yang telah kita lihat terhidang di hadapan mata sebelum bersolat tadi. Ini boleh mengganggu kekusyukan solat seseorang.

Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Ini merangkumi semua solat, bukan khusus pada solat Maghrib sahaja. Kata al-Imam an-Nawawi (meninggal 676H) dalam Sharh Sahih Muslim mengulas hadis-hadis berkaitan:

“Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk”.



Jangan Salah Faham

Ini bukan bererti kita mengutamakan makan dari solat. Sebaliknya kita makan terlebih dahulu kerana ingin menjaga kekusyukan solat. Hal yang sama apabila kita dilarang bersolat dalam keadaan terasa ingin membuang air besar ataupun air kecil. Nabi bersabda:

“Tiada solat (jangan dirikan solat) dalam keadaan makanan terhidang dan dalam keadaan menahan air besar atau air kecil” (Riwayat Muslim).


Ini bukanlah bererti kita menganggap buang air besar dan kecil itu lebih utama dari solat, sebaliknya mendahului kedua perkara itu demi menjaga kepentingan solat. - CARI Infonet



Kredit : drmaza.com




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2016 04:42 PM | Show all posts
Tp mkn pon jgn la smpai kyg sgt..
Nnti jdi mlas plak
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 04:59 PM | Show all posts
kat masjid buka dulu ke, solat dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 05:10 PM | Show all posts
Dua dua pun boleh ikut kesesuaian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.043024 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list