CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4320|Reply: 12

Atuk Di India Sanggup Cabut Semua Gigi, Hanya Kerana Rekod Guinness!

[Copy link]
Post time 5-7-2016 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




Memang suatu kepuasan dan kebanggaan buat seseorang itu, sekiranya sesuatu kerja yang dilakukan memperolehi pengiktirafan daripada pihak tertentu seperti The Guinness Book Of Records yang merupakan koleksi buku rujukan yang diterbitkan setiap tahun yang mencatatkan pencapaian manusia yang luar biasa di seluruh dunia.



Justeru, macam-macam cara dilakukan oleh manusia di setiap pelusuk dunia ini semata-mata untuk mencapai impian agar namanya dapat tersenarai dalam The Guinness Book Of Records.









Di India, New Delhi, terdapat seorang atuk tua bernama Rishi yang sudah berusia 74 tahun sanggup melakukan apa saja semata-mata untuk mencipta rekod dalam Buku Guinness Sedunia.


Antaranya membuat lebih 500 tatto gambar bendera penuh di seluruh badannya, termasuk sebelum ini pernah mencabut semua giginya hanya kerana ingin menyumbat 496 batang penyedut minuman dalam mulutnya.


Dia menggelar dirinya sebagai Guinness Rishi kerana dirinya telah berjaya mencatatkan lebih 20 rekod dunia.


Antara rekod yang pernah dilakukannya termasuk menghantar roti pizza dari New Delhi India ke San Francisco di Amerika Syarikat, habis minum sebotol tomato sos dalam masa 4 minit.


Selain itu, Rishi turut mendorong ahli keluarganya menyertai pertandingan mencipta rekod dunia, di mana isterinya Bimla telah menulis satu wasiat yang pendek saja iaitu " semua untuk anak" pada tahun 1991, dan berjaya memperolehi rekod dunia untuk kata-kata wasiat terpendek.


Dan difahamkan, hajat terbaru atuk tua tersebut dalam usaha mencapai rekod dunia adalah dengan membuat tatto gambar setiap pemimpin dunia pada badannya.






Setakat ini, gambar tatto yang sudah dibuat pada badannya adalah termasuk perdana menteri India, Narendra Modi, presiden Amerika Syarikat Barack Onama, Ratu Britain iaitu Elizabeth dan pemimpin gerakan kemerdekaan India, Mahatma Gandhi.














Sumber info : www.reuters.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2016 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak lama lagi dia akan dapat gelaran atuk paling banyak rekod..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2016 03:03 PM | Show all posts
Gigihnya atuk ni buat record apa penyakit attention seekers juga ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2016 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap takda tatu kat alat sulit dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2016 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
ganbatte atukk
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2016 10:43 PM | Show all posts
Dah cabut semua gigi,makin kerepot nampak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2016 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai atuk...gigih nau,seram lak ngok tatu penuh kat muka&badan
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 02:47 PM | Show all posts
atuk2,nath papelah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2016 09:38 PM | Show all posts
gigih betul la ko atuk
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
"Dan difahamkan, hajat terbaru atuk tua tersebut dalam usaha mencapai rekod dunia adalah dengan membuat tatto gambar setiap pemimpin dunia pada badannya. "

Nanti ada tattoo muka najib juga ker
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 12:49 PM | Show all posts
banyak tatu bendera... dah macam pemadam bendera lekat kat badan je.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 09:49 AM | Show all posts
tahniah atok.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 01:49 PM | Show all posts
adoiiii la....aku nak pegi cabut sebatang pun seriau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.048072 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list