CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6168|Reply: 13

Jangan Lupa Kuih Siput Rangup Hidangan Raya Nanti

[Copy link]
Post time 27-6-2016 02:36 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Tiba sahaja bulan Syawal, kuih yang dihidangkan pasti ada yang moden namun kuih tradisional pasti tidak akan dilupakan. Kuih tradisional seperti Kuih Siput ini bukanlah susah untuk dibuat tetapi ia antara malas dengan rajin sahaja kan? Ramai yang lebih suka membelinya daripada membuat sendiri.



Jika anda malas nak 'menyiput', anda gunting pun boleh. Tapi, kuih tersebut akan dipanggil Kuih Gunting bukan lagi Kuih Siput.



Bagaimana nak dapatkan dan buat Kuih Siput yang rangup? Jom, cuba resepi yang telah dikongsikan oleh fieza.net ini. - CARI Infonet   
Bahan-bahan



1 Kg Tepung Gandum
250g Majerin dicairkan & sejukkan seketika
3/4 Cawan Udang Kering (dicuci & goreng tanpa minyak)
1 Sudu Jintan Manis
1 Sudu Jintan Putih
4 Ulas Bawang Putih
1 Biji Telur
1/2 Cawan Santan (Jika guna santan kotak, gunakan separuh kotak sahaja)
2 Sudu Rempah Kari Daging/Ayam
2 Sudu Serbuk Cili
1 Sudu Serbuk Ketumbar (boleh jugak pakai yang biji tapi kisar sekali dengan bahan kisar)
Air (dibancuh bersama garam secukup rasa)
Beberapa tangkai daun kari


Cara-cara penyediaan

1. Kisar udang kering, jintan, bawang (kisar sederhana halus)



2. Ayak tepung ke dalam bekas, simpan sedikit dalam separuh secawan tepung untuk tambahan dan untuk guna masa buat siput nanti.

3. Tambahkan rempah, serbuk cili dan serbuk ketumbar. Gaul sebati.




4. Tambah bahan kisar dan gaul lagi.



5. Masukkan mentega dan gaul. Kemudian masukkan santan yang telah dibancuhkan bersama garam.







6. Mulalah menguli sampai doh menjadi lembut. Tambah air atau tepung jika perlu.



7. Cara menyiput rujuk gambar di bawah. Ambil secubit doh kemudian letak pada acuan kuih siput ini. Guna ibu jari dan pusing secara bulatan (separuh bulatan). Untuk melancarkan pembentukan, celup jari dalam tepung dan tabur tepung pada acuan supaya ia tak melekat.



8. Dulang pun perlu ditaburkan tepung agar kuih siput tidak melekat dengan dulang dan juga antara satu sama lain.



9. Selesai menyiput, bolehlah mula menggoreng. Jangan risau ada yang melekat-lekat, dalam kuali nanti ia akan bercerai bila di kacau-kacau. Gunakan api yang sederhana dan masak sehingga garing.



10. Jangan lupa taburkan bersama daun kari dan biarkan daun kari garing bersama kemudian sejukkan serta boleh disimpan bersama daun kari sekali.

Kuih Siput siap untuk dihidang dan makan! Selamat mencuba.




  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2016 09:41 AM | Show all posts
terima kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 10:37 AM | Show all posts
@intan_smsb @spankee_fili jum jum terai buat
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 11:00 AM | Show all posts
bellaa replied at 28-6-2016 10:37 AM
@intan_smsb @spankee_fili jum jum terai buat

list yg ade pun x abes buat lg ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 12:03 PM | Show all posts
bellaa replied at 28-6-2016 10:37 AM
@intan_smsb @spankee_fili jum jum terai buat

letih nak men@kentel eh eh menggentel sebijik2 kuih siput tu dek bell...
punyala seksa nak dapat sebalang pun sampai melecet ibu jari, hari raya tetamu amek segenggam sekali masuk mulut...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 12:08 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 28-6-2016 12:03 PM
letih nak men@kentel eh eh menggentel sebijik2 kuih siput tu dek bell...
punyala seksa nak dapat  ...

spanki ajak kentel dtg beraya kat umah ke ni? jom @bellaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2016 12:39 PM | Show all posts
aku tak suka hat cmni sb dah masuk udang kering bagai rasa dia lain mcam. aku suka yg pakai tepung je.. bila makan dapp erghhh
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 01:50 PM | Show all posts
kentel replied at 28-6-2016 12:08 PM
spanki ajak kentel dtg beraya kat umah ke ni?  jom @bellaa

takmo la...
mikela calon2 yang nak makan kuih siput sebalang tu...
abeh stok kuih raya teman...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2016 03:09 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 28-6-2016 12:03 PM
letih nak men@kentel eh eh menggentel sebijik2 kuih siput tu dek bell...
punyala seksa nak dapat  ...

mmg susah yeee. ingatkan ada mesin buatkan kuih siput ni
xpe. nnt kite berjemaah p beraya umah @intan_smsb
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 03:48 PM | Show all posts
bellaa replied at 28-6-2016 03:09 PM
mmg susah yeee. ingatkan ada mesin buatkan kuih siput ni
xpe. nnt kite berjemaah p beraya umah ...

horayyyy...pastu kita bawak sesiap balang kosong untuk tapau..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuih siput kalau betul resepi dia memang sedap dan ketagih. Tapi nak buatnya ya Allah makan hati. Nak tenyeh sebijik-sebijik dah satu hal. Dah lelama goreng kena buang pulak serdak tepung kat dasar kuali. Kalau tak buang alamat lambat garing la yang goreng kemudian
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 11:30 AM | Show all posts
Sedapnya.. teringin nak buat..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
bellaa replied at 28-6-2016 03:09 PM
mmg susah yeee. ingatkan ada mesin buatkan kuih siput ni
xpe. nnt kite berjemaah p beraya umah ...

Ade mesinnya tapi utk komersial shj. Harga pon ribu riban.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
doublethread replied at 28-6-2016 08:59 PM
Kuih siput kalau betul resepi dia memang sedap dan ketagih. Tapi nak buatnya ya Allah makan hati. Na ...

Mmg laa sedap sbb ulit dgn air tangan lain2..     

Akak pon nk buat, tepung suma dah beli. Buat aje ntah biler. Kuih siput ni sedap klu buh daun sup dlmnya. Nanti jd wangi jea bila goreng.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.811748 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list