View: 2099|Reply: 10
|
Kenapa Tak Boleh Percaya Rawatan Muka DIY Bulat-bulat?
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Perasan tak, ramai yang berkongsikan pelbagai kaedah rawatan D.I.Y digunakan untuk mencantikkan wajah dengan hanya menggunakan bahan yang terdapat di dalam rumah sahaja. Tetapi tahukah anda ada sesetengah barang tidak sesuai digunakan untuk merawat wajah.
Inilah sebab kenapa tak boleh percaya rawatan DIY bulat-bulat. Antaranya ialah:
1) Soda Bikarbonat
Soda bikarbonat sememangnya mempunyai teksur yang agak kasar dan sesuai dijadikan skrub wajah namun pH dari soda terlalu bersifat alkali untuk digunakan di kulit wajah. Ia dikuatiri menyebabkan kelembapan semula jadi hilang.
2) Lemon
Berlawanan dengan soda bikarbonat, lemon memiliki kadar pH yang tinggi, dan ini bermaksud lemon terlalu berasid untuk kulit wajah. Menghisap lemon mampu untuk menghancurkan lapisan pelindung (lapisan enamel di gigi), bayangkan jika air perasan lemon digunakan di kulit wajah. Minyak lemon juga bersifat phototoxic yang bermaksud jika minyak tersebut kena kulit dan kulit kena sinar matahari, maka kulit bisa melepuh terbakar.
3) Hairspray
Ada tips yang mengatakan dengan menggunakan hairspray di wajah mampu mengekalkan ketahan mekap. Tetapi apa yang mereka tidak sedar hairspray meningkatkan kulit wajah anda mengalami iritasi dan kering sekaligus menyebabkan pori –pori tersumbat.
4) Ubat Gigi
Ubat gigi dikatakan mampu mengecutkan jerawat, ya memang benar tetapi risiko adalah ubat gigi akan menyerap kelembapan kulit di sekitar jerawat. Bahkan bahan-bahan kimia yang ada di ubat gigi berisiko untuk membuat kulit wajah terbakar
5) Gula
Banyak tips yang mengatakan bahawa gula boleh digunakan sebagai skrub wajah, tetapi kulit wajah jauh lebih tipis dibandingkan kulit tubuh. Skrub daripada gula dan minyak zaitun sangat baik untuk kulit tubuh, tapi untuk kulit wajah yang tipis dan peka, skrub ini terlalu keras dan kasar. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok aje..diy jimat..aku tgh misi kumpul kredit nhuwarghh |
|
|
|
|
|
|
|
siapa la yang pergi hairspray kat muka tu, dah sah2 nama hairspray spray kat rambut la |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi ai la..kalau nak buat sekali sekala ok kot...janganla buat hari2. Baidway..dah setengah tahun iols buat pelembab muka sendiri. Tapi bahan yang guna, bukan la 100% nature. Iols guna carrier oil, aloevera gel campur dengan essential oil. ok la..kulit pun lembab je...suke..suke.. |
|
|
|
|
|
|
|
First time dengar org guna hair spray sembur muka. Yg ni memang 100% tak boleh ikut. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 i ada terbaca Pink guna gula buat scrub muka. Ingat nak try buat, yalah gula kan manis..hehe..tapi last2 tak buat pun. Sekadar baca jerrr |
|
|
|
|
|
|
|
suke bace je info diy facial tapi buatnye tidak... ade satu natural product utk muka n badan kat ig purebysafiyyah,nmpk tempted nk beli |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|