View: 10268|Reply: 130
|
[Dunia]
Tidak rela tinggal puasa demi Olimpik & Sukan
[Copy link]
|
|
Edited by cecite at 18-6-2016 06:49 AM
Atlet bertudung Amerika tidak rela tinggal puasa demi Olimpik
Friday June 17, 2016
10:34 AM GMT+8
NEW YORK, 17 Jun ― “Agama saya yang pertama dan paling utama. Ia keutamaan teratas,” kata atlet pedang Amerika Syarikat yang pertama bertudung ke sukan Olimpik di Rio nanti.
Jawapan tegas itu dilontarkan Ibtihaj Muhammad kepada portal tersohor The Huffington Post semalam apabila ditanya rentak latihannya sebagai seorang yang berpuasa.
“Jadi tidak timbul dilema sama ada saya berlatih atau berpuasa. Saya kena berpuasa dan terus berlatih selagi tanggungjawab saya untuk bersaing di peringkat ini,” kata wanita 30 tahun itu.
Latihannya bersama pasukan negara itu Team USA bermula 8.30 pagi hingga 10.30 pagi, kemudian latihan meningkatkan jasmani diteruskan lagi antara 4 petang hingga 9 malam.
Selepas bersahur dan solat subuh, wanita berasal dari New Jersey ini paling bertenaga untuk senaman prestasi 6.45 pagi hingga 8 pagi dan cuba menghabiskan latihan pedang pula menjelang 1 tengah hari atau 2 petang.
Namun beliau mengakui harus mengenali bagaimana badannya berfungsi sewaktu berpuasa dan tidak memaksa untuk berlatih tanpa sela rehat yang sewajarnya.
Bagi memberikannya tenaga di siang hari, Ibtihaj berkata, ketika sahur, beliau meminum “smoothies" buah, sayuran, bijirin-bijirin chia dan flaks yang membekal banyak khasiat.
Beliau mengambil tembikai atau makanan banyak air bagi mengelak kekejangan atau keletihan melampau ketika latihan.
“Pada masa lalu, saya pernah mengalami kecederaan otot di bulan Ramadan, dan ia masih menimbulkan rasa risau berpuasa dan pada masa sama terpaksa berlatih,” katanya kepada The Huffington Post.
Beliau kekal bersolat berjemaah, termasuk tarawih, dan membaca al-Quran sehingga 11.30 malam walau badannya letih dan terpaksa pula bangun awal untuk bersahur.
"Hanya pada bulan Ramadan, kami boleh solat tarawih," katanya.
Namun Ibtihaj tidak menganggap ketaatannya beragama, dan pada masa yang sama kekal sebagai atlet yang cergas, sesuatu yang istimewa.
“Saya tidak fikir perjuangan saya ini berbeza daripada orang lain. Orang lain ada yang tidak menikmati makanan atau air setiap hari, tetapi saya tahu apabila tiba masa berbuka saya masih boleh makan dan minum. Saya rasa sangat bersyukur.”
Beliau mendapat pengiktirafan Barack Obama semasa lawatan bersejarah beliau ke sebuah masjid di Baltimore, awal Februari lepas.
“Seorang warga Amerika dengan warna merah, putih dan biru akan menjadi juara lawan pedang sambil memakai hijab di Olimpik,” kata presiden.
Ibtihaj bukan sahaja memenangi emas tahun lepas dalam satu kejohanan dunia bersama pasukan negara itu, malah beliau juga pengasas portal beli-belah fesyen wanita, LouellaShop.com.
“Saya mahu bersaing dalam Olimpik demi Amerika Syarikat bagi membuktikan bahawa tiada yang mampu menghalang seseorang mencapai matlamatnya ― tidak kaum, agama atau jantina.
“Saya mahu menunjukkan contoh yang apa sahaja boleh dicapai dengan kecekalan," katanya seperti dilapor portal itu, beberapa bulan lalu.
Ibtihaj terdedah dengan dunia lawan pedang sejak usia 13 tahun apabila bakat beliau disedari jurulatih sekolah.
Dengan galakan ibunya, beliau meneruskan minat mendalamnya itu semasa melanjutkan pelajaran di Universiti Duke.
“Selepas menamatkan kolej, saya lihat tidak ramai golongan minoriti dalam sukan itu. Saya sedar saya ada bakat, jadi saya mula teruskan bermain pedang sepenuh masa.”
|
|
|
|
|
|
|
|
Menurut satu kajian berkenaan fasting diet, pemain bola Tunisia yg berpuasa dan meneruskan tugas seperti biasa nampaknya sama saja performance. Boleh baca salah satu abstract di sini http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19085449 |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan replied at 18-6-2016 07:13 AM
Menurut satu kajian berkenaan fasting diet, pemain bola Tunisia yg berpuasa dan meneruskan tugas sep ...
Setuju.
Dlm bidang bina badan, sesapa kaki gym, crossfit, byk amalkan intermittent fasting. Derang pose dlm 16. Ummah kapir pn tau bagusnya berpuasa |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sarahmirza at 18-6-2016 07:26 AM
Normal la kan. Puasa seperti biasa.Pakcik Indon tukang kayu & besi kerja bawah matahari pun ada yg puasa.
Ikut keimanan dan kesedaran seseorang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah dpt kekalkn rutin wlupun brpuasa. Bliau ckp cam tu mgkin sbb rmai atlet yg xpose agknya. 2,3 taun lpas tgok tv ada sorang atlet llaki mlayu tgh mnum air d bln ramdhan,, tp time sukan kt obersi la
pose ni buatkn kita lbih fokus sbnrnya. iol dlu2 time exam sllu puasa n iol dpati iol lbih cerdik n ingat smua yg diplajari n hafal msa jwab exam |
|
|
|
|
|
|
|
Munah_Sensasi replied at 18-6-2016 08:10 AM
ASS..WR.WB.SAYA IBU YANI TKW MALAYSIA INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA MBAH WASTUH,YANG SUDAH MEM ...
Mencarut ke ni |
|
|
|
|
|
|
|
jojoba_beads replied at 18-6-2016 07:22 AM
Setuju.
Dlm bidang bina badan, sesapa kaki gym, crossfit, byk amalkan intermittent fasting. De ...
Mmg betul. BBC ada satu rancangan tentang 5:2 diet iaitu puasa Isnin Khamis. Dlm buku pasal diet ni, doctor yg tulis buku tu ada sebut sunnah Nabi Muhammad saw. |
|
|
|
|
|
|
|
rioster replied at 18-6-2016 08:14 AM
Mencarut ke ni
Islamic sungguh post beliau kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg article ni cuba nak prove.
|
|
|
|
|
|
|
|
jojoba_beads replied at 18-6-2016 07:22 AM
Setuju.
Dlm bidang bina badan, sesapa kaki gym, crossfit, byk amalkan intermittent fasting. De ...
Itu pose makan jer. Minum air boleh. Itu puasa yg bagus.
Puasa tak minum air ni ngarut jerr |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kalah, senang sikit nak meraih simpati org ramai.... kalah krn atlet lain x puasa |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullilah..kuat semangat dia |
|
|
|
|
|
|
|
abangbikerz replied at 18-6-2016 08:35 AM
Itu pose makan jer. Minum air boleh. Itu puasa yg bagus.
Puasa tak minum air ni ngarut jerr
Kesian xboleh tahan lapar dahaga 16jam cam pondan siam kepit konek jah |
|
|
|
|
|
|
|
Atlet Malaysia pun ada .dulu ada pemain hoki Nor saiful Zaini lebih kurang sama juga cerita dia..semua bergantung kepada kekuatan iman dan ketahanan badan. |
|
|
|
|
|
|
|
dodolgemok replied at 18-6-2016 10:11 AM
Kesian xboleh tahan lapar dahaga 16jam cam pondan siam kepit konek jah
Pejuang islam sudah marah |
|
|
|
|
|
|
|
abangbikerz replied at 18-6-2016 10:57 AM
Pejuang islam sudah marah
Marah? Pitenoh2 nii nak kena belajar merangkak dgan rakan seperjuangan atheist kau. Malu kan dah kantoi kan kan kan??? |
|
|
|
|
|
|
|
Kapir sibuk orang nak.puasa. suruh minum air bagai... |
|
|
|
|
|
|
| |
|