CariDotMy

Forgot password?
Register

ADVERTISEMENT

View: 2537|Reply: 1

Pekerja Starbucks Berjaya Memperolehi Kenaikan Gaji 5% !

[Copy link]
Post time 12-7-2016 03:43 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO

sumber foto:http://img.deusm.com/

Baru-baru ini, hampir 13,000 orang pekerja dari Starbucks di Amerika Syarikat iaitu rangkaian penjualan minuman kopi telah mengadakan tandatangan bersama secara atas talian bagi membantah pihak syarikat mengurangkan waktu kerja lebih masa atau OT.

Selain itu, pemberian bayaran tips juga dikurangkan, akibatnya pendapatan yang diperoleh oleh para pekerja dikatakan semakin tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian.

Isnin lalu, Ketua pegawai eksekutif Starbucks, Howard Schultz membuat pengumuman menerusi satu surat terbuka bahawa seramai 15 ribu pekerja bakal menerima kenaikan gaji sebanyak 5 peratus.

Manakala bagi mereka yang telah bekerja lebih daripda dua tahun, masih boleh memperoleh saham dalam bentuk bonus, yang paling tinggi dapat dinaikkan gaji sebanyak 15 peratus.

Perancangan menaikkan gaji tersebut akan mula dilaksanakan pada bulan Oktober, pada masa itulah, semua kakitangan bagi syarikat direct selling tersebut dan gaji pokok pengurus kedai terbabit akan dinaikkan gaji sekurang-kurangnya 5 peratus.

Difahamkan, setelah berlakunya kegawatan ekonomi di Amerika Syarikat, ini adalah kali pertama Starbucks Amerika Syarikat mengumumkan kenaikan gaji bagi mengelakkan pekerja berkurangan.- CARI

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 12-7-2016 04:41 PM | Show all posts
poker online
Agen Domino
Agen Poker
Kumpulan Poker
bandar poker
Judi Poker
Judi Poker
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.052987 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list