CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1507|Reply: 9

Pengedaran Akhbar Daesh Adalah Haram Di Sisi Undang-undang- Nur Jazlan

[Copy link]
Post time 12-7-2016 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO









Tindakan tegas akan dikenakan kepada pengeluar dan pengedar akhbar berbahasa Melayu dipercayai terbitan Daesh kerana haram di sisi undang-undang.  



Demikian yang ulasan Timbalan Menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed mengenai tindakan kumpulan pengganas Daesh memperluaskan usaha menarik pengikut baharu menerusi penyebaran dakyah sesat itu di negara ini, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Filipina dan selatan Thailand menerusi akhbar tersebut.  


Tambahnya, kementeriannya akan menjalankan siasatan terperinci terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka (pengeluar dan pengedar).  


"Akhbar ini tidak mungkin diimpot kerana Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan memantau segala bentuk penerbitan yang masuk ke Malaysia."


"Maka kami akan siasat pengedaran sama ada dalam bentuk penerbitan atau muat turun di internet."




Akhbar keluaran pertama setebal 20 muka surat itu dilancarkan di selatan Filipina pada 20 Jun lepas sebelum kandungannya disebarkan secara dalam talian dan media sosial.  


Mereka yang didapati terbabit akan dikenakan tindakan dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012 kerana tidak mempunyai lesen mesin cetak atau permit penerbitan.


Tegas beliau, penerbitan seumpama itu bukan sahaja mengelirukan masyarakat namun memudaratkan keselamatan dan menggugat keharmonian negara.- CARI




sumber berita : mstar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2016 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaahh aku berminat nak baca kot..:
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2016 10:31 AM | Show all posts
utusan la sebarkan.
siap bagi link tuk orang download lagi kt website dia.

harap PDRM serbu pejabat utusan, tangkap semua pekerja tu sbg suspek terrorist.
kerana menyimpan, menyebar kandungan pengganas.


Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2016 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalao akhbar DAESH ni dpt dicetak mesti ada iklan ubat kuat ubat ketat segala bagai..siap dgn testimoni lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2016 02:07 PM | Show all posts
aku speku print kat sini atau seludup secara haram.. tapi ada ke yang hard copy? Bukan sebar through online ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2016 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg ada dalam paper tuh?page 3 girl kah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2016 03:20 PM | Show all posts
Ingatkan Mufti Perak Mr. Haramsanasini ka apa nama dia yang cakap......
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2016 03:22 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 12-7-2016 02:34 PM
Apa yg ada dalam paper tuh?page 3 girl kah

Kalau ianya macam Harakah, tontu banyak iklan iklan obat tegang dan tahan lama.......

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2016 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 12-7-2016 05:57 AM
Kalao akhbar DAESH ni dpt dicetak mesti ada iklan ubat kuat ubat ketat segala bagai..siap dgn testim ...

Jual2 cikki yazidi dalam bentuk katalog sebegitu..pastu terpancut2 ummah lokal kalau betul2 boleh cod.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2016 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 12-7-2016 07:22 AM
Kalau ianya macam Harakah, tontu banyak iklan iklan obat tegang dan tahan lama.......

T ...

Dan kopi penegang cap unta pun ada kadang..minyak dhob jangan di lupa  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.585797 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list