View: 1315|Reply: 2
|
Penduduk Tinggal Sehelai Sepinggang, Kediaman Dijilat Api
[Copy link]
|
|
oleh Adib Za
Keadaan pilu menyelubungi lebih 50 penduduk warga Indonesia yang menetap di Kampung Hamid Tuah, Batu 3 Shah Alam selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran petang semalam.
Memetik laporan Kosmo, kejadian pada 6.30 petang itu membabitkan sebanyak 15 buah rumah setinggan yang musnah 100 peratus.
Seorang mangsa berkata kejadian berlaku dengan sangat pantas dan kelam kabut ketika mereka sedang sibuk menyiapkan juadah berbuka.
"Seramai 34 anggota bomba dari Balai Bomba Kota Anggerik, Shah Alam, Subang Jaya dan Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kebakaran.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan anggota bomba mengambil masa lebih lima jam untuk memadamkan kebakaran," kata Penolong Penguasa Bomba Selangor Afifi Hafiz.
Kini mangsa dilaporkan sedang ditempatkan di penempatan sementara di Seksyen U1 Shah Alam. - CARI
Sumber: Kosmo!
Foto Ihsan NST |
|
|
|
|
|
|
|
CARI-MAMS replied at 27-6-2016 10:25 AM
oleh Adib Za
Keadaan pilu menyelubungi lebih 50 penduduk warga Indonesia yang menetap di Kampung Ha ...
Kesiannya... xde pi tolong ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Adat la setinggan. Chain reaction. |
|
|
|
|
|
|
| |
|