oleh Adib Za
Bayangkan dua makanan kegemaran masyarakat sedunia digabungkan, iaitu donut dan sushi! Pasti enak dan unik sekali, kan!
Kini ia bukan ilusi lagi atau hanya omongan kosong. Sushi donut memang benar-benar wujud. Dengan rupa bentuk seperti donut namun rasa sushi segar yang enak, sesiapa pun akan tertarik dengan menu ini.
Ia direka oleh seorang blogger makanan dari Melbourne, Australia, Sam yang dikenali menerusi akaun Instagram @sobeautifullyraw.
dengan hashtag #sushidonuts, anda boleh melihat trend makanan ini mula membanjiri laman sosial. Menarik sekali bila kini anda boleh menikmati donut dalam versi yang lebih sihat, segar dan semula jadi.
Jom lihat antara beberapa sushi donut yang menarik perhatian di laman sosial. - CARI
|