oleh Adib Za
Bagi kebanyakan wanita, semakin meningkat usia semakin banyak bahagian kulit yang mengendur. Antara zon yang sering dibimbangi ialah leher.
Namun, tahukah anda selebriti Khloe Kardashian, mempunyai cara unik untuk memastikan kulit lehernya sentiasa tegang dan menawan?
Dilaporkan wanita itu menggunakan krim anti-stretchmark yang biasanya digunakan oleh wanita hamil atau wanita yang sudah melahirkan.
Katanya, ia telah diperkenalkan oleh Kourtney iaitu kakaknya. "roduk ini begitu semula jadi dan saya menggunakan ketika Kourtney sedang dalam proses menyusukan anaknya.
"Malah nama produk ini begitu lucu seperti Shrink to Fit Cellulite Smoother dan juga Pregnancy Boob tube," terang Khloe yang menyapukan krim tersebut setiap hari di lehernya. - CARI
Sumber: Female Kompas
Sumber foto: Carian google |