|
|
Oleh : TS LOO

sumber foto: http://www.bbc.com/news/uk
Memetik laporan BBC, rakyat Britain memutuskan untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) melalui undian yang diadakan di seluruh negara hari ini.
Berdasarkan kiraan di 302 pusat pengundian daripada 382 kawasan di seluruh Britain, 52 peratus undian memihak kepada kem ‘Keluar’ berbanding 48 peratus undian yang diterima kem ‘Kekal’.
Keputusan itu pada masa sama menyaksikan mata wang Britain, pound mencapai paras terendah sejak lebih 31 tahun lalu berbanding dolar Amerika Syarikat.- CARI
Keputusan akhir :
Keluar 17,410,742 (51.9%) berbanding Kekal 16,141,241 (48.1%)
|
|